Anda di halaman 1dari 15

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )

Kemahiran
Berfkir
Kemahiran
Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi

Keusahawanan

Kemahiran
Belajar Cara
Belajar

Kreativiti dan
Inovasi

Kemahiran
Bernilai
Tambah

Pembelajaran
Kontekstual

Kajian Masa
Depan

Pembelajaran
Konstruktivisme

Kecerdasan
Pelbagai

Rajah 1 Kemahiran Bernilai Tambah

1.0 Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah


Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan harian murid. Kemahiran ini memerlukan masa yang lebih lama
untuk dikuasai berbanding dengan ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran lain. Dengan
sedikit pengubahsuaian atau modifikasi daripada konsep kemahiran generik, Kemahiran
Bernilai Tambah merupakan kemahiran yang diperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan
pendekatan, teknik serta kaedah tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan,
Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual, dan Kreativiti
dan Inovasi, dan Keusahawanan.

1.1 Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca, dan menulis. Jenis kemahiran berfikir yang sering disebut dalam Bahasa
Melayu ialah mencirikan, mengkelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan, membanding dan
membeza,

mengenalpasti

sebab

dan

akibat,

meringkas,

membuat

keputusan

dan

menyelesaikan masalah. (Idris Mohd Radzi, 2006:3). Jenis kemahiran berfikir yang dinyatakan
di atas bertujuan membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat berfikir seperti
penyusunan grafik, soalan serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan supaya murid-murid
dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping membantu proses perkembangan
kognitif mereka. Contohnya, dalam pengajaran pemahaman, guru boleh meminta anak
muridnya supaya membaca dan menjawab soalan pemahaman yang disediakan. Soalan yang
diberikan haruslah bertumpu kepada soalan yang memerlukan pandangan dan pendapat
murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar, carta, jadual dan bahan lain
juga perlulah bersifat merangsang kemahiran berfikir murid-murid.
2

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN KRITIS

KEMAHIRAN KREATIF

Mencirikan
Membanding dan
Membezakan
Mengumpul dan
Mengelas
Membuat urutan
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan
kecondongan
Menilai
Membuat
kesimpulan

MENAAKUL

STRATEGI BERFIKIR

- Mengkonsepsi
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan

Rajah 2 Model Kemahiran Berfikir

Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Meramal
Membuat hipotesis
Mensintesis
Mengitlak
Membuat
gambaran
mental
Menganalogi
Mereka cipta

1.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Suatu sistem bagi


memudahkan manusia
memenuhi keperluannya.

Proses saling menghantar


dan menerima maklumat

Data yang tersusun

Matlamat pembangunan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan penekanan


kepada pembangunan TMK yang menyeluruh , antaranya ialah meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran TMK dalam kalangan guru dan murid serta mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran (p&p) supaya menjadi lebih berkesan . Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,
menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperolehi
maklumat melalui internet. TMK telah membawa arus perubahan yang besar pada sekolah
antaranya ialah TMK membantu murid untuk meneroka , mengakses dan mempersembahkan
maklumat dalam pelbagai bentuk serta bersifat dinamik seperti MS Word, Power Point , internet
dan lain-lain lagi. TMK juga mewujudkan peluang kepada murid mengakses , memperkembang,
mengubah dan berkongsi maklumat serta idea-idea baharu mengikut kadar masa dan kendiri
murid itu sendiri.

Empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

TMK untuk pembelajaran tutorial

Pembelajaran secara tutorial menggunakan


komputer dan perisian pendidikan sama ada
dalam CD-ROM, cakera keras atau laman
web,

membolehkan

kandungan

pelajaran

disampaikan dalam urutan yang ditetapkan


dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian
kini

mereka

bentuk

perisian

pendidikan

bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent


tutorial system) dan berupaya menyesuaikan
maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

TMK untuk tujuan penerokaan

Penggunaan TMK secara penerokaan yang


berasaskan pendekatan konstruktivisme ini
membolehkan
penemuan
daripada

murid

membuat

dan

mengakses

CD-ROM,

internet

inkuiri
maklumat

dan

portel

maklumat, mengkaji sesuatu fenomena secara


simulasi dan demonstrasi dengan langkah
menggunakan

perisian

untuk

membuat

tugasan dan menggunakan perisian aplikasi


umum seperti atau prosesnya dikawal oleh
murid sendiri.

TMK sebagai alat aplikasi

Murid berupaya pemproses kata, hamparan


elektronik, perisian untuk mereka bentuk
(CAD) serta alat aplikasilain seperti penyemak
ejaan, tesaurus dan sebagainya.

TMK

sebagai

alat

pemudah Kaedah ini membolehkan murid menghantar,

komunikasi

menerima dan berkongsi maklumat dengan


guru atau murid lain menerusi perkembangan
terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai
mod termasuk teks, grafik, audio, video atau
kombinasinya.

1.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar


Kemahiran belajar cara belajar adalah keadah sistematik dan teratur untuk meperoleh dan
memproses maklumat . Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan
yang perlu dikongsikan oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul , memproses
dan merumus maklumat secara sendiri dan seterusnya menuju kearah pembelajaran sepanjang
hayat. Kemahiran melibatkan kemahiran menggunakan mental untuk memperoleh ilmu dalam
bidang kognitif , psikomotor dan afektif .

Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, khususnya
kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang memfokus
secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Dalam erti kata lain,
langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. Pemberian
peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat membantu mereka mengenal pasti
kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan
refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya
dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka.

Antara aspek Kemahiran Belajar Cara Belajar ialah:

Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif

Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan

Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)

Kemahiran mencatat dan menulis pantas

Kemahiran menghasilkan laporan

Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta


konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki

Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk


penetapan
matlamat
diri,rancangan
pembelajaran,
pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka


panjang

Strategi belajar dalam kumpulan

1.4 Kajian Masa Depan


Kemahiran ini mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Selain itu,kemahiran ini juga
merupakan satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid murid menyedari
sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa
hadapan. Contohnya,dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah,kemahiran kajian
masa hadapan ini dapat dipraktikkan di sekolah.
Tambahan lagi, murid-murid turut dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan melalui kemahiran ini. Secara tidak langsung, manfaat yang
maksimum akan diperoleh murid dalam mengendalikan setiap perubahan yang berlaku ke atas
diri mereka. Contohnya, dalam mata pelajaran agama dan sains. murid-murid akan mengetahui
bagaimana proses kewujudan mereka di atas muka bumi ini serta proses perkembangan dan
pertumbuhan yang akan mereka alami apabila meningkat dewasa.

1.5 Pembelajaran Kontekstual


Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa
maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman
bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
sendiri individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam
persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan dan
pengalaman baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.

Berpusatkan murid

Menekankan pembelajaran secara konkrit

Menekankan interaksi

Pembelajaran koperatif

Akses kepada maklumat

Kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang


pelbagai
Berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal
( hands-on )

Rajah 3 Prinsip Pembelajaran Kontekstual

1.6 Pembelajaran Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar
untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam
dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang
sedia ada.
Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu
pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan seterusnya
pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator dalam
memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.
Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan format 5E
Engage (menghubungkait)

merangsang

rasa

ingin

tahu

murid

dengan

memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan


mencetuskan minat.
Explore (meneroka)

memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan,


pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan
menjalankan eksperimen.

Explain (menerangkan)

menerangkan

konsep,

istilah,

menyoal

balas

penerangan, meminta bukti dan alasan dan


penjelasan.
Elaborate (menghuraikan)

mengembangkan konsep dalam konteks lain,


membuat dan meneliti hubung kaitan konsep /
topik dalam perkara lain serta membuat hubung
kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

Evaluate (menilai)

menguji kefahaman murid, menunjukkan


kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur
pengetahuan dan kemahiran murid dan
mengemukakan soalan terbuka.

10

1.7 Kecerdasan Pelbagai


Teori Kecergasan Pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai
hubung kait rapat dengan bidang pendidikan . Setiap insan yang lahir ke dunia ini memiliki
pelbagai kecerdasan yang dianugerahi Tuhan. Sehubungan dengan itu, setiap individu atau
murid mempunyai pelbagai cara untuk berfikir , bertindak dan belajar dan cara ini berbeza
antara seorang individu dengan individu yang lain. Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan
pelbagai sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar,
kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Kecerdasan
pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu:

VERBAL LINGUISTIK

LOGIK MATEMATIK

VISUAL RUANG

KINESTIK

MUZIK

INTERPERSONAL

INTRAPERSONAL

NATURALIS

11

Verbal Linguistik

Verbal linguistik ialah kebolehan untuk menggunakan bahasa


(kata-kata) secara berkesan dalam lisan dan penulisan ,
termasuklah kebolehan mengingat maklumat , meyakinkan orang
lain semasa bercakap, berpidato , berdebat dan berhujah tentang
bahasa itu sendiri atau perkara lain. Verbal linguistik ini akan
mendorong seseorang itu suka berkomunikasi melalui lisan,
pembacaan

dan

penulisan.

Guru

boleh

mengaplikasikan

kecerdasan ini dengan meminta murid untuk mengarang cerita


atau perdebatan sesuatu tajuk mahupun perbentangan hasil
perbincangan.
Logik Matematik

Logik

matematik

pula

lebih

kepada

kebolehan

seseorang

menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah


termasuklah memahami kelompok asas , prinsip sebab-akibat
serta kebolehan menjangka. Murid yang mempunyai kecerdasan
ini akan cekap meyelesaikan masalah , suka meneroka dan
menganalisis , mengemukakan soalan dan jawapan logik , murid
juga akan boleh menguji hipotesis serta berfikir secara heuristik.
Murid yang mempunyai kecerdasan ini lebih berminat terhadap
komputer dam media teknologi dan suka melakukan percubaan
dan eksperimen. Dalam P&P , guru boleh menjalankan aktiviti
seperti meramal sesuatu cerita atau peristiwa, guru juga boleh
menjalankan aktiviti membanding beza dan inferens.
Visual Ruang

Visual ruang ini lebih menumpukan kepada kemampuan untuk


mengamati dunia visual dan ruang serta melahirkan pengamatan
tersebut dalam bentuk imaginasi yang diterjemahkan dalam
lakaran grafik. Ia juga lebih peka terhadap warna, garis, bentuk
dan hubung kait yang terdapat antara unsur-unsur itu. Ia juga
menggalakkan seseorang itu suka melukis , membaca peta , carta
,jadual , video, foto dan bahan-bahan multimedia. Bagi aktiviti P&P
yang bersesuaian ialah melakar jalan cerita, berlakon
menggunakan bahasa isyarat, mencatat nota dalam bentuk
pemetaan minda dan menggunakan pen warna untuk menandakan
bahagian penting dalam teks cerita.

12

Kinestik

Kenestetik merupakan kemampuan seseorang menggunakan


anggota

badan

untuk

meluahkan

idea

dan

perasaan.

Ia

mempunyai kemahiran fizikal seperti koordinasi mata dan tangan


untuk menjaringkan gol , keseimbangan badan untuk meniti di atas
tali , keanjalan dan kelenturan badan seperti pergerakan gimrama.
Suka bergerak, belajar secara hand-on terutama kraf yang
menggunakan tangan. Kinestetik ini cenderong kearah berminat
terhadap sukan, drama, tarian dan aktiviti lasak. Aktiviti yang
sesuai bagi P&P ialah main peranan, melakonkan cerita dan
pantomin.

Muzik

Ia lebih kepada kemampuan untuk mengesan irama dan lagu


termasuk kebolehan mengenal lagu serta membezakan atau
mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah. Murid
yang menguasai ia akan mudah mengingati melodi dan suka
bernyanyi dan gemar akan alat-alat muzik, suka melawat kedai
muzik dan menyaksikan konsert. Mereka juga suka belajar sambil
mendengar muzik. Dalam p&p guru boleh menjalankan aktiviti
berpuisi dengan iringan muzik, menggunakan lirik lagu untuk
mengajarkan tatabahasa dan menggunakan muzik yang berbeza
untuk mengajar kemahiran yang berbeza.

Interpersonal

Interpersonal ialah kebolehan memahami perasaan , memotivasi,


tabiat serta hasrat orang lain. Ia juga berkemampuan mengamati
dan memahami kehendak orang lain. Ia juga berkebolehan
bertindak dengan bijak terhadap petanda-petanda interpersonal
seperti mimik muka , suara dan lenggok badan . Ia juga
mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan , memimpin dan
mengurus manusia, menjadi pendengar dan perunding yang baik
serta suka belajar dan bekerjasama dalam kumpulan. Guru boleh
menjalankan p&p dengan melibatkan aktiviti seperti bercerita
secara round

robin.

Menganalisis

cerita,

berbincang

dan

merumuskan . Guru juga boleh menggalakkan murid berbincang

13

dalam kumpulan untuk menganalisis dan merumus cerita dan


fakta.
Intrapersonal

Intrapersonal ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi


kekuatan , kelemahan ,hasrat

dan kehendak

termasuklah

kemahiran mengenalpasti bagaimana seseorang itu sama atau


berbeza dengan orang lain. Ini dapat membantu individu itu
menangani perasaan , adap sopan serta mengawal kemarahan
atau kesedihan diri. Ia juga berkemampuan untuk mendisiplinkan
diri sendiri dan ada keyakinan diri. Ia juga suka bekerja sendirian
dan mampu mengurus perasaan sendiri. Ia juga suka melayani
minat, hobi dan matlamat sendiri serta suka bersendirian untuk
berfikir dan bermuhasabah diri. Dalam p&p aktiviti yang boleh
dijalankan ialah menulis karangan autobiografi, mengarang
tentang ramalan masa depan, menulis puisi tentang diri sendiri.
Naturalis

Naturalis

melibatkan

mengklasifikasikan

tentang

kebolehan

tumbuh-tumbuhan

mengenali

galian

dan

dan

haiwan

termasuk rumput dan batu batan serta pelbagai flora dan fauna.
Ia juga merupakan kebolehan mengenal artifak budaya dari segi
pemakaian dan makanan. Ia juga mempunyai kecenderungan
terhadap alam sekitar serta boleh mengenali , meyusun dan
mengkategorikan pelbagai sepsis flora dan fauna serta membuat
hubungan ekologi. Ia juga memahami alam semula jadi dan kaitan
saintifik. Dalam aktiviti p&p guru boleh mengadakan aktiviti seperti
aktiviti lawatan dan mendaki gunung, kerja lapangan serta
melaksanakan projek yang berkaitan dengan alam semesta.

14

1.8 Kreativiti dan Inovasi


Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta, menyelesaikan
masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea yang tulen, asli
dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses
menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatif
saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan.
Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimum supaya mereka
berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara Malaysia pada masa hadapan.

1.9 Keusahawanan
Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukan sahaja
merupakan

pendekatan

membudayakan

keusahawanan,

malah

melibatkan

proses

pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan,
kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral
dan etika keusahawanan.

15

Anda mungkin juga menyukai