Anda di halaman 1dari 6

Kunjungan email itu membuatkan dia

tersenyum. Matanya tertancap pada nama AbuZahid-sahabatnya dari Mesir. Segera di’klik’nya e-
mail Abu Zahid.

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih hani. Semoga sahabat di Malaysia
sihat, ceria dan penuh dengan keimanan. Ana dekat bumi anbiyak sihat walaupun cuaca panas
sesekali meletihkan. Alhamdulillah keadaan disini mengingatkan kita tentang panas akhirat yang
panasnya lagi dahsyat. Anti buat apa sekarang? Macam mana dengan tugasan sebagai pendidik?
Ana harap anti jalankan amanah dengan sebaik mungkin. Tugas pendidik itu mulia. InsyaAllah ana
pun nak cari calon isteri seorang pendidik. Heheh…ws

Salam dari Mesir

Abu Zahid.

Zinirah hanya tersenyum menbacanya. Persahabatan yang terjalin hampir mencecah setahun itu
amat menyelesakannya. Dia senang dengan kehadiran Abu Zahid, sahabatnya dialam maya. Tanpa
sebarang pertemuan empat biji mata, tapi boleh bercerita bersama. Seringkali Zinirah menceritakan
perihalnya menanggani masalah murid-murid disekolah. Bercerita tetang muridnya yang nakal serta
suasana sekolah yang kadangkala menghimpitnya.Tapi alhamdulillah Abu Zahid sudi mendengarnya
dan memberikan pandangan.

Abu Zahid juga meminta pandangannya tentang beberapa perkara. Situasi ini membuatkan Zinirah
berasa bersyukur kerana dipertemukan insan seperti Abu zahid. Abu Zahid hanyalah nama gelaran
pemuda itu. Pengenalan antara mereka bermula di Laman web Alhamdulillah.com. Zinirah tertarik
dengan topik yang di utarakan oleh Abu Zahid dalam diskusi muslimah. Abu Zahid menyatakan
tentang kerisauannya akan muslimat sekarang yang lalai dalam kewajipan menutup aurat. Mereka
berdiskusi melalui forum sehinggalah pada suatu hari Zinirah menghantarkan pada Abu Zahid
bertanyakan tentang hal berkaitan dengan aurat.Alhamdulillah soalan dijawab dengan baik. Sejak
itu mereka sering bertukar pendapat melalui email lantas salam perkenalan dihulurkan untuk
mengetahui tuan empunya diri.

Namun Zinirah menolak dengan baik “Terimalah ana sebagai sahabat dialam maya. Hanya dialam
maya tanpa mengetahui siapa ana dan ana tak tahu siapa anta. Sekadar berkongsi ilmu dan
pengalaman serta pandangan mengenai islam dan kehidupan.” Antara kata-kata yang dihantarnya
pada Abu Zahid bila pemuda itu ingin mengenali dirinya dengan lebih mendalam. Zinirah khuatir
padanya tiada istilah persahabatan antara lelaki dan wanita dan dia sedaya upaya berusaha agar
hubungan itu serta persahabatn yang terjalin diredhai Allah tanpa mengundang kemurkaan-Nya
Alhamdulillah penuntut tahun akhir di Universiti Azhar dalam bidang Syariah Islamiyah itu
menerima serta menghormati permintaan Zinirah. Maka persahabatan terjalin tanpa mengetahui
identity masing-masing secara terperinci.

Persahabatan yang berputik semakin mekar. Ikatan ukhwah antara mereka semakin kukuh. Setiap
hari ada sahaja kiriman email di antara mereka. Dan takdir menetapkan yang mereka seusia
walaupun kematangan berbeda. Bagi Zinirah Abu Zahid seorang yang perahsia pada mulanya. Tapi
bila melihatkan Zinirah yang selalu berkongsi bercerita sedih duka serta berkongsi masalah, Zahid
mula berubah. Sedikit demi sedikit dia mula bercerita tentang pengalaman hidupnya dibumi anbiya,
malah rutin hidupnya.

Mengenali dirimu hatiku bahagia


Bersahabat denganmu

Diri ini megenal ilahi


Walau sahabat dialam maya

Ia bermakna buatku disini

Sahabat salam ukhwah kuhulurkan

Sahabat alam perjuangan kuutuskan

Salam kerinduan kutitip diangin lalu

Mengerat ikatan yang jauh dimata

Agar terus diredhai ilahi

Kau sudi bersama bila diri dihimpit ujian

Kau titipkan semangat bila diri ketandusan

Kau ingatkan bila diri alpa

Mensyukuri nikmat pencipta

Ya Allah aku bersyukur

Ditemukan sahabat sepertinya

Moga persahabatn ini terbina

Hanya keranaMu ya Allah

Bertemu dan berpisah hanya keranaMu

Agar jalinan ukhwah berkekalan selamanya

Zinirah tersenyum lagi...dalam email terbarunya pagi itu, Abu Zahid menceritakan padanya tentang
hal dirinya yang sedang menunggu jawapan dari gadis idamannya. Segala urusan diletakkan pada
jemaahnya. Dan dia amat berharap agar muslimah itu menerima lamarannya. Lama Zinirah
termenung mengadap komputer. Berulang kali dibacanya mesej sahabatnya itu. Ada satu perasaan
yang menjalar dibenaknya. Dia tak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Cemburukan ana? Soalnya
didalam hati. Email itu kemudian ditutupnya. Dia kebuntuan. Kematian kata-kata yang harus
dikirimkan.

Seharian juga Zinirah memikirkan apa yang harus dibalasnya. Erm… sebagai sahabat aku
seharusnya bergembira mendengarnya. Bahagia baginya tentunya bahagia buat diri ini. Sahabat
yang baik adalah sahabat yang tidak menyusahkan sahabatnya. Ana harus memberinya semangat
dalam penantiannya itu.

Tatkala diri ingin melabuhkan tirai kasih

Tatkala diri ini ingin mengenalinya

Disaat diri ini mula menyayanginya


Tika diri ini inginberkongsi segalanya
Khabar ini yang aku terima

Rupanya dia sudah ada pilihan hati

Dia sedang mengintai muslimah sejati

Untuk menyeri hidupnya

Zinirah membuka email seperi biasa. Dia masih lagi untuk kesekian kalinya membaca email
daripada Abu Zahid.. Butang reply ditekan. Dia mula menulis sesuatu buat sahabatnya itu.

Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah nikmat kesihatan masih menghuni diri ini. Ana harap anta pun sihat dekat sana.

Sahabat ana tumpang gembira mendengar berita dari anta. Ana doakan agar anta berjaya dalam
proses menawan muslimah sejati itu.heheh.. macam nak tawan gunung Everest pulak!. Smile. Ana
rasa dia bertuah sebab mendapat tempat dihati anta. Ana juga doakan agar dia menerima lamaran
anta untuk menjadikannya isteri. Anta jangan risau ya sahabat perempuan yang baik adalah untuk
lelaki yang baik. Moga kebahagian milikmu. Semoga hidup anta diselubungi kegembiraan, dipayungi
kebahagian dibawah Rahmat dan kasih sayang tuhan. Jangan putus asa, jangan susah hati dia pasti
menyambut huluran cintamu bukan tanganmu- sebab tiada ikatan yang sah mana boleh pegang
tangan.heheh.. take care. Jaga iman jaga amal .Wasalam.

Sahabat dari bumi Malaysia

Zinirah.

Send !

Selayaknya dia mengharapkan kebahagian buat Abu Zahid. Sempat juga dia bergurau dalam
kiriman email itu. Tapi benarkan itu perasaannya. Alangkah bertuahnya insan yang mendapat
tempat dihatimu Abu Zahid. Kau inginkan isteri solehah yang bisa bersamamu tatkala susah dan
senang. Kau inginkan si dia yang tinggi pengetahuan agamanya untuk membimbing bakal zuriatmu.
Kau mahukan dia yang disebalik tudung labuhnya itu terpancar keimanan dari muslimah sejati. Kau
dambakan kasih seorang gadis permalu yang berjaya mengetuk hatimu. Kau inginkan kasihnya
kerana agama yang menghiasi dirinya serta keturunannya. Teringat kata-kata seorang ulamak yang
menarik perhatianku ‘aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Andai kau hilangkan
agama dari dirimu maka lenyaplah cintaku padamu’. Maka aku tahu kenapa dia menjadi pilihanmu
sahabat.

Seketika dulu, bila kau menyatakan pada aku. Kalau kau kahwin itu adalah isteri keduamu. Aku
terkejut dan terpana seketika. Anta sudah beristerikah wahai sahabat? Persoalan yang datang
menyerang. Bila kuteruskan bacaan rupanya ‘isteri’ pertamamu adalah ‘Dakwah’. Aku tersenyum
selayaknya kau digelar mukmin sejati. Kau rindukan jihat dan rela berdakwah, mungkin kerana
semangat setelah menjejaki bumi anbiyak. Lantas semangat para nabi dan sahabat nabi kini
membaluti dirimu. Kuharap kau tidak hanya tahu menutur malah berusaha mengotakan katamu itu.
Sejak itu aku rasakan kau lelaki idaman setiap muslimah. Kau layak bergelar suami yang dapat
membimbing isterimu kesyurga- itu doaku. Mungkin ilmu agama samawi yang kau dalami di bumi
Mekah ini menghadiahkan engkau menjadi seorang yang taat pada ajaranNya. Seorang yang
sensitive bila berbicara tentang agama. Yang rela menumpah darah demi islam terjulang.

Zinirah tersentak, lama juga dia termenung. Sapaan dari anak kecil berusia tiga tahun itu
menyedarkannya dari lamunan. Lantas komputer yang lama terpasang di off nya. Budak kecil itu
dirangkul mesra dibawa kedalam dakapannya. Pipi mogel budak itu dikuncupnya dengan penuh
kasih sayang. “Umar jom kita pergi”, kak long datang mengambil umar dari dakapan Zinirah.
“Zinirah tak nak ikut ke?’ Tanya Abang Razif suami kak long. Umar kini berada dalam dukungan
abinya. Zinirah hanya mengelengkan kepalanya. “Jomlah adik”, ajak kak long pula. “Tak apalah kak
long, abang long. Buku budak-budak masih belum habis tanda lagi. Esok dah nak sekolah” Zinirah
memberi alasan. Sesekali ingin dibiarkan kak long dan abang longnya berjalan tanpanya. Biarlah
sesekali mereka anak beranak sahaja yang bersiar-siar. Zinirah menghantar ketiga beranak itu ke
muka pintu sehingga kereta yang dinaiki mereka hilang dari pandangan.

Zinirah membuka semula komputernya lantas menaipkan sesuatu buat sahabatnya dialam maya.

Assalamualaikum,

Minggu depan adalah tarikh pertunanganmu Abu Zahid. Abu Zahid nampaknya hanya sampai disini
persahabatan kita.Ana akhiri persahabatan ini dengan sebuah puisi buat anta.Mugkin lepas ini tiada
lagi warkah elektronik yang bisa memenuhi mail box anta.Itulah janji kita. Menamatkan
persahabatan andai ada natara kita yang yang bakal diijab kabulkan. Kekadang ana rasa kita terlalu
menjaga pergaulan takut mengundang kemungkaran Allah sampai menolak segala perasaan yang
terbina buat anta. Menolak fitrah alam. Maafkan ana dalam diam hati ini menyanyi. Dalam tidak
sedar diri ini bersulam rindu. Sahabat kuutuskan puisi ini buatmu sebagai kenangan kita yang
pernah suatu tika dulu terjalinnya ikatan.

Abu Zahid,
Mugkin takdir dari yang Esa,

Kita hanya dipertemukan sebagai sahabat dialam maya,

Tiada sebarang ikatan tanpa perlu hadirnya cinta,

Mugkin diri ini malu

Dalam diam mekar sayang dalam persahabatan

Sedangkan dibibir menolak sebarang perkenalan

Sedangkan dihati inginkan jalinan

Kau sempurna dihatiku

Walaupun kita tak penah bertemu atau berbicara

Namun dapat kurasakan kebaikanmu

Keluhuran peribadi dan budimu

Lalu diri ini mula berlagu rindu

Maafkan aku sahabat

Aku tak berdaya

Tak dapat melawan rasa

Tapi percayalah hanya aku memedam rasa

Takkan kubiarkan kau hanyut bersama

Kerna persahabatn kita kerana Allah

Takkan kucemarkan perjanjian ini

Kau sahabatku dialam maya


Sahabat

Percayalah aku gembira tatkala kau menceritakan padaku perihal dia,

Puteri idamanmu, insan menarik perhatianmu

Bagiku bukan calang-calang orang bisa bertahta dihatimu

Dan dia sungguh bertuah

Dan percayalah dorongan serta harapanku ini

lahir dari Sudut Hati

dengan pengharapan yang benar

bukannya paksaan

Aku mengharapkan kebahagianmu bersamanya

persahabatan ini cukup disini

Aku tidak bermakna lagi

Kau dah ada si dia untuk berkongsi cerita

Dan aku tak mahu jadi insan ketiga

Itu juga janji kita

Akan berundur

bila seorang dari kitamenemui pasangannya

Dan kini aku rela kan berpisahan ini

Yang pasti aku bahagia mengenalimu

Kaulah sahabatku

Dan akan kukenang jalinan ukhwah yang pernah

Terbina antara kita

Salam kemaafan andai diri ini

pernah menyakiti hatimu

Taniah kerana kau bakal mendapat isteri

Salam perpisahan

Zinirah.

Send!
Lalu email Abu Zahid di’block’nya. Walaupun begitu sukar baginya tapi itulah perjanjian mereka
dulu. Yang nyata Abu Zahid hanya tinggal kenangan.

Zahid baru kembali ke kaherah setelah seminggu melibatkan diri dalam program jemaahnya. Baru
hari ini dia berpeluang meninjau email dari sahabat di Malaysia. Dia tersenyum tatkala matanya
menyentuh layar yang terpamir nama Zinirah. Zahid terpana membaca email dari Zinirah. Zahid
cuma menduga. Dia sengaja menceritakan pasal muslimah itu untuk mengetahui perasaan Zinirah
padanya. Memang dia akan bertunang dan calonnya adalah Zinirah. Dan baru hari ini diamahu
meminta alamat gadis itu untuk melamarnya. Perancangan semua telah diatur, keluarganya telah
dikhabarkan dan petang esok dia akan berlepas ke Malaysia. Zinirah.

Email yang dihantar ke mail box Zinirah gagal!

Kenapalah ana tak berterus terang padanya? Keluh Zahid didalam hatinya. Kini dua bulan berlalu
Zahid masih mengharap kunjungan email dari Zinirah. Dia masih berada di bumi anbiya
menyebarkan dakwah sebelum balik ketanah air. Setiap kali dia bersedih dia akan membaca ayat
Al-Quran yang dihafalnya terutama surah al-baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Zahid lega setiap kali membaca ayat itu. Yang pasti kalau Zinirah itu miliknya, ia pasti memilikinya.
Zahid hanya mampu berdoa. Dan menyerahkan segalanya pada takdir. Petang itu setelah lima
bulan selepas kiriman terakhir emailnya pada Abu Zahid tertiba Zinirah terasa ingin menanya
khabar mengenai pemuda itu.

Haruskan kuutuskan email buatnya? Zinirah tersenyum.