Ayam Kg.. Ternakan
Ayam Kg.. Ternakan
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu.
Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam
hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah
generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan
ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari
kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi
kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka
terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk
menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari
saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka
lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih,
Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan
bermacam-macam
lagi
gelaran
mengikut
tempat
dan
loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini
negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran
bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat
menggunakan Sistem Lantai Atas atau Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki
persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
PEMBIAKAN
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan