Anda di halaman 1dari 17

HBEF 3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA PELAJAR

ABDUL KADIR BIN MADELI

NO. MATRIKULASI

690429135313001

NO. KAD PENGNEALAN

690429135313

NO. TELEFON

019-4828910

E-MEL

der_udang@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

NAMA PENSYARAH

ENCIK AMRAN BIN ABANG

HBEF 3503

ISI KANDUNGAN
Bil.

Kandungan

Muka Surat

1.

Pengenalan Pendidikan Inklusif

2.

Kategori Individu Berkeperluan Khas

3.

Cara Mengenal Pasti Individu Berkeperluan Khas

4.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

5.

Keperluan Fizikal atau Infrastruktur Khas

11

6.

Perkara-perkara lain berkaitan dengan Pendidikan Khas


6.1
Tempoh Belajar
6.2
Kurikulum Program Pendidikan Khas
6.3
Kurikulum Kebangsaan
6.4
Kurikulum Alternatif

13
13
13
14
14

HBEF 3503

1.

Pengenalan Pendidikan Inklusif


Pendidikan Inklusif adalah satu program yang menempatkan murid-murid

Pendidikan Khas yang telah menguasai sebahagian mata pelajaran atau kemahiran ke
kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran yang normal. Dijalankan dalam bentuk separa
inklusif atau sepenuh masa. Separa Inklusif bermaksud murid hanya mengikuti pelajaran
pada mata pelajaran yang tertentu sahaja, waktu selebihnya berada di kelas khas. Sepenuh
masa pula mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.i
Hala tuju Pendidikan Inklusif adalah bagi murid-murid berkeperluan khas pada
masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu
usaha-usaha tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan.
(Geatheart, Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula
menunjukkan terdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan
keberkesanan program program Pendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini.
Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan
kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine,
1982).UNESCO (1988), tiga keutamaan yang dikenalpasti dalam mendidika kanak-kanak
istimewa:
i)

Pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak.

ii)

Integrasi murid-murid dengan kecacatan ke sekolah-sekolah biasa.

iii)

Latihan guru ditingkatkan bagi mencapai tujuan tersebut.

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental,
keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciriciri fizikal.
Kirk. Et al (1993) definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak
yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental , keupayaaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau
emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia

HBEF 3503
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas,
supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksima.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai
seperti kanak-kanak normal.
Gargiulo (2003), Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang
direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan murid berkeperluan khas kepada
rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria
serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang mempunyai gangguan yang
pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak
di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan
berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti
norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan
ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan
kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini
juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan,
pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar
cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalian
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluan khas
merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran.
Mansor (2005), Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
3

HBEF 3503
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran.
Friend (2005), Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain.
Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktorfaktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit, kekurangan
zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka
memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus, kasih sayang dan perhatian yang
menuntut kesabaran serta komitmen guru dalam mendidik mereka.
2.

Kategori Individu Berkeperluan Khas


Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran,

bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas.
a)

Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya


tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini
perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak
langsung dapat mendengar dan juga tidak akan dapat bercakap (bisu). Mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas akan
bermasalah (Bee H. 1995).
Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran
bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau keduaduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.
b)

Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang


langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini
belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka
menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak ke sesuatu
tempat.
4

HBEF 3503
Dapat disimpulkan bahawa definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan
bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah
penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu
diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan
pembelajaran dan pencapaian mereka (Barrage 1992).
c)

Bermasalah pembelajaran.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang telah dikenal pasti


dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti berikut:
i)

Lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi.

ii)

Lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan.

iii)

Menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat
terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama
orang lain.
d)

Pintar cerdas.

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,


kanak-kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran
dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanakkanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.
3.

Cara Mengenal Pasti Individu Berkeperluan Khas.


Secara lebih terperinci lagi kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikenalpasti

dengan merujuk kepada gambar rajah 1.0 di bawah:

HBEF 3503

Kanak-kanak Berkeperluan
Khas

Masalah
Pembelajaran

Masalah
Kesihatan atau
Fizikal

Masalah
Pendengaran

Desleksia
Attention/Deficit

Hiperactivity

Masalah
Penglihatan

Masalah
Komunikasi:
Bahasa dan
Pertuturan

Disorder (ADD/ADHD)
Bermasalah Emosi dan Tingkah
Laku
Lembam (Slow Leaner)
Terencat Akal
Sindrom Down
Autisme
Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Pintar Cerdas
Setelah melihat gambar rajah 1.0 kita dapat menganalisis secara keseluruhan
Palsi Serebrum
(Cerebral
bahawa kanak-kanak
berkeperluan
khas Palsy)
terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah
Penglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, dan
Masalah Kesihatan atau Fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapat
pelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yang
terdapat dalam rajah tersebut.
Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini,
adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihat
perbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawa sebagai
6

HBEF 3503
bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini atau lebih sinonim
sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-kanak
berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagi mencari corak
pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang
dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini.
Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan
perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan,
pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan
mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran.
Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran
adalah pada tahap di bawah purata kebangsaan.
Terdapat perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan
sebagai

bermasalah

pembelajaran.

Antaranya

ialah

kanak-kanak

Desleksia,

Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah


Laku, Lembam (Slow Leaner), Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas,
dan Palsi Serebrum (Cerebral Palsy).
Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau
peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan
berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak (Mohd. Sharani,
2006) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika
kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran.
Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan
yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan
kanak-kanak itu berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan
penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan

HBEF 3503
perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya
tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitu separa
pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahap kehilangan
keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang
dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada
70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan
keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang seterusnya ialah Masalah
Komunikasi yang merangkumi dua kategori iaitu masalah bahasa dan pertuturan.
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefinisikan masalah
bahasa dan pertuturan sebagai suatu masalah komunikasi seperti gagap dan masalah
penyebutan, masalah bahasa.
Lebih spesifik lagi, masalah bahasa didefinisikan sebagai kelemahan dalam
pemahaman, lisan dan tulisan. Masalah ini mungkin kelemahan dalam bentuk bahasa,
kandungan bahasa, dan pragmatik. Masalah pertuturan pula merupakan kecacatan suara,
penyebutan bunyi-bunyi pertuturan, dan / atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat
dalam penyampaian dan penggunaan simbol-simbol lisan.
4.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 2007 mengariskan: Rancangan Pendidikan Individu ertinya satu


dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk
setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:
Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan

HBEF 3503
Sekolah Menengah, para (5) menyebut, Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini
(kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di
sediakan.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu dokumentasi perancangan
berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya
untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.
Mengikut Renault (1987), penghasilan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
bukan sahaja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, tetapi juga digalakkan bagi
murid-murid yang mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan
rakan se kelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan langkahlangkah intervensi jangka panjang.
Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) adalah untuk menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta
sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid berkenaan. Ini bermakna Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran
tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah
pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
Adalah penting kemahiran dan tugasan pembelajaran (learning tasks) yang
disasarkan untuk murid berkeperluan khas adalah selaras dengan keperluan dan ke
fungsian murid berkenaan. Usaha perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang diperlukan oleh murid tersebut bagi meningkatkan lagi
tahap pencapaian sedia ada dalam:
(i)

interaksi sosial/emosi;

(ii)

kemahiran;

(iii)

pengurusan diri;

(iv)

intelek, supaya akhirnya mereka boleh berdikari selepas. tamat sesuatu


tahap persekolahan; dan

(v)

komunikasi.

HBEF 3503
Jika ini tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran yang diperoleh tidak menjurus
kepada pencapaian yang sewajarnya dan lebih malang lagi jika impak pembelajaran
memperkukuhkan lagi ketidakupayaan murid.
Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas
menyesuaikan diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti
tersebut. Ia juga akan membantu murid mengamalkan tabiat sosial yang boleh diterima
semasa bekerja dan bergaul dengan masyarakat. Ada kalanya cara bersosial perlu diajar
secara khusus, terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran, kerana pembelajaran
kebetulan (incidental learning) dan proses peniruan (modelling) adalah kurang berkesan.
Di samping itu juga keupayaan untuk mengurus dan mengawal emosi adalah salah
satu faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah seseorang murid itu.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang disediakan adalah untuk meningkatkan
kecerdasan emosi di kalangan murid-murid ini.
Kemahiran dalam konteks murid berkeperluan khas bermaksud kemahiran fizikal
dan diperingkat lebih tinggi, kemahiran vokasional. Penguasaan kemahiran terbatas
kepada kecacatan yang dialami oleh murid. Sebagai contoh, jika murid menghadapi
masalah cacat anggota yang teruk, kebolehannya untuk menguasai kemahiran motor halus
dan kasar amat terhad. Perkara ini perlu diambil kira semasa penjanaan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) untuk murid tersebut.
Penguasaan kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran vokasional yang
tertentu seharusnya tidak dijadikan sasaran utama murid cacat anggota teruk ini.
Kebolehan mengurus diri seperti membersihkan diri merupakan aspek terpenting bagi
murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran terutama di peringkat prasekolah dan
sekolah rendah. Pengurusan diri peringkat tinggi juga amat diperlukan bagi murid
berkeperluan khas lain. Justeru pengurusan diri kebiasaannya merupakan sasaran yang
sering diutamakan dalam penghasilan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid
berkeperluan khas.
Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik sama ada masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan,
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi

10

HBEF 3503
dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan kognitif rendah, di mana sebahagian
besarnya terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran, penekanan adalah kepada
pengetahuan gunaan (functional). Contohnya, walau pun murid ini tidak boleh membuat
kiraan secara mental, mereka boleh diajar matematik gunaan menggunakan kalkulator.
Selain daripada itu, penekanan diberikan kepada penguasaan membaca dan menulis tetapi
tidak kepada penguasaan pengetahuan akademik.
Keupayaan murid untuk berkomunikasi juga adalah di antara sasaran matlamat
dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Kebolehan berkomunikasi
dengan baik akan membantu murid berkeperluan khas untuk menyesuaikan diri dalam
masyarakat dan hidup bersama-sama dengan rakan-rakan dari aliran perdana.
5.

Keperluan Fizikal atau Infrastruktur Khas.


Sekolah hendaklah mempunyai keperluan logistik yang mencukupi supaya aktiviti

pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Suasana
sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti
pembelajaran yang baik.
Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambilkira sebelum bilik darjah pendidikan khas
dibina atau diubahsuai. Bilik darjah yang sempit sudah cukup untuk menjadikan suasana
pembelajaran menjadi hambar dan menyukarkan. Adalah wajar semua bilik darjah
Pendidikan Khas dibina secara terancang dan memenuhi ciri-cirinya sebagai sebuah ruang
pembelajaran.
Program Pendidikan Khas memerlukan tandas bersesuaian, laluan bagi kanakkanak kurang upaya fizikal, perabot, dan ruang penyimpanan Bahan Bantu Mengajar
(BBM). Persekitaran bilik darjah yang ceria dan menarik boleh menarik minat muridmurid Pendidikan Khas untuk belajar dengan tekun. Namun tidak dinafikan masih
terdapat banyak lagi bilik darjah Pendidikan Khas berada pada tahap kurang memuaskan.
Terdapat beberapa pihak yang bertanggungjawab kurang mengambil berat tentang
perkara ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana
kesesuaian infrastruktur fizikal sekolah dan program integrasi pendidikan khas di seluruh
negara. Seramai tiga ratus sembilan belas responden yang terdiri daripada guru

11

HBEF 3503
pendidikan khas telah memberikan pandangan mereka. Majoriti mereka kurang berpuas
hati terhadap infrastruktur bilik darjah di sekolah mereka.
Mereka juga menyatakan bahawa bilik darjah yang disediakan sempit dan tidak
sesuai dengan bilangan murid. Mereka juga menyatakan bahawa terdapat sebahagian
murid yang terpaksa berkongsi bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam terutama amali mengambil wuduk dan solat.
Masalah lain yang turut dihadapi oleh mereka ialah kekurangan bahan bantu
mengajar dan kemudahan yang terhad bagi pelajar yang kurang upaya. Kajian juga
mendapati bahawa kelengkapan infrastruktur multimedia masih tidak mencukupi. Secara
keseluruhan dapatlah disimpulkan bahawa infrastruktur bilik darjah sekolah dan program
integrasi pendidikan khas di negara ini masih memerlukan banyak pembaikan dan
peningkatan. Justeru itu pembinaan dan pengubahsuaian bilik darjah pendidikan khas
perlu dilakukan mengikut satu speksifikasi standard yang diperakui pihak berkuasa.
Pada masa ini, kebanyakan organisasi sama ada daripada badan kerajaan mahupun
bukan kerajaan yang terlibat dalam pendidikan untuk murid pendidikan khas ini telah
banyak membuat pelaburan dengan membeli perkakasan teknologi sebagai satu langkah
untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.
Walaupun sekolah sudah mempunyai keperluan sedia ada kerana ada menawarkan
Program Pendidikan Khas namun masih memerlukan logistik yang lain yang melibatkan
teknologi maklumat iaitu dari segi pembinaan perisian untuk keperuan khas ini yang
berbeza dengan keperluan biasa. Selain itu, bahan bantu mengajar juga amat diperlukan
bagi membantu para guru mendidik murid berkeperluan khas dengan lebih berkesan dan
dapat membantu menarik minat mereka untuk belajar di kelas aliran perdana.
Namun begitu, kelengkapan dari segi perkakasan teknologi (hardware) bukan lagi
menjadi isu utama untuk organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada
murid berkeperluan khas ini. Isu yang lebih besar dan perlu ditangani sekarang adalah
pembinaan perisian yang dapat memenuhi keperluan khas tempatan untuk digunakan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid berkeperluan khas.

12

HBEF 3503
6.

Perkara-perkara lain berkaitan dengan Pendidikan Khas.


Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan

melalui :
i)

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah


pendengaran.

ii)

Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid


berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

6.1

Tempoh Belajar
i)

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah


enam (6) tahun.

ii)

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah


adalah Lima 5 tahun.

iii)

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di


mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah
mengikut keperluan murid berkenaan.

6.2

Kurikulum Program Pendidikan Khas


i)

Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas


dan Program Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum
kebangsaan dan kurikulum alternatif.

ii)

Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid


normal

bagi

program

masalah

pendengaran

dan

masalah

penglihatan.
iii)

Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.

iv)

Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti


murid biasa.

13

HBEF 3503
6.3

Kurikulum kebangsaan
i)

Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa seperti


matematik tahun 2, Bahasa Melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dan
lain-lain.

ii)

Kurikulum boleh diperolehi di Pusat Perkembangan Kurikulum,


Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di pasaran tempatan.

iii)

Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid bermasalah


pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu
UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan.
Format dan bentuk soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh
murid biasa. Hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja.

6.4

Kurikulum Alternatif
i)

Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran


yang mengikuti program integrasi di kelas khas.

ii)

Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah.

iii)

Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum


ini bermula dari sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah
ke sekolah menengah.

iv)

Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif


sahaja, sebaliknya kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan
rujukan bergantung kepada kesesuaian dan pencapaian setiap
murid.

v)

Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu


a)

Bidang akademik berfungsi:


Komponen Matematik
Komponen Bahasa Melayu
Komponen Bahasa Inggeris

14

HBEF 3503
b)

Bidang Pengurusan Kehidupan:


Komponen Pengurusan diri
Komponen Kemahiran manipulatif
Komponen Pengurusan tingkahlaku
Komponen

Kemahiran

hidup (masakan,

jahitan,

pertukangan, perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas


mendobi)
c)

Bidang sosial, riadah dan kreativiti:


Komponen Pendidikan Jasmani.
Komponen Pendidikan Seni.
Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama.
Komponen sains, sosial dan alam sekitar.

Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan


di peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat
penilaian ke atas mereka. Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah
mengikuti kelas inklusif layak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama
seperti murid biasa tanpa perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.

3111 patah perkataan

15

HBEF 3503

RUJUKAN
Bahan Rujukan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (4 th ed.). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Daud Hamzah. (1994).Reka Bentuk Kurikulum sekolah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
(2002), Kurikulum Latihan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Kuala
Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rujukan Internet.
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/peranan-dan-cabaran-guru-pendidikankhas.html. Dicapai pada 22 November 2013.
http://epkhas.ses.usm.my/ . Dicapai pada 22 November 2013.
http://hilyatirashid.blogspot.com/. Dicapai pada 22 November 2013.
http://mohdhanafimy.blogspot.com/. Dicapai pada 22 November 2013.
http://pendidikaninklusift1a1.blogspot.com/. Dicapai pada 22 November 2013.
http://www.academia.edu/4135250/KAJIAN_KES_KE_ATAS_PROGRAM_PENDIDIK
AN_INKLUSIF_DI_SEKOLAH_ALIRAN_PERDANA. Dicapai pada 22 November
2013.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas. Dicapai pada 22 November 2013.
http://www.slideshare.net/yunjie/pendidikan-khas. Dicapai pada 22 November 2013.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1226-sekolah-pendidikan-khas.html.
Dicapai pada 22 November 2013.

16

Anda mungkin juga menyukai