Anda di halaman 1dari 9

CERPEN : HATI SEORANG ISTERI

" Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan
kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada
keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya..."
An-Nissak : 1.

hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.


Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah
maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa.
Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana
iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa
akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas
dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda.
Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada
kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan
kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si
hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal


lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang
tinggi. Ya... Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan.
Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya
lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah,
sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah
menyentuh Dunhill, Malboro... Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu
puncanya. Ilmu... Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.
Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu.
Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan
akhirat, dengan ilmu."

" Umi... Abu ingat abi."


" Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu.
Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."

Abu Bakar... Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda


cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq... Sahabat akrab Rasulullah.
Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-
cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar,
sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan
Rasulullah. Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang
berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun
melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang
cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri
dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah... Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah
dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan
kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya
menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas... Perginya ke mana-
mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya.
Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana
Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan
menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di
sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa?"


" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
" Entahlah. Apa kata... Fatimah Az-Zahrah."

Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama


Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia
tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut
dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad
tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja
setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur.
Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap
menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain
yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah
keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti
Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami.
Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala
melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang
rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh
suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia
tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku,
dan anak-anak."
" Bagaimana pula dengan rotan?"
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya."
" Adakah dia sering memukulmu?"
" Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
" Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami.
Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling
penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut
dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad.
Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita
membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan.
Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu
mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang,
Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang.
Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang?
Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari
kami di kampung.
Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya.
Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji
kakak, agak sukar dikotakan. Sayang sokmo.
Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara


harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya.
Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan
fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat
menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad
tidak pernah mahu mengerti?

" Ayang... Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin
dalam dua hari."
" Pergilah bang. Orang dah jemput."
" Macam mana anak-anak?"
" Abu... Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
" Ayang... Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita
jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm...."

Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di
sampingmu.

Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah
pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan,
Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang
membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur
beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung.
Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah
meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis
begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana.
Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala
hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur
dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan
memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat
yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat
keras. " Ibrahim : 7. Ya... Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang
ada.

Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri


sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak
pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak,
dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu
meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan
mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai
ulama', matilah sebagai syuhadah." Hanan mahu mati dengan redha
suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang
Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah
lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati
Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah
lagi wanita di dunia.

" Kakak... Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
" Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak
nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
" Nanti kakak telefon abang Muhammad."

Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad


waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu,
suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi,
Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan
berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak
dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus?
Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan
Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa
boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak
mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak
sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat
menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan
selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya
tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil
tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak
ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah
dia berkorban sedikit. Hanya sedikit...

" Kakak... Nenek dah meninggal."


" Innalillahiwainnailahirajiun."

Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih.
Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan
sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya
menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar.
Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi.
Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar
janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada
bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."

" Kak Hanan."


" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
" Ooo... Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?"
" Em... Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,"
talian sunyi sebentar.
" Akak... Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri
saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi
yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi...
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia
untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup
bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak
sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah.
Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada
hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada
satu. Malahan dua... Tiga... Empat... Hanan yakin Muhammad mampu
mengemudi dua buah bahtera. Tapi...

Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah
dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh
terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!!
Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah
menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa?
Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda
kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun
sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta
Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah
bersama orang yang bersabar." Tapi...

Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah


Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini?
Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah
mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-
terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti... Abu, dan
Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak
sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi
jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah
mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan
menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini,
tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan
beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau
juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada.
Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi.
Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang
membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat
Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan.
Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama
melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu
semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih
kepadaNya. Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

" Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?" Muhammad
mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada
isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
" Tak adalah bang. Ayang letih je," kata Hanan menahan sebak di dada.
" Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa
ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal
Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh
bulan itu. Hanan... Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan
mendudukkan dia di sisinya.
" Ceritakanlah... Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan
teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
" Abang..." Hanan makin sebak.
Tiba-tiba...

" Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."


" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."

Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal.
Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di
pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku?
Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta?
Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima
realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan
pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis
juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya
telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak
pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab


seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan
suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi
berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami
itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya.
Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah.
Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa
dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi.
Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad.
Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan
kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya
menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya...

" Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-


isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang
kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan
Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan
seksaanNya..." At-Taubah : 24.

" Abang..." Hanan bersuara satu malam.


" Yang..."
" Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
" Ya."
" Nona namanya," Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada
perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah dia," lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu
menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan
mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan
terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Muhammad. Diangkat
muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka
lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat
kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya
tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?" Diam...
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi...
" Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Hanan kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa
abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan
namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan
keturunan abang."

Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar,
namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak
sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih
berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di
belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan.
Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat.
Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang
ada.

" Abang... Takut rasanya kali ini."


" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang..."
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang..."
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
" Kalau-kalau..."
" Semua akan selamat," pintas Muhammad.
" Kalau-kalaulah... Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang."

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh.


Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu
tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator.
Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat
dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia.
Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan
seorang.

" Encik Muhammad... Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan.
Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
" Selamatkan keduanya," Muhammad seolah memberi arahan.

Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya


rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis
tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan
kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis?
Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan
sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir
ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba...
Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak
bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang
terakhir.

"TIDAK ADA YANG LEBIH MANIS DALAM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA
KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN DAN MENGECAP CINTA ILAHI"