Anda di halaman 1dari 26

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 87

UNIT PELAJARAN 9
KEMAHIRAN MENGEJA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan definisi mengeja
2. Menjelaskan masalah dalam mengeja
3. Menjelaskan strategi pengajaran mengeja

PENGENALAN
Ejaan dan mengeja adalah dua kemahiran yang berbeza tetapi saling berkaitan
antara satu sama lain. Ejaan merujuk kepada kaedah atau cara menulis perkataan
dengan huruf . Mengeja pula merujuk kepada perbuatan membunyikan (menulis)
huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Kemahiran mengeja
perkataan berkait rapatdengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang
lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua
kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama
(Fitzgerald &Stanahan, 2000). Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan
lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian
daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana
kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanakkanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. Ejaan dan rencana adalah
dua kemahiran yang saling berkaitan. Kemahiran ejaan dan rencana diperolehi
melalui kemahiran membaca sama ada secara mekanis ataupun penaakulan.
Perkataan

yang

dipilih

untuk

pembelajaran ejaan boleh diambil daripada

buku teks,buku kerja, kad ejaan, lembaran kerja dan yang berkaitan dengan
kemahiran bacaan dan kefahaman.Aktiviti ejaan dan rencana ini dapat membantu
kanak-kanak meningkatkan dan menghafalkan bunyi

perkataan.Di

samping

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 88


kemahiran mengaitkan bunyi perkataan dengan perkataan lain juga mengukuhkan
kemahiran.

PUNCA KELEMAHAN DALAM MENGEJA


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan murid-murid pemulihan khas lemah
dalam mengeja iaitu;
a. Lemah dalam pengamatan penglihatan atau visual.
Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah
menerima rangsangan daripada sumber lain.

Pengamatan visual pula berkait

dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya


menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan
penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang
dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contohnya, jika murid
membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid akan keliru dan akan
menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan teruk.
Contoh: Makan dibaca sebagai nakaM
Contoh lain:

Pembalikan huruf ( b-d n-u m-w)

Salah susunan urutan ( rumah-ramuh)

Huruf besar dan huruf kecil ( sAyA)

Meninggalkan huruf-huruf dlm perkataan


( tinggal tingal

berenang bernang)

b. Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu


huruf atau perkataan.
Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf
yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza. Bagi murid
disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi
perkataan

sangat

ketara.

Simbol-simbol

perkataan

yang

bercetak

sukar

diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 89


secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam
kemahiran mengeja.
Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".

c. Masalah memori auditori dan visual.


Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering
memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti
bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai
kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan
mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala
murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk
menguatkan ingatan visual.

d. Lemah dari segi Analisis pendengaran.

Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid
juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan
kurang pendengaran.
Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.

Tidak dapat menentukan lambang bunyi


b-d d-t

Tidak boleh mengecam bunyi perkataan


emak- mak a e i bunyinya hampir sama

Menukarkan huruf a dgn huruf e


mata -mate

Menukarkan huruf i dengan e


ikan - ekan

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 90


d.Sebutan huruf yang salah.
Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain
itu, murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.

Contoh: "Makan" disebut "make", "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna).

CIRI-CIRI MURID MENGHADAPI MASALAH DALAM MENGEJA


Ciri-ciri masalah membaca yang dialami oleh murid yang menghadapi masalah
mengeja ialah muirid disleksia khususnya jenis disleksia auditori, disleksia visual,
disleksia terbiar, disleksia fonologikal, disleksia pusat, disleksia emosional dan
disleksia pedagogik. Antara ciri dan simptom murid yang menghadapi masalah
mengeja ialah;
Keliru dengan bentuk huruf yang seakan-akan sama. Contoh:h-n, c-e,
f-t, g-q.
Keliru dengan bentuk huruf yang terbalik. Contoh:w-m, h-y, u-n.
Keliru dengan huruf-huruf yang berbentuk songsang. Contoh: p-q, b-d.
Keliru dengan bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh: b-p, d-t,
m-n.
Keliru dengan menyebut konsonan berganding. Contoh: sy-ny.
Keliru semasa menyebut bunyi suku kata. Contoh: lari disebut lali,
mari disebut mali.
Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan sama bentuk.
Contoh:n-h, m-n, I-j, c-e.
Menyebut bunyi mengikut telor dalam bahasa ibunda. Contoh: o
disebut wo, r disebut l.
Tidak berupaya membezakan bunyi sukukata e pepet dan e taling.
Contoh perang-perang, sepak-sepak.
Tidak berupaya menyebut bunyi konsonan berganding awal yang
bermula dengan sy, ng dan ny. Contoh: syak disebut sak, nyaman
disebut nama,nganga disebut ganga.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 91


Tidak mengikut setengah-setengah bunyi huruf. Contoh: pekak disebut
peka, mara disebut marah. Adik disebut dik.
Keliru ketika menyebut perkataan yang seakan-akan sama rupa.
Contoh: rumput disebut rambut. Kelapa disebut kepala.
Tidak berupaya membaca dengan lancar seperti mengulang setengahsetengah perkataan atau tidak memahami maksud yang dibaca.
Tidak mampu membaca dengan intonasi yang tepat.
Meninggalkan perkataan dalam ayat. Contoh: Ali berlari dengan cepat
dibaca sebagai Ali lari cepat.
Boleh mengeja tetapi tidak boleh menyebut perkataan.
Membaca secara merangkak-rangkak, iaitu teragak-agak apabila
hendak membaca. Masalah ini timbul disebabkan masalah mengenal
huruf, mengecam perkataan atau masalah membatang sukukata.
Cara membaca mengikut dialek. Contoh: Dia beri saya wang dibaca
sebagai lia beli saya wang.

CONTOH AKTIVITI MENGAJAR EJAAN


a. Membina dan membunyikan suku kata tertutup (kvk)

Langkah -langkah

1. Membunyikan suku kata nan

nin nun

2.memperkenalkan suku kata nan

nin nun

3. Mengulang semula bunyi suku kata nan

nan

nin

nin nun

nun

# Kemahiran : Murid sudah mahir mengenal ,membunyikan dan membaca dengan lancar

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 92


b. membina dan membaca perkataan
Langkah-langkah
1.Cantumkan dua sukukata dan sebut perkataan
2.Murid sebut perkataan berulang kali.

ma

nan

manan

ja

nin

janin

ai

nun

ainun

ka

nan

kanan

is

nin

isnin

ka

nun

kanun

ke

nan

kenan

la

nun

lanun

ba

nun

banun
a

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 93


# Kemahiran murid-murid boleh membaca perkatan dan sukukata tertutup dengan betul.

c.Membina frasa dan ayat untuk dibaca


Langkah - langkah

1. Memperkenalkan frasa yang dibina untuk dibaca


2. Murid menyebut frasa dengan jelas.

kanan
manan
Manan

ainun
lanun
kenan

Ainun

3.Murid mengulang semula frasa dan ayat dengan betul.

Ini tangan .
Ini tangan kanan.
Semalam tangan Ainun luka.
Dia luka kerana jatuh basikal.
Ibu Ainun bawa ke klinik.
# Kemahiran :Murid dapat dan sebut frasa dengan betul.
Seterusnya aktiviti membaca pantun

Pantun
Mandi laut guna boya,
Usaha gigih pasti berjaya.
Bertemu Badang orang gagah,
Jadi jaguh janganlah megah.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 94

Bakar arang jadi bara,


Rajin belajar guru gembira.
Pak Gani tangkap tekukur,
Hidup ini mesti bersyukur.
Awan di langit berwarna biru,
Adik hendaklah hormati guru.
Aktiviti 2: mengenal Huruf g
a) mengenal dan membunyi huruf
Bunyikan dan baca huruf g

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 95

g
g
Lembaran kerja mengenal dan membunyi huruf g
Nama :..................................................
Tarikh :................................................
Warnakan gambar gua

Tulis huruf g

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 96

b)Lembaran kerja membina dan membunyikan sukukata terbuka kv


Nama
:.........................................
Tarikh :........................................
baca suku kata

ga

ge

ge

gi

go

gu

ga

ga

gaga

gi

gi

gigi

ba

gi

bagi

gu

gua

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 97

c)Lembaran kerja membina dan membaca perkataan

Baca ,cantum suku kata dan salin


a

gi

gi

gi

ba

gi

du

ga

ba

gi

du

ga

d)Lembaran kerja membina frasa dan ayat untuk dibaca

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 98

Tulis huruf di tempat kosong dan salin semula ..

Agi

ada

g___g___.

Itu g_ a b_ t_
G___n___

ibu.

Ini gigi .
Ini gigi batu
Ini gigi batu Abu.
Abu beli gigi batu dari Kota.
Abu gosok gigi hari-hari.

Ini apa ?

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 99

Ini gigi siapa?


Abu beli gigi batu ini di mana?
Bila Abu gosok gigi?
Membina dan membunyikan sukukata tertutup.
Membina dan membunyikan suku kata tertutup
Cantumkan huruf menjadi suku kata

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 100

b)Lembaran kerja membina perkataan.


Suaikan perkataan yang sama
gigih

cegah

cegah

gigih

gagah

jaguh

jaguh

gagah

Sebagai seorang guru apakah yang anda lakukan sekiranya mendapati murid
pemulihan anda sukar membaca dan keliru dengan kedudukan huruf.

Rumusan

Ejaan merujuk kepada kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf .

Mengeja pula merujuk kepada perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf


secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan.

Kemahiran mengeja perkataan berkait rapatdengan kemahiran membaca


perkataan

Murid disleksia menghadapi masalah dalam mengeja dan membaca


khususnya disleksia auditori, visual dan campuran.

Rujukan
Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 101


Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan
Khas (Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program
Pemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia
Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special
Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon
Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston:
Houghton-Mifflin
Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education
classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall
Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute &
Sage.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 102

UNIT 10

STRATEGI PENGAJARAN EJAAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan strategi mengajar ejaan
2. Menjelaskan kaedah VAKT
3. Menjelaskan kaedah pelbagai deria

PENGENALAN
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri, Kenneth
& Dunn (1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai motivational interest
or pattern that is preferred when processing new information or experiences ( minat
atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru
atau pengalaman) Gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis iaitu model
sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium
pembelajaran yang disukai. Kaedah pengajaran ialah satu siri tindakan guru yang
sistematik untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek. Sesuatu
kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dalam adalah
berkaitan dengan pendekatan dan teori tertentu. Menurut teori gaya pembelajaran,
pelajar

menggemari

lebih

daripada

satu

gaya

pembelajaran.

Teori

turut

mengandaikan dengan merekabentuk pengalaman pendidikan, kurikulum dan


pengajaran yang sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar mungkin dapat
memperbaiki

pencapaian

akademik

pelajar,

Irvine

dan

York

(1995).

Walaubagaimanapun, seseorang individu boleh mengubah gaya pembelajarannya


mengikut kehendak kerja pada waktu itu, Kolb (1976).

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 103

PENDEKATAN VISUAL, AUDITORI , KINESTATIK DAN TEKTIL


Perceptual Learning-Style Preference Questionaire, Reid (1984) menjelaskan
tentang pemilihan gaya pembelajaran yang utama menunjukkan ciri-ciri pelajar
seperti berikut:
a. Visual
-

Mempelajari sesuatu dengan baik dengan melihat perkataan dalam


buku, di atas papan hitam dan di dalam buku kerja.

Mengingati, memahami maklumat dan arahan dengan baik jika


membaca.

Tidak memerlukan penerangan lisan dan boleh belajar secara


bersendirian dengan sebuah buku.

Mengambil nota dan arahan secara lisan untuk mengingati maklumat.

b. Auditori
-

Belajar daripada mendengar perkataan yang diucap dan penerangan


lisan.

Dapat

mengingati

maklumat

dengan

cara

membaca

kuat

atau

menggerakkan bibir semasa membaca, terutama semasa mempelajari


bahan yang baru.
-

Mendapat keuntungan daripada mendengar pita audio, kuliah dan


perbincangan kelas.

c. Kinestatik
-

Belajar melalui pengalaman secara fizikal di bilik darjah.

Mengingat maklumat dengan baik apabila mengambil bahagian dalam


aktiviti, field trips dan mainkan peranan di bilik darjah.

d. Tektil
-

Mempunyai peluang mencari pengalaman hands-on dengan bahanbahan.

Melaksanakan eksperimen di makmal, mengawal dan membina model.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 104


-

Menulis nota atau arahan yang boleh membantu mengingati dan


memahami maklumat baru melalui penglibatan fizikal di dalam kelas.

PENDEKATAN MULTISENSIRI
Menurut Mercia (2005) pengajaran secara serentak menggunakan deria visual,
auditori dan kinestetik-tactile ke arah meningkatkan keupayaan mengingat dan
mengikuti pembelajaran. Hubungan antara deria iaitu visual (apa yang dilihat),
auditori (apa yang didengar) dan kenestetik-tactile (apa yang dirasa) adalah item
yang berperanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengeja, membaca
dan menulis. Kaedah pengajaran ini meransang keseluruhan deria untuk berperanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendekatan multisensori ini
deria yang tidak berperanan dengan baik akan menyebabkan berlakunya kesukaran
dalam penguasaan kemahiran-kemahiran membaca dan matematik.

Kaedah ini

juga memerlukan seorang guru yang berupaya mengaitkan bentuk huruf, bunyi huruf
dan membayangkan huruf. Selain itu elemen deria untuk mengurut, meniru, dan
menulis juga perlu diaplikasikan dalam keadah ini. Murid akan melalui proses
menguasai kemahiran membaca berdasarkan aplikasi semua deria dan mereka
akan diajar

mengenal huruf, membentuk suku kata, membentuk perkataan,

membentuk ayat dan karangan. Selain itu pengajaran dan pembelajaran matematik
berkonsepkan

kaedah

multisensori

juga

mampu

membantu

mengurangkan

kecelaruan khususnya dalam proses mendiskriminasikan bentuk huruf dan simbol


matematik.
Menurut Eric (2009) pengajaran melalui visual, auditori, kinestatik dan tactile
merupakan kombinasi kepelbagaian spektrum dalam proses pembelajaran. Aplikasi
visual adalah satu proses mengadaptasi maklumat atau pengetahuan baru melalui
aktiviti gambarajah, mewarna, melukis, graf, nombor, susunan grafik, puzzle, teka
silang kata, mencari perkataan, majalah, gambar, filem, telivisyen, pascaer, buku,
tulisan, papan tulis, peta minda,

kartun, kalikatur dan lain-lain instrumen yang

menjurus kepada penglihatan. Sistem pengajaran menggunakan pendekatan


auditori adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan sistem visual. Mendengar
dengan tepat bunyi yang dihasilkan dari huruf yang membentuk perkataan adalah

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 105


aktiviti yang sangat penting. Jika kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran,
adalah amat sukar untuk mempelajari bunyi huruf. Antara aktiviti pengajaran
menerusi sistem auditori ialah

kanak-kanak akan didedahkan dengan kaedah

mendengar sebutan perkataan, penerangan, menggunakan pita rakaman, nyanyian,


bercerita, berjenaka, percambahan fikiran, menyoal, temubual, kuiz, penggunaan
multimedia, perbincangan, debat dan lain-lain lagi.

Gaudet

(2008)

menyatakan

memahami

kaedah

dan

bagaimana

mengubahsuaikan pengajaran, adalah kemahiran yang perlu ada pada guru kerana
akan membuahkan hasil yang positif. Menurut beliau lagi mengadaptasi pengajaran
yang menjurus kepada penggunaan pendekatan kinestetik seperti aktiviti fizikal
menggunakan tangan, menulis, menaip, menekap, menulis di udara, berjalan ketika
membaca, melukis apa yang didengar, meniru, menepuk tangan, melompat,
pergerakan badan, permainan dalaman dan beberapa aktiviti lain. Aktiviti-aktiviti ini
sangat penting kerana dapat menyelaras perkaitan antara otak kiri dan otak kanan
kanak-kanak disleksia. Selain dari itu deria sentuh juga mampu menjana di banyak
kawasan otak untuk memberi informasi-informasi terbaru. Penggunaan jari yang
membentuk corak atau perkataan di bekas pasir atau aktiviti yang melibatkan
manipulasi penggunaan tangan akan membantu kanak-kanak disleksia memproses
lebih informasi secara cekap dan berkekalan.

Kaedah Multisensori untuk memulihkan

kanak-kanak yang menghadapi

masalah penguasaan kemahiran membaca ini adalah hasil penyelidikan yang


dijalankan oleh Samuel T.Orton yang juga dikenali sebagai `father of dyslexia`
(Colony 2001). Selain itu dua rakan sekerja Orton yang membantu beliau ialah
Bessie Stillman dan Anna Gillingham.Gabungan ini melahirkan Orton-GillinghamStillman Approch. Ia juga dikenali sebagai kaedah O-G. Hari ini banyak pendekatanpendekatan multisensori yang diubah suai berdasarkan versi kaedah O-G
(Richardson 2001). Hubungan yang wujud antara visual (apa yang dilihat), auditori
(apa yang didengar) dan kinestetik-tactile (apa yang disentuh atau rasa) akan
menjadi laluan atau agen dalam pembelajaran membaca dan mengeja.

Apa yang membezakan pendekatan multisensori dengan pendekatanpendekatan berstruktur yang lain untuk gangguan bacaan ialah kandungan (apa

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 106


yang diajar) dan prinsip-prinsip arahan (bagaimana ia

diajar). Susan (2001)

menjelaskan bahawa tidak semua bahagian dalam sesi pengajaran menggunakan


strategi multisensori. Menurut beliau lagi strategi multisensori kelihatan seolah-olah
seperti teknik pengajaran tradisional kerana menekankan ciri-ciri pengulangan,
menulis dan ulang membaca. Namun demikian penerapan teknik seperti menulis
berdasarkan `feel` melalui penggunaan deria rasa dan alatan seperti kertas pasir
menjadikan strategi multisensori lebih berjaya membantu kanak-kanak disleksia.
Melalui kaedah tradisional guru menyampaikan pengajarannya secara terus,
sedangkan kaedah multisensori lebih menekankan deria sampingan yang digunakan
sebagai agen penyampai.

Susan (2001) juga menyarankan agar guru menggunakan kaedah mengajar kanakkanak yang menghadapi masalah disleksia untuk mengaitkan bunyi dengan simbol
huruf. Kanak-kanak ini juga akan menghubungkan bunyi dan bentuk
disamping membayangkan bentuk huruf

huruf

berkenaan. Apabila kanak-kanak ini

melalui proses awal mengenal huruf, mereka dengan berhati-hati akan menyurih,
meniru dan menulis huruf sambil menyebut bunyi huruf berkenaan. Guru mungkin
boleh berperanan dengan menunjukkan huruf dan murid pula menyebut bunyinya.
Bermula dari huruf, proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya akan
melibatkan pembentukan suku kata, perkataan dan ayat. Proses pengajaran dan
pembelajaran sebenarnya akan melalui tiga elemen penting iaitu visual, auditori dan
kinestetik - tactile secara serentak. Susan (2000) menyatakan bahawa pengajaran
melalui

kaedah multisensori akan melibatkan pendengaran, pemerhatian dan

perasaan. Apabila kanak-kanak belajar

membaca, mereka juga akan belajar

menulis secara serentak. Menurut beliau lagi proses memindahkan bentuk


penglihatan ke tulisan akan berlaku secara automatik. Kanak-kanak disleksia yang
belajar menggunakan kaedah multisensori ini akan menunjukkan peningkatan dalam
bacaan, tulisan, pertuturan dan ejaan.

CARA UNTUK MENGEJA


Terdapat dua cara untuk mengeja iaitu;
a. Menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku
kata atau perkataan dan membunyikan suka kata/perkataan itu. Menyebut
huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 107


suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, bola dieja b o l a. Gambaran
ringkasnya ialah huruf perkataan. Menyebut huruf, diikuti dengan
penyebutan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Contohnya,
bola dieja b o, diikuti penyebutan suku kata bo. Seterusnya disebut pula
nama huruf l a, diikuti dengan penyebutan suku kata la. Akhirnya disebut
perkataan bola. Gambaran ringkasnya ialah huruf suku kata
perkataan.

b. Menulis huruf untuk membentuk suku kata atau perkataan.


Cara ini merujuk kepada membina suku kata

ga

ga

gaga

gi

gi

gigi

ba

gi

bagi

gu

gua

Selepas itu baca dan salin

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 108

gi

gi

gi

ba

gi

du

ga

PENDEKATAN PEMULIHAN EJAAN


Strategi ini dikemukakan oleh Mike Torbe (1979) dengan beberapa langkah iaitu.

Tulis perkataan di papan hitam dgn terang

Sebut perkataan dgn jelas

Murid ikut guru menyebut perkataan

Beri masa murid memerhati perkataan

Menulis perkataan dari ingatan

Murid menutup yg diitulis dan eja

Pastikan urid menggunakan perkataan itu


dalam kerja bertulis

Lihat dan teliti kesalahan sebut dalam hati

Urut huruf dgn jari dan bunyikan

Tandakan warna sukukata yang susah

Tutup mata dan bayangkan perkataan

Tutup perkataan dan murid eja

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 109

Mengingat semula perkataan yg dieja

Menulis perkataan itu

Semak semula jika salah ulang semula


LIHAT TUTUPINGATTULIS

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN EJAAN


Terdapat beberapa kaedah pengajaran mengajar kemahiran mengeja iaitu;
a.Kaedah Abjad
Berdasarkan kaedah abjad, murid menyebut nama huruf. Bagi mengeja dengan
abjad Rumi, cara yang kedua kerap digunakan. Hal ini kerana cara yang pertama
dianggap tidak lengkap.Kaedah ini juga memerlukan murid dilatih menyebut dan
menghafal huruf daripada a hingga z. Kemudian murid mengeja sukukata dan
perkataan,huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
b.Kaedah Fonik dan Fonetik
Ia merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya
dengan suku kata yang lain.Bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf diperkenalkan
terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudian bunyi-bunyi itu digabungkan
menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanaka terutamanya dalam membunyikan
konsonan seperti bunyi-bunyi

Konsonan letupan

Konsonan letusan

Konsonan sengauan

Konsonan geseran

Konsonen getaran

Konsonan sisiran

Separuh vokal [ w ] dan [ y ]

c. Kaedah Elektik

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 110


Ia merupakan kaedah campuran yang menggabungkan pendekatan binaan dan
cerakinan. Perkataan diperkenalkan dengan menggunakan kad perkataan. Sambil
menunjukkan kad imbasan minta murid menyebut perkataan beberapa kali. Kaedah
ini menekankan makna dalam bacaan

d. Kaedah Suku Kata


Pengajaran dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKK. Murid
akan ditekankan dengan kemahiran membatang suku kata.Lanjutan daripada
kaedah abjad.Penekanan diberikan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan
konsonan.Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata.
Suku kata pula digabungkan menjadi perkataan.Perkenalkan dahulu kata suku kata
terbuka KV sebelum suku kata tertutup KVK. Di bawah adalah contoh mengajar
suku kata terbuka KV menggunakan kaedah suku kata.

Membina dan membunyikan sukukata terbuka kv


langkahlangkah
1. Membunyikan huruf vokal a,e, e ,i,o ,u
2 .Membunyikan suku kata terbuka.

ga

ge

gi

gu

3.Mengulang semula bunyi sukukata terbuka


c) Membina dan membaca perkataan
Langkah -langkah
1.Cantumkan dua sukukata dan sebut perkataan

ge

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 111

gu

li

guli

gi

gi

gigi

ba

gi

bagi

gu

la

gula

2.Murid sebut perkataan berulang kali.


# Kemahiran Murid dapat sebut perkataan dengan betul.

d) Membina frasa dan ayat untuk dibaca


Langkah-langkah
1.Memperkenalkan frasa yang dibina untuk dibaca

gigi
guni
gani
gali

agi
gula
gila
gula

2. Murid menyebut frasa dengan jelas.


3. Mengulang semula pelajaran yang telah di pelajari

Murid X sering menghadapi masalah membaca dan mengeja. Senaraikan


langkah-langkah mengajar menggunakan pendekatan multisensori

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu 112

Rumusan

Kemahiran mengeja memerlukan ketajaman pendengaran dan penglihatan

Pendekatan pemulihan mengeja oleh Mike Torbe membantu murid pemulihan


khas dalam mengeja

Wujud beberapa kaedah dalam mengajar mengeja kepada murid pemulihan


khas.

Kaedah sukukata terbuka adalah asas kepada kemahiran sukakata tertutup


dan konsonan bergabung.

Pendekatan multisensori menggabungkan


pendengaran,penglihatan,kinestatik dan tektil.

deria

pembelajaran

iaitu

Rujukan
Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.
Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan
Khas (Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program
Pemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia
Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special
Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon
Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston:
Houghton-Mifflin
Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education
classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall
Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute &
Sage.

Anda mungkin juga menyukai