Anda di halaman 1dari 3

Cerita Bersiri: Duri kulalui intan kumiliki

Diluluskan pada Selasa, 19 Disember 2006 @ 15:18:04 oleh istisafa


Karya

myislam menulis "Melihat wajah Nek Nong ingin juga terdetik dihati mentauliahkan dia
sebagai ibu kandungku. Tapi inginkah aku diterima oleh anak-anaknya yang lain.
Mungkin boleh, itu kata hatiku. Apa pula dalam hati Jemi, Tiah, Maon, Mayoh dan
Jenun.

Mungkin penuh dengan kebencian sepertimana yang telah diluah oleh Jenun anak bongsu
Nong yang masih terngiang-ngiang di pelusuk gegendang dan telah terbenam dalam
sanubariku ”woi budak! Kamu tak malu tinggal di rumah ini lama-lama. Sudahlah
menumpang singgah, mencuri kasih pula dari sini.”.

Pedih hatiku mendengar dalam usia yang masih mentah tetapi perasaan telah didesak
dengan kemelutan hidup dan menjadikan kematangan telah terpaku dalam diriku. Kalau
diikutkan hati, ingin sahaja aku lari dari pondok usang itu. Tetapi, dimana ingin aku
mengadu nasib. Siapa lagi saudaraku paling dekat sejak membuka mata mengenal dunia
ini selain daripada mereka semua.

Jenun menjadikan aku sebagai musuh utamanya. Usia kami tidak jauh berbeza, namun
kasih sayang yang aku dan dia dapat tidak berbeza. Semuanya sama dan menyebabkan
Jenun membuak-buak melihat aku. Apatah lagi bila sahaja Nek Nong menyuapkan nasi
dimulutku dengan satu pinggan yang sama dan sudu yang sama disuapkan kepada dia
juga.

Ah! pedulikan sahaja budak berjambul itu, yang penting aku dapat terus hidup dan aku
sentiasa berazam akan aku ketemui ayah dan ibuku nanti.”Epit... esok teman Tok Jang ke
sungai ya. Kita bertolak selepas sahaja matahari mula menyinsing.” Suara getar gagah tua
dari ruang tamu tepi tingkap mengajak akan aku ke sungai esok. ”Baiklah Tok.”sahutku
dengan manja keanakkan. ”Bukan main budak ni ya. Kalau diikutkan hati ingin sahaja
aku tarik rambut dia yang ikal itu. Biar dia tahu dan sedar dia tu menumpang kasih dari
bapa dan mak aku”. Itulah yang dapat aku tafsirkan dari wajah bengis Jenun memandang
kearahku.

Malam semakin jauh menemui janji pagi. Tetapi hatiku masih resah dan gelisah. Entah
siapakah ayah dan ibu kandungku. Dapatkah aku temui mereka berdua. Andai aku
menemui mereka, apakah yang patut aku lakukan sebagai pembalasan diatas perbuatan
mereka yang tidak bersifat kasih dan sayang terhadap anak. Dalam keadaan yang penuh
tanda tanya aku terlelap terus hingga ke pagi subuh.”Epit, cepat bangun dan bersiap.
Jangan lupa tolong bawakan Tok bekal makanan dan minuman yang Nek Nong kamu
siapkan.”

Walaupun usia telah lanjut, namun pengharapan seorang ’bilal’ sebuah surau ini sangat
tinggi dengan rezeki yang Allah janjikan terhadap hambaNya yang taat. Aku terus
menuju ke dapur untuk mendapatkan beberapa bekalan makanan berbungkus dengan
daun pisang. ”Ini untuk kamu dan ini pula untuk Tok kamu ya. Satu lagi ini untuk
sarapan pagi kamu bila sahaja sampai di sana. Jangan lupa, jaga diri kamu tu elok-elok
ya.”Pesan Nek Nong kepada cucunya. ”Baiklah,nek” sambil ditatap wajah seorang
wanita meniti usia yang banyak menyimpan rahsia diriku.

Ada baiknya juga kalau aku tidak duduk di rumah. Andai aku duduk di pondok ini sudah
tentu pergaduhan aku dengan Jenun yang pemalas itu tercetus. Saban hari aku habiskan
masa di sungai bersama Tok Jang yang tegas lagi garang. Sikap itu aku tafsirkan
daripadanya ketika dia sedang mengajar Quran kepada anak muridnya di surau
berdekatan.

Sunguh tidak kusangka ketegasannya dan kelantangan suaranya menegur dan


membetulkan sebutan dari mulut-mulut muridnya. Di sebalik fungsi penunjuk huruf itu
ada fungsi kedua sebagai pemukul sesiapa sahaja yang tersilap dalam mengenal huruf dan
sebutan dalam Al-Quran. Antara yang selalu aku tengok dipukul dengan rotan adalah
Musa anak mua’laf dari bangsa iban di hujung kampung. Kasihan bila melihat dia,
namun itulah yang kedua ibu dan bapanya harapkan daripada Tok Jang supaya anaknya
dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sekaligus mendidik anaknya menjadi seorang
muslim yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Setelah pukat Tok Jang sudah di muatkan kedalam perahu dengan tangkapan yang sedap
mata memandang berkat doa seorang yang mengharap kasih dan rahmat Allah s.w.t itu
kami berdua terus pulang. Satu lagi tugas aku yang sepatutnya ditemani oleh Jenun untuk
diselesaikan. Namun pada hari itu hanya aku berseorangan sahaja untuk menjual hasil
tangkapan.

”Ikan. Ikan..., Ikan. Ikan..” menjaja sambil berjalan di kampung yang aman dan tenang
itu. Lantang suara aku memecah kesunyian petang itu. ”Ikan apa yang ada hari ini Epit.”
Terdengar suara yang aku harapkan seorang pelanggan pertamaku hari ini. Oh! Ya Mak
Cik Seria tuan kedai runcit yang satu-satunya ada di kampung ini. Terus sahaja aku
berlari-lari anak ke arah Mak Cik Seria di tangga rumahnya. Senyuman diberikan
padanya. ”Hari ini udang galah ada, ikan terubuk ada, ikan bulu telur pun ada. Makcik
ingin yang mana satu.” suara penuh semangat dariku. ”Makcik nak yang mana satu.”
perlawaku kepada dia. ”bagi Makcik udang galah 2 kilo ya.”

Otak ku mula berjalan mengingatkan pesanan dari Nek Nong sebelum sahaja aku keluar
menjaja. ”Setiap satu bungkus ikan dan udang ini sekilo.”Erm, kalau dua kilo maknanya
dua bungkus agaknya”. Masih ragu-ragu lagi aku masa itu. Ingin ke sekolah masih tidak
berani lagi berdepan dengan guru dan kawan-kawan yang lain yang cukup dengan
kelengkapan persekolahan.

Aku hanya ada sepasang baju dan seluar pendek sekolah rendah. Itupun yang diberi
bantuan oleh pihak sekolah. Berbeza jauh sekali antara aku dengan kawan-kawanku yang
lain. Inginku luahkan bahawa beg aku daripada beg plastik yang selalu orang buang, dua
batang pensil dan beberapa buah buku latihan kecil yang telah lusuh pemberian jiran
sebelah rumahku. Bila sahaja aku menjejakkan kaki di kelas darjah satu itu, dadaku tiba-
tiba menggelegak memandang ke arah Cik Wan Abdullah yang sangat bengis dan
menakutkan.

sambungan.....

Anda mungkin juga menyukai