Anda di halaman 1dari 3

Wahai Wanita

Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun


begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.
Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita
dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki
akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda
gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda
memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia
berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah
Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan
syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,


Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...


Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk
memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan
ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat


'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang
teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman
semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai
kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul
sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi
penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh
berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut
wanita...
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah
bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada
Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,

RENUNGKANLAH SAHABATKU…..