Anda di halaman 1dari 12

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ASPEK POLITIK DALAM GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini membimbincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ (semasa)
mengenai ppolotik dan gerakan islam di Malaysia. Sebenarnya ‘politik islam’ bukanlah
dalam bentuk teori semata-mata. Ia merupakan sesuatu yang yang ‘praktikal ‘ yang telah
diamalkan oleh Rasullah s.a.w sebagai Rsul dan ketua negara pemerintahan Islam
yang pertama di Madinah. Sebaik sahaja baginda wafat perlaksannan dan amalannya
diteruskan oleh para sahabah dan mereka yang datang selepasnya sehingga jatuhnya
Khilafah Islam Othmaniyyah Turki.1

Selepas lumpuhnya Daulah Islamiah tersebut, uamat Islamdi seluruh dunia berada
dibawah berbagai corak pemerintahan. Ada yang diperintah dengan sistem Demokrasi
Barat ,Soosialis,sistem beraja dan diktator ketenteraan . Oleh itu umat Islam menghadapi
berbagai-bagai masalah ,terumbang ambing dan kehilangan arah. Sistem sekular pula
memisahkan mereka antara agama dan pemerintahan. Keadaan ini berterusan sehingga
kini

Kemunculan gerakan Islam di tengah-tengah kemelut ini menghadapi berbagai-


bagai ujian, fitnah dan mehnah serta berada di dalam di dalam suasana yang sukar lagi
menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan islam di seluruh dunia cuba menoleh kembali
kepada ‘garis percubaan’ yang telah dilalui oleh mereka sejak jatuhnya kerajaan Islam
Othmaniyyah di Turki

2.0 GERAKAN ISLAM DAN POLITIK

Wujudnya gerakan ‘tajdid’ seperti Ikhwan Muslimin di Timur Tengah, Jammat


Islami di Indo-Pakistan dan tidak ketinggalan juga Parti Islam Se Malaysia (PAS) di
Tenggara Asia adalah merupakan satu kejutan terhadap ‘Peradaban Barat’ yang
berleluasa menular di seluruh kehidupan umat Islam . Pendekatan politik yang diambil
oleh gerakan Islam ini menjadi cabaran kepada ‘Status Quo’ yang ada di negara-negara
tersebut. Ia kembali membawa slogan ‘Al Islam Deen Wa Daulah’ (Islam , agama dan
pemerintahan) yang menyemarakkan lagi kebangkitan Islam yang sedang berlaku di

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

seluruh dunia hari ini .Penglibatan politik gerakan Islam di Malaysia juga tidak dapat di
pisahkan dengan fenomena yang sedang bertiup kencang ini

Islam sedang pulang ke nadinya. Tubuh yang telah lama pengsan ini sedang
digerakkan semula berdenyutnya nadi umat Islam untuk kembali kepada Islam. Di dalam
melalui proses kebangkitan ini, kita tidak boleh memisahkan diri dari memperkatakan
tentang tentang pendokong dan pembawa risalah yang pertama, Nabi Muhammad saw.
Hakikat ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al Quran yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya. Kami bangkitkan bagi tiap-tiap uamat itu akan Rasul supaya
menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada taghut”

An-Nahl: 36

Seperti yang dilakukan oleh Rasul saw bahawa kerja-kerja menyampaikan risalan
Islam memerlukan Jamaah yang memadukan seluruh gerak kerja pengabdian seluruh
aspek kehidupan kepada Allah SWT .Ini bermakna ’Jamaah ’ ialah kumpulan umat yang
bertindak secara bersepadu untuk menggerakkan tujuan dakwah menyeru yang makruf
serta mencegah yang mungkar. Tindakan mereka ini ini dikenali sebagai ’gerakan’ atau
‘harakah’. Maka istilah ‘gerakan Islam’ ialah jemaah yang terdiri dari individu –individu
muslim atau Jama’atul Muslimin. Fungsi utama Jama’atul Muslimin adalah untuk
membebaskan umat dari kongkongan Jahiliyyah serta menegakkan kembali ‘ketuanan
Islam’ dalam semua bidang.2

Ideologi ciptaan manusia pula sedang lumpuh dan gugur satu demi satu
Komunisme yang kononnya ditegakkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat tidak dapat dilakukan oleh mereka . Sementara itu Kapitalis Barat
yang mencanangkan kebebasan sepenuhnya untuk manusia telah gagal disemua segi.
Kedua-dua sistem ini telah meruntuhkan martabat manusia sebagai insan yang telah
dijadikan oleh Allah S.W.T.

Negara Arab malangnya tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini.
Fahaman kebangsaan mereka ternyata tidak mampu menyatukan Umat Islam di
Semenanjung Arab itu sendiri. Perang Teluk telah meletakkan negara-negara Arab di
bawah telunjuk Amerika. Apa yang sering di sebut sebagai ‘The New world Order’3 yang

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

telah diperkenalkan oleh Amerika selepas perang Teluk sebenarnya adalah ‘The New
American Order’4 kerana tujuannya meletakkan semua negara umat Islam di bawah
telunjuk Amerika. Malangnya dalam keadaan ini, negara-negara umat Islam masih lagi
meletakkan harapan dan pergantungan yang membawa mereka ke lembah perhambaan
dan kehinaan yang berterusan

Apa yang nyata perkembangan masyarakat umat Islam di merata dunia sekarang
ini menunjukkkan bahawa gerakan Islam sedang tampil untuk menjadi alternatif kepada
pemerintahan yang ada. Kejayaan awal gerakan Islam di Mesir, Jordan, Algeria dan
Malaysia serta kejutan yang dilakukan di Turki dalam proses demokrasi dengan jelas
membuktikan bahawa masyarakat mahukan perubahan dalam pimpinan politik umat
Islam

3.0 SEPINTAS LALU TENTANG GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

Ada di kalangan pengkaji Islam di Malaysia berpebdapat bahawa gerakan Islam


di Malaysia berpendapat bahawa ‘gerakan Islam yang bersifat syumul’ hanya bermula
sekitar dua dekad kebelakangan ini bermula pada awal 1970 an.5 Badan-badan Islam ini
mulanya ditubuhkan untuk melibatkan diri dalam bidang dakwah yang bersifat ‘non
political’. Tetapi kemudiannya mengenalkan diri mereka sebagai satu gerakan atau
harakah Islam. Mereka merasakan ‘identiti baru ‘ ini perlu kerana badan-badan Islam ini
mendakwa bergerak menurut prinsip-prinsip gerakan Islam mutakhir ini di Timur Tengah
(Ikhwan Muslimin) atau di Indo-Pakistan (Jama’at Islami).

Dalam perbincangan ini ,tumpuan akan tebahagi kepada dua trend (aliran) utama
yang didukung oleh gerakan Islam di dalam kancah politik Malaysia. Ia adalah seperti
berikut :

(1). Penglibatan Gerakan Islam dalam bentuk ‘Non-Confrontational’ dan ‘Non-


partisan’.Tumpuan diberikan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan
Jemaah Islah Malaysia (JIM)

a. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ABIM yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1971 bertujuan memenuhi
keperluan dakwah di Malaysia. Kelangsungan ABIM adalah dari usaha meningkatkan
dakwah yang telah dilakukan di peringkat Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM).6 Ia bergerak di kalangan belia dan tidak terlibat di gelanggng politik tanahair
secara terbuka dan bersifat ‘non –partisan’.Pada peringkat awalnya, ABIM telah
menegaskan pendiriannya untuk menyokong serta bersama-sama memperjuangkan
Islam di Malaysia. Namun melalui penelitian sejarah perjuangan ABIM ianya bertukar
mengikut suasana, bermula dengan isu belia dan masyarakat seperti kepentingan pelajar
dan golongan miskin yang tertindas, hinggalah kepada penerimaan ‘proses Islamisasi’7
yang menjadi agenda pemerintah hingga sekarang . Orientasi perjuangan ABIM kini juga
banyak dipengaruhi oleh pertubuhan antarabangsa seperti World Assembly of Youth
(WAMY) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Antara ‘pendirian rasmi’ ABIM di dalam soal politik:

i. Dalam pergerakannya ABIM tidak akan melibatkan diri di dalam mana-mana


kegiatan parti politik

ii. ABIM telah memilih untuk tidak terlibat secara langsung di dalam persaingan
perebutan kuasa tetapi sebaliknya memilih untuk menyampaikan Islam kepada semua
rakyat yang berbilang parti dan kepada pemerintahan dengan sikap berbaik dengan
semua tanpa memilih kelompok

iii. ABIM tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk menyertai mana-
mana parti politik asal sahaja mereka tidak melibatkan organisasi ABIM di dalam
kegiatan siasah parti-parti berkenaan.8

b. Jemaah Islah Malaysia (JIM)

JIM yang ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1989 juga bertujuan memenuhi
keperluan dakwah di Malaysia . Ia berbentuk ‘non partisan’ dan tidak terlibat dalam politik
secara langsung . Penubuhan JIM adalah merupakan kesinambungan dari penglibatan
pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri yang terlibat dengan badan-badan pelajar seperti
Islamic Representative Council (IRC) di United Kingdom, Malaysian Islamic Study Group
(MISG) di Amerika Syarikat serta pelajar-pelajar dari Timur Tengah. Oreantasi perjuangan

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

JIM pula dikatakan banyak dipengaruhi oleh gerakan Islam di Timur Tengah seperti Mesir
dan Jordan.

Antara ‘pendirian rasmi JIM di dalam soal politik :

sesekali terlibat dengan pilihanraya kerana JIM bukanlah parti politik, tetapi ahli-ahli
JIM boleh melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

ii. Bagi mencapai objektik JIM, JIM tidak akan melibatkan diri dengan mana-mana
kegiatan parti politik.9

(II) Penglibatan Gerakan Islam dalam bentuk ‘Confrontational’ dan


‘Partisan’.Tumpuan diberikan kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS).

a. Parti Islam SeMalaysia (PAS)

PAS telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1951 apabila sekumpulan
ulama telah bermuzakarah dan membuat keputusan bagi menjadikan PAS sebagai
kesinambungan kepada perjuangan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh
penjajah British pada tahun 1948. PAS dipimpin oleh golongan ulamak yang
berpendidikan Timur Tengah dan keahliannya adalah bersifat ‘terbuka’ yang terdiri dari
berbagai-bagai lapisan masyarakat ‘Mass Movement’

Antara ‘matlamat perjuangan’ PAS adalah :

i. Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan serta berpegang teguh kepada Al-Quran
dan Sunnah .

ii. Bercita-cita melaksanakan hukum Allah di dalam pemerintahan dan seterusnya


mendirikan Daulah Islamiah.

iii. Berpendirian bahawa ‘kuasa politik ‘ adalah satu keperluan mutlak bagi setiap gerakan
Islam sebelum negara Islam dapat terlaksana.10

Milne dan Mauzy (1977) memperakui bahawa perjuangan Pas adalah berlandaskan :

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

“In its decisions the party is subject to and guided by the Quran as the
highest rule. And by the a belief that all answers can be derived from it.
Decisions within the party follow an Islamic tradition which
calls for the full consultation on all subjects”11

Sementara itu Pryce-Jones (1992) berpendapat bahawa:

“The ultimate of the opposition Malay Islamic Party (PAS) is a government


on Islamic principles”12

Melalui saluran demokrasi ,PAS telah mengorak langkah sehingga dapat


menguasai negeri Kelantan Darul Naim buat kali kedua pada tahun 1990 dan menggugat
golongan ‘establishment’ di negeri Terengganu. Ini menyebabkan kerajaan Kelantan yang
dikuasai oleh PAS (bersama Angkatan) menghadapi tekanan psikologi dan fizikal dari
kerajaan pusat. Islam yang dilaksanakan di Kelantan dipermainkan oleh media kerajaan.
Segala bentuk penyusunan semula masyarakat dianggap sebagai ‘outdated’ dan ‘anti
pembangunan’13. Aspek politik yang dibawa oleh PAS dianggap sebagai terlalu ‘ekstrim’
dan boleh menggugat ‘perpaduan dan keharmonian’ antara kaum di Malaysia. Ini
dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed ketika mengulas
kemenangan PAS di Kelantan. Beliau berkata :

“These people are extremists who want to impose their power on others, to force
people to accept their teachings… They have never been accepted in this country”14

Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula menyatakan :

“our position on the inculation of Islamic values is very clear and radically different
from PAS. We believe Malaysians should be a succcessful, vibrant Muslim community and
not force into thinking within the narrow confines of Islamism subscribed by these
extremists groups.”15

Secara umumnya, mengaitkan perjuangan dengan ‘politik Islam’ adalah amat


penting bagi mana-mana parti

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

atau kumpulan Islam untuk meraih sokongan di kalangan orang-orang melayu di Malaysia.
Namun ‘approach’
yang diambil oleh masing-masing adalah berbeza antara satu sama lain:

1. ABIM selepas era kepimpinan Anwar Ibrahim percaya bahawa mereka boleh
melaksanakan Islam dengan lebih baik dengan ‘membantu’ dan ‘memasuki’ kerajan
(UMNO).

2. JIM berpendapat bahawa perlaksanaan Islam boleh dilaksanakan dengan


memanfaatkan mana-mana ruang yang ada di dalam masyarakat samada melalui
kerajaan atau sebaliknya.

3. PAS pula berpendirian bahawa ketuanan Islam hanya boleh dicapai melalui
perjuangan yang syumul seperti yang telah mereka gariskan. Mereka tetap berpendirian
bahawa kerajaan UMNO adalah sebahagian dari rangkaian pemerintahan sekular yang
memisahkan agama dari politik dan pemerintahan. Malahan program Islamisasi yang
sedang dijalankan di negara ini dianggap sebahagian dari perancangan Barat untuk
mengekang kebangkitan Islam. Ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Haji
Abd. Hadi Awang :

“Satu lagi cara (untuk mengekang kebangkitan Islam) adalah dengan menyokong
kerajaan umat Islam yang melaksanakan program Islamisasi. Oleh kerana itu, tidak
menghairankanlah jika pemimpin-pemimpin Barat seperti Perdna Menteri Britain dan
bekas Perdana Menteri negara itu Margaret Tatcher memuji negara ini.”16

Bagi Murshid Am PAS , Ustaz Haji Nik Abd. Aziz, hanya dengan mempunyai ‘kuasa
politik’ sahaja gerakan Islam mampu melaksanakan syariat Allah di Malaysia ini. Ini
dibuktikan dengan langkah pertama sebaik sahaja PAS berkuasa di Kelantan, semua
premis judi dan arak telah ditutup dan usaha untuk melaksanakan Islam terus berjalan
dengan lancar. Beliau menambah lagi ‘model pemerintahan Islam Kelantan’ telah
membuktikan bahawa segala kegiatan manusia ada penyelesaiannya melalui Islam
daripada akidah, ekonomi, masyarakat dan sosial.17

Banyak soalan-soalan yang kita boleh di kemukakan di dalam membincangkan


‘politik dan gerakan Islam di Malaysia’. Yang pentingnya jawapan-jawapan perlu segera

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dibuat untuk menyelamatkan umat Islam di negara kita. Gerakan pembaharuan perlu
dilancarkan oleh gerakan Islam secara ‘kolektif’ bagi menimbulkan kesedaran di
kalangan rakyat. Perubahan yang hendak dilaksanakan perlu diketengahkan kepada
mayarakat dalam semua bidang samada sosial, ekonomi, pendidikan dan perundangan.
Ini semuanya hanya akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui ‘kuasa
politik’ yang berteraskan Islam. Sudah pasti usaha perubahan ini akan mendapat
tentangan dari golongan berkepentingan yang mahu terus mengekalkan ‘Status Quo’
yang sedia ada.

4.0 CABARAN UTAMA GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

Kertas kerja ini juga mengkhususkan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
gerakan Islam di Malaysia serta masa depan mereka di dalam kancah politik negara.
Penulis berpendapat bahawa penglibatan gerakan Islam di Malaysia melalui ‘Democratic
process via election’ adalah proses yang bersifat ‘vicious cycle’ yang akan berulang
setiap kali pilihanraya diadakan. Yang nyata penglibatan gerakan Islam di dalam proses
demokrasi di Malaysia adalah bersifat ‘sementara’ selagi sistem demokrasi
membenarkan gerakan Islam bergerak bebas tanpa banyak halangan dan sekatan.

Bagi penulis penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi hanyalah sebagai
‘safety valves’ bagi pemerintah. Ini memudahkan pemerintah membuat justifikasi bahawa
amalan demokrasi masih terus berjalan tanpa sebarang sekatan dengan adanya
pilihanraya yang sentiasa dijalankan setiap empat atau lima tahun sekali.

Pada penelitian penulis, gerakan Islam di Malaysia sedang berhadapan dengan empat
cabaran utama di dalam menanggapi persoalan ‘politik Islam’ di negara ini :

i. Golongan pemerintah yang sentiasa memandang dengan ‘kacamata hitam’


terhadap perjuangan politik Islam yang mahukan pemerintahan Islam diwujudkan. Alasan
‘masyarakat majmuk’ akan terus dijadikan sandaran kepada penolakan perlaksanaan
syariat Islam di Malaysia.

ii. Golongan ‘ulama rasmi’yang mudah diperalatkan oleh pemerintah. Mereka tidak
berperanan sebagai pencegah kemungkaran malahan sentiasa mempertahankan segala

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

apa yang dilakukan oleh pemimpin negara walaupun ianya jelas bertentangan dengan
Islam itu sendiri.

iii. Golongan cendiakawan (intelek) yang kebanyakannya berdiam diri dan tidak berani
tampil ke hadapan bagi menanggapi sesuatu isu-isu besar terutama isu yang berkaitan
dengan ‘politik negara’.

iv. Kejahilan sebahagian besar masyarakat Malaysia tentang ajaran Islam yang
sebenarnya. Kejahilan ini ditambah pula dengan peranan kebanyakan media massa
negara yang mengaburkan lagi ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat.

Gerakan Islam di Malaysia juga perlu peka dengan cabaran-cabaran global yang
sedang dan akan dihadapi oleh gerakan Islam menjelang melangkah ke abad ke 21.
Pelbagai tafsiran telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji Barat terutamanya apabila
berakhirnya ‘Cold War’ di antara blok Barat dengan blok Komunis. Ada yang
berpandangan bahawa ianya merupakan “The End of History” (Francis Fukuyama), ada
yang menjangkakan berlakunya “ The Borderless State” . Tetapi yang nyata “Nation
State” akan terus wujud di mana di sinilah berlakunya pertembungan secara langsung di
antara Barat dan Islam.18

Peperangan serta penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di Bosnia,


Kashmir, Chechnya serta Palesrin dengan jelas menunjukkan sikap hipokrit Barat di
dalam menangani masalah tersebut. Mereka yang kononnya melaungkan ‘Human Rights’
serta ‘equality’ di masa yang sama bertindak dengan kejam dan zalim dengan membuat
pakatan bersama sekutu-sekutu mereka di atas nama UN, NATO, EC, mahupun OIC.
Nyatalah pakatan jahat mereka hanyalah semata-mata untuk menghancurkan perjuangan
Islam yang sedang bangkit di seluruh dunia.

Perjuangan ‘Politik Islam’ ini tidak mungkin ditukar ganti dengan hamparan
permaidani merah serta kesenangan yang sementara tetapi ianya sudah menjadi sunnah
perjuangan bahawa gerakan Islam akan menghadapi pelbagai ujian, fitnah dan mehnah
serta halangan sebelum ia diberikan Allah kemenangan yang hakiki.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

“Dan tiadalah kami mengutuskan mu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman)
dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat itu).” Surah As Saba’ - 28

Inilah hakikat perjuangan Islam dan perjuangan inilah juga yang sedang diteruskan
oleh gerakan Islam masa kini, sebagai kesinambungan dari hakikat perjuangan yang
didokong dan dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang dinyatakan dengan jelas di
dalam al Quran.

“Dan Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan kebenaran supaya ia
(Rasul-nya) menzahirkan (agama benar itu) ke atas agama yang lain seluruhnya
walaupun orang-orang musyrikin membencinya.
Surah As Saff - 9

5.0 PENUTUP

Pada hakikatnya penglibatan politik Islam di Malaysia yang bersifat ‘partisan’


dianggap sebagai ‘radikal dan ekstrim’, manakala gerakan Islam yang ‘non-partisan’
dianggap sebagai ‘sederhana dan bertolerensi’.19 Dengan ‘pembangunan ekonomi’ yang
sedang pesat dan juga proses Islamisasi yang dicanangkan oleh pemerintah, PAS
ddijangka akan ‘bersendirian’ memperjuangkan agenda politiknya. Ini ditambah pula
dengan adanya golongan apa yang dipanggil ‘moderate Islam’20 di dalam UMNO yang
menjalankan berbagai-bagai usaha bagi ‘memancing’ aktivis-aktivis gerakan Islam
samada yang dianggap’radikal’ ataupun yang ‘sederhana’ untuk menyertai UMNO.

Bagi penulis, masa depan gerakan Islam di dalam arena ‘politik demokrasi’ di
Malaysia pada umumnya dapat dirumuskan kepada dua keadaan :

i. PAS terus bersendirian dengan aganda politik Islamnya tanpa bantuan mana-mana
kumpulan lain. Ini akan terus menjadi cabaran dan saingan utama UMNO di negeri majoriti
umat Islam seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan (yang sedang dikuasai oleh
parti tersebut). Perjuangan PAS dijangka akan berterusan dengan mengambil pendekatan
‘Muajahah Silmiyyah’ (secara aman) selagi ia diberikan ruang untuk terus terlibat di
dalam ‘proses demokrasi’ di negara ini.

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ii. Sekiranya berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan UMNO di mana kononnya
‘kumpulan pro-Islam di dalam UMNO’ berjaya menyingkirkan ‘kumpulan sekular dalam
UMNO’, suasan pertentangan antara PAS dan UMNO akan banyak berubah. PAS
dijangka akan diberi ruang untuk ‘power sharing’ dengan golongan Islam di dalam
UMNO. Ini berdasarkan kepada bacaan politik umum bahawa sekiranya pimpinan PAS
boleh berkongsi kuasa dengan sebuah lagi parti nasionalis, Semangat 46 atas asas
‘Islam sebagai Ad-Din’21 maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh bersama
dengan kumpulan ‘pro Islam’ di dalam UMNO di atas asas yang sama.

Walaubagaimanapun, ‘premis’ kedua ini hanya boleh ditentukan oleh satu faktor
yang dikira sangat penting bagi PAS. Ini ditegaskan sendiri oleh Mursyid Am PAS, Ustaz
Nik Abdul Aziz :

“Saya berkali-kali sebut jika UMNO melakukan pentadbiran sepertimana yang


dikehendaki oleh Islam, PAS tidak akan wujud. Saya tidak akan benarkan PAS ini
dilanjutkan lagi, jika UMNO ubah sikap.”22

Ini ditambah pula, dasar sesebuah parti politik, termasuk UMNO ditentukan oleh
perlembagaannya dan juga keputusan pemimpin-pemimpin parti. Ini bermakna dasar
sesebuah parti tidak ditentukan oleh peribadi pemimpinnya sahaja kerana pemimpin
sentiasa bertukar ganti.

Namun yang nyata, buat masa ini penglibatan gerakan Islam di dalam proses
‘politik demokrasi’ di Malaysia akan terus menerima nasib yang sama dengan gerakan-
gerakan Islam yang lain seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan Jordan, serta Jama’at
Islami di Pakistan dan Bangladesh. Sebagaimana pakar-pakar penganalisis dasar dan
strategi Barat selalu menyebut, “we will allow them i.e Islamic Movements to participate in
the democratic process as long as they co-opt into the system, but we will crush them
when they threaten the legitimacy of our rule and power”.23 Ini ada hakikat dan realiti
‘politik-demokrasi’ yang harus difahami oleh gerakan Islam di Malaysia dan mana-mana
jua. Perlu ditegaskan bahawa gerakan Islam mesti sentiasa bersedia untuk membayar
harga yang mahal dalam ‘kancah politik demokrasi’, kerana gerakan Islam yang tulen tidak
akan terjebak dengan sikap ‘apologetik’ dan ‘kompromi’ dalam perkara dasar.

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Disediakan oleh :
DR. SYED AZMAN SYED AHMAD
Pensyarah Sains Politik,
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dibentang untuk :
Seminar Kebangsaan Dakwah dan Pengurusan Islam,
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada : 22-23 hb. Julai 1996.

12