Anda di halaman 1dari 13

erpen: Air mata cinta

Diluluskan pada Selasa, 30 Ogos 2005 @ 12:26:41 oleh istisafa


Karya

syahbi menulis "Semenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau
mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun
hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi
penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah
aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka
kata aku ni memilih kerja sangat.

Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di
Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru
sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan
rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.
Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik,
tapi apa boleh buat.

Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu.


Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi
bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan
menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan
dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu
untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini.
Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka
tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.

“Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walau
bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan
aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu
menyelamatkan aku. Aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang
mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku
dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah
tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki
alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu
menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini.

Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja


dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku
terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah
dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka.
Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk
tidak memenuhinya.

“Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam.
Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku.
Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.
“Minggu depan bah.”. aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah
Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang
tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan
memecahkan rekod itu minggu depan.

“Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akan
menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku
kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang
dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami
anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas
tertentu.

“Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan angah pun
kena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh
juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan
jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari
sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini
mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan


tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal
menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali
ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku
sebagai tetamunya.

“Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu
dan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga
menghantar aku ke Hentian Putra. “Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!”
Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap
dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat.
Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.

“Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua
orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhir
abah sebelum aku melangkah menaiki bas. Aku cium tangan abah dan kupeluk
ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Aku bisa menghadapi dan mendepangi
arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-
mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.

“Aah.”. aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-
adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih
juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia
dengan kasih sayang yang tercurah.

“Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib
denganku. “Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.”
Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam
manalah nasib kami nanti.

“Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung
Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang
yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-
pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar
mengajar di Kelantan tu.

Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh
berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di
negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci
membesarkan Tuhan. “Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.”
Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang
ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.

“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara
hatiku terputus di tengah jalan. Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut
sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang
keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat
tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari
tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik.
“Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu.
Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.”
Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh. Aku tak
nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari
menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu
tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat,
terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.

Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada
hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan
melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir
tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti
subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman
menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.

Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas
tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota
Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut
ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan
kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan
daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa
saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.

aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam
semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu
selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa
suara yang sayup-sayup kedengaran. “Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia
apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi.

“Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan
anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang
anak dara pemalas pulak.

“Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia. “Itu suara orang memberi kuliyah pagi
Jumaat di masjid. kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid.”
Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh
sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan
sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke
Nilam Puri.

“Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti
suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu.
“ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku
pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya.
Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu
mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah
bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk
mendengarnya.

“Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujung
talian sana. “Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!”. aku agak
kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama
Ustazah Faridah. “Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.
“Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!” Geram
rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.
“Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. " …” Talian
dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu. “Aaagh…” Keluh
hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan
‘ustazah’ tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari
segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans
dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka
dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang
macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba
untuk mempermain-mainkan aku.

Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua
gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit
Aman lah pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun
banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak
hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku
sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku
berpakaian.

“Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!”. aku mula
hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih
mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.

“Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah.
Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk
menasihati dan memberikan pendapat?” “Jangan panggil saya ustazah! Saya
dah meluat dengan awak!” “Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi
ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak
sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk
menentukannya.” Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia
tetap memanggilku ustazah.

“Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!” Semburan kemarahanku itu
membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku. Selepas kejadian itu.
Aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya
aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang
ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku
agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama
pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya
terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron
serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan
hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.

" ……"
Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan
semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta
memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..
Pemanggil misteri.

Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi
alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju
dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu.
“Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku.” Bisik hati ku.
Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku
biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni? Nanti
apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau.

“Aii.. termenung saja! Terkenangkan orang jauh ke?” Usikan mak cik Gayah,
mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.
“Takdelah makcik.” “Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat
atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Nadia pula.
“Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk agaknya.”
Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.

Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada
ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami
agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami
memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid
malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah
fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan
fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak. Aku
bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam.
Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan
Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan
cepat.

Semasa ceramah maulidur rasul. Aku tidak dapat memberikan sepenuh


tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu
ingatanku. “Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih
bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil
hirau tentang apa yang Tuhan kata”. aku terima mesej itu melalui telefon
bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku
terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu
sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong saja yang ku ganti dengan
skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu
pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka
Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan.

Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.
“Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana
Allah.” Suara itu mengingatkan aku. “Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu
kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak.” Tegas
aku pada dia. “Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini.”
Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi
menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma
kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak
tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah ‘dia’. Ke mana
sahaja aku pergi, pasti dia tahu.

Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku. Sebelum aku bertolak
ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar
negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah
Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas
bersama bungkusan itu.

" ...."
Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan
tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran.
Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.
Pemanggil misteri.

aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang
hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-
kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk
bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya ‘pemanggil misteri’ itu. Misteri
sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku?
Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya.

“Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya
orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid
“Tak ada apa-apa lah mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni.” Alasanku
padanya. “Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Nadia
mula nak buka ‘gelanggang’ denganku.
“Kalau ada pun. Aku ingat kat famili aku sajalah.” Seboleh-bolehnya aku tidak
mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.

“Habis tu si pemanggil misteri tu siapa?” Rupa-rupanya Nadia sudah


mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu. Aku rasa. Aku tidak
pernah memberitahu sesiapa pun tentang ‘pemanggil misteri’ itu.
Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah
berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk
mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir
sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan
Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk
mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa
menerima panggilan ‘ustazah’ itu. Ah Kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini,
panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku
mengajar. Aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi
denganku.

Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan


peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi
selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar,
jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja.
Keluar aje dari rumah. Aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana.
Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian
begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku
benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu
di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut
dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana
telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku.

aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah.


Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya
atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya
sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira
dengan perubahanku itu ialah ‘pemanggil misteri’ itu.

“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah.” Ucapnya
melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon.
“Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah
peribadi saya.” Ucapku ikhlas. “Itu tugas saya sebagai seorang sahabat.”
“Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?”. aku
sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.
“InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga
siapa saya.” Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan
demikian aku kemukakan.

“Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?” Tanyaku.
“Saya keluar negeri, sambung pengajian.” Patutlah surat dan bungkusan
darinya dulu bersetemkan setem Australia. Itulah pertama kali aku dengar
suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya
surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula
tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu
kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak
pernah memberikannya kepadaku.

Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada
cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang
nak balik. Tapi tak tahulah agaknya-agaknya ada hal pulak nanti. “Kenapa?”
Soalku pada ibu. “Ada orang nak datang tengok angah.” Jawapan ringkas ibu
itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak
sangka. Jantung ku berdegup kencang. “Angah belum bersedia lagi untuk
berumah tangga bu.”. aku masih mahu bebas dari ikatan itu. “Ibu tak paksa
angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat
keputusannya nanti. Ibu dan abah terima saja.” Pujuk ibu. Terasa sedikit
kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu.

Kalau boleh. Aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang
paksaan dari kedua orang tuaku. Semenjak dari pengkhabaran ibu itu. Aku
begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal
seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap
kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu.
Aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan
perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia.

“Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak
memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri.” Nasihat Nadia. “aku risau
sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka.”
Mulai hari itu juga. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan
memberikan kekuatan kepadaku.

Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap


Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku
dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.
Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau
biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip
mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang
berkekalan.

Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga.


Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina.
Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu.
Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak
ketinggalan untuk turut serta.

“Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!” Itu suara adikku si
Rahman. “Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu.” Ibu cuba
membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah
apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti. “Ibu tak
memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri.”
Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung.

“Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami
angah adalah adik ipar along juga.” Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku.
“Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai
bagi kami.” Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku
memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong
aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.

Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena


kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu,
mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama
keluargaku. Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah
di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku saja yang
terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak
saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini.
Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku. Aku rasa
bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan
seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang
sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-
kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.

Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada


orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku
malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini.
Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang
mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja.
Selang beberapa minit. Aku terdengar suara orang bertakbir.
“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian,
diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad
al-Ghamidi. “Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya
siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu
kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu.

“Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu
kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku.
Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus
deras ini.” “Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku
harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya
dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku
darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar
hatiku bisa tabah menerimanya.” “Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan
segala ketentuanMu buatku. Amin….”

Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.


“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung
ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum
memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir
perlahan. “Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku
bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku
tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap
mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.

aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk
menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak
berani untuk melihat siapakah tetamu itu. Ibu memimpin aku ke ruang tempat
kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku
duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu
itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang
memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku
untuk memandangnya.

“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu
memohon keizinan dari abah. “Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu
membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-
betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat
menciumi bau minyak athar yang dipakainya.

“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah. Aku
benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku. “Ustazah Faridah! Jika ini
dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah
suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya.
Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.
“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya
datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”
“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-
benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku.

‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan
kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan. Perlahan-lahan aku
mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. “Haikal!” Bisikku
perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. “Ya Allah!
Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh
redhaku.”

aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku
memeluknya erat. “Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!”
Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan
keputusanku.

(penulis asal)
seruling senja....