Anda di halaman 1dari 3

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak

Dari
http://penpatah.blogspot.com/2012/09/7-minuman-berkhasiat-sebagaipengganti.html

Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat.
Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena
penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita
pon jadi jemu.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan
kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
JUS OREN
Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan
memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh
darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih
sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan
gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang.
Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan
dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari
University of Pennsylvania di Philadelphia).
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh
bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C,
mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan
kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of
Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas
latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani
latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan
lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari
20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih
segar dan bertenaga.

TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji
minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum
minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini
dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh
mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi
risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana
kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi
sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan
rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit.
Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat
antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih
dalam

sehari

dapat

menurunkan

risiko

penumbuhan

sel karsinoma

skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam
adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin.
Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak.