Anda di halaman 1dari 17

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

TAJUK 10

ISU SISTEM SOSIAL

10.0 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang

pentadbiran

pendidikan

khas

dan

bagaimana kolaborasi dalam pendidikan khas dapat dibentuk. Isu-isu yang timbul
berkaitan undang-undang, hak-hak dan persekitaran yang melibatkan pendidikan
khas juga dibincangkan.

10.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:


i.

Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang


pengajian.

ii.

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu


bapa/penjaga dan masyarakat.

iii.

Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang


pengajian.

iv.

Mengintepretasikan

bahan

kurikulum

yang

relevan

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

untuk

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

10.2 KERANGKA KANDUNGAN

PENTADBIRAN PENDIDIKANKHAS

ISU

SISTE
M

Polisi, perancangan kurikulum & bantuan


khas
Kuasa & pengaruh dalam pentadbiran
Kolaborasi dalam pendidikan
Kajian-kajian tentang pendidikan khas

SOSIA
UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
- Peringkat undang-undang
- Undang-undang perlindungan
- Undang-undang keistimewaan
- Reformasi pendidikan khas
- Pendidikan inkluisif

PERSEKITARAN
- Kemudahan awam
- Indtitusi & integrasi
- Sekatan dalam persekitaran

Rajah 10 : Rangka kursus

10.3

KANDUNGAN

10.3.1 Pentadbiran Pendidikan Khas


- Polisi, perancangan kurikulum dan bantuan khas Pentadbiran Pendidikan
Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas
yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia,

yang

dikatakan

kurang

berkesan

dalam

mengendalikan

pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang
pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila
2

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

berlaku penstrukturan baru pada

I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan

Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama
dengan status jabatan-jabatan lain (kini ia dikenali sebagai Bahagian
Pendidikan Khas.) Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan
tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan
masyarakat.
Objektif Jabatan Pendidikan Khas (Bahagian Pendidikan Khas) :

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas.

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar

Memastikan tenaga pengajar mencukupi dan terlatih.

Menyediakan bahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini.

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar


dengan keperluan khas.
Pengurusan pentadbiran sekolah pendidikan khas akan sering mengalami
beberapa isu seperti ;
i) Isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas

Menempatkan murid yang tidak layak ke dalam program integrasi


pendidikan khas.

Memberi kesan kepada guru dan juga murid.

Pandangan dan pendapat pentadbir sekolah tentang murid program


integrasi PK.
Kesan yang dihadapi oleh guru dan murid ekoran dari permasalahan
tersebut ialah guru akan menghadapi masalah dari segi merancang
intervensi dan kurang memberi komitmen terhadap tugas. Manakala muridmurid akan ketinggalan dalam pembelajaran.

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Kuasa dan Pengaruh dalam pentadbiran

i)Bahagian perancangan penyelidikan dan dasar


- Bertanggung jawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan
pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai
pendidikan khas , menyelaras hasil penyelidikan dan kajian serta membuat
perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.
2) Bahagian Pengurusan Sekolah
- Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola
dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.
3) Unit pengurusan
- Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui
perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan
perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan
media elektronik.

Polisi, perancangan kurikulum dan bantuan khas

Polisi bermakna sesuatu keputusan yang diambil oleh seseorang atau


kelompok politik dalam usaha memilih matlamat dan cara-cara bagi
mencapai matlamat tersebut.

Ia juga dikatakan sebagai suatu keputusan yang digunakan sebagai asas


untuk mencapai suatu matlamat.

Contoh polisi yang diwujudkan:

Menyimpan rekod maklumat Pendidikan Khas

Memastikan persekitaran khusus kelas / bilik darjah berada dalam keadaan


selamat

Mengedarkan tatacara / polisi keselamatan kepada semua pelajar

Menghubungi ibu bapa / penjaga sekiranya berlaku kemalangan atau


kecederaan pada pelajar berkenaan

Semua aktiviti pelajaran berada dalam perhatian guru-guru Pendidikan


Khas.
4

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Mewujudkan sikap dan saling membantu, hubungan yang harmoni dan


kekitaan dalam kalangan warga sekolah

Memupuk sikap prihatin dan kekeluargaan terhadap semua pelajar


Pendidikan Khas

Perancangan Kurikulum

Kurikulum Pendidikan Khas adalah kurikulum yang diubahsuai.

Kurikulum ini juga adakalanya diubahsuai oleh guru mengikut tahap


kebolehan murid.

Kurikulum alternatif juga dipakai di sekolah.

Contoh Kurikulum alternatif :


- Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan ( MLVK).
- Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas.

Bantuan Khas

MURID :

Bantuan RM 150 ( sekolah rendah, menengah)

Bantuan kewangan program pendidikan khas


( PPK ) di Politeknik/ Kolej Komuniti.

GURU :

Elaun khas sebanyak RM 250 sebulan

- Kolaborasi dalam Pendidikan Khas


Kolaborasi bermaksud usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan,
organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu projek dengan satu
perkembangan dan pengekalan yang positif. Kesemua ahli yang terlibat akan
saling hormat-menghormati dan bekerjasama dalam menyelesai masalah dan
berkongsi dalam membuat keputusan melalui proses perundingan.
- Pihak yang terlibat dalam kolaborasi
1. Kakitangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan khas, guru resos,
guru kelas, pentadbir dan staf sokongan sekolah.
5

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

2. Pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator,


polis, bomba dan lain-lain.
3. Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga.
4. Persatuan-persatuan dalam komuniti.
5. Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.
6. Organisasi bukan kerajaan (NGO).
- Kepentingan Kolaborasi
a) Menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahapnya.
b) Setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendaliaan
yang berbeza.
c) Membuat keputusan secara berpasukan tentang penempatan jenis
persekolahan.
d) Setiap individu memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan
yang berbeza.
e) Pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk
dikendalikan.
g) Pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar. Gabungan
tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan beban ini.
h) Masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat
diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara pihakpihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.
KAJIAN-KAJIAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
Satu kajian mendapati separuh (45.6 peratus) guru yang bukan dari kursus
pendidikan

khas

mengajar

di

program

pendidikan

khas

masalah

pembelajaran. Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kertas kerja mereka
mendapati 54.4 peratus guru mempunyai pengkhususan pendidikan khas
pula mendidik pelajar dalam aliran biasa. Hanya 13.3 peratus sahaja guru
6

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah


pembelajaran.Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar
dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran, Bagi guru yang bukan pengkhususan masalah
pembelajaran didapati 7.8 peratus tidak pernah mengikuti sebarang kursus
yang berkaitan pendidikan khas. Hampir separuh daripada guru itu hanya
mengikuti kursus yang kurang daripada sebulan.Kursus yang pendek
kurang dari sebulan tidak cukup untuk membantu dan mendedahkan guruguru ini kepada pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

10.3.2 Undang-undang dan hak asasi manusia


- Peringkat undang-undang

Akta IDEA (PL.105-17) yang dipinda pada tahun 1997 menetapkan bahawa
setiap negeri di Amerika Syarikat perlu menjalankan program Child Find
yang komprehensif (McLean, Bailey & Wolery 2004).

Akta Pendidikan Untuk Orang-orang cacat pada tahun 1975 atau yang lebih
dikenali sebagai Individuals with Disabilities Education (IDEA), undangundang pendidikan telah diperketatkan kepada prinsip utama iaitu
memastikan bahawa pelajar dan keluarga mereka berada dalam sistem
pendidikan yang betul (National Information Center for Children and Youth
with Disabilities, 1996; Yell, 1998).

Sejak tahun 1960 - 1970 lagi telah wujud dakwaan dan pembentukan
perundangan.

Undang-undang Persekutuan pertama berkaitan pendidikan kanak-kanak


yang kurang berkeupayaan iaitu Akta Pendidikan Rendah dan Menengah
1965 (P.L. 89-750).

1974, Education for All Handicapped Children Act, telah diluluskan oleh
kongres yang memberi kelulusan berhubung pembayaran yuran dan

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

perkhidmatan, penyerahan tugas pelaksanaan bayaran kepada kuasa


negeri.
Tindakbalas kerajaan persekutuan: undang-undang untuk melindungi
pelajar-pelajar yang kurang keupayaan.

Sejak tahun 1960 - 1970 lagi telah wujud dakwaan dan pembentukan
perundangan.

Undang-undang Persekutuan pertama berkaitan pendidikan kanak-kanak


yang kurang berkeupayaan iaitu Akta Pendidikan Rendah dan Menengah
1965 (P.L. 89-750).

1974, Education for All Handicapped Children Act, telah diluluskan oleh
kongres yang memberi kelulusan berhubung pembayaran yuran dan
perkhidmatan, penyerahan tugas pelaksanaan bayaran kepada kuasa
negeri.
Era penambahbaikan undang-undang

Pada tahun 1995, National Council on Disability (NCD) mengetuai satu


analisis berhubung perlaksanaan IDEA sejak 20 tahun yang lalu. Menerusi
kajian tersebut, didapati bahawa:

Telah mencapai satu set pembelajaran yang tinggi dan seragam.


Memberi penekanan yang lebih kepada mutu pengajaran.
Memperlihatkan wujudnya satu system yang diperkemas, disamping
adanya

penguatkuasaan

undang-undang

bagi

memastikan

pembelajaran berjalan dengan lancer.


Isu pendanaan kewangan (National Council on Disability, 1995)
Prinsip utama idea

Zero Reject (Penolakan Sifar)

Free Appropriate Public Educstion

Least Restrictive Environment

Nondiscriminatory Evaluation
8

proses

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Parent and family rights to confidentiality

Procedural Safeguards
Lain-lain perundangan berkaitan pendidikan khas

Section 504 of the Rehabilition Act of 1973

Undang-undang ini dengan jelas mendefinisikan kecacatan sebagai satu


ketidakupayaan yang menunjukkan samada satu atau banyak perkara dari
segi menjalani aktiviti hidup, termasuk berjalan, melihat, mendengar, dan
belajar.
Undang-undang ini juga melindungi sebahagian pelajar yang menerima
perkhidmatan diluar garispanduan yang ditetapkan oleh undang-undang
tersebut (Horne, 1996).
Contoh, dalam seksyen 504, mungkin seorang pelajar yang boleh belajar
tetapi terlalu sensiitif kepada pengcahayaan. Menerusi seksyen 504,
sekolah tersebut perlulah menyediakan pelajar tersebut dengan pemakaian
cerminmata (sunglasses) dan memastikan tingkap kelas mempunyai
langsir.
American with Disabilities Act of 1990
Undang-undang yang lebih komprehensif

melindungi hak individu yang

kurang upaya tanpa had umur.


menyentuh tentang penggunaan peralatan komunikasi untuk orang-orang
pekak dan bisu, penyediaan kemudahan asas untuk orang-orang cacat di
setiap bangunan, bas dan keretapi perlu menyediakan bahagian untuk
orang yang berkerusi roda.
Undang-undang perlindungan

UNESCO

Membantu bekerjasama berhubung dengan masalah berkaitan dengan


menyusun pendekatan yang bersesuaian.

National Association for Remedial Education (NARE)


9

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Memberi nama pendidikan pemulihan daripada nama pendidikan


kemunduran dan pendidikan subnormal

Local Education Authorities (LEA)

Meminta guru tidak memperlekehkan kelemahan murid tetapi mencari


kekuatan murid untuk mengatasi kelemahannya.
- Undang-undang keistimewaan

State of Georgia Program for Exceptional Children

Menubuhkan satu konsultasi untuk sekolah umum untuk memberikan


pengajaran yang tepat untuk murid pemulihan seperti :
Program Gangguan Pendengaran.
Program Gangguan Emosi
Program Gangguan Bahasa
Program Gangguan Visual

Memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang


sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

Menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang


atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

Menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang


upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan
masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak
di negara ini.
- Reformasi pendidikan khas dan pendidikan inklusif

1926-Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di


Melaka

1931-Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau


Pinang

10

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

1948- Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth


dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor
Bahru

1953 - Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh


(JKM)

1954 - Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan


Menengah) di Pulau Pinang

1963

Permulaan

Latihan

Perguruan

Pendidikan

Khas

Masalah

Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas

1979

- Penubuhan

Jawatankuasa

Kebangsaan

Kurikulum Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan

1984 - Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,


Kementerian Pendidikan

1987 - Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,


Shah Alam

1988 - Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran

1994 - Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah

1995 - Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan


Reformasi pendidikan inklusif

Amalan mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang


sama dengan pelajar biasa atau normal.

Murid yang berada dalam kelas ini akan mengikut kurikulum biasa yang
telah diubahsuai oleh pendidik.

Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa
atau normal.

Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mental yang teruk ditempatkan


dalam institusi atau hospital khas.

Penyokong pendidikan inklusif berpendapat penintegrasian pelajar kurang


upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk
semua pelajar.
11

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan


menempatkan dalam kelas khas adalah tidak berkesan (Skrtic, 1995; Sailor,
1991).

Pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai berlainan dan


ini akan menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991).

10.3.3 Persekitaran
- Kemudahan awam
i) Sukan

Majlis Paralimpik Malaysia ditubuhkan untuk meyalurkan peluang kepada


atlit sukan berkeperluan khas mengambil bahagian dalam sukan di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa

Jabatan kerajaan dan badan /pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersamasama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam
berbagai-bagai bidang sukan dan riadah.
ii)Kemudahan Pendidikan

Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan


kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan
bermasalah pembelajaran

Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui


program integrasi di sekolah biasa
iii) Kemudahan Akses di Bangunan Awam

Antaranya termasuklah ram dan railings, laluan yang bersesuaian


dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak
kereta, tandas khas dan sebagainya.

Tandas awam.
iv) Kemudahan Pengangkutan Awam

Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya


memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya

Antaranya :

12

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

a. Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50%


bagi penerbangan dalam negeri,
b. Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi
semua perjalanan bagi semua kelas,
c. Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga
tambang
d. PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan
kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan

Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital


Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Institusi yang terlibat dalam pendidikan khas

Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Malaysia

Jabatan Kebajikan Masyarakat, amat peka dan sentiasa bersedia


mendengar serta membantu dalam apa jua cara, untuk menjadikan
golongan istimewa ini sebagai warganegara yang berguna.

Jabatan ini juga bertanggungjawab mengeluarkan statistik jumlah Orang


Kurang Upaya

Antara faedah yang diperoleh apabila mendaftar dengan JKM adalah:

Rawatan perubatan

Khidmat pemulihan, rawatan lanjutan, dan latihan vokasional

Pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu

Bantuan kewangan, peralatan tiruan, dan alat-alat kemudahan

Pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya

agensi Kerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela (NGO) juga
terlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya.

Agensi-agensi :
- Kementerian Kesihatan Malaysia,
- Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas)
- Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Tenaga Kerja)
-Pertubuhan Kebajikan Sukarela
13

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

- Institusi dan integrasi

Pusat Pertuturan Kiu

Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor

Sekolah Semangat Maju

Pusat Harian Sinar Harapan

Sekolah Kanak-Kanak Terencat Akal

Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang

Sekolah Pendidikan Khas Kanak-Kanak Spastik Johor

Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru

Pusat Downs Syndrom Kinwanis

Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik (Pusakas)


- Sekatan dalam persekitaran

Sekatan bermaksud halangan, rintangan: masih banyak lagi yang harus kita
lintasi.

Sekatan-sekatan dalam persekitaran kanak-kanak khas atau OKU lebih


menjerumus kepada perkara-perkara yang negatif.
i) Tempat riadah

Pihak berkuasa perlulah membina tempat riadah yang sesuai untuk


golongan OKU supaya golongan ini dapat menjalankan aktiviti riadah.

Selain itu, perlulah membina kemudahan yang sesuai untuk golongan ini
untuk melaksanakan aktiviti riadah.

Aktiviti riadah juga dapat membantu mereka untuk membina tubuh badan
yang sihat dan cergas.
ii) Pekerjaan

Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia.

OKU menghadapi masalah mendapat pekerjaan produktif dan pendapatan


bagi menyara hidup.

Bilangan OKU yang berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan sektor
swasta kurang memberangsangkan.
14

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

iii)Aksesibiliti

Memastikan

penyediaan

persekitaran

bebas

halangan

(barrier-free)

termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan


perumahan serta ruang awam.

Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra


OKU

Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT).

15

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

BIBLIOGRAFI
Abd.Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin. (1997). Psikologi Pendidikan 1. Siri
Pendidikan Longman.
A.J.Michael. (2006). Kompetensi kecerdasan emosi. Siri pendidikan Perguruan.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur
Bagin, D. & Gallangher,D.R. (2001). The school and community
relations. Boston : Allyn & Bacon
Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Perak Darul
Ridzuan. Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas, Jabatan Pelajaran Perak.
Colmen, D. ( 2000) Emotional intelligence: Why it can be
more than IQ. New York : Bantam Books
Dyson, A. (2000). School and special needs: Issues
of innovation & inclusion. London : P.Chapman
Ferrell, M. (2004). Special education needs: A resource for
practitioners. London : P.Chapman.
Grayson,C. The adult literacy and remedial education
teacher career guide (Kindle Edition -3 Nov 2010)
Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Selangor
Jurnal Pendidikan. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi.
http:/jurnalpendidikan.com/pedagogi/kompetensi-kecerdasanemosi/kompetensi-kecerdasan-emosi.html
Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, PTS
Profesional Publications Sdn Bhd. Selangor.
Mohd Siraj Awang. (1996). Pendidikan Inklusif dan Penyediaan Guru di Sekolahsekolah. TEMPAWAN: Jurnal Akademik Maktab Perguruan Ilmu Khas: 14:111
Sands, D.J. Kozleski, E.B. & French, J. K. (2000). Inclusive education
for 21st. century. New York : Wardsworth.

16

(PKB3111 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas)

Smith, C.R. (1998) Learning disabilities: The interaction of


learner, task and setting. (4th. Ed.). MA: Allyn Bacon Inc.
Susie See Ching Mey, Sarib Selamat.(2003) Kanak-kanak khas dan Pendidikan
Khas. Program Pendidikan Berterusan USM
http://belognurna.blogspot.com/2011/10/pelebelan-pengasingan-dan-integrasi.html
Berita Harian, Selasa Mei 3, 2011

17

Anda mungkin juga menyukai