Anda di halaman 1dari 7

Cerpen: Deraian cinta...

Diluluskan pada Rabu, 05 Oktober 2005 @ 13:06:23 oleh istisafa


Karya

dairy menulis "Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak
tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari
dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin
dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada
akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu
memberhembus membawa sama memori semalam.

Satu...
Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang
rumah. Mati saya. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu saya
duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.

Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya
adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu
kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan...

Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach.
Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy
Adham.

"Nadz, cantiklah kau malam ni. Jeles saya tengok," ujar Nini, teman sekuliahnya.

"Mana ada. Jangan nak merepekla, hodoh saja saya tengok. Ei... saya rimas lah calit-calit
make-up sana sini. Geli. Melekit pulak tu," rungut Nadzirah.

"Alah, normallah ini semua. Mama kau kan cerewet bab-bab solek-menyolek macam
ini..." pujuk Nini.

"Hah, Nadz dah siap? Cepat sikit. Bakal mak mertua awak tu dah nak masuk sarung
cincin nanti," ngomel Datin Wahidah, mama Nadzirah. Selepas menunggu beberapa
minit, muncul rombongan Zulhairy.

Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam
satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.

Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang
tercalit di wajahnya.

"Hai, tak dapatlah tengok engkau pakai make-up lama-lama, ya," giat Nini yang masih
belum pulang.
"Rimaslah, Cik Nini oiii... Sabar sajalah kau ni," ujar Nadz sambil mengelap saki baki
pewarna pada matanya.

"Okeylah, jangan lupa kad jemputan kahwin nanti," sengaja Nini mengusiknya lagi. Nadz
malas melayan. Dibiarkan sahaja Nini berlalu. Makin dilayan makin menjadi. Nadz
termangu seorang diri.

Apa pula yang bakal ditempuhinya selepas ini? Berharap dan terus berharap agar segala
impian menjadi nyata walaupun sedar, harapannya bagai mencurah air di tanah tandus.
Kering sepanjang musim.

****************
Dua...
Ukiran indah kad itu dipandangnya.

Nadzirah Anisa Zulhairy Adham

Ada lambang hati di antara keduanya. Apa maknanya? Tiada. Perkahwinan yang dibina
nanti adalah berdasarkan satu paksaan semata.

"Nadz, cepatlah. Dah pukul berapa ini. Tertunggu-tunggu pulak nanti Datin Rohana. Mari
cepat! " arah mamanya. Nadz diam tak bersuara.

Sampai di Azwana Bridal Collection, Datin Rohana telahpun sampai terlebih dahulu.

"Maaflah, Ana. Terlewat sikit," ujar Datin Wahidah mengambil hati bakal besannya.

", ibu," Nadz cuba memperbetul keadaan.

"Hm... waalaikumussalam," Seolah tak menyenangi sahaja lagak Datin Rohana


menjawab salam. Nadzzirah tak kisah semua itu. Zulhairy yang duduk di sebelah ibunya
sekadar menjadi pemerhati. Pekerja yang bertugas di situ mempelawa mereka masuk ke
dalam butik dan memilih pakaian.

Katanya, setiap orang mesti memilih satu set baju buat pengantin. Bermakna, mama pilih
satu, ibu pilih satu, Zul dan Nadz masing- masing mesti memilih sepasang baju. Mama
dan ibu sudah membuat pilihan mereka sendiri. Kini, tinggal Zul dan Nadz yang masih
mencuba pakaian.

"Saya ambil yang ini," serentak Nadz dan Zul membuat pilihan. Mama dan ibu senyum.
Pada Nadz, tak ada apa yang melucukan begitu juga Zul.

"Wah kamu memang secocoklah, tengok buat pilihan pun sama. Ada harapan nak jadi
soulmate ini, " usik mama. Nadz senyum paksa. Zul juga. Selepas memilih aksesori yang
lain, mereka pulang.
Tawar... hambar...

Majlis perkahwinan Nadz dan Zul disambut penuh kemeriahan. Maklumlah, telah tercipta
satu hubungan antara mereka yang sekadar mengikat hubungan kekeluargaan. Nadz dan
Zul setia memberikan senyuman seadanya pada kamera. Keduanya bersikap sporting
ketika beraksi depan kamera.

Selepas selesai, mereka bertungkus lumus mengemas rumah.

"Nadz nak kemas sikit bilik tu, lah mama. Bersepah sangat, " ujar Nadz, manja.

"Hm... yalah, suruh Zul tolong sekali,"

"Takpelah mama, Nadz boleh buat sendiri," cepat sahaja dia berlalu dari situ. Lepas
kemas hadiah, bolehlah rehat-rehat sikit, rancang Nadz.

Ketika mengangkat sebuah hadiah yang agak berat, Nadz sememangnya tak perasan
kehadiran Zul. Begitu juga sebaliknya.

Prang...

Bunyi itu yang pasti kedengaran setelah keduanya berlanggar.

" AAduhh.... sakitnya mama!!!" jerit Nadzz.

"Oh my God! I'm really sorry.Tak perasan," riak muka Zul tampak cemas. Dia cuba
membantu.

" Ah, tak mengapa...tak mengapa. Saya still boleh jalan lagi," keras Nadz. Baru dia cuba
hendak bangun, tubuhnya rasa tak seimbang. Pantas Zul menyambut. Tiada suara keluar.
Mama sibuk mencari kotak First Aid.

Bahasa mata banyak memainkan peranan. Jangan ingat kau dah selamatkan saya. saya
terhutang budi kat kau! Harap kau dapat terima saya seadanya dan saya harap hubungan
kita berkekalan, Nadz ! Dua hati berbicara sendiri.

Senyuman & tawamu mengusik kalbuku!

Kenapa Nini kata saya terlalu ego kerana tak mahu menerima Zul? Biarlah dia. saya
punya sebab yang tersendiri. Desis Nadz. Perkahwinan yang terjalin selama sebulan itu
tak menunjukkan apa-apa perubahan positif. Hari ini Zul cuba memancing minatnya
dengan mengajaknya pergi ke Cameron Highlands.

Mahu tak mahu, Nadz turuti juga kehendak Zul. Bas yang mereka naiki tiba pada pukul
11 malam dan bertolak kira-kira pukul 11.30 malam.
Sepanjang perjalanan, tiada apa yang mereka bualkan. Sekali-sekala, menjeling antara
satu sama lain. Lama-lama berada dalam bas itu membuatkan Nadzz rasa sejuk yang
teramat. Dia menggosokkan kedua belah tangannya.

"Sejuk?" tanya Zul penuh prihatin. Anggukan sahaja jawapannya. Lantas, tangan Zul
melingkari tubuh Nadz. Dibiarkan sahaja. Beberapa ketika, mereka berhenti di hadapan
sebuah traffic light. Kelihatan beberapa kutu rayap melambaikan tangan pada Nadz. Nadz
tersenyum sambil melambai mereka kembali.

"Hm... layan juga awak orang macam tu," bisik Zul pada telinga Nadzz.

"Em... bukan mereka kenalpun," nak tak nak sahaja jawapannya.

Sepi terus mencengkam hingga bas berhenti di perhentian Tapah, perhentian terakhir
mereka sebelum bas mendaki Tanah Tinggi Cameron.

"Saya nak pergi tandas. Tumpang lalu," ujar Nadz.

" Jom lah, " Zul menarik tangan Nadz.

Mereka berpisah di simpang yang memisahkan tandas lelaki dan perempuan.

Selepas itu, mereka bertemu kembali.

"Jom pergi beli makanan dan air sikit," ajak Zul.

" Hm... jomlah," Nadz mengikuti langkah Zul ke kedai berdekatan.

"Pilihlah apa yang awak nak," Zul terus menuju ke fridge dalam kedai itu.

Nadz pula sibuk membeli coklat dan snek tak lupa juga asam untuk menghilangkan rasa
pening dan mabuk perjalanan. Zul membayar semua barang yang mereka beli setelah
bergaduh kecil dengan Nadz.

Nadz menaiki bas semula dengan wajah yang agak mencuka. Zul tetap tenang
menghadapi kerenah Nadz yang degil.

" Hm... chocolate sesuai meredakan marah seseorang," ujar Zul separuh berbisik sambil
membuka bungkusan coklat Cadbury. Disuakan coklat itu ke mulut Nadz. Nadz
berpaling.

"Tak ada apalah, tak mabuk punya kalau makan coklat ini. Kalau selalu marah-marah,
boleh kena serangan jantung tau. Tak elok tu. Muka pun nampak macam tak bermaya
aje," nasihat Zul.
Nadz senyum Entah apa-apa aje lelaki ini lah. Zul ceria kerana dapat melihat senyuman
Nadz buat pertama kali dalam hidupnya. Coklat itu dipatahkan dan disuapkan untuk
Nadz. Nadz membuka mulutnya perlahan dan mengunyah coklat itu sambil tersenyum
memandang suaminya. Bas bertolak kemudiannya.

Nadz tak sedar bila dia tertidur dan terlentok di bahu Zul. Sedar-sedar dia terhantuk
kepala Zul dan bas yang mereka naiki bergerak ke kiri dan ke kanan. Nadz ngeri melihat
cerun bukit itu. Mesti sebelum ni, dah ada orang mati jatuh gaung. Hei... minta dijauhkan.
Tanpa sedar, dia memaut kuat lengan Zul.

"Insya-Allah kita takkan masuk gaung tu," sempat lagi Zul berseloroh.

"Hei... janganlah cakap macam tu !" takut juga Nadz. Dia mencubit lengan Zul yang
masih bersikap selamba.

Nadz mulai rasa pening melihat jalan yang bengkang-bengkok.

"Awak, saya rasa peninglah " rungut Nadz.

"Alah, sekejap saja lagi. Tahanlah sikit. Kalau tak pun awak tidur sekejap. Nanti kalau
dah sampai saya kejutkan," Zul mengusap lembut kepala Nadz yang dilitupi tudung
putih. Terlena juga Nadz akhirnya. Pemandu bas itu menghentikan kenderaannya di
apartmen yang ditempah pengurus pelancongan itu. Setiap keluarga disewakan dengan
sebuah apartmen.

Zul kasihan melihat Nadz yang mesih lena. Diangkat tubuh isterinya masuk ke dalam
apartmen sewaan mereka. Selepas itu, Zul memindahkan pula barang-barang mereka.
Nadz yang tersedar kemudiannya kasihan melihat suaminya yang terlena di sofa panjang.
Kesejukan yang mengejutkannya benar-benar meresap dalam seluruh urat saraf.
Dikejutnya Zul yang terlena.

"Awak, bangun. Sejuk kat sini. Bilik tu ada selimut tebal," Zul bangun sambil memisat-
misat matanya.

"Jomlah. Bas tu bertolak pukul 2 petangkan?" ujar Zul lalu menarik Nadz sama.

"Sedap tak ? Selimut ini tebal betul," Zul memeluk Nadz di sebelahnya. Nadz menggeliat
kecil lalu tersenyum.

"Saya ingat saya dah tak dapat terima awak lagi. Tak sangka awak sebaik dan semulia
ini," Nadz mengeratkan pelukannya, merasai kehangatan yang mulai meresapi tubuhnya.
Sayangnya, Zul sudah belayar terlebih dahulu ke lautan mimpi. Alangkah indahnya jika
Zul mendengar butir bicara Nadz seterusnya.

Petang itu, mereka melawat Rose Valley dan pasar. Nadz tertarik dengan bola strawberi
yang comel lalu membelinya.
"Apalah awak ini, macam budak-budak " Zul meluahkan pendapatnya.

"Tak apalah. Benda ini comel apa," Nadz mempertahankan pilihannya.

"Eh, jom beli buah cinta itu. Looks interesting," usul Zul. Mereka mendapatkan kedai
yang menjual buah cinta itu. Nadz mencadangkan agar mereka membeli sebungkus
sahaja. Tapi, kedegilan Zul tak boleh dilawan lagi. Dibelinya sampai lima bungkus. Entah
apa-apa aje. Selepas membeli sedikit sayuran, mereka pulang ke apartmen. Nadz sibuk
memasak memandangkan perut sedah berkeroncong. Zul pula sibuk mengupas buah cinta
yang dibelinya. Disuapkan buah itu pada Nadz. Tak sampai tiga kali kunyahan, Nadz
meluahkan buah itu ke dalam tong sampah.

"Ei... pahitnya ! Tak sedap pun," rengek Nadz.

"Entahlah, kata amoi itu, buah ini rasa dia macam cinta. Ada pahit, ada manis macam itu
lah,” terang Zul panjang lebar. Bersemangat dia mengupas buah-buah itu. Hingga
kupasan buah yang terakhir, rasa buah itu tetap serupa.

"Hm... saya dah kata beli sebungkus saja... tapi awak degil. Tengok, dah membazir. Bagi
kat orang lagi baik," ngomel Nadz.

Wajah Zul yang kelihatan kecewa dipandangnya. Mereka menikmati makan malam itu
dengan tenang. Kesejukan tempat itu memang tidak dinafikan. Selepas solat jemaah
Isyak, Nadz dan Zul masuk tidur. Terlalu sejuk cuaca saat itu.Tidur lena hingga ke pagi.
Takkan menyedari apa yang akan berlaku seketika nanti.

Musim sejuk, London.


Zul menikmati sepenuhnya panorama indah kota London. Kota tempat dia membawa
suka dukanya kehilangan kepercayaan seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya yang
amat dicintai.

Mengakui sesuatu yang tidak dilakukannya adalah sesuatu yang mustahil. Apatah lagi
dituduh merosakkan anak dara orang. Kasihan Nadzirah. Rindukah dia di sana
sepertimana saya merinduinya?

Deritakah dia di sana? Sihatkah ? Gembirakah ? Tiada jawapannya.

Musim bunga, Jepun.


Nadz termangu sendiri melayan perasaan. Tak terduga olehnya Zul sanggup mengakui
satu kenyataan yang hakikatnya palsu semata! Tahukah dia betapa saya cinta dan rindu
padanya ? Terseksa batin tatkala mengakui yang Zul berlaku khianat padanya. Perut yang
kini berisi janin cantuman kasihnya dengan Zulhairy diusap perlahan.

Ummi pasti papa akan ketemu kita juga satu hari nanti, sayang. Sabar ya.
Cameron Highlands, musim panas.
Zul berehat-rehat dibangku tempat dia dan Nadz meluahkan rasa hati masing-masing.
Terasa bagai semalam terdengar suara halus Nadz membisikkan kata cinta. Serentak itu,
dia menjerit kuat nama Nadzirah, permaisuri hatinya.

Nadz yang memerhati sejak tadi turut melaungkan nama Zulhairy. Tak tersangka mereka
akan bertemu dalam waktu itu.

"Zul, maafkan Nadz sebab tuduh Zul yang bukan-bukan," lirih suara Nadz pada
pendengaran Zul.

"Nadz tak pernah buat salah apa-apa, sayang. Zul yang bersalah. Biarkan Nadz dan baby
kita sendiri. Zul rasa berdosa sangat. Maafkan papa ya, sayang," luah Zul sambil
mengusap perut Nadz yang kian memboyot. Zul terus berlalu meninggalkannya.
Membawa semua caci maki manusia sekembalinya dari London. Terus menyepi.

EPILOG YANG BERTERBANGAN...


Tangisan bayi lelaki bernama Zul Elmy Hariz mematikan lamunan. Bayi itu didodoi
penuh kasih. Peristiwa 6 bulan lalu sudah lama menjadi sejarah. Tapi, harapannya pada
Zul tetap mekar dan hidup selagi ada nafas anaknya.

Tiba-tiba, pintu apartmen diketuk orang. Nadz membukanya perlahan. Betapa terkejutnya
dia melihat lelaki yang berada dihadapannya.

Lelaki yang menanggung segala tohmahan dan fitnah teman. Lelaki yang memiliki cinta
dan rindu Nadzirah. Lelaki yang menjadi bapa kepada Zul Elmy Hariz. Harapannya
terlaksana dalam igauan 4 musim. Sebuah deraian cinta yang terhalang bercantum
kembali .

Hujan yang berlabuh pagi ini


Membawa seribu satu erti
Bukan suatu yang perlu ditangisi
Cinta dan kebahagiaan yang hakiki
detik pertemuan yang sementara
tawa,tangis, senyuman menggoda
mengimbau kenangan lama
bercantum kembali deraian cinta

Nadzirah Anisa & Zulhairy Adham bahagia akhirnya...