Anda di halaman 1dari 4

FUNDAMENTALIS DAN EKSTREMIS

Pendahuluan :

Fundamentalisme ialah suatu gerakan Kristian bermazhab Protestant


yang bertujuan menentang arus fahaman evolusi yang dibawa oleh Darwin dan
rakan-rakannya yang mengingkari kebenaran agama dan kewujudan Allah swt.

Ekstremisme ialah mengambil suatu langkah secara melulu, terburu-buru


dan melampaui batas serta mendadak yang mana semuanya adalah terang-
terangan bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Ia juga membawa
maksud pembawaan mereka yang membuat sesuatu kerana mengejar nama
atau supaya kepentingan dirinya tidak terluput dengan sebab ditakuti
ketibaan ajalnya dengan mengejut atau terjadi sesuatu perkara yang di luar
dugaan.

6 Petanda Bagi Sifat Melampau (Ekstremisme) Dalam Agama

1. Taasub (Keras Kepala) Kepada Pendapat Sendiri

Kedegilan seseorang atau taasubnya seolah-olah dia sahajalah yang


hidup manakala orang lain dianggapnya sebagai tiada, yg beerti ia adalah
berfikiran beku (jumud) dan sikap bekunya ini tidak membukakan matanya untuk
melihat kepentingan-kepentingan majmuk atau sasaran agama atau keadaan-
keadaan semasa di samping tidak memberi peluang langsung untuk orang lain
mengemukakan pendapat dalam dialog yang dapat menimbangkan pendapat-
pendapat dari kedua belah pihak untuk menyaring satu-satu pendapat yang
nyata kuat hujah dan buktinya.

2. Berpegang kemas dengan yang sukar dan yang berat

Berpegang kuat dengan yang sukar dan berat tidak mahu


berganjak sedikitpun padahal terang-terangan terdapat faktor-faktor yang
mewajibkan kelonggaran, sambil memaksa orang lain pula mengikuti
jejaknya sedangkan Allah swt sendiri tidak mewajibkan ke atas
mengambil pakai qaul yang keras dan berat dalam satu-satu masalah
agama didorong perasaan warak dan langkat ihtiat (langkah bercermat).

Sabda Rasulullah saw :


‫يسروا وال تعسروا وبشروا وال تنفروا‬
: Mudahkanlah dan jangan kamu memayahkan, gembirakanlah dan jangan
kamu meliarkan.
Namun begitu boleh juga diterima sikap seseorang yang memberatkan
dirinya sendiri dalam soal-soal agama dengan hanya mengamalkan azaim yakni
fadhu pada asalnya tanpa mengamalkan kelonggaran-kelonggaran yang
dibenarkan (rukhsah) asalkan tidak memaksa orang ramai mengikutinya, tanpa
menghiraukan bahawa tindakannya itu mendatangkan kesukaran kepada
mereka dalam soal-soal agama dan duniawi mereka. Sedangkan sifat yang
menjadi amalan baginda Saw menghalalkan benda-benda yang baik dan
mengharamkan benda-benda yang tidak baik dan meringankan beban-beban
dan merungkai belenggu yang dahulunya mengikat mereka.

3. Bertindak Keras Bukan Pada Tempatnya

Berkeras kepala bukan pada tempatnya dan tidak kena pada


masanya seperti bukan dalam negeri yang dianggap sebagai negeri Islam
atau wilayah di mana Islam mempunyai sepenuhnya kedaulatan atau
dilakukan terhadap sesuatu golongan yang baharu sahaja memeluk Islam
atau baharu bertaubat. Seharusnya berlembut dan longgar dalam
keadaan furu’ . Apa yang mesti dipentingkan ialah perkara-perkara
prinsip.

4. Kekerasan Dan Kekasaran

Melahirkan kekerasan dalam berkira-bicara, menggunakan cara-


cara yang kasar dalam berdakwah bertentangan petunjuk Allah dan
tunjuk ajar Baginda SAW. Kekasaran dan kekerasan dibenarkan dalam 2
tempat:
a) ketika ditengah-tengah pertempuran perang dan menentang
musuh kerena menjadi suatu hukum militari yang berjaya bertindak keras
dengan musuh sehingga masa tamat perang dan kedamaian wujud.
Firman Allah:
‫قاتلوا الذين يلونكم من الكفار وليجدوا فيكم غلظة‬
maksudnya: perangilah mereka yang sekitar kamu dari orang-orang kafir dan
hendaklah mereka rasa kekasaran dari tindakan kamu.

b) Dalam melaksanakan hukum had yang ditetapkan oleh syarak ke


atas mereka yang terbukti kesalahannya kerana tidak ada tempat bagi
perasaan belas kasihan dalam menjalankan hukum-hukum Allah di bumi.
Firman Allah:

9‫ فى دين هللا ان كنتم تؤمنون باهلل واليوم األخر‬9‫وال تأخذكم بهما رأفة‬
maksudnya: dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada agama Allah kalau
sebenar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.
5. Jahat Sangka Terhadap Manusia

Antara ciri-ciri lain ekstremis ialah bejahat sangka kepada orang lain
dan memandang kepada mereka dengan kaca mata hitam. Kebaikan-kebaikan
mereka dipendapkan dan keburukan-keburukan mereka diperbesarkan. Firman
Allah:
9‫ من الظن ان بعض الظن اثم‬9‫ كثيرا‬9‫ اجتنبوا‬9‫يأيهالذين ءامنوا‬
maksudnya: Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu daripada banyak
sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

Seseorang Islam yang sebenar tidak sekali-kali terpedaya dengan


amalannya. Dia amat bimbang amalan-amalannya rosak dan hampa dengan
sebab tutur katanya dan amalan buruknya yang menghapuskan pahala amal
solehnya. Firman Allah:
‫ الى ربهم راجعون‬9‫والذين يؤتون ما أتاو وقلوبهم وجلة أنهم‬
maksudnya: dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan,
dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya mereka
akan kembali kepada Tuhan mereka.

6. Jatuhnya ke dalam Gaung Kafir –Mengkafir

Sifat ekstremis akan sampai kepada had penghabisannya apabila


dia berani tuduh orang lain kafir yang beerti darah dan harta bendanya
halal dicerobohi dan tidak memndang bahawa baginya pembelaan dan
kehormatan yang dibenarkan dalam Islam. Hal yang demikian
merupakan kemuncak bagi sifat melampau atau ekstrimis atau fanatik
iaitu telah memisahkan satu golongan orang-orang Islam dari saudara-
saudara mereka muslim yang lain.

Hal ini perndah berlaku kepada golongan Khawarij dalam sejarah islam
dahulu. Mereka kuat beribadah, berpuasa, solat malam dan membaca al-Quran
tetapi mereka telah ditimpa kerosakan pemikiran sedangkan pusat batin mereka
terserlah dengan cahaya.

Yusof Al-Qaradhawi

Rujukan: Ekstrisme Agama


Yayasan Islam Terengganu
Oleh: Fahrul Irfan Ishak

Anda mungkin juga menyukai