Anda di halaman 1dari 11

ISL MINGGU 1

PERANAN DAN KEPENTINGAN


TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan


bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi
menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan
dalam pembelajaran.
Ia merupakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
memfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan
disampaikan, dengan cara ini, membolehkan masa,tenaga dan
wang dapat dijimatkan.
Selain itu juga ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya
mengekalkan minat pelajar.

Ia juga boleh menghiburkan pelajar.


Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini, ia dapat
mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir
terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau
menyentuh.
Dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh
dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan
seharian.

Contohnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan


melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Teknologi dalam pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian
kepada kaedah mengajar iaitu membantu pelajar mendapat kesan
pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum.

Kelebihan teknologi dalam pendidikan juga dapat memperkayakan


pengalaman pelajar.

Contohnya media bergerak boleh memperkayakan pengalaman


murid.
Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat
mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah
mereka mengalaminya.

CONTOH PENGGUNAAN
VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan


sama ada digunakan secara sendirian atau secara intergrasi
berkumpulan.
Ini kerana penggunaan video dalam pendidikan dapat menarik
menarik perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan video dalam pembelajaran dan pengajaran adalah
seperti berikut:

Maklumat adalah lebih realistik-video mampu mempersembah


suatu masej dengan lebih realistik dan menyerupai keadaan
yang sebenar
Mampu meransang pelbagai deria- media bersifat dianamik
dan mampu meransang pelbagai media di mana dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran
Memudahkan proses pengulangan-dalam sesuatu pengajaran
yang secara berulang-ulang dapat dilakukan dalam satu video
sahaja. Contoh pembuatan experience di dalam makmal tidak
perlu dilakukan secara berulang kali.

Meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran-penggunaan video dapat mempercepatkan
pemahaman dan pembelajaran dalam kelas di mana dapat
menjimatkan masa dan tenaga.
Mampu meraih emosi dan mengubah sikap-paparan secara
penggunaan video dapat meransang emosi dan ransangan
adalah lebih realistik berbanding penggunaan imej yang
bersifat statik. Selain itu juga paparan video juga dapat menarik
perhatian secara emosi dan mempermudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Membentuk kemahiran dengan lehih pantas dan berkesan- Dalam


mempelajari dalam sesuatu kemahiran seperti perisian computer,
melakukan ulangkaji, penggunaan peralatan, demonstrasi dan
tunjuk ajar amat diperlukan. Video digital dapat membentuk
kemahiran lebih pantas dan berkesan.
Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan-Pengunaan video
dalam pembelajaran memerlukan banyak perisian dan kadangkadangnya mahal harganya namun ia amat berguna dalam proses
jangka masa yang panjang. Proses penerangan dengan penggunaan
video lebih mudah, realistik dan menjimatkan kerana penggunaan
imej, muzik, animasi dan sebagainya mampu menarik perhatian dan
memudahkan pemahaman dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai