Anda di halaman 1dari 4

Calon soleh

Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah
perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir
menjejak ilmu perokonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah
bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota.

Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku… aduhai, tidak kunafikan ia menuntut
masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk
menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan
menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan
penyelia, dari. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini.
Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah.

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari
yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.

“khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya
sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna?”

Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3
tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan
pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali
untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di
pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu.
Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.

“zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5
tahun yang lepas…”

aku tersenyum membaca sms yang ke2. senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya.
Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah
dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali
padaku. Benar teman, kini dia kembali!

“lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…”

Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh
seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira
paling “bengkeng” dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba
yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura
keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling
hodoh!

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ke? Rugi Ayah Chik menghantar
awak belajar di sana.”

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang
kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara
yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?!

Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati… tapi sukar untuk
kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu…benar aku insan dhaif yang
lemah..lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah
sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada
insane yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “

“ tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada
acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam
untuk awak jadikan role model?”

“ Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak
yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak
kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah
kasihnya Handzalah,”

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah
telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat
rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.

”Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut
tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin
katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau
bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana,”

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika
berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin
aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya. Aku memujuk diri
supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

”Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu,
benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya
menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!,”

aku mencebik dan tersenyum sinis.

”Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini,”
Mungkin. Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat
keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad
gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku
menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku.
Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan,
inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM,
bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang
kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.

”Kau terlalu naif?!,”

aku tersentak, benarkah?

”Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan
sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-
musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad
yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan
mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu,”

Mendatar kalimah itu.

”Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku
tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh
untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-
pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada
jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu,”

aku meneliti bait-bait yang terlontar.

”aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian
indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakka cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam
mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara,
jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi
kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari
azali,”

”aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau
takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih
cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya,”

Dia melepaskan satu keluhan.

”Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding
dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk
membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya,”
Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan
air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

”Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,” terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak
pernah aku jangka kan.

Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di
bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki
ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang
berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta
yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan
seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi. Aku tahu
ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku
menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.

Benar, kata-katamu itu terlalu benar.


Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini. Aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku
sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di
pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah
calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.

Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi
buah kemanisan iman itu sudah kutemui.

Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku
takkan mengenal hakikat diri.

Sms husna ku balas...

”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa
ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT."

To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.