Anda di halaman 1dari 2

3 PENAWAR HATI

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulallah S.A.W iaitu Ibnu Mas’ud didatangi

seorang lelaki yang dirundung duka nestapa.

Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas’ud,


“Saudara,berikanlah padaku satu nasihat yang dapat aku
jadikan penawar empat ini untuk diriku yang gelisah ini. Akhir-
akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa
gelisah , fikiranku juga selalu kusut, makanku tidak kenyang
dan tidurku juga tidak lena.”
Mendengar itu, Ibnu Mas’ud membalas,
“Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu
mengunjungi tiga tempat ini:
• Pertama: tempat orang yang membaca Al-Quran; sama ada kamu yang
membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain yang membacanya
• Kedua: ke majlis ilmu; yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah
• Ketiga: carilah waktu dan tempat yang sesuai supaya kamu dapat beribadat
kepada Allah dengan kusyuk dan tulus ikhlas.”
Demikianlah penawar hati yang gelisah; kadangkala kita tidak tahu punca yang
membawa hati yang resah. Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak di isi
dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk
menyelinap.

Firman Allah, “ Jika engkau di hasutoleh syaitan, maka


mintalah pertolongan daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui.”
(Surah al-A’raf:200)