Anda di halaman 1dari 15

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

SIRI KULIAH PAGI

BEBERAPA TUNTUTAN UNTUK DU’AT DALAM


KONTEKS AMAL ISLAMI
PADA :ISNIN JULAI 17, 1989

Muqaddimah

‫الفرد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد‬،‫الحمد هلل الواحد األحد‬

Satu fenomena yang baik di zaman mutaakhir ini yang boleh


dibanggakan
oleh rata-rata umat Islam ialah tentang wujudnya arus kebangkitan Islam.
Semua negeri yang diduduki oleh umat Islam samada di Blok Barat atau Timur
melaung-laungkan kebangkitan Islam.

Banyak pertubuhan dakwah, Harakah Islamiah, persatuan, persekutuan


dan
tanzim ditubuhkan untuk merealisasikan kesedaran dan kebangkitan Islam ini.
Justeru itu untuk merealisasikan kesedaraan dan kebangkitan ini, pemimpin-
pemimpin, pendokong-pendokong dan para du’at mestilah ada padanya
persediaan, penguasaan dan perubahan yang kamil dalam semua aspek Amal
Islami.

Ini adalah kerana tugas dakwah merupakan tugas yang amat berat
yang
penuh dengan kepelbagaian tribulasi. Oleh itu persediaan, penguasaan dan
perubahan yang baik amatlah diperlukan supaya para du’at dapat bekerja
dengan penuh penyusunan, thaqafah, akhlak, mempunyai tanzim dan
perlaksanaan yang baik. Tanpa ini semua dakwah itu akan manjadi lesu dan
memenatkan. Sesungguhnya orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak
mampu memberi.

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

)‫( فاقد الشئ ال يعطيه‬

Kenapakah Perlunya Persediaan Bagi Para Du’at

Al Ustaz Mustafa Masyhur ada mengatakan bahawa setiap


musafir di
dalam mana-mana perjalanan atau pelayaran pun mestilah mempunyai bekalan
yang perlu di dalam perjalanan itu supaya dapat ia meneruskan lagi
perjalanannya dan untuk mencapai tujuan di akhir perjalanannya itu. Mestilah ia
mengira apa yang akan menghalang perjalanannya yang mana boleh jadi ia
tertumpas atau terhalang di perjalanan itu dan tak dapat lagi perjalanannya
ataupun perkara yang boleh menjauhkannya dan menghalang untuk ia sampai
kepada tujuan asalnya.

Jalan Dakwah ialah tujuan asas pada da’ie itu sendiri di dalam
hidupnya. Ini adalah perkara yang perlu diambil berat oleh da’ie itu seperti
bekalan yang boleh menjaganya dari penyelewengan terhadap jalan dakwah
sebenar atau hampir-hampir terputus dari perjalanan itu atau terhenti di tengah
jalan atau terhalang atau tergelincir yang mana ini boleh menimbulkan kerugian
yang besar dan terlepas darinya keuntungan dan kejayaan yang besar.

Untuk menjadi dalil perlunya bekalan ini dan kepentingannya,


bolehlah kita katakan sebuah kenderaan seorang musafir jikalau ia kehabisan
tenaga di perjalanannya dan tidak diperbaharuinya samalah seumpama
sekeping besi yang tidak dapat menolongnya untuk bergerak walaupun
selangkah. Demikianlah juga mereka yang menjalani jalan dakwah. Jika
bekalan-bekalan iman dan taqwa kepada Allah berkurangan atau kehabisan
tanpa diperbaharui dan ditambah maka jadilah da’ie itu seolah-olah mati atau
sakit yang tidak dapat bergerak Firman Allah s.w.t. ,

"‫"أومن كان ميتا فأحييناه وجعلنا له نورا يمشى به فى الناس كمن مثله فى الظلمات ليس بخارج منها‬: ‫قال اهلل تعالى‬
)122 ‫(سورة االنعام‬

Al Ustaz Fathi Yakan di dalam memberi taujihat kepada pemuda


Islam

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mengatakan peranan pemuda ialah peranan mengubah, iaitu suatu peranan


yang amat berat dan sulit. Maka sewajarnya persediaan mereka juga hendaklah
sesuai dengan besarnya tanggungjawab dan mas’uliah tersebut, serta betapa
bahayanya risiko yang akan dihadapi olehnya.

Persediaan tersebut merupakan tuntutan-tuntutan yang mesti


ditunaikan oleh du’at sebelum ia terjun ke medan dakwah.

Apakah Method Persediaan

Da’ie yang berjaya ialah orang yang berupaya mendalami jiwa


manusia dan memberi kesan dengan dakwah dan pemikirannya kepada
manusia kerana manusia berlainan bentuk, tabiat dan peringkatnya.

Untuk mencapai hakikat ini, para du’at mestilah merealisasikan


Method yang berikut dalam kehidupannya.

Persediaan di Segi Pengetahuan (thaqafah)

Persedian di segi pengetahuan amatlah penting bagi du’at. Ini adalah


untuk membolehkan du’at berfikir secara Islam. Di sana timbul pelbagai
persoalan, bagaimana orang yang tidak ada padanya ilmu dan pengetahuan
dapat memberi kesan kepada orang lain ?. Bagaimana ia boleh memainkan
peranan di dalam pengislahan dan perubahan ?. Bagaimana ia berupaya
memberi kesan kepada manusia atau sekurang-kurangnya ?. Bagaimana ia
boleh mendapat thiqah (kepercayaan) dan kemuliaan jika sekiranya pengikutnya
mengetahui ia adalah seorang yang jahil, tidak mempunyai pengetahuan dan
pembelajaran. Maka sudah tentulah apa yang diberikannya tidak memberi apa-
apa faedah. Firman Allah s.w.t.;

)9 ‫"قل هل يستوي الذين يعلمون والذين ال يعلمون" (سوره الزمر‬: ‫قال اهلل تعالى‬

Al Ustaz Fathi Yakan mengatakan adakah mungkin seorang da’ie itu


menguasai manusia kepada Islam jika sekiranya ia jahil dengan asas-asas

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Islam, Usul dan cabang-cabangnya, hukum-hukum, syariat-syariat, halal dan


haram.

Sesungguhnya telah diuji Islam pada hari ini dengan du’at yang menyeru
manusia kepada jemaah atau tanzim mereka ganti dari menyeru kepada Islam.
Mereka meniupkan kepada orang ramai kebaikan jemaah mereka ini dan
bentuk-bentuknya ganti dari mereka menerangkan keindahan Islam dan bentuk-
bentuknya. Inilah yang menjadikan ikatan individu-individu dengan dakwah
ikatan yang berbentuk kepartian dan bukan lagi ikatan yang berbentuk aqidah.
Bahkan menjadikan mereka di setengah-setengah keadaan, ikatan berbentuk
peribadi dan bukan lagi berbentuk perinsip. Berikutan dari ini, jadilah medan
dakwah Islamiah ditenggelami dengan banyaknya jamaah, parti, kumpulan dan
harakah.

Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawa Al-Ustaz Ad-


Doktor Yusuf Al-Qardhawi telah membahagikan thaqafah-thaqafah yang perlu
ada kepada Du’at kepada enam bahagian, iaitu:

a. Thaqafah Islamiah
b. Thaqafah Tarikhiah
c. Thaqafah Adabiah wa Lughawiah
d. Thaqafah Insaniah
e. Thaqafah Ilmiah
f. Thaqafah Waqia’ah

A. Thaqafah Islamiah

Yang dimaksudkan dengan thaqafah Islamiah ialah saqafah yang


sumbernya adalah Islam. Tertibnya adalah seperti berikut :

1.Al-Quran Al-Karim dan tafsirnya


Al Quran merupakan sumber yang awal bagi Islam. Begitu juga ia
merupakan rukun yang asas bagi thaqafah Islamiah. Sesungguhnya semua
pembelajaran Islam mesti dirujukkan kepada sumbernya yang asli iaitu Al-Quran
samada Ilmu Aqidah, ibadat, akhlak, undang-undang dan syariat.

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Justeru itu, sayugialah bagi du’at menghafaz Al-Quran mengikut kadar


yang termampu. Bahkan adalah lebih baik bagi du’at menghafaz kesemuanya
dan di zahirkan bilamana sebab-sebab itu berlaku supaya ia berupaya untuk
mendatangkannya pada setiap keadaan yang boleh.

Al-Quran itu ialah sebagai lautan yang tak akan kering dan mata air yang
tak akan hilang untuk persediaan du’at.Bahkan sesungguhnya wajib bagi du’at
yang baik,hendaklah mengelokkan pembacaannya dengan bersungguh-
sungguh dan betul sebagaimana yang disuruh oleh Allah.Hendaklah ia
mempelajari tentang hukum-hukum tajwid bagi membetul dan memperelokkan
lagi pembacaannya. Dia membacanya dengan khusyuk, berkesan dan sedih.
Jika terdapat tempat-tempat yang berhajat kepada tangisan ia menangis dan
bukan buat-buat menangis.

Adapun ilmu tafsir merupakan ilmu yang penting kerana dengannya


dapat difahami apa yang dikehendaki daripad kalam Allah dengan kadar yang
termampu. Sesungguhnya beratus-ratus tafsir telah terbentuk dan ada yang
dibentuk dalam bentuk kitab-kitab dan ada yang dalam bentuk yang berjilid.

Sebahagian daripada kitab-kitab tafsir ditulis dalam bentuk riwayat dan


dinamakan tafsir al-Ma’thur, antaranya yang mashyur ialah tafsir Ibn- Jarir ( ‫تفسير‬
‫)ابن جرير‬, dan tafsir Ibn- Kathir ad- Dimashk (‫ )الدمشقي‬ada kitab-kitab tafsir yang
ditulis dalam bentuk Dirayah dan dinamakan Tafsir bi-al Ra’yee ( ‫)التفسير بالرأي‬, tafsir
dalam bentuk ini adalah mengikut cara pentafsir itu sendiri, mengikut tabiat
masa, pengetahuan dan pengkhususannya.

Jika ia bijak dalam lughah, nahu, balaghah dan fahaman Mu’tazilah maka
pentafsirannya akan berbentuk dengan bentuk lughah, nahu, balaghah dan
pendapat-pendapat Mu’tazilah seperti tafsir al- Kasyaaf ( ‫ )الكشاف‬oleh Zamakhsari.

Jika ia bijak dalam feqh, hukum-hukum syara’dan pendapat-pendapat


mazhab maka pentafsirannya akan berbentuk feqh, hukum-hukum dan
pembentangan pendapat-pendapat seperti tafsir al-Qurtubi.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jika ia memanjangkan di dalam masalah-masalah aqidah dan mencari


tentang rahsia kalimah dan apa yang terdapat di sebalik makna-makna
pentafsirannya berbentuk penghuraian kepada sifat-sifat ketuhanan, tunjuk ajar
dan rahsia makna-makna seperti tafsir al Alusi oleh al Imam Al- Alusi.

2. As- Sunnah dan kitab-kitabnya

As-Sunnah An-Nabawiah merupakan sumber kedua syariat Islam dan


asas bagi thaqafah du’at. Sunnah sebagaimana yang dimaklumi merupakan
penghuraian kepada Al Quran, menerangkan apa yang belum terhurai. Firman
Allah s.w.t :

64 ‫سورة النحل‬ )‫(وما أنزلنا عليك الكتاب إال لتبين لهم الذى اختلفوا فيه‬

Sebenarnya kitab-kitab sunnah sangat banyak, tetapi adalah lebih


sayugia bagi du’at mengutamakan apa yang lebih penting contohnya kitab-kitab
Sunan-Sittah, (‫ )الكتب الستة‬Musnad ad-Darimi(‫)مسند الدارمي‬, Muwata’ Imam Malik dan
musnad Imam Ahmad.

Setengah-tengah kitab terdapat ringkasannya yang mana memadai


kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa untuk membaca teks asalnya,
diantaranya:

a. At-Tajdid As-Sorih Li-Zabidi ( ‫)التجديد الصريح للزبيدي‬iaitu mukhtasar bagi Sahih


Bukhari.
b. Mukhtasar Sahih Muslim oleh Al-Munziri ( ‫ )مختصر صحيح مسلم للمنذري‬ditahqiq oleh
Al-Imam Nasruddin Al-Albaani.
c. Jaami’ al- Usul oleh Ibn-Athir ( (‫جامع األصول إلبن األثير‬yang menghimpunkan hadis-
hadis daripada enam buah kitab sahih kecuali sunan Ibn-Majah iaitu Bukhari,
Muslim, Abi-Daud, Turmuzi, An-Nasaai dan Muwatta’ sebagai ganti kepada
Sunan Ibn-Majah.
d. Majmu’ Az-Zawaair oleh Al-Haitami iaitu di kumpulkan di dalamnya
kelebihan-kelebihan Musnad Imsam Ahmad, Al-Barraz, Abi-Y’la dan tiga
buah Maajim At Tabarani yang di cetak sebanyak sepuluh jilid.

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Disana terdapat bentuk lain bagi pengumpulan hadis yang mana ianya
dikumpul mengikut hadis-hadis yang terawal dan bersesuaian dengan susunan
huruf seperti :

)‫(الجامع الصغير في احاديث البشير النذير للحافظ السيوطي‬.a

)‫(الفتح الكبير بزيادة الجامع الصغير للحافظ السيوطي‬.b

Dengan ditambah isi kandungannya oleh Syeikh An-Nabhani yang cuba


mengumpulkan seluruh hadis-hadis daripada kitab-kitab hadis. Kemudian
disusun pula oleh Syeikh ‘Alauddin Ali Al-Muttaqi seorang ulma’ daripada India
dengan membentuk bab-bab dan tajuk-tajuk di dalam kitabnya yang diberi
nama:

‫كنز النعال‬

Disana terdapat kitab-kitab lain yang mana didapati hadis-hadis tertentu


disusun mengikut pengkhususan tujuannya seperti:

a.Kitabal Azkar oleh An-Nawawi.(‫)األزكار لإلمام النووي‬


b.Kitab Al-Kalimu At-Tayyibu ( ‫الكلم الطيب‬ ) oleh Ibn Taimiyah.
c.Kitab Al-Adabul-Mufrad ( ‫األدب المفرد‬ ) oleh Imam Al-Burari.
d.Kitab Syaabul-Iman ( ‫شعب اإليمان‬ ) oleh Imam Al-Baihaqi.
e.Kitab Riyadul-Salihin ( ‫رياض الصالحين‬ ) oleh Imam An-Nawawi.
f.Kitab At-Targhib wa At-Tarhib ( ‫) الترغيب والترهيب‬oleh Al Hafiz al Munziri.
g.Kitab Umdatul Ahkam ( ‫ ) عمدة األحكام‬oleh Al hafiz Al Muqaddasi.
h.Kitab Bulugh Maram (‫ )بلوغ المرام من أدلة األحكام‬oleh Al Hafiz Ibn Hajarr.
i.Kitab Al Ilmam ( ‫ ) اإللمام‬oleh Imam Ibn Daqiqul Eid.

Disamping kitab-kitab tersebut, di sana terdapat kitab-kitab hadis dalam


bentuk syarah, iaitu kitab yang penting yang tidak dapat tidak para du’at mesti
mengetahuinya yang mana ia merupakan anak kunci bagi sesiapa yang ingin
membuka permasalahan yang berkaitan dengan hadis, ia juga merupakan pelita
yang menyinari perjalanan bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa yang
terkandung di dalam hadis nabawi samada dari segi hukum-hakam, adab-adab,
syariat dan arahan-arahan. Kitab-kitab tersebut adalah seperti :

7
‫‪Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM‬‬

‫( ‪a) Syarah al Bukhari‬‬ ‫شروح البخاري‬ ‫‪) contohnya‬‬


‫(عمدة التاري للعيني) ‪( ,‬فتح الباري البن مجر) ‪( ,‬ارساد الشاري للعسصالني)‬

‫( ‪b) Syarah ai Muslim‬‬ ‫شروح مسلم‬ ‫; ‪) antara yang terpilih‬‬


‫(شرح االبن والنبوسي) ‪( ,‬شرح النووي )‬

‫;‪ ) contohnya‬شروح أبى داود ( ‪c) Syarah Abi Daud‬‬


‫(سالم السنن للخطاب )‪( ,‬بذل المجهود للسهارتفوي )‪( ,‬عون المسيود للديانوي)‪(,‬تهذيب السنن البن اليتيم)‬

‫; ‪ ) contohnya‬شروح الترميذى ( ‪d) Syarah turmizi‬‬


‫(عارضة االحودى البن العرين)‪( ,‬تحفة االحودى للياركقوى)‬

‫;‪ ) cohtohnya‬شروح النسائى ( ‪e) Syarah Nasai‬‬


‫(تعليقات السيوطى )‪( ,‬والسندى على السنن الكبير )‬

‫; ‪ ) contohnya‬شروح الموطأ ( ’‪f) Syarah Muwatta‬‬


‫اوجز المسالك لمحمد زكريا( ‪),‬قنوير الحوالك للسيوطى( ‪),‬والمسوى للدهلوى( ‪ ),‬المنتقى البن الوليد الياجى (‬
‫) الكندهلوى‬

‫( ‪g) Syarah Musnad‬‬ ‫) شروح المسند‬ ‫; ‪contohnya‬‬


‫(الفتح الديانى الحمد عبد الرحمن البنا )‬

‫‪dan diulas oleh Ahmad Mohd Syakir daripada beberapa juzu’.‬‬


‫‪ ) yang diberi nama‬شروح مشكاة المصابيح ( ‪h)Syarah Musykatul-Masobiih‬‬
‫(مرعاة المفاتيح للمياركفورى)‪( ,‬مرقاة المفاتيح للسيخ على القارى )‬

‫( ‪i) Syarah Al Jammi’-Soghiri‬‬ ‫‪ ).‬شروح الجامع الصغير‬

‫( ‪j) Syarah Arba’in An Nawawiah‬‬ ‫) شروح األربعين النووي‬ ‫‪dan Al‬‬


‫‪Khamsin‬‬
‫‪Ar Rajbiah antara yang termasyhur ialah syarah Ibn Rejab yang‬‬
‫‪diberi‬‬
‫‪nama‬‬
‫(جامع العلوم والحكم فى شرح ممسيم حيثان) جوامع الكالم‪.‬‬

‫( ‪k)Syarah Riadhul-Solihin‬‬ ‫شروح رياض الصالحين‬ ‫‪) yang diberi nama Dalil‬‬
‫( ‪al Falihin‬‬ ‫) دليل الفالحين‬ ‫‪sebanyak empat juzuk.‬‬
‫( ‪l)Syarah Hadis Ahkam‬‬ ‫) شروح األحاديث األحكام‬ ‫( ‪contohnya‬‬ ‫)األحكام‬ ‫‪syarah‬‬
‫‪ ),‬عمدة األحكام البن دقيق العيد ( ‪kepada‬‬
‫(‬ ‫نيل األوطار‬ ‫( ‪) syarah kepada‬‬ ‫) سنتقى األخيار للعالمة السوكانى‬ ‫‪dan‬‬
‫(‬ ‫سبل السالم‬ ‫‪).‬بلوغ المرام للعالم الصانى ( ‪) syarah kepada‬‬

‫‪8‬‬
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Di sana juga terdapat kitab-kitab hadis yang di karang oleh Ulama’-


ulama’ yang menerangkan tentang adanya golongan yang membawa tashkik
terhadap hadis-hadis yang sahih, antaranya:

a. ( ‫ )السنة ومكانتها فى التشريع اإلسالمي‬karangan Dr. Mustafa Al sibae.


b. ( ‫) السنة قبل التدوينى‬ karangan Dr. Ujaj Al Khatib.
c. (‫ ) األنوار الكاشفة فى الرد على كتب ابن ربه‬karangan Ustaz Abdul Rahman Al
Yamani.
d. ( ‫) الحديث والمحدثون‬ karangan Dr. Mohd Abu ( ‫) زهو‬.
e. ( ‫ ) دفاع عن ابن هريرة‬karangan Dr. Ujaj Al Khatib.
f. ( ‫دفاع عن السنة‬ )karangan Dr. Mohd Abu.

Du’at juga dinasihatkan merujuk kitab-kitab tersebut untuk mengetahui


kesahihan mana-mana hadis yang terdapat syak di dalam kesahihannya atau
kitab yang menerangkan tentang kedudukan hadis, antaranya :

a.( ‫) االحياء لالمام القزالى مع تخريج احاديثه للحافظ العراقى‬


b.Pembacaan muqaddimah kitab ( ‫) الترغيب والترهيب‬ oleh Imam Al
Munziri
yang menerangkan tentang jenis-jenis hadis, Penggunaan Istilah yang
menerangkan kedudukan hadis samada kuat atau lemah.

c. Kitab ( ‫ ) فيض القدير‬atau mukhtasar ( ‫ ) التيسير‬dengan meletak tanda apa


yang terdapat dalam kitab ( ‫ ) الجامع الصغير‬oleh Al Sayuti iaitu ( ‫ )ص‬menandakan
Sahih dan ( ‫ )ض‬menandakan Dhaif.

d. Kitab Takhrij Hadis ( ‫ ) الكشاف‬oleh Hafiz Ibn Hajar.

e. Kitab Takhrij Hadis (‫ )الهداية‬oleh Al Zailae’ (‫)الزيلعى‬.

g. Kitab ( ‫) تميز الطيب من الخبيث فيما يدور على الستة الناس الحديث البن الربيع الشيبان‬

h. Kitab ( ‫)كشف الخفاء جزيل االلياس فيما اشتهر من الحديث على ستة الناس‬

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

i.Kitab tafsir Ibn Kathir.

Para du’at juga mesti mengetahui kitab-kitab yang menerangkan tentang


hadis-hadis maudu’ , antaranya seperti :

a. Kitab (‫ )الموضوعات‬oleh Ibn Al Jauzi.

b. Kitab (‫ ) الآلئي المصنوعة فى األحاديث الموضوعة‬oleh Imam As Sayuti.

c. Kitab ( ‫ )تحذير الخواص من أكاذيب القصاص‬oleh Imam As Sayuti.

d. Kitab (‫ )المثار المنيف فى الصحيح والضعيف‬oleh Ibn Qayyim.

e.Kitab (‫ )الموضوعات الكبرى‬dan (‫ )الموضوعات الصغرى‬oleh Sheikh Ali Al Qari.

f. Kitab (‫ ) تنزيه الشريفة المرفوعة من األحاديث الموضوعة‬oleh Ibn Iraq.

g. Kitab ( ‫ ) الفوائد المجموعة فى األحاديث الموضوعة‬oleh Imam Saukani (‫) الشوكانى‬.

h. Kitab (‫ )األسرار المرفوعة‬oleh Imam Al Maknawi.

3. Sejarah Nabawiyah Dan kepentingannya

Menjadi kemestian kepada du’at mengambil berat terutamanya kepada


juzuk-juzuk amali daripada sunnah iaitu perkara-perkara yang ada hubunganya
dengan sirah Rasulullah di dalam seluruh masalah.

‫اإليمان ليس بالتمنى ولكن وقر فى القلب وصدقه العمل‬

Dari segi ilmiah dari sunnah ini kita dapati Islam diterapkan di dalam
kehidupan manusia. Kita dapati Al-Quran al-karim di bentuk pada akhlak
manusia Saiyyidah Aisyah apabila di tanya tentang akhlak Rasulullah , beliau
menjawab akhlak baginda adalah satu contoh yang hidup kepada fadilah dan
akhlak yang diserukan oleh Al-Quran.

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jikalau Islam menyeru kepada keadilan dan menjadikan keadilan itu


salah satu dari nilai-nilainya yang tinggi dan prinsip-prinsipnya yang asas serta
melawan kezaliman dalam apa sahaja bentuknya maka sesungguhnya
kehidupan Nabi saw secara umum dan perjalanannya yang mulia adalah
sebagai contoh yang baik untuk mencapai keadilan di dalam seluruh bidang
samada keadilan dengan diri sendiri, keadilan dengan keluarga, keadilan
dengan kaum kerabat, keadilan dengan kawan-kawan dan keadilan dengan
musuh.

SUMBER-SUMBER.

A) Al Quran Al Karim.
B) Kitab –kitab Hadis.
C) Kitab-kitab yang menerangkan tentang kesempurnaan dan petunjuk nabi ,
contohnya seperti kita ( ‫)الشما ئل المجمديه‬.Oleh Al turmuzi, kitab al Shifa’ oleh
Qadi
Iyad dan kitab ‫)اشقأ‬.) oleh Ibn Qayyim.
D) Kitab-kitab tarikh yang umum contohnya seperti kitab-kitab tarikh al tabrani , Ibn
Ashir dan Ibn Kasthir.
E) Kitab(‫) دالئل النبوة‬

F) Kitab-kitab sirah yang baru di tulis oleh cendikiawan di zamAn mutakhir ini,contohnya
seperti ( ‫)خاتم النبيين‬.oleh Mohd Abu Zahrah, Fekh sirah oleh Sheikh Mohd Ghazali dan
fikh sirah karangan Said Ramadhan Al Buti.

4. ILMU TAUHID.

Kita tidak mahu mempelajari ilmu ini sebagaimana yang di atur dan di
susun oleh orang-orang yang terkemudian sebagaimana yang terdapat di dalam
kitab al Jauharah dan seumpamanya begitu juga dalam kitab Al Aqaid An
Nasafiah yang mana ada sirah dan hawas ((‫ حواش‬dan kajian yang panjang
perbahasannya contohnya seperti sarah Al Maqasid (‫) شرح المقاصد‬atau Sarah
Mawaqif(‫ ) شرح الموافق‬atau yang seumpamanya.

5. ILMU FEKH DAN USULNYA.

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Menjadi kemestian bagi du’at hendaklah ada padanya thaqafah fiqhiah


mengikut kadar yang termampu, iaitu mengetahui hukum –hukum syara’di
dalam ibadat, muamalat, adab , Akhwal Shakhsiah dan ia mampu merujuk
hukum-hukum yang tidak di ketahuinya daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai.

Ini adalah penting bagi du’at untuk ia menjawab persoalan yang


berkaitan
dengan ibadat , soal- soal kahwin dan cerai, hukum-hukum halal haram,
perkara-perkara yang berkait dengan jual beli dan muamalah ekonomi yang
mana manusia ramai menanyakan tentangnya.

Tanpa ilmu menyebabkan seseorang itu salah di dalam memberi


hukum
yang mana akan menyebabkan kesesatan yang nyata sebagaiman hadis yang
di riwayatkan dari Ibn Umar:

‫إن اهلل ال يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من صدور الناس ولكن يقبض العلم يقبض العلماء حتي إذا‬
.……‫لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهاال فسئلوا فأفتوا بغيري علم فضلوا وأضلوا‬

Sesungguhnya du’at yang berjaya ialah mereka yang memberi nasihat


dan kefahaman ilmu yang mana nasihat itu tidak melebihi ilmunya dan tidak
pula ia memberi ilmu itu melebihi nasihat.Ini adalah lebih berkesan dan menarik
di dalam lapangan dakwah kepada Allah.
Hendaklah du’at menghubungkan sesuatu hukum dengan dalil daripada
Al-Quran al-Karim , al Sunnah , al-Qiyas dan Ijma’ kerana dengan dalil, fatwa
dan hukum akan diliputi dengan cahaya dan keindahan.
Boleh di ambil manfaat daripada kitab Ahkam Al-Quran oleh al Jasas dan
kitab Ayat Al-Ahkam oleh Sheikh dan Sheikh Al Sabbuni selain daripada tafsir
Ahkam Quran oleh al Qurtubi.
Boleh juga di dapati daripada kitab fikh hadis , contohnya seperti:

‫ فقه السنه سيد سابق وسبل السالم‬,‫االحكام البن دقيق العيد‬, ‫نيل االوطار للشوكاني‬.

12
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Boleh juga di dapati daripada kitab fikh, contohnya seperti:

,‫ المغني البن قدامة الحنبلي‬, ‫المجموع للنووى الشافعي‬

Begitu juga kita jangan lupa untuk mengambil manfaat daripada kitab al-
Fatawa oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiah, kitab Za’adul Maad karangan Ibn
Qayyim dan juga kitab
.‫الفقه المذاهب األربعة‬

Karangan al Jaziri.

6. ILMU TARBIAH PENDIDIKAN DAN TINGKAH LAKU.

Menjadi satu kemestian bagi du’at mempunyai pengetahuan tentang tingkah


laku yang membahaskan masalah akhlak moral dan sentimen dalam
pembentukan peribadi muslim.

Method persediannya meliputi rohani, tarbawi dan tingkah laku di bahas juga
tentang penyakit-penyakit jima’, kemasukan syaitan bagaimana menjaga dan
merawatnya. Di bicara juga kekuatan hubungan antara hamba dengan Allah
bagaiman cara menyediakannya dan jalan untuk sampai kepadanya

PERATURAN ISLAM.

Yang dimaksudkan di sini ialah du’at juga digalakkan mempelajari kajian


tentang kesedaran ,kefahaman dan peraturan Islam atau kesyumulan asas-asas
Islam atau Falsafah Perundangan Islam

Di sana terdapat kitab-kitab yang di karang oleh cendikiawan Islam yang


tertentu mengikut pengkhususannya.

a.Dalam bidang akidah dan asas pemikiran.


1. (‫) مبادئ االسالم‬ Oleh Abu ‘A’la Al Maududi.
2 (‫العقائد اإلسالمية‬.) Oleh Hasan Al Banna.
3 ((‫خصائص التصور االسالمي‬. Oleh Syed Qutub.
4 (‫ )قصة اإليمان‬oleh Nadim Al Jasri

13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

5 (‫ )قصة الهداية‬oleh Abdullah Nasih Ulwan


6 (‫ )نظام اإلسالمى العقيدة العبادة‬oleh Mohammad Al Mubarak
7 (‫ )اإلسالمى يتحدى‬oleh Wahiduddin Khan
8 (‫ )اهلل جل جالله‬oleh Sa’id Hawwa
9 ()‫ ) الرسول (ص‬oleh Sa’id Hawwa
10 ( (‫ عقيدة المسلم‬oleh Mohammad Al-Ghazali
11 ( (‫حقائق اإلسالم واياطيل خصومه‬oleh Abas Mahmud Al’Aqad
12 (‫ )اإليمان والحياة‬oleh Dr Yusoff Qardhawi
13 (‫ )اهلل ينجلى فى عصر العلم‬oleh Ahli-ahli fikir di dunia.
.
b Dalam bidang ibadat dan syariat.
1. (‫االركان االبته‬.) Oleh Abu Hassan An Nadawi .
2. (‫العبادة في االسالم‬.) Oleh Dr Yusof al Qardawi.
3. (‫ )الصالة وأسرارها وحكمتها‬Oleh Hasan Al Turabi .

3
c Dalam bidang akhlak dan tarbiah.
1. (‫ )ربانية ال هباثية‬Oleh Abu Hasan An Nadawi.
2. (‫خلق المسلم‬.) Oleh Muhammad Al Ghazali.
4. ( (‫ دستور األخالق فى اإلسالم‬oleh Muhammad Abdullah Diraaz
3. ((‫ تربية األوالد فى اإلسالم‬Oleh Abdullah Naasih Ulwan .
5. (‫ )السلوك االجتماعي في االسالمي‬Oleh Hasan Ayub .
6. (‫ )منهج التربية االسالم‬Oleh Muhammad Qutb

d. Dalam bidang perundangan dan peraturan kemasyarakatan

1.( ‫ )العدالة االجتماعي في االسالم‬Oleh Syed Qutb .


2.( (‫ خطوط رئسية في االقتصاد االسالمى‬Oleh Mahmud Abu As
Saud.
3. (‫ )منهاج االسالم في الحكم‬Oleh Muhammad Asad.
4. (‫ )نظام اإلقتصادى فى اإلسالم‬Oleh Muhammad Al Mubarak
5. (‫ )االقتصاد االسالمي مدخل ومنهاج‬Oleh Isa Abduh Ibrahim
6. (‫ )المجتمع المتكافل في االسالم‬Oleh Abdul Aziz Khiat

14
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

7. (‫ )تعدد الزوجيات في االسالم‬Oleh Abdullah Naasih Ulwan


8. (‫ )التكافل االجتماعي في االسالم‬Oleh Abdullah Naasih Ulwan
9. (‫ )نظام الرق في االسالم‬Oleh Abdullah Naasih Ulwan
10. (‫ )حرية االعتقاد في االسالم‬Oleh Abdullah Naasih Ulwan.
11. (‫ )اشتراكية االسالم‬Oleh Mustafa As Siba’ei
12. (‫ )الفكر االسالمي المعاصر‬Oleh Muhammad Al Bahi
13. (‫ )الثروة في ظل االسالم‬Oleh Al Bahi Al Khuli.
14. (‫ )فقه الزكة‬Oleh Yusof Al Qardawi
15. (‫ )مشكلة الفقر وكيف عالجها االسالم‬Oleh Yusof Al Qardawi.
16. (‫ )غيرالمسلمين في مجتمع االسالمي‬Oleh Yusof Al Qardawi
17. (‫ )التشرع الجنائ االسالمى‬Oleh Abdul Qadir ‘Audah.
18. (‫ )التشريع الجنائي االنساني في ظل االسالمي‬oleh Muhammad Abu
Zuhrah
19. (‫ )الفرد الدولة في شريعة االسالم‬Oleh ‘Abdul Karim Zaidan.
20. (‫ )نظام الحكم فى اإلسالمى‬Oleh Muhammad Abdullah Al
Arabi
21. (‫ ) نظرية االسالم وهدية في السياسة والستور‬Oleh Abu –ala Al
Maududi.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

15

Anda mungkin juga menyukai