Anda di halaman 1dari 4

Permasalahan

1) Pengangkutan.
Pembentukan pembangunan lestari di kawasan kampus berupaya dilaksanakan dengan
menggalakkan warganya mengamalkan penggunaan mod pengangkutan tidak
bermotor di dalam kampus. Penggunaan mod pengangkutan bermotor di dalam
kawasan kampus lebih terdedah kepada bahaya emisi seperti gas karbon monoksida
yang mencemarkan alam sekitar. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674)
perkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan)
untuk

kebajikan, keperluan, kepentingan orang ramai.

Perkhidmatan

yang

dimaksudkan dalam kajian ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan pelajar manakala istilah bagi
pengangkutan awam menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29)
menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor
seperti teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan
tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang
dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas
yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan ulang alik pelajar UPSI dari dalam kampus
ke luar kampus. Tolley (1996) menyatakan sebanyak 98 peratus pelepasan emisi
bahan cemar adalah berpunca daripada penjanaan trip ulang alik daripada kampus ke
kediaman dan seumpamanya. Tan (2006) menjelaskan kawasan kampus yang terdedah
kepada pencemaran asap kenderaan telah menyebabkan wujudnya sesetengah kawasan
panas (hot spot area) dan sejuk (cool spot area) hasil daripada pelepasan emisi yang
teruk oleh kenderaan. Selaras dengan matlamat untuk mengurangkan kadar emisi
bahan cemar di dalam kampus beberapa universiti telah menetapkan pengurangan
pelepasan emisi karbon. Ini merupakan salah satu langkah untuk mengekalkan
kelestarian kampus supaya berada dalam keadaan yang stabil dan harmoni.
Perancangan pengangkutan lestari di dalam kampus sebagai mana yang diusulkan oleh
Balsas (2003) akan menjadikan kawasan kampus lebih sejuk, nyaman dan harmonis
dengan memperkenalkan pelestarian pengangkutan di dalam kawasan kampus.
Kajian dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. UPSI
terdiri daripada dua buah kampus iaitu kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjong
Malim dan kampus Sultan Azlan Shah di Proton City. Penggunaan bermotor seperti
bas, motokar dan motosikal merupakan penyumbang kepada pencemaran udara di

sekitar kampus. Penggunaan bermotor yang paling ketara ialah bas dan motokar.
Kenderaan tersebut menambahburukkan di persekitaran kampus dengan memberi
kesan kepada mahasiswa dan penghuni kampus disekitarnya.

2) Landskap
Landskap di sesuatu kawasan memainkan peranan penting dalam menyumbang
pengawalan suhu dan konsep hijau itu sendiri. Kawasan yang tidak mempunyai
tumbuh-tumbuhan akan menyumbang kepada pemanasan yang melampau. Kejadian
ini disebabkan kekurangan kesedaran dalam kalangan individu tentang kepentingan
memelihara tumbuh-tumbuhan. Landskap di Kampus Sultan Abdul Jalil boleh
dikatakan dalam keadaan yang baik kerana keadaannya dipenuhi dengan pohon yang
besar dan rimbun. Oleh itu, keadaan di sana nyaman dan lebih selesa berbanding di
Kampus Sultan Azlan Shah. Persekitaran di Kampus Sultan Azlan Shah yang mula
siap dibina pada tahun 2012 dalam keadaan yang kurang memuaskan dan kurang
selesa kerana sewaktu pembinaan struktur bangunan kampus baharu tersebut, pokokpokok di dalam kawasan tersebut di tebang dan proses penanaman semula itu lambat
dijalankan. Selain itu, struktur bangunan juga memainkan peranan di dalam
kelestarian itu. Ini kerana, gabungan elemen landskap kepada bangunan amat perlu
kerana ianya dapat memberi sumbangan kepada proses kehijauan di samping kita
meneroka tanah untuk proses pembangunan kampus. Oleh kerana kekurangan pokok
di kampus baharu ianya meningkatkan suhu yang tidak normal berbanding tahap
kepanasan di Kampus Sultan Abdul Jalil. Kawasan kampus baharu juga kekurangan
tanaman pohonan renek di sekitar blok bangunan. Secara holistik, kampus baharu di
Proton City menyumbang kepada kepanasan yang tidak normal kerana kekurangan
pokok di kawasan tersebut. Walaupun terdapat usaha untuk mengembalikan kehijauan
di sekitar kampus namun usaha itu tidak dilakukan secara holistik dan tidak
bersungguh-sungguh. Tidak dinafikan kampus baharu merupakan kampus yang baru
dibuka namun adalah tidak relevan apabila kita tidak mementingkan kelestarian di
dalam persekitarannya. Landskap di dalam bilik kuliah juga memainkan peranan
terhadap pensyarah dan mahasiswa. Keselesaan juga difokuskan terhadap bilik kuliah
agar proses pengajaran dan pembelajaran berjaya. Perkara yang dikaitkan dengan
kelestarian di dalam bilik darjah adalah pengcahayaan persekitaran. Selain itu,
penggunaan pengcahayaan digunakan daripada sumber alam semula jadi, penggunaan
elektrik juga dapat dijimatkan. Apabila diperhatikan tidak ada persekitaran bilik kuliah

yang berkonsepkan lestari. Kesemuanya menggunakan sumber yang tidak bergantung


kepada alam semula jadi. Usaha memaksimumkan konsep lestari di dalam bilik kuliah
kelihatan malap serta kekurangan dalam perihal keprihatinan persekitaran yang
kondusif dan menjimatkan.

3) Jadual
Setiap proses pembelajaran berlaku apabila kelengkapan keaturan jadual
pembelajaran yang dibekalkan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar di universiti masingmasing. Keaturan ini menjadi satu faktor penting dalam kelancaran proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik kuliah. Jadual ini bertujuan untuk
memberikan kemudahan kepada pensyarah dan pelajar dalam menduduki proses
pembelajaran dan pengajaran supaya tidak bertindih di antara satu sama lain. Ini
semua memberikan kemudahan yang sangat penting dalam menyampaikan ilmu
mengikut keaturan yang selesa dan sempurna. Permasalahan di kampus muncul
apabila proses tambah dan gugur subjek di kampus tidak berjalan dengan begitu lancar
dan sistematik. Kejadian ini berlaku apabila pelajar berebut menambah subjek dalam
satu masa dan seluruh pelajar melakukan perkara sedemikian secara serentak.
Walaupun minggu tambah subjek diberikan dalam masa seminggu namun ianya juga
tidak berlaku dalam secara sistematik. Ini kerana, terdapat pelajar terpaksa menunggu
masa yang lama untuk menerima isyarat sah daripada pensyarah. Perkara ini
menyukarkan pelajar dalam menambah subjek selain yang diminta di dalam sistem.
Selain itu, sistem yang tidak sistematik juga menyukarkan pelajar sebagai contoh,
sistem pendaftaran tambah subjek dilakukan secara serentak di seluruh kampu dan
kolej kediaman. Pendaftaran sebegini menyebabkan pelajar tidak boleh melakukan log
masuk ke portal pendaftaran. Kesan daripada itu, laman portal tersebut tidak boleh di
akses masuk oleh sebahagian pelajar. Ianya perlu dilakukan mengikut peringkat,
sebagai contoh proses tambah subjek dilakukan secara berperingkat mengikut
semester. Faktor proses tambah gugur subjek juga memainkan peranan penting dalan
kelestarian pengunaan jadual kuliah di kampus. Sebagai pengguna jadual, kelestarian
perlu diutamakan agar dapat memenuhi kualiti kehidupan di dalam kampus.

4) Penyelidikan dan Pengajaran


Apabila menerapkan pelajar dengan rasa kesan alam sekitar, yang mempunyai
kursus-kursus dalam ekologi dan tenaga yang berterusan adalah suatu kemestian,
tetapi kampus juga harus digunakan sebagai makmal pembelajaran. Menggunakan
teknologi yang boleh diperbaharui di kampus untuk menunjukkan kemungkinan
sumber tenaga alternatif. Membuat sistem ini satu pemandangan biasa dengan
menunjukkan penggunaannya menggalakkan kemampanan, menghapuskan mitos
mengenai ketidakberkesanan mereka. Kawasan hijau di kampus, terutamanya yang
terdiri daripada spesies asli, bertindak sebagai "makmal hidup". Mereka berkhidmat
sebagai contoh ekologi tempatan, dan tempat-tempat di mana pelajar ekologi boleh
menggunakan latihan mereka. Setiap universiti perlu membuat kajian alam sekitar,
ekologi, tenaga yang berterusan, atau sebahagian pembangunan mampan kurikulum
terasnya. Setiap pelajar seharusnya perlu menunjukkan sekurang-kurangnya
pemahaman umum ekologi dan teknologi tempatan yang digalakkan di kampus.
Adalah penting bagi pelajar dapat membuat kesimpulan sendiri mengenai yang pilihan
alam sekitar dan tenaga kelihatan munasabah dan yang tidak. Ini membolehkan pelajar
untuk membuat rasional, keputusan berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan
alam sekitar sepanjang hayat. Universiti sering mempunyai sedikit impak besar kepada
ekonomi tempatan dan budaya. Sebagai ahli penting dalam komuniti tempatan,
universiti perlu mengambil bahagian dalam program-program kemasyarakatan yang
disasarkan kepada kemampanan, terutamanya yang dibangunkan dan diuruskan oleh
pelajar. Para pelajar, fakulti dan kakitangan juga boleh mengambil bahagian dalam
dialog polisi awam. Apabila mengajar amalan mampan ini, universiti harus
menjalankan amalan sebagai ia mengajar. Sebagai contoh, teknologi lestari di kampus
pelajar memberikan contoh-contoh hidup dalam sistem yang mereka belajar.
Menggunakan tenaga boleh diperbaharui, sistem pemuliharaan air, reka bentuk
bangunan yang canggih atau teknologi lestari yang lain di kampus, bukan sahaja
mengurangkan kesan alam sekitar, mereka juga bertindak sebagai demonstrasi positif
kepada pelajar. Kehadiran teknologi-teknologi ini di kampus menunjukkan badan
pelajar yang teknologi ini bekerja.

Anda mungkin juga menyukai