Anda di halaman 1dari 6

Laporan Pelaksanaan Internship

Nama Pelajar

Muhammad Syafik Bin Mohd Saferi

Program

PISMP TESL Januari 2011

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan

Nama Projek

Taman Herba

Tempoh Pelaksanaan

3 Minggu

Objektif
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap projek atau aktiviti yang dijalankan perlu
mempunyai agendanya yang tersendiri. Umumnya, terdapat beberapa objektif utama yang
diketengahkan dalam pelaksanaan Taman Herba di sekolah ini. Antaranya ialah sepert
berikut:
-

Memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek

moyang kita dahulu.


-

Meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaannya yang

semakin dilupakan oleh generasi masa kini.


-

Meningkatkan keceriaan sekolah dengan adanya sudut ilmu yang berkaitan dengan

alam semula jadi di dalam sekolah.


-

Menjadikan ia sebagai salah sebuah sudut untuk menambah kosa kata Bahasa Inggeris

yang berkaitan dengan pertanian.

Pelaksanaan
I.

Pada minggu pertama, saya mengadakan perbincangan bersama guru matapelajaran


Sains iaitu Encik Mohd Asri Omar bagi membincangkan tentang projek Taman Herba
ini. Perbincangan ini diadakan bagi melancarkan proses perjalanan projek yang akan
dijalankan.

II.

Pada minggu pertama juga saya sempat membuat pemantauan tentang tempat projek
di dalam sekolah tersebut. Di samping itu, saya juga telah membuat pemantauan
tentang herba yang dapat diperolehi serta kos bagi setiap satu.

III.

Dalam minggu kedua pula saya memperuntukkan masa untuk menyediakan satu
kertas kerja tentang projek tersebut

untuk dipersembahkan kepada guru besar

Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan.

IV.

Perbincangan bersama Encik Mohd Asri dan juga guru-guru pelatih yang lain juga
dilakukan bagi merancang sebuah kertas kerja yang lengkap. Kerjasama daripada
mereka sangat bermakna dalam usaha melancarkan lagi projek ini.

V.

Setelah kertas kerja dapat disediakan dengan jayanya, saya mempersembahkannya


kepada guru besar. Hasil daripada perbincangan dengan guru besar, terdapat beberapa
cadangan yang bagus telah dikemukakan olehnya bagi memantapkan lagi projek yang
saya rancangkan.

VI.

Dengan cadangan yang dikemukan oleh guru besar, saya telah membuat sedikit
perubahan pada perancangan projek tersebut.

VII.

Pada minggu ketiga dan keempat, saya memulakan projek tersebut dengan
sepenuhnya bersama bantuan guru-guru pelatih yang lain dan juga murid-murid kelas
5Aktif. Segala peralatan seperti pasu, tanah dan penyodok diperolehi dari makmal
Kemahiran Hidup.

VIII.

Projek dimulakan dengan murid-murid memasukkan tanah organik ke dalam pasu


yang telah disediakan. Kemudian mereka menanam pokok pokok herba yang
mereka bawa seperti kunyit, halia, lidah buaya dan sebagainya.

IX.

Setelah pokok pokok itu ditanam ke dalam pasu, saya pindahkan ia ke tempat projek
yang telah dibersihkan. Kemudian, saya meletakkan maklumat ringkas tentang pokok
herba tersebut bagi memberi sedikit pengetahuan kepada warga sekolah.

X.

Pada hari hari berikutnya saya menambah beberapa bahan lagi seperti kosa kata
Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan pertanian yang selalu digunakan dalam
kehidupan harian. Ini bagi meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka di
samping meningkatkan pengetahuan tentang herba.

XI.

Pokok pokok herba akan ditambah dari masa ke semasa oleh murid-murid, guru dan
tukang kebun sekolah.

XII.

Akhir sekali, saya membuat pagar dengan menggunakan tali bagi mengelakkan dari
dimasuki murid-murid lain. Saya juga telah meletakkan banner yang menjelaskan
tentang taman herba tersebut secara ringkas.

Refleksi
Kekuatan Projek
Dalam melaksanakan pojek taman herba ini terdapat beberapa kekuatan dan
pengalaman yang saya perolehi.
Pertamanya, melalui pelaksanaan projek ini, saya dapat meningkatkan lagi hubungan
silaturahim dengan warga sekolah. Memandangkan ia melibatkan banyak pihak seperti
pentadbir, guru-guru, staf dan murid-murid, maka saya perlu berbincang dengan mereka ini.
Melalui perbincangan dengan mereka saya dapat memahami mereka dengan lebih lagi.
Ternyata warga sekolah ini begitu baik sekali kerana mereka banyak memberi bantuan
kepada saya dalam menyiapakan projek ini.
Selain itu, kekuatan dari segi kerja berpasukan juga dapat dilihat semasa menjalankan
projek ini. Kerjasama sangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek.
Perbincangan sesama pasukan dan dengan guru pembimbing serba sedikit amat membantu
dalam melihat kelancaran pelaksanaan kerja. Idea-idea daripada mereka yang berpengalaman
telah memberikan satu pengajaran penting sebagai kejayaan projek. Tidak lupa juga kepada
staf iaitu tukang kebun sekolah yang banyak membantu saya dalam melaksanakan projek
taman herba ini. Mereka banyak membantu dalam menyediakan bahan untuk projek seperti
pokok herba dan juga peralatan seperti cangkul dan pisau. Sesungguhnya, tanpa kerjasama
yang baik daripada mereka sudah tentu projek ini tidak dapat berjalan dengan jayanya.
Antara pengalaman yang diperolehi ialah berkenaan dengan perancangan.
Kepercayaan sebagai seorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal untuk
merancang, maka kita adalah merancang untuk gagal. Perancangan dibuat dengan teliti

dengan kemampuan dan keperluan yang ada di sekolah. Perancangan untuk pelan B juga
sangat penting jika pelan A tidak dapat dilaksanakan.
Akhir sekali, pengalaman yang cukup bermakna ialah saya dapat meningkatkan
pengetahuan tentang herba-herba di Malaysia ini. Melalui pengetahuan ini, saya mungkin
dapat mempraktikkannya di masa hadapan. Saya juga dapat mempelajari dan juga
meningkatkan kemahiran tentang tanaman. Sesungguhnya projek ini banyak manfaatnya pada
saya.
Kelemahan Projek
Disamping kekuatan terdapat juga beberapa kelemahan dalam melaksanakna projek
taman herba ini.
Kelemahan pertama yang dapat dikesan ialah kurangya pengalaman tentang kerjakerja tanaman. Namun demikian, itu bukanlah penghalang untuk menjayakan projek ini.
Dengan adanya pengetahuan dan nasihat ramai, kerja-kerja dijalankan dengan pembelajaran
daripada kesilapan untuk mempelajari dengan betul menyiapkan projek ini.
Projek ini sebenarnya memerlukan banyak kerahan tenaga seperti mengangkut batu,
bata dan tanah yang berat. Malah ada kerja-kerja yang memerlukan kemahiran dan kreativiti
seperti mengecat dan menghiasi taman. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka segala
rintangan telah dapat diatasi dengan jayanya.
Selain itu, tiga minggu pertama projek ini dijalankan dalam bulan Ramadhan.
Memandangkan projek ini memerlukan tenaga yang banyak maka ia sedikit membebankan.
Namun ia bukanlah satu alasan kerana saya masih dapat menyiapkannya pada minggu
keempat iaitu selepasa raya. Sesunggunhya, setiap kelemahan ini memberi pengalaman yang

bermakna buat saya dalam menempuhi liku-liku hidup sebagai seorang pendidik di masa
hadapan.
Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan apa yang dapat diperhatikan dalam pelaksanaan projek taman herba ini
terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan apa-apa
projek di masa hadapan.