Anda di halaman 1dari 14

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

GAGASAN PENDIDIKAN KEPIMPINAN MASA DEPAN


GERAKAN ISLAM

1.0 MASA DEPAN DAN TANTANGAN PERADABAN BARAT

Arah pergerakan dunia sedang melalui wajah yang baru dan kompleks. Globalisasi

merupakan satu tema yang cuba menggungkapkan realiti dunia hari ini dan akan datang.

Ia merupakan satu paparan tentang pergerakan dan perubahan yang sedang dan bakal

dilalui oleh umat manusia. Kini , kesan dari globalisasi, makna persempadanan negara

dalam erti yang tradisi sudah tidak terpakai lagi apabila manusia bebas berhubung dan

mengatur perjalanan kehidupan mereka tanpa batas. Revolusi sains dan teknologi ,

terutama dibidang maklumat dan perhubungan benar-benar menjadikan dunia satu

perkampungan sejagat. Tiada lagi satu peristiwa atau kejadian yang tidak terdedah dan

diketahui pada zaman ini. Segalanya diperoleh dalam tempoh waktu yang amat terbatas.

Globalisasi mempermudahkan urusan ekonomi dan perhubungan antarabangsa.

Kesenangan , kebahagian dan kedamaian diserata dunia dapat dikongsi kenikmatan

secara bersama . Begitu juga penganiayaan, penindasan dan kemiskinan yang terjadi dan

berlaku sesama manusia , boleh diperhati secara dekat walaupun keterpisahan jarak

melampaui beribu batu. Pertukaran maklumat dan perkongsian ilmu juga semakin rancak

disamping hiburan dan sukan mampu ditonton walau dimana kita berada. Akbar S. Ahmed

mencatatkan globalisasi merujuk kepada `… the rapid developments in communications

technology, transport and information which bring the remotest parts of the world within

easy reach’.1

Inilah sebahagian gambaran tentang suasana dunia pada hari ini yang cuba

diperlihatkan melalui tema globalisasi. Bagi masyarakat Barat, realiti yang wujud ,

1
Islam, Globalization and Post Modernity, edited by Akhbar S Ahmad and Hastings Donnan,1994

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

segalanya merupakan hasil dan perolehan peradaban mereka. Semenjak era kebangkitan

mereka sekitar abad 16 dan 18 , peradaban Barat terus menerus mengukuh dan mara

memimpin peradaban dunia. Peradaban dunia kini diwakili oleh peradaban Barat dan

tiada yang lain lagi yang mampu menampilkan alternatif. Dalam tempoh beberapa abad

penguasaan mereka terhadap percaturan pergerakan dunia dengan pencapaian –

pencapaian luar biasa yang diperoleh, peradaban Barat seperti menjadi terlalu angkuh

dengan keupayaan yang dimiliki sehingga cuba meremehkan peradaban lain.

Keanggukuhan itu kian terserlah setelah kejatuhan aliran dan blok komunis beberapa

tahun lalu. Kini tiada lagi saingan peradaban yang mampu menggugat ketahanan dan

kewujudan peradaban barat . Di dalam teori evolusi peradaban, kekekalan peradaban

Barat adalah satu titik akhir dan penamat sejarah peradaban manusia di mana ia adalah

satu gambaran kesyumulan dan kesempurnaan lingkaran teori kemanusiaan. Tiada lagi

pandangan, sistem dan nilai yang mampu menandingi peradaban barat sebagai satu

sistem kehidupan moden untuk selamanya. Ini terungkap melalui pandangan Fukuyama di

dalam bukunya The Last Man and The End of History.

Kepercayaan itulah yang telah menguatkan lagi rasa keanggkuhan dan bangga diri

terhadap peradaban sendiri sehingga mereka mula memperkodi nilai dan sistem hidup

peradaban lain. Peradaban Barat adalah universal – memenuhi seluruh nilai dan

keperluan manusia. Sebagai suatu yang bersifat sejagat, ia harus dikembangkan dan

dikongsi oleh masyarakat manusia seluruh dunia.

Samuel Huntington didalam tesisnya 2 mengklasifikasikan ciri-ciri peradaban Barat

kepada beberapa nilai utama iaitu : Pertama; Warisan klasik termasuklah falsafah dan

rasionalisme Yunani, undang-undang Roma, bahasa Latin dan agama Kristian. Kedua ;

Kristian Barat yang pernah dikenali sebagai Kemaharajaan Kristian Barat ( Western
2
Peradaban Barat : Unik, Bukan Sejagat , Samuel Huntington, Pemikir ( April-Jun 1997)

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Christendom ). Ia merupakan dorongan paling kuat apabila orang barat keluar menakluki

dunia pada abad 16. Ketiga ; Bahasa – Bahasa Eropah , iaitu warisan bahasa Latin

kemudian berpecah kepada dua kategori iaitu bahasa Romance dan Germanic.Keempat ;

Pengasingan bidang kuasa kerohanian daripada bidang kuasa duniawi – pemisahan

kuasa Tuhan dan Ceaser, Kelima ; Pemerintahan undang-undang – telah menjadi asas

kepada faham constitutionalisme dan perlindungan terhadap harta daripada penggunaan

secara sewenangnya. Keenam; Pluralisme sosial dan masyarakat madani yang terdiri dari

kelompok – kelompok rahib, sekemahiran ( guilds ) dan perkumpulan yang pelbagai.

Ketujuh ; Badan – badan perwakilan seperti estet, parlimen dan institusi lain yang mewakili

kepentingan golongan aristokrat, pendeta, pedagang dan kelompok lain. Kelapan;

individualisme – suatu faham tentang hak individu dan kebebasan di dalam masyarakat.

Kesemua unsur inilah yang memberi makna terhadap peradaban Barat itu yang

harus menjadi amalan dan penghayatan bagi seluruh umat manusia. Peradaban dunia ini

hanya harus cuma satu sahaja iaitu peradaban Barat dan peradaban lain hendaklah

mengikut jejak mereka. Sekiranya peradaban lain juga berkembang dan kukuh, ini akan

memberi kemerbahayaan terhadap masa depan dunia di mana satu pertembungan

peradaban bakal terjadi yang pasti mengundang kemusnahan dunia.

Masyarakat Islam secara khusus kini sedang berhadapan dengan tantangan

peradaban Barat di segenap bidang kehidupan. Proses pembudayaannya sedang berlaku

dengan amat halus dan licik sekali. Dengan memanfaatkan proses globalisasi yang

sedang berkembang, pembudayaan peradaban berlaku dengan sungguh rancak.

Fenomena kesejagatan budaya Barat semakin diterima sebagai sebahagian dari budaya

baru masyarakat Islam melalui tesis ` Coca – colonisation’ di mana budaya popular

Amerika sudah tersebar ke seluruh dunia dalam rupa makanan, pakaian, muzik pop,

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

wayang gambar dan barangan konsumer. Penggunaan budaya ini oleh ahli peradaban

lain membuktikan tentang kesejagatan budaya barat untuk diterima sebagai nilai bagi

kehidupan. Ia sebagai proses awal sebelum proses pemodenan lain yang bersifat institusi

dan keilmuan berkembang dan muncul diserata dunia.

Pembudayaan peradaban ini dalam wajah yang fizikal seumpama itu tidaklah

terlampau berbahaya . Yang menjadi ancaman dan cabaran paling besar dari proses

pembudayaan ini ialah berkembangnya pengaruh pemikiran barat mengisi kerangka

pemikiran umat secara halus dan tidak langsung. Landasan sekularisme yang mewarnai

corak pemikiran barat di mana wujud kepercayaan tentang keterpisahan fungsi antara

alam duniawi dan ukhrawi, pemisahan tugas antara Raja dan Tuhan, merupakan satu nilai

hidup dan anutan yang sama sekali bertentangan dengan prinsip Tauhid yang menjadi

pegangan umat Islam. Pengaruh pemikiran sekular barat, sekiranya berleluasa , bakal

merobek tradisi kepercayaan dan kerohanian umat Islam yang tentu mengundang

pertembungan dalaman yang serius dan kemusnahan.

Produk pemikiran semasa dalam bentuk sistem pemerintahan dan pengurusan

serta kepercayaan sekular seperti faham demokrasi liberal , kapitalisme dan kebebasan

individu yang melampau dan faham hak asasi, yang dikembangkan melalui penyaluran

media , wacana intelektual dan pendidikan serta ugutan ekonomi dan politik kepada

sebahagian negara yang lemah dan bergantung adalah sebahagian contoh bagaimana

usaha ke arah proses penyeragaman nilai dan budaya barat kepada dunia bukan barat

berlaku. Diskriminasi ekonomi dan pemulauan politik dilakukan kepada negara yang tidak

memenuhi skima faham dan nilai tersebut berdasarkan takrifan dari mereka sendiri.

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Namun, apa yang harus difahami, usaha pembudayaan ini bukan pula satu prinsip

kemanusiaan yang serupa kepada setiap negara didunia ini. Prinsip dan skimanya cuma

hanya boleh berlaku sekiranya ia nanti memenuhi keperluan dan kepentingan jangka

panjang Barat. Peristiwa kemenangan Barisan Keselamatan Islam (FIS) di Algeria di

dalam pilihanraya secara demokrasi di negara itu telah dinafikan di saat akhir kerana

kemengan FIS bakal menggugat kepentingan Barat di Timur Tengah dan memberi

peluang kepada suatu peluang kebangkitan semula Islam di tanah Arab. Konflik Teluk

yang berlaku beberapa tahun yang dahulu juga memperlihatkan sikap double standard

yang jelas terhadap prinsip kemanusiaan yang diperjuangkan, apabila mereka menyerang

habis-habisan dengan gabungan persekutuan tentera sedang apabila keadaan yang lebih

dahsyat terjadi di Balkan, proses kedamaian berlaku selama bertahun-tahun yang

mengakibatkan kematian berjuta nyawa. Dalam keadaan yang sama, keganasan Israel
3
terhadap penduduk Islam Palestin seperti dipandang sebelah mata.

Begitulah keadaan dunia dan perjalanan kemanusiaannya selagi peradaban Barat

yang terbentuk oleh kerangka faham sekularisme menguasai pergerakan dunia ini.

Senario ini harus menjadi satu gambaran terhadap ancaman dan cabaran yang harus

didepani oleh kepemimpinan gerakan Islam masa depan.

2.0 GERAKAN ISLAM DAN REALITI UMMAH4

Gerakan Islam selaras dengan fungsinya sebagai wadah Islah dan Tajdid memikul

tugas dan peranan yang maha hebat dan mencabar. Menghadapi arus penjajahan budaya

yang kompleks hari ini menuntut kepada suatu persediaan kental di segenap aspek

kehidupan dan tamadun. Persediaan yang paling mendesak sekali tentunya

3
Lihat Muhamad Abu Bakar ; Dunia Barat : Pespektif Timur ; Pemikir ( April – Jun 1997 ) – ms 37
4
Sila lihat buku ` Crisis in The Muslim Mind' ; Abdul Hamid A. Abu Sulayman, IIIT, 1994 untuk mendapat analisis
yang lebih menyeluruh tentang permasalahan dan krisis yang dihadapi oleh umat Islam.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

mempersiapkan ummah dengan kekentalan dasar spiritual, penguasaan ilmu-ilmu tradisi

dan kontemporari serta memiliki ketrampilan dan kepakaran semasa yang mencukupi

sebagai benteng dan senjata mendepani ancaman .

Realiti umat hari masih belum memenuhi kriteria dan watak kelompok yang mampu

memimpin sebuah peradaban alternatif kepada dunia. Dalam aspek kerohanian, sikap

rendah diri dan rasa keterpegunan yang melampau terhadap pencapaian orang-orang

Barat seperti menguasai seluruh naluri dan rasa pada sebahagian besar umat Islam

sehingga meremehkan keupayaan dan keaslian khazanah pencapaian peradaban Islam.

Situasi ini dapat dilihat melalui gaya hidup seperti berpakaian dan pergaulan pada

sebahagian mereka yang menggunakan penampilan bertentangan sama sekali dengan

nilai dan tradisi kerohanian Islam. Pada sebahagian yang lain, masih belum memiliki

kekuatan iman dan akhlak apabila tuntutan-tuntutan utama agama tidak disempurnakan

sepenuhnya. Perasaan hina dan rasa rendah diri ini merupakan sejenis penyakit yang

parah yang memperlihatkan ketiadaan rasa keyakinan terhadap keupayaan dan

kemampuan nilai dan tradisi Islam dalam kepimpinan tamadun.

Perkara yang sama dapat direnung pada kualiti pemikiran ummat yang

sebahagiannya terdedah dengan meluas dengan faham sekularisme barat. Sistem

pendidikan yang berorientasikan nilai dan kerangka pemikiran dualisme mengundang

penghayatan sekular di dalam tindak tanduk kehidupan. Kesan langsung yang terhasil

tentulah dorongan kebendaan menguasai kepercayaan dan diri apabila tiada lagi

kepentingan akhirat yang bakal dipertanggungjawabkan. Faham sekularisme melahirkan

watak umat yang rendah akal budi , rakus terhadap harta dan kuasa serta sanggup

melanggar prinsip agama dan kemanusiaan demi kepentingan diri, pangkat dan kuasa.

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Prinsip moral dan akhlak dikesampingkan demi memberi kepuasan kepada nafsu dan

kepentingan duniawi.

Dari kalangan umat Islam, tahap perpaduan dan permuafakatan begitu lemah.

Rasa mahabbah dan persaudaraan sesama ummah amat rapuh dan longgar. Nilai

kebendaan yang berkembang serta perasaan bergantung kepada orang yang lebih maju

dan berpengaruh menjadi seperti halangan untuk mereka saling bekerjasama dan bersatu

padu sedang ancaman sentiasa menggelilingi kehidupan. Peristiwa umat Islam tertindas di

Balkan, Chenchen, Kashmir dan beberapa negara lain seperti peristiwa biasa. Walaupun

wujud kutipan derma dan bantuan barangan berterusan, tetapi ia tidak mencapai tahap

untuk membangkitkan rasa dan semangat perpaduan menyeluruh bagi menentang

penganiayaan dan kezaliman.

Akibat dari longgarnya permuafakatan ini juga, pengurusan sumber daya manusia

dan tenaga di seluruh negara umat Islam tidak dapat dimanfaatkan untuk pembangunan

ummah seluruhnya. Sumber petrol dan tenaga serta kepakaran intelektual dan

penyelidikan yang dimiliki oleh umat Islam tidak dapat diarah kepada satu

pengembelingan yang menyeluruh membangun ummah dan membela agama.

Sebahagian pakar-pakar Muslim di pelbagai bidang berkhidmat di negara bukan Islam dan

masih banyak negara umat Islam yang miskin yang tidak berupaya menyediakan

kemudahan pendidikan dan kebajikan kepada penduduk, sedang sebahagian negara

mewah dan kaya raya..

Dari aspek pembangunan wanita, pandangan sempit terhadap fungsi dan peranan

yang sepatutnya dimainkan oleh kelompok ini masih wujud. Sumber tenaga yang ada

pada wanita masih belum dimanfaatkan sepenuhnya akibat dari hambatan adat dan

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

pengangan tradisi yang menghalang wanita terlibat di dalam kegiatan sosial dan

pembangunan.

Begitu juga dari aspek pencapaian sains dan teknologi di mana, umat Islam rata -

rata merupakan golongan pengguna. Usaha yang serius dan menyeluruh tidak dijayakan

bagi melatih tenaga profesional dibidang penciptaan dan kepakaran teknologi dalam

usaha membangun negara dan ummah di dalam pelbagai aspek kehidupan. Umat Islam

antara yang masih ketinggalan didalam perkembangan dunia maklumat dan kemajuan

sains.

3.0 PENDIDIKAN KEPIMPINAN MASA DEPAN : SUATU GAGASAN

Realiti - realiti yang wujud ini harus menjadi asas di dalam usaha merangka

gagasan pendidikan ummah dalam kontek gerakan Islam. Kepemimpinan yang ingin

dilahirkan ialah kepemimpinan yang mampu mengurus perubahan dan cabaran masa

depan serta mengerti realiti yang wujud di sekeliling. Kepemimpinan yang memenuhi

makna dalam konteks gerakan Islam ialah kepemimpinan yang berupaya mencorak

zaman dan menerajui pergerakan masa depan sejajar dengan semangat Islah dan Tajdid

dalam Islam. Kepemimpinan gerakan Islam hari depan tidak lagi berkisar di dalam ruang

lingkup daerah dan sempadan yang sempit tetapi memimpin kebangkitan ummah yang

menyeluruh di serata dunia.

Ancaman penjajahan budaya dan usaha mengukuhkan semula kualiti dan moral

umat terhadap tradisi dan ketamadunan Islam adalah cabaran paling getir gerakan Islam

pada masa kini dan akan datang. Kepemimpinan yang ingin dibina harus memiliki

kesungguhan mendepani cabaran besar ini . Kedua agenda tersebut adalah hambatan

paling besar terhadap proses kebangunan semula umat dan peradaban Islam.

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Kepemimpinan yang ingin dibentuk hendaklah menjadikan cita-cita membina tamaddun

khayra ummah sebagai visi paling tinggi dan utama dalam usaha untuk menampilkan

peradaban Islam sebagai peradaban alternatif kepada barat bagi membina kesejahteraan

kehidupan manusia seluruhnya.

Bagi mencapai cita-cita ini , pendidikan kepemimpinan masa depan gerakan Islam

haruslah berunsurkan nilai dan ciri utama seperti berikut :

1. Kepemimpinan Ilmu - Sumber ilmu yang berteraskan nilai dan kerohanian Islam

hendaklah menjadi bahan di dalam mengisi kerangka pemikiran kepemimpinan ummah

hari depan. Penghayatan terhadap kandungan al Quran dan al Sunnah harus menjadi

dasar pemikiran bersama dengan nilai - nilai tradisi yang telah dikembangkan oleh

para ulama' dan intelektual Islam . Namun ia tidak bermaksud untuk menolak sumber

moden yang berkembang. Suatu pengajaran bersifat perbandingan harus berlaku

antara tradisi Islam dan Barat supaya pengaruh sekularisme tidak terpengaruh di

dalam kerangka pemikiran mereka. Konteks ilmu dalam pendidikan kepemimpinan

harus mencakupi minat mendalami sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun, aliran

perkembangan agama dan kuasa. Nilai ilmu yang dibina harus menjurus kepada

semangat kesatuan dan pemuafakataan Ummah.

2. Kepemimpinan Nilai - Prinsip moral dan akhlak harus menjadi disiplin yang ketat

kepada kepemimpinan akan datang. Prinsip ini tidak hanya tertumpu kepada disiplin

terhadap diri semata-mata tetapi memenuhi pengertian nilai secara menyeluruh seperti

membendung sikap ektrimisme, bertoleransi menerima kepelbagaian, terbuka

terhadap pelbagai aliran pandangan, hormat menghormati dan bertolongan,

mengutamakan kesepakatan dan persefahaman serta bersih dari sikap bangga dan

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

bongkak serta mementingkan diri. Gerakan pembangunan nilai harus menjadi

komponen utama di dalam skima pendidikan kepemimpinan gerakan Islam.

3. Kepemimpinan Sains dan Teknologi - Memiliki minat dan kesungguhan menguasai

bidang penciptaan dan kepakaran semasa. Ilmu - ilmu berteraskan teknik dan

penyelidikan memainkan peranan penting di dalam pembangunan ummah dan

tamadun. Sains dan teknologi harus menjadi budaya utama kepemimpinan generasi

pelapis hari depan

4. Kepemimpinan Tamadun : Pembentukan watak generasi yang memiliki nilai tamadun

sejagat dalam erti menghayati fungsi sebagai pemimpin bagi keseluruhan ummah dan

tidak terhad kepada kumpulan dan kelompok yang kecil dalam masyarakat. Generasi

yang berbudaya tinggi , berpandangan jauh serta berani menghadapi cabaran yang

getir.

Nilai dan ciri ini menjadi pelengkap terhadap semangat dan kesungguhan yang akan

menggerakkan suatu kebangkitan baru sebuah peradaban umat masa depan.

4.0 KEPEMIMPINAN BERTERASKAN TAUHID - PRA-SYARAT KEBANGUNAN

Ramai penganalisis ketika melihat keterbelakangan umat Islam ini beranggapan bahawa

adalah hampir mustahil untuk umat Islam kembali tampil merebut kepemimpinan dunia

kecuali dengan membina kekuatan sains dan teknologi serta ekonomi yang setanding

dengan Barat. Malah ramai pemimpin dunia Islam melihat ini sebagai satu - satunya

jalan penyelesaian sehingga direncanakan berbagai dasar kerajaan untuk mencapai

matlamat ini. Pakar-pakar dan para perunding Barat dijemput untuk membantu

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

merekayasakan perancangan ini tanpa langsung cuba melihat Islam muncul dari segi

sejarah membina satu tamadun yang cukup gemilang sebelum kejatuhan Empayar

Uthmaniyyah 1924. Justeru itu, untuk kembali merebut istikhlaf ini, sebagai umat Islam

seharusnya berkeyakinan mutlak bahawa hanya dengan pendekatan yang betul dan

menepati al Quran dan al Sunnah sahaja, umat boleh bangun semula dengan penuh

kemuliaan.

Oleh yang demikianlah, disarankan kepemimpinan berteraskan tauhid sebagai prasyarat

kebangunan abad baru gerakan Islam untuk menjana generasi Al Falah yang kita

nantikan. Kepimpinan berteraskan tauhid bermakna , generasi Al Falah ini harus

ditanamkan keyakinan mutlak bahawa Allah adalah sumber segala kuasa, kerajaan,

kekayaan dan kehebatan kekuasaan sebenar. Kerajaan sebenar adalah milik Allah taala

dan apa yang dimiliki manusia di muka bumi ini hanyalah pinjaman sementara sebagai

ujian keimanan kepada manusia. Allah taala boleh memberi kemenangan kepada umat

manusia pada bila-bila masa dengan kehendak Allah jua, samada disukai atau tidak

disukai oleh musuh Islam. Cuma yang menjadi persoalannya ialah apakah umat Islam

sudah mempersiapkan dirinya bagi melayakkan Al Falah ini. Mungkin ada dikalangan kita

yang menganggap pendekatan tauhid ini adalah simplistic dan over simplication.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya generasi Al Falah ini dididik dengan

keyakinan mutlak akan kekuasaan Allah taala, ianya akan mencetuskan suatu keyakinan ,

self confidence di dalam diri untuk bersaing dan meraih kecemerlangan di dalam apa

juga bidang yang diceburi tanpa takut dan bimbang dengan sesiapa jua sekalipun.

Kecemerlangan ilmu yang dirintis oleh sejumlah saintis Islam seperti Ibnu Sina, al

Khawarizmi, al Kindi, Ibnu Maskawaih adalah tanpa bandingan. Kecemerlangan

pemerintahan dengan pembinaan empayar seperti Empayar Umayyah di Sepanyol,

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Uthmaniyyah di Turki, Mughal di India merupakan pembinaan tamadun manusia yang

cukup gemilang . Keunggulan peribadi pemimpin seperti Abu Bakar,Umar, Uthman, Ali

dan Umar Abd.Aziz adalah abadi di dalam sejarah kepemimpinan dunia. Kecemerlangan

ini hanya dapat menyerlah kerana motivasi dan pendorong utama ialah kekentalan faktor

dalaman iaitu tauhid yang hidup dan mengakar.

Adalah suatu kesilapan sekiranya kita meletakkan kemajuan material sebagai faktor

utama untuk membangun dengan memperkecilkan kekuatan spiritual atau kerohanian .

Sejarah telah membuktikan banyak empayar runtuh apabila akhlak pemimpin merosot

lantaran ketandusan semangat kerohanian walaupun tamadun kebendaan dalam bentuk

kekuatan ekonomi berada di kemuncaknya.

5.0 KESIMPULAN

Kertas ini telah cuba menganalisis secara umum kesan penjajahan Barat ke atas dunia

Islam melalui proses pensejagatan - globalisasi yang dengan rakus sekali

menghancurkan apa juga institusi dan nilai yang bertentangan dengannya. Umat Islam

lantaran menderita kesan dari kelemahan dan perpecahan sesama sendiri semacam

sudah lemas dan mengaku kalah lantas sanggup dicucuk hidung dan diperhambakan

dengan rela hati.

Untuk bangun kembali, umat Islam mesti mampu melahirkan generasi Al- Falah yang

mempunyai keyakinan diri yang tinggi bersumberkan Tauhid. Skima pendidikan

kepemimpinan yang bersifat tauhidic mesti diberi penekanan sebagaimana terbinanya

generasi awal Islam di zaman Ar Rasul s.a.w.

12
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

Umat mesti yakin akan formula Allah taala iaitu kemenangan dunia dan akhirat yang

memberi keseimbangan dua kekuatan yang harus diberi penekanan iaitu kemajuan

material dan pembangunan spritual. Sejarah telah membuktikan tamadun yang tegak di

atas kekuatan material semata tidak akan kekal lama selagi mana kekuatan kekuatan

spritual tidak dibina atau diabaikan.

Adalah menjadi tugas gerakan Islam menjelang alaf baru untuk menebus maruah ummah

dengan melatih generasi Al Falah untuk memimpin dunia. Umat Islam hanya boleh

menang jika syarat kemenangan dipenuhi sebagaimana fatwa Sheikh Azhar, Sheikh

Abdul Halim Mahmud ketika Perang Ramadhan - 1973 , Mesir menentang Israel yang

berbunyi ; ` kita hanya boleh menang dengan ketaatan kita kepada Allah dan dengan

kederhakaan musuh terhadap Allah. Jika kita dan mereka sama-sama derhaka, maka

merekalah milik keutamaan dan kekuatan'.

Wassalam.

Rujukan:

1. Islam, Globalization and Post Modernity, edited by Akhbar S.Ahmad and Hastings

Donnan, 1994

2. Pemikir ( April – Jun 1997) Utusan Melayu Sdn. Bhd

3. Crisis in The Muslim Mind, Abu Hamid A. Abu Sulayman, IIIT, 1994

Disediakan oleh :
Ahmad Azam Abdul Rahman
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )

13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal, PMRAM

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,

MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN

ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN

MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN

DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

14

Anda mungkin juga menyukai