Anda di halaman 1dari 4

5 minuman yang bertindak sebagai penawar racun utama dalam tubuh kita.

Sama-sama kita
amalkan.

1. Air Kosong

Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut
keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan
sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa
makanan. Selain itu, air kosong juga dikatakan dapat melambatkan sel kanser untuk merebak.

2. Air Kelapa Segar

Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran
pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga
tubuh tetap terhidrasi dengan baik.

3. Jus Labu

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah
pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga
menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau

Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga
membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke
dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.

5. Jus Oren

Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan
flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap
kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.
Untuk tips, minum detox ini akan lebih baik jika diambil sebelum sarapan pagi. Dengan cara ini,
proses detoksifikasi akan berlaku dengan baik dan anda dapat merasakan manfaat kesihatan.