Anda di halaman 1dari 2

Tips Mengilangkan Mulut Berbau dari

http://penpatah.blogspot.com/2011/10/tips-mengilangkan-mulut-berbau.html
Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk
mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain
yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau
adalah dengan :
(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan
sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.
Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama
yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda
mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan
bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk
menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat
membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas
kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika
seseorang berbaring/ tidur.
(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang
dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu,
ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas
berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan
kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak
menghisapnya.
(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu
untuk menghilangkan bakteria jahat yang menyebabkan masalah nafas berbau.
Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman

teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh
mengandungipoleypehnols, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat
menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.
(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan
karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain
daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau
seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.
(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam
mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk
mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah
berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi,
kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan
pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit
mulut.