Anda di halaman 1dari 3

UNIT PRAKTIKUM IPGM KSAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal

: Ke-9

Minggu Praktikum

: Kesembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 31 Mei 04 Jun 2010

Tajuk Jurnal

: Murid keluar dari kelas sewaktu proses


pengajaran.

1. Masalah / Peristiwa

Minggu kelapan praktikum saya telah berlalu dengan baik. Saya


melangkah ke minggu ketujuh dengan penuh semangat. Hari pertama, ketiga
dan keempat dalam minggu kesembilan berlalu dengan baik. Saya menjalankan
pengajaran

dan

pembelajaran

pada

hari

kedua

iaitu

pada

hari

selasa(01.06.2010), semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Tamil bagi kelas Tahun 3, saya telah menghadapi masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dimana terdapat segelintir murid kerap meminta
izin untuk keluar dari kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah untuk ke tandas. Hal ini
menjadi halangan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Perkara ini membuat saya merasa sangat risau dan tertekan serta
semakin sukar untuk saya mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini.
Saya berasa agak terkilan kerana sikap murid-murid yang kerap meminta izin

UNIT PRAKTIKUM IPGM KSAH

untuk keluar dari kelas itu dan ini menyebabkan proses pengajaran terganggu.
Selain itu, saya juga dapati setiap kali murid yang sama juga meminta izin untuk
keluar. Lantaran itu saya jadi tertanya-tanya, adakah alasan yang diberikan oleh
mereka itu benar atau tidak. Malah saya juga merasa serba salah sama ada
untuk mengizinkan mereka keluar atau tidak kerana bimbang mereka akan
ketinggalan mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Setelah mengenal pasti masalah, saya berusaha mencari punca murid


kerap ke tandas. Saya dapati kebanyakan mereka hanya menggunakan alasan
tersebut untuk mengambil kesempatan untuk keluar dari kelas. Mereka juga
menggunakan kesempatan tersebut untuk berjumpa rakan atau bermain-main.
Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu membuat aktiviti kumpulan dan lembaran
kerja yang diberikan. Sebagai seorang guru saya memandang serius dengan
masalah ini dan saya berazam akan menyelesaikan masalah ini dengan lebih
efektif. Saya juga tidak mahu murid ini ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Selain itu, saya juga sedar bahawa murid mudah hilang tumpuan dan cepat
tertarik dengan unsur-unsur luar. Oleh itu, saya harus mengambil alternatifalternatif tertentu untuk mengatasi masalah ini.

3. Cadangan / Tindakan Susulan

Bagi menangani masalah tersebut saya akan mendapatkan bimbingan


dan nasihat daripada guru pembimbing saya dan guru-guru serta rakan-rakan
sejawat(guru pelatih). Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar, saya akan cuba mengaplikasikan cadangan guru

UNIT PRAKTIKUM IPGM KSAH

pembimbing serta cadangan guru yang lain sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka telah mencadangkan supaya saya membuat satu
peraturan keluar masuk kelas. Selain itu, saya akan menukar strategi serta
mempelbagaikan strategik pengajaran saya semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya akan bertindak tegas dengan
murid-murid. Dimana, membenarkan murid-murid keluar dari kelas sekiranya
mempunyai alasan yang kukuh. Saya juga akan mengambil tindakan terhadap
pelajar yang kerap keluar dari kelas tanpa alasan.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan susulan.

Saya bersyukur kepada tuhan agar saya dapat mengatasi masalah ini
dalam tempoh yang singkat. saya akan berusaha sedaya upaya untuk
menangani masalah ini bagi melicinkan serta melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Jadi saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi
menangani masalah ini dengan secepat mungkin dan berharap bahawa saya
dapat memberi ilmu yang baik kepada anak murid saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing.

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

: Pn. R. Sarala

Nama

: En. Tamilmaran A/L Baldram

Tarikh

: 21.06.2010

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai