Anda di halaman 1dari 12

UNIT 4:

PENDEKATAN SELURUH PERKATAAN:


BERASASKAN SASTERA KANAK- KANAK (LITERATUREBASED)
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan dapat
menerangkan maksud pendekatan seluruh perkataan berasaskan sastera kanakkanak
memberi contoh langkah-langkah pengajaran awal membaca dan menulis
mengguna pendekatan ini.
memilih buku kanak-kanak yang sesuai.
Bab ini ialah sambungan kepada Bab 3 yang lalu. Bab ini membincang bagaimana sastera kanakkanak (cerita prosa dan puisi kanak-kanak) boleh digunakan dalam pengajaran awal membaca dan
menulis.
Seperti yang dibincangkan dalam Bab 3 dahulu, beberapa pemikir dan pengkaji pendidikan
berpendapat proses membaca ialah satu proses yang memerlukan kanak-kanak memberi makna
kepada pengalaman mereka. Salah satu yang bermakna dan yang kanak-kanak suka ialah
mendengar cerita yang diceritakan secara lisan atau yang dibaca kepada mereka oleh ibu bapa atau
guru. Mereka juga suka memegang dan melihat sendiri buku.
Jadi untuk mengajar kanak-kanak membaca, pendekatan ini menyarankan supaya ibu-bapa dan
guru menggunakan cerita sebagai asas untuk mengajar kanak-kanak membaca. Apabila kanakkanak selalu mendengar cerita yang dibaca kepadanya atau bersamanya, mereka akan cam
beberapa perkataan yang berulang-ulang itu.
Ada beberapa kaedah dan teknik mengguna cerita dan puisi dalam pengajaran awal membaca.

1. Kaedah mengalami (immersion)


Kaedah mengalami (immersion) luas ertinya. Pada asasnya ia bermaksud memberi peluang seluas
mungkin untuk kanak-kanak mengalami suasana membaca dan menulis sejak kecil lagi. Kanakkanak akan belajar membaca melalui pelbagai pengalaman dalam situasi yang menggalakkkan
mereka membaca dan menulis. Kanak-kanak memegang buku bersama ibu. Ibu menunjuk
gambar dalam buku kepada anaknya, dan bercerita tentang gambar itu. Ibu dan guru membaca

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 30

buku kepada kanak-kanak atau bersama mereka. Kemudian ibu dan kanak-kanak bersoal-jawab
dengan mesra. Apa ini? Apa jadi kepada Abu? Ke mana dia pergi? Kanak-kanak juga berpeluang
melihat rancangan TV yang mereka suka dan melihat huruf abjad yang dinyanyikan, atau cerita yang
dibacakan. Kanak-kanak cuba mengajuk watak-watak yang mereka minati.
Dalam kaedah mengalami ini kanak-kanak berada dalam suasana berikut:
Mereka selalu mendengar cerita yang dibaca kepada mereka.
Mereka berpeluang memegang dan melihat berbagai-bagai jenis buku.
Mereka melihat perkataan dan gambar di dalam buku dan TV.
Mereka sendiri mencuba membaca buku yang dipegangnya.
Perkembangan literasi begini diperhatikan dan dikaji oleh Marie Clay, dalam disertasi untuk doktor
falsafahnya di University of Auckland, New Zealand (1966), dan memanggilnya emergent literacy.
Mengikut keterangan Barbara K. Gunn et. al. (2000) emergent literacy bermula sebelum tempoh
kanak-kanak diajar membaca secara formal di sekolah. Kanak-kanak belajar membaca dan
menulis dalam pelbagai aktiviti dan permainan tak formal dalam keluarga atau di pusat-pusat
penjagaan (tabika) kanak-kanak. Dengan pendedahan ini kanak-kanak belajar membaca dan
menulis.
Contoh pembelajaran 2M tak formal dan secara bermain adalah sebagai berikut:
Kanak-kanak mempelajari dan mengalami bahan membaca seperti memegang buku dan
melihat kandungan buku, majalah dan surat khabar, seperti gambar, berbagai bentuk grafik
dan perkataan.
Kanak-kanak mendengar cerita dalam buku yang dibaca oleh ibu bapanya, atau penjaganya;
dengan itu mereka sedar tulisan dalam buku itu ada maknanya.
Kanak-kanak memegang alat tulis seperti crayon dan pensel untuk mereka mencoret
garisan, melukis gambar di atas kertas atau di dalam buku. Mereka mewarnakan gambar.
Melalui pengalaman ini kanak-kanak sedar bahasa mempunyai perkataan dan ditulis. Pengajaran
aktiviti membaca dan menulis dalam konteks ini dibuat secara bersahaja, tidak formal oleh ibu-bapa,
abang, kakak dan orang dewasa lain dalam pelbagai situasi.
Aktiviti

i. Cuba perhatikan situasi bagaimana ibu membantu anaknya membaca. Apakah ibu itu lakukan?
Apakah buku yang digunakan? Buat rakaman foto.
ii. Bagaimanakah guru atau penjaga di pusat penjagaan kanak-kanak (tabika) membantu dan
menggalakkan kanak-kanak membaca dan menulis?
Memilih buku untuk kanak-kanak
Dalam memilih buku untuk kanak-kanak memegang dan melihat-lihatnya, umur dan tahap kesediaan
kanak-kanak perlu diambil kira. Ada buku dan bahan yang sudah dikaji dan dikelaskan tahap
kesesuaiannya untuk kanak-kanak berlainan tahap perkembangannya: misalnya buku untuk kanak-

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 31

kanak berumur dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun, enam tahun dan sebagainya. Ibu
bapa sendiri dapat melihat buku apa yang anaknya suka memegang, gambar apa yang anaknya
suka melihat, dan cerita apa yang anaknya suka mendengar ibu membaca kepadanya. Biar kanakkanak didedah dengan pelbagai jenis buku, termasuk buku bergambar.
Berdasarkan beberapa kajian di Amerika Syarikat, berikut ialah jenis buku yang kanak-kanak
berlainan umur gemar melihat dan membaca:
?xxxxxxx?xxxxxxx?
Jika terdapat satu koleksi pelbagai buku kanak-kanak, kanak-kanak sendiri akan memilih buku yang
ia minati: mungkin kerana gambarnya, warnanya dan fonnya yang besar dan dia sendiri boleh
membaca beberapa patah perkataan. Buku dan cerita yang kanak-kanak suka akan disuruh ibunya
atau gurunya membaca buku berulang kali kepadanya.
Kanak-kanak sendiri tahu tahapnya, jenis buku yang dia ingin melihat dan membaca sendiri dan
akan membaca lagi. Secara implisit atau tidak langsung dia akan belajar mengecam beberapa
patah perkataan dan cuba membacanya.
Kanak-kanak suka bertanya ibunya atau gurunya, Apa ini? Misalnya kanak-kanak yang melihat
buku bergambar tentang dinasour akan bertanya di mana dinasour hidup? Ini ibu dinasour, ini anak
dinasour? Kanak-kanak akan cam perkataan dinasour walaupun dia tidak tahu mengejanya. Dia
akan mengenal perkataan harimau atau singa jika perkataan dan gambar haiwan ini berulangulang dilihatnya dalam buku haiwan kegemarannya. Dia akan mencari buku itu, memegang dan
melihat binatang-binatang yang terdapat dalam buku itu.
Kanak-kanak juga suka memegang dan melihat sendiri buku-buku cerita klasik kanak-kanak seperti
Anjing dengan Bayang-Bayang, Arnab dan Kura-Kura, Gagak Yang Pintar, Cerita Tiga Ekor
Beruang yang telah mereka dengar ceritanya. Jadi pelbagai koleksi buku sastera kanak-kanak amat
penting untuk memikat kanak-kanak melihat-lihat dan membacanya.

2. Menyanyi lagu kanak-kanak dan puisi kanak-kanak


Kanak-kanak suka menyanyi lagu kanak-kanak. Kanak-kanak juga suka memegang dan melihat
buku-buku puisi kanak misalnya puisi the nursery rhymes (Bahasa Inggeris) dan buku nyanyian
kanak-kanak bahasa Melayu, kerana mereka pernah mendengar nyanyian lagu-lagu itu.
Menyanyi bersama kanak-kanak sambil melihat lirik lagu itu di carta akan menggalak mereka
mengecam perkataan dan baris lagu itu. Misalnya kanak-kanak suka menyanyi lagu Pok Amai
Amai, Apa jamu kakak, Tanya pada pokok, Sepuluh budak hitam dan Bangau oh bangau. Guru
boleh menyanyi bersama kanak-kanak lagu ini, bertepuk tangan dan menggerakkan badan. Sambil
itu lirik lagu itu boleh ditunjuk kepada murid. Murid akan cam beberapa patah perkataan dalamnya.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 32

Aktiviti

i. Buat senarai judul buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang terdapat
dalam pusat prasekolah anda. Cuba buat klasifikasi buku-buku itu mengikut apa yang kamu
anggap sebagai buku mudah, sederhana dan tinggi.
ii. Cari seni kata beberapa nyanyian kanak-kanak yang popular dalam Bahasa Melayu. Setengah
daripada nyanyian ada dalam CD dan VCD. Cuba dengarnya. Adakah ia sesuai sebagai bahan
untuk anda guna bagi mengajar membaca di pusat prasekolah anda? Bagaimanakah anda
akan menggunanya dalam pengajaran 2M?

3. Kaedah buku besar (The Big Book)


Dalam program membaca terutama yang dipelopori oleh Marie Clay, buku kanak-kanak bahasa
Inggeris dibahagi kepada beberapa aras 1, 2, 3, 4 dan sebagainya, mengikut aras bahasa dan
kepayahan kandungan cerita dalam buku itu. Ini membantu guru memilih buku yang sesuai untuk
dibaca kepada murid yang berlainan tahap kebolehan membaca. Ini juga membolehkan murid
sendiri memilih dan membaca buku-buku tahap kebolehan masing-masing. Mereka akan beransuransur memilih buku yang lebih tinggi untuk cuba membaca seterusnya.
The big book atau Buku Besar ialah buku cerita kanak-kanak yang diperbesarkan saiznya supaya
guru dapat membaca kepada sekumpulan kanak-kanak di hadapan mereka. Sambil itu guru
membaca, guru dapat menunjuk gambar dan perkataan yang terdapat dalam buku itu. Pengkaji
Marie Clay, seorang profesor pengajaran awal membaca yang berasal dari New Zealand
berpendapat kanak-kanak dapat belajar membaca perkataan dan frasa berdasarkan cerita-cerita
yang guru membaca secara kuat kepada mereka, terutama melalui buku besar (the Big Book).
Dalam pendekatan ini, kanak-kanak mendengar sesuatu cerita yang dibaca oleh guru. Guru
mengulang beberapa kali membacanya supaya kanak-kanak memahami konsep dan jalan cerita
sesuatu cerita itu.
Guru akan menunjuk beberapa perkataan dan mengulangnya. Kanak-kanak akan mengecam
bentuk perkataan itu dan membaca perkataan itu. Mereka mengecam (recognise) perkataan itu
kerana perkataan itu diulang-ulang, atau perkataan itu dikaitkan dengan gambar yang terdapat
dalam buku itu.
Jadi satu lagi sumber untuk guru mengajar kanak-kanak membaca perkataan atau frasa ialah
daripada sastera kanak-kanak, iaitu cerita dan puisi kanak-kanak.
Dalam kaedah ini, langkah-langkah asasnya adalah sebagai berikut:
a) Guru memilih buku cerita misalnya Sang Kancil dengan Buaya dan membacanya secara kuat
kepada murid.
b) Guru mengulang beberapa kali membaca cerita ini, supaya murid faham aliran cerita.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 33

c) Guru tunjuk beberapa patah perkataan seperti buaya dan sungai supaya kanak-kanak cam
(recognise) perkataan itu dalam konteks cerita yang mereka dengar itu. Untuk murid dapat
melihat perkataan ini saiz buku diperbesarkan. Yang dipanggil the Big Book. Tujuannya ialah
sambil guru membaca cerita, guru juga menunjuk beberapa patah perkataan penting dalam
cerita itu, seperti perkataan buaya dan sungai.
d) Guru memilih beberapa perkataan buaya dan sungai untuk diajar murid membacanya
beberapa kali.
e) Murid diajar mengeja perkataan buaya dan sungai sehingga murid mengenal bentuk huruf
dan bunyi setiap huruf dalam perkataan buaya dan sungai.
Ringkasan langkah-langkah ini boleh diperturunkan secara rajah berikut:
Cerita

perkataan

suku kata

huruf dan bunyi


Langkah-langkah ini diulang untuk perkataan lain dalam buku yang sama.
Kemudian buku lain pula diperkenalkan dan dibaca kepada murid. Langkah-langkah yang sama
digunakan.

Aktiviti

Pilih sebuah buku cerita. Sediakan satu rancangan bagaimana kamu boleh
mengguna cerita ini untuk mengajar kanak-kanak membaca mengguna langkahlangkah yang diterangkan di atas.

4. Program Pemulihan Membaca (Reading Recovery)


Salah satu program pemulihan membaca (bagi murid yang bermasalah membaca) mengguna
pendekatan whole language berasaskan sastera kanak-kanak ialah program Reading Recovery
yang dipelopori oleh Marie M. Gray, di New Zealand dalam pertengahan tahun 1970-an.
Kejayaannya membawa program ini ke United Kingdom, Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat
dalam tahun 1980han.
Huraian langkah-langkah pengajaran Reading Recovery ini adalah seperti berikut:
Reading Recovery utilizes and builds upon conversations between teacher and child as
the primary basis of instruction. This teacher-child dialogue has been found to be an

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 34

effective method for teachers to help students learn to deal with complex tasks such as
reading.
The Reading Recovery lesson follows a strict routine of components containing
activities that are molded to meet the individual needs of each child based upon a daily
analysis of student progress by the teacher.
Before the lesson begins, the student practices fluent writing of one High Frequency
word, such as the word the on the chalk/dry erase board.
The 30-minute lesson then begins with its seven distinct parts:
1. The child rereads several familiar books.
2. The child rereads a book introduced in the prior lesson while the teacher does a
running record (observes and records the child's reading behaviors). The teacher
chooses 2-3 powerful teaching points.
3. The child is guided toward discovering how words work through developing letter
knowledge and word structure awareness and familiarity.
4. The child writes a story with the teacher providing opportunities for him/her to hear
and record sounds in words.
5. The child rearranges his/her story from a cut-up sentence strip provided by the
teacher.
6. The teacher introduces a new book carefully selected for its learning opportunities.
7. The child reads the new book orchestrating his/her current problem-solving
strategies.
Perhatikan dalam proses reading recovery (pemulihan membaca) ini yang penting ialah interaksi
perbualan mesra antara guru dan murid secara individu. Berdasarkan hubungan mesra ini guru
mengenalpasti tahap keperluan murid membaca.
Pelajaran bermula dengan murid disuruh menulis di papan tulis, satu patah perkataan yang
kerap terdapat dalam bahasa Inggeris, misalnya perkataan the.
Kemudian guru menyuruh murid itu membaca buku yang ia telah tahu membacanya. Ini
mengukuh kemahiran membaca, dan meletak keyakinan untuk membaca seterusnya.
Kemudian guru perlahan-lahan memberi buku baru yang dipilih khas untuk murid membaca
cerita dan perkataan baru; cara menyebut perkataan itu dan ejaannya.
Guru perhatikan bagaimana murid sendiri mencuba membaca cerita dan perkataan baru. Guru
membimbingnya.
Guru membimbing murid menulis ceritanya dan membacanya. Guru memberi pujian yang
sesuai dengan usaha murid.
Guru memperkenalkan pula buku baru yang dipilih bersesuaian dengan keperluan dan
kemajuan murid.
Pendekatan pengajaran pemulihan membaca ini memerlukan bimbingan secara individu murid yang
lemah itu. Guru perlu peka keperluan murid, dan memilih buku bergred yang sesuai untuk murid
melatihnya. Dalam program ini buku cerita dalam bahasa Inggeris sudah ada.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 35

5. Kaedah cerita murid: perkataan berdasarkan cerita yang diceritakan oleh


murid
Kanak-kanak berumur lima atau enam tahun suka menceritakan apa yang mereka lakukan setiap
hari, misalnya bersama keluarga atau bersama kawan. Mereka juga suka mencipta cerita rekaan
berdasarkan imaginasi mereka. Mereka juga boleh menceritakan semula cerita yang pernah mereka
dengar.
Guru boleh menggalakkan murid menceritakan apa yang mereka suka lakukan di sekolah atau di
rumah. Apakah permainan yang mereka suka bermain? Dengan siapa? Di mana? Apakah program
TV yang mereka suka menonton? Program ini mengenai apa? Apakah tempat-tempat yang pernah
mereka melawat? Apakah yang mereka lihat di tempat itu? Berdasarkan cerita murid ini guru
menulis perkataan-perkataan yang kerap murid sebutkan, misalnya perkataan suka, main
bola, kawan, di padang dan naik bas, makan ais krim.
Perkataan dan frasa ini bermakna kepada murid kerana mereka sendiri mengalaminya. Adalah
dipercayai kanak-kanak senang belajar membaca perkataan atau frasa yang mereka sendiri cipta
atau ceritakan.
Guru mengguna perkataan-perkataan ini untuk mengajar murid membaca.
Jadi satu lagi sumber mengajar perkataan dan frasa untuk murid belajar membaca ialah perkataan
dari cerita murid sendiri. Guru menulis cerita yang diceritakan oleh murid itu. Darinya guru memilih
beberapa perkataan dan frasa yang menarik untuk diajar membaca.
Langkah-langkah asas
a) Guru meminta seorang murid menceritakan tentang apa yang dia buat bersama kawankawannya.
b) Murid akan menceritakan yang dia bermain bola, menendang bola, menangkap bola dan
berlari-lari di padang; saya rasa seronok bermain bersama kawan-kawan, dsb.
c) Guru menulis cerita itu seperti yang diceritakan oleh murid.
d) Kemudian daripada cerita murid ini guru memilih beberapa perkataan dan frasa untuk mengajar
murid membacanya: misalnya perkataan bola dan frasa tendang bola.
e) Perkataan dan frasa ini ditulis di papan tulis, atau di dalam buku murid.
f) Guru mengajar murid mengecam dan membaca perkataan bola; kemudian mencerakinnya
menjadi bo la dan mencerakin lagi dan mengeja b o l a
g) Seterusnya guru mengajar pula perkataan tendang, dsb, dan tendang bola
h) Murid menyalin apa yang dibaca.

Aktiviti

Pilih seorang murid. Minta dia ceritakan kepada kamu mengenai apa yang ia lakukan
bersama keluarga pada waktu petang. Tuliskan ceritanya itu bersamanya. Daripada
cerita itu senaraikan langkah-langkah untuk mengajarnya membaca.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 36

Perbincangan dan ulasan


Perhatikan dalam program dan pendektaan mengajar membaca berdasarkan sastera kanak-kanak
ini, kanak-kanak belajar membaca berasaskan buku bacaan yang biasanya dipilih oleh guru
berdasarkan minat dan tahap kebolehan murid. Sambil membaca, guru mengajar murid
mengecam dan membaca perkataan dan ayat dalam konteks sesuatu cerita itu.
Kemudian baru guru memilih dan mengajar murid mengeja perkataan yang dibaca. Kanak-kanak
belajar nama dan bunyi huruf dan suku kata sesuatu perkataan dalam konteks cerita yang kanakkanak baca. Kemudian guru memilih pula perkataan lain untuk guru mengajar kanak- kanak
mencerakinnya.
Pada dasarnya langkah-langkah kaedah di atas adalah sama seperti kaedah seluruh perkataan dan
cerakin perkataan (word-analysis) dalam Bab 3 yang lalu.
Keistimewaan kaedah sastera kanak-kanak ini ialah ia bermula dengan suatu cerita yang kanakkanak suka. Cerita ialah satu tarikan kepada kanak-kanak untuk mendengarnya dan membacanya.
Ini memberi motivasi untuk mereka ingin belajar membaca sendiri cerita yang mereka dengar itu.
Tetapi untuk menjayakan program ini dan supaya kanak-kanak (atau murid lemah) boleh mengecam
(recognize) perkataan pada peringkat awal dan seterusnya, buku-buku cerita ini hendaklah dikaji
arasnya (graded) 1, 2, 3 seperti yang dibuat oleh Marie Clay dan Program Reading Recovery. .
Buku beraras (graded) ini belum ada dalam bahasa Melayu. Satu usaha ke arah ini ialah seperti
dalam Bab 12.
Ringkasan tentang pendekatan seluruh perkataan dan kaedah cerita
Wendy Hopkins ( ??? ) membuat ringkasan berikut tentang pendekatan whole language terutama
yang berasaskan sastera kanak-kanak (literature-based), dalam konteks pengajaran awal membaca
bahasa Inggeris.
Sequential order in Whole Language Instruction
Whole language instruction is based on the belief that children learn to read the way
they learn to speak: naturally and therefore do not really need much formal instruction.
a) Child is read to by teacher who uses a large book on an easel so that the children
can learn the words by their configurations and contextual relationships.
b) Child is surrounded by books and expected to "read" them.
c) Child is taught to memorize sight words.
d) Child is expected to write before being able to read.
e) Child uses "invented spelling" in writing and is expected to correct himself at some
future date.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 37

f) Child "writes" a book which is "published" in class and read aloud to fellow
classmates.
g) Child is taught to "take risks" in reading by substituting words, skipping words,
guessing the words.
h) Child is taught some letter sounds as one of the strategies to be used in figuring out
a word. This strategy is usually referred to as "graphophonemics."
i) Child is taught to use picture clues, context clues, syntactic clues, and phonetic
clues in trying to figure out what the words say.
j) Child is encouraged to "interpret" the text rather than read it accurately.
k) Misreadings are considered "miscues" rather than errors.
l) No stress on proper pronunciation.
m) No stress on accuracy.
n) The reader "creates" the meaning.
Isu penting
Sejauh manakah pendekatan whole language atau seluruh perkataan berkesan berbanding
dengan kaedah fonik untuk mengajar awal membaca bahasa Inggeris?
Isu atau soalan yang kerap dibincang dan didebatkan, terutama dalam konteks pengajaran awal
bahasa Inggeris, ialah: adakah kanak-kanak harus diajar awal membaca dan menulis bermula
dengan perkataan atau bermula dengan mengenal huruf dan bunyi (pendekatan fonik)?
Banyak kajian dibuat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan New Zealand tentang
keberkesanan kedua-dua pendekatan ini: pendekatan seluruh perkataan dan pendekatan fonik.
Hasil kajian-kajian tentang keberkesanan kedua-dua pendekatan ini (pendekatan whole language
berlawanan pendekatan fonik) telah menimbul kontroversi dan debat sengit di antara penganut
kedua-dua mazhab ini.
Setiap mazhab cuba membuktikan pendekatannya lebih berkesan. Misalnya Pendekatan Fonik cuba
menunjukkan dan membuktikan bahan dan pendekatannya lebih berkesan dari pendekatan Seluruh
Perkataan; begitu juga sebaliknya. Debat hangat ini tercatat dalam buku, makalah, jurnal, internet
di Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam tempoh 80 tahun yang lalu.
Pada suatu ketika dalam tahun 1950-an pendekatan whole-word popular dan dominan untuk
mengajar membaca Bahasa Inggeris. Buku Why Johnny cant read oleh Rudolf Flesh diterbitkan
(1955) mengkritik kaedah whole word atau whole language ini. Flesh cuba membuktikan bahawa
pendekatan ini (yang kerap diguna oleh guru) telah menyebabkan tinggi peratus murid sekolah
rendah dan menengah di Amerika Syarikat tidak boleh membaca atau lemah membaca. Beliau
mencadangkan supaya pendekatan fonik (phonics method) diguna semula. Dengan itu kontroversi
dan debat tentang dua pendekatan ini menjadi sengit dan hangat di Amerika Syarikat, dengan pihak
masing-masing cuba membuktikan yang pihaknya betul.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 38

Simply stated, supporters of the whole language approach think children's literature,
writing activities, and communication activities can be used across the curriculum to
teach reading; backers of phonics instruction insist that a direct, sequential mode of
teaching enables students to master reading in an organized way.
Pada tahun 1962 1965, Jeanne Chall (1967), professor pendidikan dari Harvard University, telah
membuat kajian mendalam tentang kontroversi dalam pengajaran awal membaca ini. Professor
Chall mengkaji berbagai-bagai-bagai program pengajaran-pembelajaran membaca yang terdapat di
Amerika Syarikat dan England
an inquiry into the science, art, and ideology of old and new methods of teaching
children to read 1910 1965
Beliau mengkaji keberkesanan pendekatan mengajar membaca sama ada yang berorientasikan
whole word approach atau phonic approach atau eclectic approach.
Hasil kajiannya diterbit dalam sebuah buku yang bertajuk Learning to Read: The Great Debate,
1967, yang menjadi buku klasik dalam kajian dan analisis pengajaran-pembelajaran awal membaca.
Banyak dapatan dan saranan tentang pengajaran membaca hasil dari kajiannya. Kesimpulan dari
dapatannya adalah sebagai berikut:
I cannot emphasize too strongly that the evidence does not endose any one codeemphasis method over another. There is no evidence to date that ITA (Initial Teaching
Alphabet) is better than a lingustic approach, that a linguistic approach is better than a
systematic-phonic approach
Nor can I emphasize too strongly that I recommed a code emphasis only as a beginning
reading method a method to start the child on and that I do not recommend ignoring
reading-for-meaning practice.. Once the pupil has learned to recognize in print the
words he knows, any additional work on decoding is sheer waste of time. (p. 307)
Nampaknya syor beliau itu lebih mirip kepada pendekatan fonik sebagai asas untuk kanak-kanak
diajar mula membaca (beginning reading method). Beliau menegaskan bahawa setelah asas
membaca ini dikuasai oleh murid, mereka hendaklah diajar dan dilatih membaca untuk mencari
makna (reading-for-meaning practice) iaitu membaca pelbagai buku untuk meneguh dan
memperkayakan pengetahuan murid.
Pendekatan whole language menjadi popular semula di California dalam tahun 1980-an. Tetapi
pada awal tahun 1990han California dan beberapa negeri (states) di U.S mendapati pendekatan ini
menyebabkan tinggi peratus pelajarnya tidak boleh atau lemah membaca. Kaedah whole language
ini didapati kurang berkesan untuk mengajar awal membaca.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 39

Laporan kajian The Superintendents Reading Task Force, Every Child a Reader (September, 1995),
mendapati kaedah whole language atau whole word (seluruh perkataan) kurang berkesan untuk
mengajar kanak-kanak awal membaca, dan menyebabkan tinggi peratus kanak-kanak lemah atau
tidak boleh membaca di California. Untuk mengatasi masalah ini, California State Assembly dalam
tahun 1995 telah meluluskan rang undang-undang (Statutes of 1995)
...which requires that the State Board of Education California adopt materials in grades
one through eight that includes sistematic, explicit phonics, spelling, and basic
computational skills.
Pemerintah negeri California mengarah pentadbir-pentadbir wilayah pendidikan (local education
authorities) di California supaya menekan semula kaedah fonik dan mengambil pendekatan yang
seimbang a balanced and comprehensive approach to reading untuk mengajar kanak-kanak
membaca.
Di England, Laporan oleh the House of Commons Education Select Committee (2005) menunjukkan
17% murid-murid berumur 11 tahun gagal dalam peperiksaan membaca mereka. Ini peratus tinggi,
dan tidak boleh diterima, kata laporan itu. Kajian menunjukkan kaedah "synthetic phonics - the
building up of words from simple letter sounds adalah lebih berkesan dibandingkan dengan
pendekatan whole language. Jabatan pendidikan di England mengsyorkan supaya pendekatan
synthetic phonics diguna di seluruh England untuk mengajar awal membaca. (Dalam berita BBC
Monday, 25 July, 2005)
Kajian-kajian lain juga mendapati kebanyakan murid sukar belajar awal membaca melalui kaedah
seluruh perkataan.
Apa yang disyorkan ialah pendekatan yang dimulakan dengan kaedah fonik sebagai asas,
kemudian baru mengguna kaedah seluruh perkataa/seluruh bahasa untuk memperkaya dan
mengukuhkan penguasaan 2M murid-murid.

Aktiviti

Pada fikiran kamu adakah pendekatan seluruh perkataan atau seluruh perkataan
berasaskan sastera kanak-kanak sesuai untuk memulakan pengajaran awal 2M
Bahasa Malaysia?
Apakah peranan sastera kanak-kanak dalam pengajaran awal membaca?

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 40

RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN


Barbara K. Gunn, et. al. (2000 ) Emergent Literacy: Synthesis of the Research Document prepared
by the National Center to Improve the Tools of Educators, funded by the U.S. Office of Special
Education Programs.
The Superintendents Reading Task Force, Every Child a Reader , September, (1995), California.
Flesh, Rudolf. (1955). Why Johnny cant read.
Chall, Jeanne. (1967), Learning to Read: The Great Debate,
Clay, Marie. (1966). Emergent reading behaviour. Unpublished doctoral dissertation, University of
Auckland, New Zealand.
Clay, M. (1991). Becoming Literate: The Construction of Inner Control. Aukland: Heinemann.
Clay, M. (1998). By Different Paths to Common Outcomes York, ME: Stenhouse
Clay, M. (1985). The Early Detection of Reading Difficulties: Third Edition. Portsmouth, NH:
Heinemann.

Anda mungkin juga menyukai