Anda di halaman 1dari 6

To: cempakaputih@yahoogroups.

com
From: "Najwa Salwana Sanusi" <Kaunselor_hati12@hotmail.com>
Date: Wed, 01 Dec 2004 02:30:52 +0000
Subject: [c-putih] Kisah adik beradik

Kisah adik-beradik

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini
merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak,
ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam
lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok,
pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka


dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama
sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka
yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka
berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil
menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka
telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di
depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu
dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau
kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang
dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan
adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka
sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula
telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba
menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas
alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh
sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan
di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan
yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik


perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si
abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh
dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan
keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang
semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang
berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit
hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh
adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap


adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik
yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba


mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak


puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-
abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik


berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang
dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan
khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula
ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya


tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik


perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."


Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.
Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan
mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak
ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul
mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar
itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini


seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang
mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami
yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang
membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan
mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik
perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah
lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk
menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.


+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang
paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar
cintanya kepada saudaranya."
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah
rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan
keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan
menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas
ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat
ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan
RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang
tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada
kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin
kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian
akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari
rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta,
saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta
melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara
mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman,
yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara
mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam
perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan


ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan
yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara
perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan
keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu,
manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini
terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu
ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya
mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha
indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan
seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di
syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu


'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana
Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana
Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya
kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara
tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman,
sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian.
Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas
kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi
mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang
mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang
kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya
orang-orang mukmin adalah bersaudara."
Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu


terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat
antara sebagian dengan sebagian yang lainnya."
HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam
Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai
syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian
terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah
dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita
harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya
tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya
berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan
keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya
pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta
yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan
cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.


Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."
Dipetik dari anak_ummi....

untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.groups.yahoo.com/group/sibermelayu

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com