Anda di halaman 1dari 1

Campus Life Satu Renungan

“Woi korang….result dah keluar……result dah keluar….” Tatkala itu mereka yang makan
meninggalkan makanannya, yang study meninggalkan bukunya, yang tidur meninggalkan
katilnya dan yang sedang berjalan memperceptkan langkahnya. Itulah fitrah seorang
pelajar.Seribu satu perasaan hadir ketika itu. “Adakah aku termasuk golongan yang 18? Atau aku
termasuk dalam golongan 300?Ah…!!aku tak tau!..”

Kelihatan seorang pelajar dengan telefon bimbitnya. “Mak, Hadi dapat 4 flat..”. Hanya
itu kalimah yang mampu diucapkan. Kelihatan pula seorang pelajar bertudung labuh dengan
tenang kembali dari papan kenyataan. “Aini, enti dapat berapa?” Dengan tenang dia menjawab
“Alhamdulillah, ana dapat 4 flat” Ketika itu juga mereka saling berpelukan dan menangis
kegembiraan.Tak kurang juga berkata, “Ala…aku cuma dapat 3.43 jerlah Iha..,Iha rasa cukup ke?
” Dan bagaimana pula yang diberi amaran dan yang terpaksa meninggalkan universiti? “Macam
mana aku nak berhadapan dengan mak ayah aku ni?..Ya Allah, aku tak sanggup..”

Tak dinafikan setiap orang inginkan kejayaan, kejayaan hidup di dunia dan di
akhirat..Pernahkah di antara kita terdetik di dalam hati, Kenapa aku tak seperti dia?..Kenapa aku
tak dapat 4 flat seperti dia..? Sedang aku dah berusaha bersungguh-sungguh lebih
darinya?..kenapa?..kenapa?...Pernahkah juga terdetik “aku study malam, aku jaga hubungan
dengan Allah, aku jaga hubungan aku dengan manusia, aku lakukan apa yang disuruh dan
tinggalkan laranganNya, tapi result aku tak seperti kawan-kawan yang lain..kenapa semua ini
berlaku?’..

“Adakah sebab aku terlalau sibuk?”..sibuk dengan aktiviti masjid?..” Mustahil, takkan
kita buat perkara baik, Allah balas dengan keburukan? Allah tak sekejam itu..Allah itu Maha
Adil, Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadang-kadang kita hanya mampu
mengeluh dengan setiap ujianNya tapi pernahkah kita terfikir sesungguhnya apa yang kita lalui
ini adalah yang terbaik untuk kita.

Seorang pelajar ada bertanya kepada sahabatnya “Kau rasa Allah nak tak bagi kejayaan
pada mereka yang berusaha?” Dengan tenang sahabatnya menjawab “Allah akan memberi
kejayaan kepada sesiapa yang berusaha tetapi Allah lebih suka hambaNya diuji. Setakat mana
kita mampu bersabar dengan ujian yang diberi, itulah kejayaan yang hakiki”

Ingatlah wahai sahabatku, walaupun kita tak mampu menjadi pelajar yang berjaya dan
cemerlang di dunia, tapi kita masih mampu menjadi hambaNya yang bersyukur. Bersyukurlah
kerana kita masih diberi nikmat iman dn islam, masih diberi nyawa untuk hidup, masih diberi
akal untuk berfikir dan jangan sesekali kecewa dengan apa yang diturunkan kerana sesungguhnya
Allah telah berfirman yang bermaksud “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat
dosa dari apa yang dikerjakannya”