Anda di halaman 1dari 6

Cerpen Untuk Graduan ..

 
Sebuah Karya Akhi Masrawi

Sebuah Karya Akhi Masrawi

 

Di Dalam Dewan Besar itu (Sempena Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar)

 

"Kak Long tak panas ke pakai berlapis-lapis ni. Dewan ni pendingin hawa dia bukan kuat sangat pun!" Soal Ema kepadaku selepas kami mengambil kedudukan di dalam dewan besar itu. Pakaian Ema tidak seperti pakaianku tebal dan litup. Aku *****a membalas tuturan Ema, adikku itu dengan bahasa senyuman. Walid dan umi juga tersenyum melihat telatah mesra kami berdua.

Mereka baru tiba beberapa hari lepas dari tanahair sempena untuk mengikuti majlis konvokesyen aku di Ardul Anbiyak ini. Peluang untuk walid mengimbau kenangan silamnya. Hari ini aku cukup bahagia. Infiniti syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi tidak terhitung. Tiada sendu yang terzahir kecuali untuk membisikkan rasa gembira dan suka.

"Kakak kau jayyid jiddan Ema! Kau macam mana? Hah! Tahun depan dah nak grad dah tu." Ujar umi menyoal Ema yang leka memerhati jubah graduan yang kukenakan. Sesekali terasa rimas juga dengan kelakuan Ema. Tapi biarlah. Hari ini, hari gembira. Tak molek aku mencemarkan kegembiraan itu dengan teguran yang bakal mengundang rajuk apa lagi untuk mengguris hati sesiapa.

"Alah Umi ni

...

Kakak kan bijak orangnya. Ema ni lain

"

Jawab Ema

acuh tak acuh sambil tersenyum meleret menjeling aku. Lagaknya keanak-anakan. "Ema bukan tak bijak. Ema pun bijak macam Kak Long juga, *****a malas Ema tu lebih rajin dari rajin sebenarnya." Sambuk walid yang

semenjak tadi membisu menyebabkan Ema menarik muka masam.

 

Kak Long adalah panggilan mesra keluarga kepadaku. Walid yang menggelarkannya. Aku masih ingat sewaktu kecil Ema *****a memanggilku dengan panggilan nama. Kata walid itu tak wajar malah sukar mengundang rasa hormat dan mengikat kemesraan. Sejak itu semua adik- adik memanggilku Kak Long.

"Ramai ke kawan Kak Long yang dapat jayyid jiddan?" Soal Ema menukar topik. "Tak ramai ... " "Tipulah. Pelajar Al-Azhar kan ramai. 5000 lebih Kak Long cakap. Tengoklah dewan ni pun dah penuh. Ramai sungguh graduan tahun ni." Aku *****a menggeleng mendengar ulasan Ema. Ema memang suka membuat keputusan sendiri. Jawapan orang lain sukar dihitungnya sebagai betul.

Ema adikku yang *****a berbeza setahun itu sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam bidang kejuruteraan. Minatnya di dalam bidang kejuruteraan memaksa walid dan umi akur untuk dia berubah angin ke bidang itu. Selepas PMR Ema menjejakkan kaki ke sekolah Teknik di Alor Setar. Sebelumnya kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah Perempuan di Kangar, Perlis. Aku meneruskan perjuangan belajar di situ menghadapi SPM dan kemudian mengambil Sijil Tinggi Agama di di Kolej Islam sultan Alam Shah (KISAS) sebagai tiket datang ke Mesir.

Kerana beralih ke sekolah Teknik Ema terhanyut dengan arus

 

perubahan. Berlainan semasa di sekolah agama kami terdidik dengan biah solehah. Di sekolah teknik percampuran dalam pergaulan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan bukanlah perkara gharib. Ema terikut menaladeni cara itu. Mujurlah asas agama yang ditempa sebelumnya masih membantu hidup gadis itu.

"Kenapa tak ramai Kak Long?" Ema kembali melontar persoalan. Bagaimana harus aku jawab? Aku terdiam beberapa ketika mencari jawapan yang sebaiknya.

"Sebab susahlah Ema." Sampuk walid sambil berlalu meninggalkan kami tiga beranak. Walid ke hadapan di mana sudut untuk kaum Adam seraya mengambil tempat. Aku kemudian tersenyum. Walid tentu lebih tahu biah kehidupan sini. Dia pernah belajar di Al-Azhar semasa era 70-an dulu. Tentunya Al-Azhar dahulu dengan Al-Azhar kini tidak jauh bezanya fikirku.

"Belajar kat mana-mana pun susah

"

Ema memprotes.

"Apa perancangan Kak Long lepas ni?" Soal Ema lagi lagak persis seorang wartawan. Aku diam tanpa sebarang jawapan kepada persoalan itu.

"Alfu Mabruk lah Suhana di atas kejayaan kau. Aku jugalah yang masih terkial-kial di sini." Kata-kata Alisa teman serumahku petang semalam sewaktu aku mencuba-cuba jubah graduan yang baru diambil di markaz Hewi PMRAM masih terngiang-ngiang. Aku segera merapati Alisa dan mendakapnya kemas. Ukhwah kami selama hampir empat tahun bersama kembali mekar di pertautan dua tubuh. Aku meleraikan pelukan dan mata kami bertentangan. Ada aliran jernih yang mengalir di mata temanku itu.

"Bersabarlah Lis." Hanya itu yang termampu aku lafazkan. Kami kemudian berpeluk semula.

Alisa terpaksa i'adah empat madah untuk sesi depan. Impiannya untuk bergelar graduan bersamaku tidak kesampaian. Meskipun kami pernah berjanji; dan janji itu terlerai begitu sahaja. Tiada siapa yang mahu mengungkitkannya kembali.

Setahun lalu sewaktu melihat natijah peperiksaan tahun tiga di bangunan Fakulti Dirasat Islamiah al-Azhar kami berpelukan gembira. Natijah kami setanding. Jayyid. Ucapan mabruk saling bertukar ganti.

Dewan besar ini semakin lama sejuknya semakin menggigit-gigit. Paling tidak mungkin sejuk itu hadir kerana demam kegembiraan aku untuk bergelar graduan. Untuk naik ke atas pentas. Untuk terima anugerah dan segulung ijazah. Berbeza Ema yang asyik rimas dengan kedudukannya. Kepanasan agaknya dengan suhu di dalam dewan itu. Meski pakaiannya tidak setebal pakaianku, Ema masih mengipas-ngipas.

Saat sebegini seribu kenangan lalu bisa terungkap satu persatu mengisi kebeningan pandangan. Di sudut depan terisi sekumpulan graduan ikhwah. Aku memerhati sekilas. Mencari seseorang. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Mengapa saat seperti itu aku seolah-olah dihantuk rasa rindu. Ingin rasanya kalau kebahagian lalu kembali mengisi ruang yang ada kala itu. Sayangnya ia hanya imbauan yang tidak kembali berulang.

"Mengapa ustaz? Mengapa perpisahan yang dipilih? Bukankah tahun ini tahun untuk kita sama-sama bergelar graduan. Bersabarlah untuk sementara. Hanya setahun *****a. Lepas itu tiada lagi halangan

keluarga." Aku meyakinkan dia sewaktu liqa' terakhir bait muslim hampir setahun yang lalu.

"Maafkan saya ustazah!" Hanya itu yang dituturkan. Di wajahnya terpancar kesugulan. Andai keputusan itu selepas istkharahnya mungkin itu yang terbaik.

Akhirnyanya ikatan yang dibina melalui bait muslim itu terlerai jua. Dia mahukan kesegeraan untuk mendirikan rumah tangga. Keluarganya mendesak. Tetapi aku tidak mampu memenuhi tuntutan itu. Cinta yang tersemai itu akhirnya pudar sepudarnya. Aku pasrah. Mungkin itu takdir Ilahi buatku. Ujian yang terpaksa aku tempuhi. Sehingga mencetus selirat rasa benci terhadap golongan ikhwah. Namun kebencian itu hilang lewat doa yang sering kupanjatkan buat Rabbul 'Izzati.

"Ya Allah ya Tuhanku! Andai dia bukan jodohku tabahkanlah hati ini. Lepaskanlah ingatanku terhadap dia. Ya Allah ya Tuhanku, andai

dialah jodoh yang kau tentukan buatku pangkuanku " ...

...

Kembalikanlah dia ke

Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Mujur Ema dan umi tidak perasan.

Abu dan Ummi Zahra' yang menguruskan liqa bait muslim antara aku dengan dia hari itu pun tersentak. Mereka tidak pernah menyangka kami mengakiri liqa' itu dengan perpisahan. Sepatutnya perhubungan itu ditautkan dengan ikatan yang sah. Tetapi lain pula keadaannya antara kami berdua. Aku tidak pernah menduga seberat itu dugaan Allah terhadapku.

Kepulanganku ke rumah bertemankan air mata. Fikiranku berselingkit mencari di mana kesilapan. Apakah kerana aku meminta pernikahan kami ditangguhkan sehingga bergelar graduan menjadi batu penghalang? Atau keluarganya yang terlalu mendesak? Mindaku berserabut. Seminggu aku membawa diri ke Mansurah atas alasan ziarah teman-teman di sana. Mencari ketenangan di wadi Nil.

Ah, begitulah Mesir. Laman tarbiyah kehidupan penuh dengan pancaroba. Apa yang berlaku hari ini mungkin berubah pada esok hari. Negara yang sarat dengan kesibukan dan kekalutan, tidak menjanjikan ketenangan buat warga perantau. Kata Ayah Mesir zamannya tidak jauh beza dengan Mesir hari ini. Kalau dulu ayah mengejar bas untuk naik dan melompat terjun untuk turun samalah senario itu hari ini. *****a dari segi pembangunan mungkin ada kemajuan.

Republik Arab Mesir menukilkan sejarahnya sebermula apabila berlakunya revolusi di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser menumbangkan institusi beraja kuku besi. 23 Julai 1952 Mesir menjadi sebuah republik. Presiden selepas kematiannya pada awal 70-an itu digantikan oleh Anwar Sadat. Pemimpin bengap yang menandatangani Perjanjian Camp David tersebut akhirnya tertulis ajalnya di tangan Khaled Islamboli, pengiringnya - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu. Kini Mohamad Husni Mubarak mengambil tempat. Namun, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terunggul sejak satu mileneum.

Saban tahun menerima kehadiran para pelajar baru dari seluruh ceruk rantau dan saban tahun itu jugalah mengeluarkan ulamak-ulamak muda. 'Al-Azhar mesin cetak para ulamak dan cendiakawan Islam'.

Walid pernah menyuarakan hasratnya untuk melihat aku menyambung

pengajian sarjana lanjutan. Apalah kekuatan yang aku miliki agaknya? Selain seorang perempuan yang diciptakan bertemankan air mata, aku *****a seorang muslimah yang tetap dambakan perasaan halus untuk dicintai kaum Adam. Aku harapkan seorang mujahid untuk menjadi sayap kananku dan membimbingku sebagai seorang isteri.

Kata walid setibanya di Mesir beberapa hari lepas aku ada harapan cerah. Keputusan cemerlang yang aku rangkul semasa B.A adalah batu loncatan mengulanginya di peringkat sarjana lanjutan (master). Aku akur. Walid bercerita panjang hari itu bagai membakar-bakar semangat

aku untuk melanjutkan pangajian. Tapi

walid tidak tahu aku

... menyimpan rahsia pedih. Bumi Mesir meninggalkan kenangan paling

pedih. Sengsaranya terasa sehingga kini.

Mujur umi tidak sependapat dengan walid. Umi mahu aku pulang ke Malaysia. Kata umi sudah empat tahun aku mewakafkan diri kepada pengajian di Bumi Mesir ini tanpa sekali pun pulang bercuti. Jadi umi berhajat sangat aku pulang bersamanya.

"Pak Long kau ada bertanyakan tentang kau Su."

"Pak Long

Mat? Tanya tentang Su? Apa yang dia tanya umi?"

... "Dia tanya bila kau nak habis belajar?" Aku *****a terdiam menanti

kalimah-kalimah seterusnya dari umi. "Apa umi cakap?"

"Ala

umi kata dah nak habis pun."

... "Lepas tu?" Soalku menunjukkan minat. Umi pula terdiam beberapa

ketika.

"Kau ingat tak anak lelaki Pak Long Mat kau tu

yang belajar

... undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa tu?" Kenangan kepada Abang Nizam yang baik hati itu kembali menerpa. Masa kecil hadulu dialah guru yang mengajarkan aku membaca muqaddam. "Ingat." "Sekarang dia dah jadi peguam. Beruntunglah kalau umi dan walid dapat berbesan dengan Pak Long kau!" Ujar umi mengusik sambil berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku tersenyum seketika kemudian kembali berduka.

Nostalgia perhubungan dengan Ustaz Syamsul kembali memenuhi ruang mata. Selepas dia memutuskan hubungan denganku, aku tidak pernah ditaqdim lagi oleh mana-mana ikhwah. Pelik bukan? Itulah Mesir kadangkala ribat yang terbina di wadi Nil ni tidak selamanya kukuh ada yang terlerai jua.

Kemudian nostalgia itu padam apabila terlintas kenangan-kenangan manisnya berpersatuan, menghadiri kelas-kelas tafaqquh dan menjayakan program-program persatuan. Ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran adalah fardhu kifayah yang tidak boleh diabaikan. Sepanjang empat tahun berada di sini aku sempat mempelajari lewat keterlibatan bersama PMRAM.

Pagi tadi Alisa menghulurkan sekeping sampul papirus berisi surat tanpa setem. Katanya buka dan baca di dewan nanti. Mengingatkan sampul papirus itu segera kuraih tas tangan dan mencari-cari warkah tersebut.

Dewan sudah sesak. Siswa dan siswi para graduan, mahasiswa cemerlang dan para pengiring memenuhi setiap kerusi yang tersedia. Aku perlahan-lahan mengoyak bucu warkah itu. Ema asyik melayan umi.

Assalamualaikum ...

Maafkan saya, andai kehadiran warkah ini mengundang tangis dan lara kembali bertamu. Bukan tujuan saya untuk mengembalikan kesedihan yang pernah terlakar pada kanvas kehidupan ustazah hampir setahun lalu.

Ustazah,

Hampir setahun saya mencari pengertian. Memang benar Mesir bumi tarbiyah. Sehingga hampir setahun itulah pelbagai perubahan berlaku pada diri saya.

Sesudah liqa' terakhir bait muslim dulu sehingga kini saya dicengkam rasa bersalah. Keluarga menggesa saya berkahwin lekas. Saya sendiri bingung dengan konflik keluarga sendiri yang seolah tidak memberikan saya pilihan untuk membuat keputusan yang jitu.

Saya suarakan tentang perhubungan kita. Saya meminta tangguh sehingga habis B.A. Tegasnya mereka mengharap saya pulang cuti semester fasal pertama yang lalu setelah saya leraikan ikatan kita.

Rupanya tindakan saya melulu. Selepas berbincang dengan keluarga sewaktu pulang bercuti tempoh hari; keputusannya mereka bersetuju. Keputusan itu akhirnya mengundang pelbagai rasa dalam sanubari saya. Ada gembira. Ada duka. Tetapi duka dan bersalah melebihi segalanya!

Sekembali ke Mesir, saya bertemu Abu Zahra' yang mengurus liqa' antara kita. Tetapi setelah pulang ke rumah saya sendiri mengarahkan supaya dia membatalkan lamaran saya untuk kali kedua terhadap ustazah. Saya dihantui ketakutan dan rasa bersalah.

Ustazah,

Saya beristikharah semula. Berkali-kali. Akhirnya saya menemui jawapan. Dan jawapan itu kala ini hanya ada pada ustazah.

Usah gusar. Saya sendiri akan bertemu keluarga ustazah.

Lagi satu, saya mungkin akan menyambung pengajian sarjana lanjutan di sini. Itu keputusan muktamad.

Ikhlas dari saya,

Syamsul Bukhari

'Aku akan pulang mengikut keluarga ke Malaysia. Mindaku perlukan kerehatan. Sambil itu aku harus fikirkan cadangan walid. Dan terpenting bagaimana untuk menjelaskan pada umi dan walid tentang hubungan aku dengan Ustaz Syamsul?' Aku bermonolog sendiri.

Lirik sebuah nasyid kontemporari tanahair ligat bermelodi di mindaku.

Impian kasih

Kasih dengarlah hati kuberbicara Kasih izinkan diri kubertanya Bisakah cinta bersemi mengudang restu Ilahi Adakah bahagia yang dipimpin menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini Kasih Kuinsafi kelemahan diri kuingin sentuh dirimu menjadi permaisuri hatiku Sebagai isteri yang berbudi kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah Yang akan membahagiakan syurga Di dalam rumahtangga

Hanya itu yang kuinginkan Dari insan yang amat kusayang Damaikanlah resah hatiku Aku rindu kasih dan sayangmu

Terimalah seadanya Itu lah hiasan pelamin hidupku

Andainya tiada jodoh Untuk ke singgahsana Kupasrahkan segalanya Kerana takdir yang akan menentukan Impian Kasih

Aku melipat semula warkah itu. Pipi terasa hangat. Ada manik-manik jernih yang mengalir. Ya Allah beratnya dugaan ini. Aku tersedar. Lama juga aku mengelamun. Majlis sudah lama bermula. Syeikhul Azhar pun turut ada untuk menyempurnakan acara penyampaian ijazah.

"Untuk anugerah graduan mahasiswi cemerlang yang berjaya menamatkan pangajian di Fakulti Dirasat Islamiah Jabatan Syariah Islamiah dipersilakan Ustazah Suhana Binti Abdullah dari negeri Perak." Laungan pengerusi mengumumkan namaku. Aku terkedu. Umi dan Ema memelukku silih berganti. Air mata mereka berjujuran.

Aku melangkah jitu ke pentas untuk menerima anugerah itu dari Syeikhul Azhar. Di atas pentas itu tanpa sengaja mataku terlirik memerhati insan yang selama ini kunanti-nantikan. Tanpa sedar senyumanku terukir ke arahnya.

Tiada lagi yang akan berselirat di minda selepas ini. Jawapannya sudah ada. Semuanya berlangsung di dalam dewan besar itu.

OLeh,

Akhi Masrawi

September 2002

Tanta

AKHI MASRAWI