Anda di halaman 1dari 7

KPD3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1


KIT MEDIA
TEMA 4 : TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
BAB 7 : PEJUANGAN PEMIMPIN SETEMPAT
NAMA

FATIN ZUHAIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN

NO. MATRIK

D20121058866

NAMA PENSYARAH

DR. NORAINI BINTI MOHAMED NOR

KUMPULAN

AT32B

NO TELEFON

0105709318

PENDAHULUAN
Jurnal berwasit bertajuk Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan : Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal ini
diterbitkan pada tahun 2008. Jurnal ini terdapat dalam Jurnal Penyelidikan IPBL. Jurnal ini
mempunyai 12 halaman muka surat. Jurnal ini ditulis oleh Charlie Anak Ungang daripada
Jabatan Kajian Sosial. Jurnal ini merupakan kajian berkaitan dengan menggunakan bahan
bantu mengajar dalam kelas pemulihan. Kajian ini dilakukan kerana wujudnya kegagalan
yang berterusan dalam mempupuk keberkesanan penguasaan kemahiran asas 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira. Malangnya, masalah keupayaan pelajar-pelajar pemulihan


bagi menguasai kemahiran asas bacaan sebagai penggerak kepada komunikasi dan berfikir
secara kritis dan kreatif masih belum dapat ditangani dengan serius dan bersungguh-sungguh.
Selain itu, bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik
merupakan bahan sokongan yang dikatakan penting bagi membantu meningkatkan
kefahaman pelajar-pelajar agar minat untuk belajar. Hal ini demikian kerana bahan bantu
mengajar ini dapat membantu guru untuk menyampaikan sesuatu mesej berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran dengan jelas kepada para pelajar agar mereka dapat
memahaminya. Hampir tiga puluh tahun perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan masih
belum lagi dapat mengatasi masalah yang dialami oleh para pelajar dalam Program
Pemulihan yang diadakan di sekolah. Masalah yang dihadapi oleh sesetengah para pelajar
memerlukan bantu daripada guru dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta sokongan
daripada semua pihak agar program ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang dapat mengenal pasti
sama ada Program Pendidikan Pemulihan telah terlaksana sepenuhnya atau tidak di lima buah
sekolah di daerah Serian. Lagipun kajian ini juga dapat mengenal pasti sejauhmana bahan
bantu mengajar dapat membantu para pelajar pemulihan khas bagi menguasai kemahiran asas
bacaan. Kajian ini juga dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dalam
menyediakan bahan bantu mengajar bagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
keberkesanan dalam meningkatkan pencapaian para pelajar.

ULASAN JURNAL
Dalam jurnal berwasit ini dapat dilihat masalah yang dihadapi oleh para guru dan para
pelajar dalam terlaksananya Program Pendidikan Pemulihan di sekolah. Pelbagai masalah
yang mempengaruhi terlaksananya program ini adalah masalah dari segi penyediaan bahan
bantu mengajar dan kemudahan yang tidak lengkap di sesetengah sekolah ia membantutkan
terlaksananya program tersebut dengan lancar. Melalui kajian yang dijalankan oleh Charlie
Anak Ungang telah dapat mengenal pasti bahawa Program Pendidikan Pemulihan ini masih
belum berkesan atas faktor-faktor tertentu dengan itu para pelajar masih lagi tidak dapat
menguasai 3 M iaitu membaca, mengira dan menulis. Menurut hasil kajian Charlie
berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus
(15%) dalam kalangan para pelajar sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai

3 M terutamanya dalam kemahiran asas pembacaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia


1999).
Hasil daripada kajian ini yang diperolehi daripada SPSS mendapati bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar dapat memainkan peranan yang besar dalam menjadikan
pengajaran guru pemulihan lebih selasa, menarik dan berkesan. Berdasarkan hasil daripada
responden sebanyak 60% amat bersetuju, 20% bersetuju manakala 20% lagi tidak setuju
bahawa bahan bantu mengajar digunakan dalam kemahiran membaca, mengira dan menulis.
Hal ini demikian kerana bahan bantu mengajar dapat menggalakkan hasil pengajaran guru
dan dapat menarik pelajar untuk menguasai 3M. hasil daripada responden mengenai kesan
penggunaan bahan bantu mengajar sebanyak 80% bersetuju bahawa bahan bantu mengajar
dapat membantu meningkatan menguasai 3M dalam kalangan pelajar manakala 20% lagi
tidak bersetuju bahawa ia dapat membantu guru dalam pengajaran.
Selain itu, bahan bantu mengajar ini membolehkan para pelajar dapat memahami isi
kandungan bagi menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Analisis yang dapat
dibuat daripada hasil kajian Charlie dalam kesan penggunaan bahan bantu mengajar terhadap
iklim pengajaran di mana seramai 60% responden bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar akan menambahkan minat para pelajar bagi mengikuti
pengajaran aras bacaan dalam kelas pemulihan kerana itu hasil daripada keperatusan itu
menjadi tinggi. Kursus dan bengkel telah diadakan bagi membantu melancarkan Program
Pendidikan Pemulihan terhadap para pelajar namun berdasarkan responden mendapati ia
masih belum membawa kepada keberkesanan kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana
terdapat seramai 40% responden yang menyatakan kursus dan bengkel itu masih lagi tidak
dapat mengatasi masalah para pelajar dalam menguasai 3M manakala 60% pula bersetuju
bengkel dan kursus dapat meningkatkan menguasaan para pelajar dalam 3M. Dengan itu,
penyelesaiannya kursus dan bengkel perlu dilakukan penilaian.
Selain itu, kebanyakkan responden menyatakan bahawa mereka memerlukan kursus
dan bengkel bagi menyediakan bahan bantu mengajar serta ianya perlu dilakukan dari semasa
ke semasa agar dapat melakukan perubahan mengikut kesesuaian keadaan dan penerimaan
para pelajar. Hal ini demikian kerana mereka memerlukan kursus dan bengkel dalam
memperlengkapkan diri dengan teknik dan kemahiran yang mampu menyediakan bahan
bantu mengajar bagi kelas pemulihan terutama sekali dalam kemahiran membaca. Kemahiran
membaca sangat penting dalam kehidupan supaya para pelajar dapat membaiki cara
berkomunikasi serta dapat membantu kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Dengan

itu, mereka sangat memerlukan kursus dan bengkel untuk menyediakan bahan bantu
mengajar.
Seterusnya, terdapat juga responden yang mahu mengajar kelas pemulihan sahaja di
mana peratusannya sebanyak 80% manakala 20% pula mahu mengajar kelas yang lain.
Keperatusan kemahuan guru mengajar kelas pemulihan masih tinggi. Ini bermakna Program
Pendidikan Pemulihan yang dilaksanakan di lima buah sekolah di daerah Serian masih mahu
dijalankan. Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru dalam kelas juga mendapat
pujian kerana seramai 15 orang responden telah menyuarakan pendapat mereka. Seramai 12
orang responden daripada 15 orang responden menyatakan bahawa gambar-gambar yang
digunakan oleh guru semasa mengajar menarik manakala selebihnya responden menyatakan
gambar-gambar yang digunakan guru cantik. Ini dapat membuktikan bahawa para pelajar
memerlukan bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru mestila yang menarik, kreatif
dan cantik.
Analisis bukan sahaja berdasarkan bahan bantu mengajar sahaja malahan berpautan
dengan rekod prestasi aras bacaan yang diperiksa dan diterima juga dianalisis agar dapat
mengetahaui keberkesanan bahan bantu mengajar mampu meningkatkan dan membantu para
pelajar menguasai 3 M. Setiap pelajar yang berada dalam kelas pemulihan akan mempunyai
rekod pengesahan aras bacaan dengan itu para pelajar akan dapat dikenalpasti oleh guru sama
ada telah berlaku peningkatan dalam prestasi menguasai 3 M. Bahan bantu mengajar ini juga
dapat mengurangkan menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam
menyampaikan pengajaranya. Lagipun bahan bantu mengajar dapat membantu guru
menyampai masej daripada pengajaran kepada pera pelajar dengan jelas dan terang. Dengan
itu, para pelajar akan lebih cepat memahami dan menguasai isi kandungan pembelajaran
maka program pendidikan pemulihan akan terlaksana dengan berkesan.
Bahan bantu mengajar juga antara usaha guru dalam memastikan pelajar minat dan
dapat menumpukan kepada pengajaran dan seterusnya akan menjamin pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran oleh para pelajar. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh
Charlie mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan prestasi
para pelajar dalam penguasaan asas bacaan pelajar. Buktinya daripada hasil kajian mendapati
pada semester awal prestasi para pelajar adalah 59% dan semester akhir prestasinya menjadi
80%. Ini membuktikan bahawa berlakunya peningkatan dalam penguasaan asas bacaan
pelajar sebanyak 21%. Hal ini demikian kerana penggunaan bahan bantu mengajar tidak
dapat dinafikan dapat membantu dengan jayanya kerana wujudnya peningkatan prestasi
penguasaan dalam kalangan pelajar dalam aras bacaan.

Malangnya, wujud juga masalah guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar
seperti yang dirancangkan. Hal ini demikian kerana kelengkapan kemudahan di sekolah
masih kurang dan menyukarkan pengajaran tersebut berjalan dengan lancar. Buktinya
sebanyak 60% hasil daripada responden menyatakan bahawa kelengkapan di sekolah tidak
lengkap. Kelengkapan yang ada di sesebuah sekolah juga terhad dan perlu ditempah waktu
dan tempat bagi tujuan menggunakannya dalam proses pengajaran. Masalah yang
mengganggu menyediakan bahan bantu mengajar akan memberikan tekanan kepada para
guru dan akan menyebabkan para pelajar dalam kelas pemulihan tidak akan minat untuk
belajar. Guru perlu sentiasa menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai
landasan yang utama dalam mencapai hasrat.
Kemudahan yang terdapat di sekolah yang terhad perlu dikosong bersama guru yang
lain dan perlu mengikut gilir untuk menggunakannya. Hal ini demikian kerana situasi yang
dialami oleh guru yang mengajar kelas pemulihan memerlukan bahan yang lebih banyak
daripada guru yang mengajar kelas biasa. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam guru lain. Dengan itu, kajian yang dijalankan oleh Charlie dapat mengenalpasti
pandangan dan sama ada ia diterima oleh guru dalam membantu melancarkan pengajaran
mereka dalam membantu meningkatkan prestasi para pelajar dalam kelas pemulihan.

PENDAPAT DAN CADANGAN


Pada pendapat saya penggunaan bahan bantu mengajar salah satu cara atau kaedah
yang harus digunakan oleh guru untuk memastikan proses pengajarn dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.penggunaan bahan bantu mengajar perlulah mengikut umur yang
sesuai dengan para pelajar agar mereka dapat menerima segala pengajaran dan pembelajaran
akan dapat diterima oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar perlulah menarik untuk menarik
minat para pelajar. Hal ini demikian kerana bahan bantu mengajar yang menarik dipenuhi
warna yang ceria serta isi kandungan pembelajaran yang jelas dapat menjelaskan masej yang
disampaikan kepada para pelajar. Bentuk bahan bantu mengajar juga perlulah bersesuaian
dan tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Bahan bantu mengajar juga perlu digunakan secara
maksimum kerana guru dapat merangka aktiviti, berbincangan dan persoalan agar pelajar
dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Guru perlu bersikap terbuka dan
positif terhadap para pelajar dalam kelas pemulihan. Hal ini demikian kerana kesabaran
dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan bersesuaian untuk membantu
para pelajar agar dapat menguasai aras bacaan.

Selain itu, guru perlu memperkenalkan bahan yang digunakan untuk proses
pengajaran. Sebagai seorang guru jangan jadikan kekurangan kelengkapan kemudahan di
sekolah sebagai alasan dalam membuat bahan bantu mengajar. Hal ini demikian kerana guru
perlu berfikiran kreatif dan inovasi dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Pihak sekolah perlu memastikan kelengkapan kemudahan sekolah
mencukupi dengan bergantung kepada jumlah guru dan para pelajar agar proses pengajaran
dan pemebelajaran berjalan lancar. Dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar perlu
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi membantu para pelajar
dalam kelas pemulihan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran amat
memainkan peranan penting serta membantu kelancaran sesuatu proses pengajaran guru
dalam kelas. Dalam kes yang dikaji oleh Charlie dapat dilihat bahawa kebanyakan responden
yang memberikan tindak balas berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar lebih kea rah
positif. Hal ini demikian kerana kebanyakan responden bersetuju penggunaan bahan bantu
mengajar dapat membantu penguasaan aras bacaan para pelajar di kelas pemulihan. Bahan
bantu mengajar sememang antara salah satu cara untuk menarik minat untuk belajar.
Kebanyakan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan cantik yang
bertujuan untuk menarik minat pelajar itu. Ini dapat dibuktikan seramai 12 orang responden
daripada 15 orang responden menyatakan bahawa gambar-gambar yang digunakan oleh guru
semasa mengajar menarik serta lebih jelas manakala selebihnya responden menyatakan
gambar-gambar yang digunakan guru cantik.
Bukti tersebut menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat
membantu guru menyampaikan mesej yang jelas dan para pelajar akan lebih berminat untuk
belajar. Kemudahan yang ada di sekolah kebanyakan terhad dan perlu digunakan secara
bergilir-gilir agar pengajaran guru dapat dilaksanakan. Kreatifan guru juga mampu
meningkatkan mutu prestasi para pelajar terutama dalam menguasai aras bacaan mereka.

Dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar sememangnya dapat membantu guru dalam
meningkatkan penguasaan aras bacaan di kelas pemulihan dan Program Pendidikan
Pemulihan juga dapat dijalankan dengan berkesan.

RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed. 2007. Humor
Dalam Pengajaran. Pulau Pinang : Pusat Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani, Mohd Zohir Ahmad. 2007. Pedagogi: strategi dan teknik
mengajar dengan berkesan. Pulau Pinang : Pusat Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Sufean bin Hussin,Shahril@Charril Marzuki,Ahmad Zabidi Abdul Razak,Habib Md. Som,
Alina Ranee. 2005. Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai