Anda di halaman 1dari 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

HIJRAH AGENDA PENTING DALAM SEJARAH DAN


KEHIDUPAN UMMAH

Muqaddimah

Sejarah hijrah Rasulullah memberi pengertian yang amat besar kepada kita selaku
penerus perjuangan addin yang suci ini kerana ianya merupakan titik tolak ysng pertama
dalam menuju perubahan dan matlamat yang diimpikan. Persoalannya ,apakah kita sedar
betapa besarnya peranan sejarah untuk kita manfaatnya dan mentadbiqkannya secara
amali guna memperbaiki diri,keluarga,jamaah sama ada kecil atau besar,negeri,tanah air
serta dunia seluruhnya kearah Islam yang syumul? Atau apakah telah berpuashati
dengan keadaan kita dan negara kita yang jelasnya hanya bertopengkan Islam.

Senario Dan Sorotan Zaman Pra - Hijrah

Zaman pra –hijrah bermula di Mekah selepas Rasulullah menjadi Rasul. Bermula
dari permulaan wahyu sebagaimana yang tercatat di lembaran hadis Rasulullah di datangi
mimpi ketika fajar subuh dan baginda sentiasa berkhulwah beribadat di Gua Hira’
sehinggalah Jibril mendatangi Rasul membawa perutusan Allah Taala yang pertama.
Sejarah yang berlaku lebin kurang 1416 tahun yang lalu sentiasa segar di ingatan kita
namun entah dimana silapnya sejarah Rasul yang sepatutnya diulang lakon untuk kita kali
kedua seolah-olah menjadi beku dan terus beku dan hanya tinggal di helaian sejarah
sahaja.
Secara umumnya peringkat dakwah Rasul terbahagi kepada empat peringkat.
Peringkat pertama dan kedua yang awal berlaku di Mekah iaitu peringkat dakwah secara
sembunyi dan secara terang-terangan. Perkara pokok diawal dakwah Rasulullah ketika ini
ialah menanam asas aqidah yang kukuh lagi utuh di dalam jiwa setiap individu muslim.
Pada peringkat dakwah peringkat awal ini, antara sahabat-sahabat yang menerima
dakwah ini ialah Khadijah bt Khuwailid,Ali bin Abi Talib, Abu Bakar bin Abi Qahafah,
Uthman bin Affan, Zaid bin Harisah , Abdul Rahman bin Auf, dan lain-lain lagi .Dan pusat
talaqi mereka bersama Arsullah ialah dirumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Hampir 40
orang berjaya diislamkan pada peringkat poertama yang memakan masa lebih kurang 3
tahun ini.

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Peringkat dakwah yang kedua ialah menyeru secara terang-terangan. Dan di


sinilah bermulanya era penentangan yang semakin hari semakin hebat yang dilancarkan
oleh kuffar Quraish. Mereka cuba untuk membunuh Rasulullah namun tidak berjaya .
Justeru jalan yang lebih bersifat menyeksa di ambil melalui cara yang terancang dengan
memeterai sebuah piagam yang menyekat Bani Hasyim dan Bani Mutalib dari sebarang
hubungan dengan qabilah yang lain. Piagam ini memutuskan sebarang perhubungan
pernikahan, muamalah perniagaan dan menyekat sebarang sumber rezeki kepada yang
terlibat. Sehinggalah diriwayatkan bahawa mukminin ketika itu terpaksa memakan daun-
daun pokok. Kalaupun terdapat muamalah yang berlaku , barang-barang dijual dengan
harga yang berlipat kali ganda dari harga asal dan akhirnya bapa-bapa terpaksa pulang
menemui anak-anak mereka yang kelaparan dengan tangan kosong dan air mata.
Piagam berkuat kuasa pada Muharram tahun ke 7 kerasulan sehinggalah tahun 10.
Desakan dan tekanan yang amat hebat inilah yang akhirnya memaksa Rasulullah
memerintahkan mukminin berhijrah ketenpat di luar Mekah memandangkan keadaan
mereka yang amat daif dan memilukan lantaran menghadapi penyeksaan Quraish. Pada
zaman inilah ramai yang syahid di tangan Quraish kerana bertegas mempertahankan
aqidah suci walaupun hatta berbekalkan kalimat . ‫أحد‬... ‫ أحد‬.Antara mereka yang
berjaya dikurniakan penghormatan syahid di bumi Mekah ialah keluarga Yasir dan ramai
lagi. Keadaan ini berterusan sehinggalah Allah mewahyukan kepada Rasullah supaya
berhijrah ke Madinah.

Kronologi Peristiwa Yang Mendesah Hijrah.


Hijrah mukmin yang pertama.
Hijrah yang pertama di zaman Rasulullah berlaku pada bulan rejab tahun ke 5
kebangkitan Rasulullah iaitu seramai 10 lelaki dan 4 perempuan yang di ketuai oleh
sahabat yang bijak iaitu Jaafar bin Abi Talib ke Habsyah. Raja Habsyah ketika itu ialah
Najasyi seorang ahli kitab yang akhirnya menerima islam selepas dialog dengan ketua
muhajirin itu. Namun mereka kembali ke Mekah pada bulan Syawal tahun yang sama
kerana ditipu dengan berita palsu bahawa semua penduduk Mekah telah memeluk Islam.
Antara sebab Habsyah menjadi pilihan Rasulullah untuk tapak hijrah ialah kerana Raja
Najasyi ialah seorang ahli kitab. Selain itu, beliau beliau juga merupakan raja yang adil
kerana tidak menzalimi rakyat di samping perjalan yang dekat untuk kesana. Faktor lain
yang tidak kurang pentingnya ialah kerana urusan pentadbirannya tidak di pengaruhi
dengan mana-mana qabilah arab.

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Hijrah ke Habsyah kali kedua ialah seramai 82 atau 83 orang lelaki dan 18 orang
perempuan . Mereka kembali semula ke Mekah pada tahun 7 hijrah seramai 33 orang
selepas mendengar izin daripada Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah. Namun
setengah daripada mereka terus barhijrah ke Madinah selepas beberapa orang daripada
mereka di tahan ketika memasuki Mekah. Mereka yang tidak bersama 33 orang ini terus
menetap di Habsyah dan telah berhijrah ke Madinah pada tahun ke 7 hijrah yang di ketui
oleh Jaafar bin Abi Talib. Desakan terhadap hijrah pada waktu ini tidak lain hanyalah
kerana belas kasihan Rasullullah terhadap penyeksaan yang dihadapi oleh mukminin
dalam mempertahankan aqidah mereka.

Tahun Dukacita (‫)عام الحزن‬

Pada tahun ke 10 kerasulan Rasulullah , Isteri baginda Khadijah bt Khuwailid telah


kembali menemui Tuhannya. Lewat sebulan 5 hari ia diiringi pula dengan kematian bapa
saudara baginda Abi Talib . Pemergian kedua-kedua orang yang amat besar jasa dan
pengorbanannya terhadap Rasulullah dan dakwah Islam ini tanpa di duga telah
meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap Rasulullkah,pihak Quraish telah
mengambil kesempatan untuk menyeksa fizikal dan spritual Rasulullah dan kaum
muslimin hatta mereka tidak segan silu untuk mengadakan sekatan yang tidak pernah
difikirkan sebelum ini. Hilanglkah segala pertolongan manusia dan yang tinggal hanyalah
Allah Taala dan orang-orng mukmin yang bersama baginda.
Pada zaman ini juga baginda juga nenerima utusan pertama yang luar dari Mekah
iaitu 30 orang lelaki Nasrani dari Habsyah yang datang menghadap baginda bersama-
sama Jaafar yang kembali ke Mekah. Utusan ini mendengan kalimat-kalimat mukjizat Al-
Quran yang telah megikat hati mereka umntuk memeluk Islam.

Hijrah Rasulullah ke Taif.


Rentetan kezaliman Quraish terhadap Rasulullah dan dakwah baginda, Rasul
dengan hati yang pilu cuba mengarah dakwah pilu ini ke Taif yang di pimpin oleh Bani
Thaqif. Namun baginda tidak mendapat tempat di hati pemimpin tersebut bahkan mereka
menolaknya dengan kasar. Keadaan Rasulullah yang hanya ditemani oleh Zaid bin
Harisah amat genting di tambah pula dengan kebimbangan baginda jika Quraish dapat
mengesan usaha baginda yang cuba untuk memanjangkan dakwah ke Taif .Akhirnya
Baginda terpaksa keluar dalam keadaan dicaci dan dihina dan di perolok-olokkan oleh
kanak-kanak dn penduduk Taif sambil di lontari oleh batu di sepanjang perjalanan

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mereka. Harapan Rasulullah untuk mendapat nafas baru dalam dakwah berkecai dengan
tindakan mereka.
Rasulullah yang berdarah kakinya walaupun cuba untuk dilindungi oleh Zaid telah
berteduh di sebuah kebun anggur milik Utbah bin Rabiah. Disinilah baginda melafazkan
doanya yang terkenal yang merupakan tawajjuh dan pengaduan kepada Allah bukan
kerana tidak sabar tetapi guna untuk meneguhkan hati. Pemilik kebun tersebut
mengutuskan Adas hamba Nasrani untuk memberi anggur kepada Rasulullah yang
akhirnya membawa kepada pengislaman tatkala mendengar kalimat ‫ بسم أهلل‬yang
diucapkan oleh Rasul ketika hendak memakan anggur tersebut Disinilah baginda diberi
peluang oleh malaikat untuk memusnahkan kaum Taif , namun Rasulullah memilih untuk
diselamatkan kaum yang tidak ,mengetahui itu dan berharap agar lahir dari sulbi mereka
agar anak-anak mereka yang menyembah Allah dan tidak menyekutukkan Nya. Suatu
peristiwa yang menarik ketika Rasul menerima ujian hebat ini, baginda terus solat
memohon pertolongan Allah di tengah malam . Keadaan baginda inilah yang telah
disaksikan oleh para jin yang mendengar bacaan Rasullah di dalam solatnya dan telah
mengundang kelembutan di hati mereka menerima Islam . Baginda kembali ke Mekah
secara sembunyi-sembunyi penuh perancangan dengan pertolongan sahabat yang
bernama ‫مطعم بن عدى‬
‫االسراء والمعراج‬
Sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran bahawa Allah telah
memperjalankan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan telah
mengangkat baginda meniti lapisan-lapisan langit di alam tinggi yang terakhir di Sidratul
Muntaha iaitu tempat terhentinya ilmu segala makhluk langit dan bumi . Semua itu
berlaku mengikut riwayat Ibn Saad lebih kurang 18 bulan sebelum hijrah. Rasulullah telah
di bedah di dada dan telah di basuh dengan air zam-zam buat kali kedua sebelum
diangkat buat kali kedua untuk bertemu dengan Allah. Pembedahan ini adalah untuk
penyucian hati baginda yang telah sedia suci semata-mata untuk menghadapi pertemuan
dengan Allah. Di sinilah fardhu solat di terima buat ummat ini dengan merakamkan
petikan syahdu dialog Rasulullah itu didalam tasyahud solat.
Di waktu perjalanan inilah Rasulullah menyaksikan pelbagai keadaan umatnya
sama ada yang menerima pembalasan baik sebaliknya pada masa yang dijanjikan
kelak. Pada keesokan harinya baginda menceritakan pengalaman baginda yang
merupakan ujian keyakinan besar terhadap orang yang beriman untuk menjauhkan hati
mereka dari orang kufar yang berat dengan kekufuran. Bagi telah dibenarkan oleh

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mukminin tetapi telah didustakan malah diperolok-olokan oleh kuffar dengan berita ajaib
yang direkakan.
Rasulullah yang telah menerima ujian yang menimpa-nimpa sebelumnya. Hati
baginda Peristiwa mukjizat yang agung ini telah memberi erti yang mendalam didalam jiwa
yang mengalami kesedihan akhirnya ditawarkan bahkan diraikan dengan penghormatan
yang gilang-gemilang yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Inilah peristiwa yang pertama
dan terakhir dalam sejarah bumi dan langit dan Rasul kita telah melalui dengan penuh
penghormatan dan kesyukuran.

‫بيعة العقبة األولى والثانية‬


Inilah permulaan Islamnya penduduk Madinah . Peristiwa unit bermula pada tahun
11 kerasulan apabila rasullulah menyebarkan dakwah kepada jemaah haji yang datang ke
Mekah. Rasul telah bertemu dengan beberapa daripada qabilah Khazraj dan menyeru
mereka kepada Islam dan mereka telah menerimanya . Pada waktu itu, di Madinah ,
kaum yahudi menguasai kekayaan negara dan pastinya mereka memzalimi qabilah lain
sebagimana sedia yang di ketahui keadaan mereka.
Bai’ah Aqabah pertama ialah pada tahun 12 hijrah di Aqabah yang melibatkan 12
orang lelaki Madinah. Mereka menerimanya dengan senang hati sebagai melengkapi
kesinambungan dakwah dan pengajarannya Rasulullah telah mengutus Mus’ab bin Umair
untuk mengajar kepada mereka . Antara mereka itu ialah Ubadah bin Somit, Rafi’bin Malik
dan lain-lain.
Bai’ah Aqabah kedua berlaku selepas selesai haji . Bai’ah ini diantara Rasulullah
yang ditemani Abbas bin Abdul Mutallib bersama 71 lelaki dan 2 orang perempuan iaitu
Nusaibah binti Kaab dan Amru bin Adiy. Selepas selesai bai’ah mereka semua kembali ke
Madinah dan terus menyebarkan agama ini kepada qabilah masing-masing dengan
jayanya.

Hijrah Rasullah ke Madinah.


Situasi kehidupan mukmin ketika ini bertambah terseksa dengan perlakuan
kebinatangan kufar Quraish yang terus menyeksa mukminin. Ia berleluasa sehinggalah
Rasulullah megizinkan mereka berhijrah ke Madinah. Antara mereka yang awal berhijrah
kesana ialah Abu Salmah bin Abdul Asad, Amir bin Rabiah bersama isterinya Laila binti
Hasmah. Abu Bakar juga meminta untuk berhijrah tetapi ditahan untuk berhijrah. Melihat
ramainya mukminin berhijrah, kuffar berasa bimbang dan akhirnya mendapat kata sepakat

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

untuk membunuh Rasulullah. Persetujuan itu dicapai di rumah Kusai bin Kilab dan ,mereka
bersetuju mengambil seorang pemuda dari setiap qabilah untuk melaksanakan rancangan
ini.
Pada malam yang telah dijanjikan Jibril pun mendatangi Rasulullah dan menyuruh
nya berhijrah dan tidak tidur di tempat tidur baginda sebaliknya di ganti oleh Ali bin Abi
Talib. Pada waktu itu,rumah Rasulullah telah di kepung oleh kuffar yang telah ditugaskan
untuk membunuh baginda. Namun akhirnya dengan pertolongan Allah , Rasulullah telah
selamat keluar dari rumahnya dan menuju ke Gua Thur bersama Abu Bakar pada Rabiul
Awal pada 622 Masihi bersamaan13 tahun kerasulan.Abu Bakar terlebih dahulu masuk ke
dalam gua bagi memastikan keselamatan Rasulullah . Akhirnya mereka bermukim di sana
selama tiga hari dan Abdullah bin Abu Bakar datang membawa perkhabaran dari Mekah.
Kuffar cuba untuk menjejaki Rasulullah namun mereka tidak bertemu lantaran
pertolongan AllahTaala. Rasulullah telah meminta pertolongan Abdullah bin Arqat dari
kalangan Musyrikin yang boleh dipercayai untuk menjalankan jalan rahsia menuju
Madinah.
Pada ketika itu juga Suraqah bin Ja’syam membuat cubaan untuk membunuh
Rasulullah tetpi tidak berjaya dan akhirnya beliau menyatakan keIslamannya. Rasulullah
sampai di Quba’ dan tinggal beberapa hari di sana dan seterusnya membina masjid
Quba’ . Kemudian baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dan sampai pada malam
ke 12 Rabiul Awal dan di sambut oleh penduduk Madinah . Semua penduduk berharap
agar Rasulullah bermukim di rumah mereka tetapi akhirnya Rasulullah bermukim di
rumah Abu Ayub Al-Ansori . Sambutan terhadap Rasulullah telah diadakan dengan penuh
kesyukuran dan kegembiraan kerana jejak baginda memang telah sedia dirindui oleh
penduduk Madinah. Tiada kegembiraan seumpamanya dan mereka terus melaungkan
tanda syukur dan gembira itu dengan irama yang indah dan mendayu….
‫من ثنيات الوداع‬ ‫طلع البدر علينا‬
‫ما دعا هلل داع‬ ‫وجب الشكر علينا‬
‫جئت بألمر المطاع‬ ‫أيها المبعوث فينا‬

Zaman Selepas Hijrah.

Selepas berhijrah kehidupan mukminin telah berubah corak daripada disakiti kepada
hidup aman damai setelah terbinanya daulah Islamiah yang pertama. Di sinilah wujudnya
masyarakat madani yang menjadi model tauladan untuk negara Islam sepanjang zaman.

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pada peringkat ini Rasulullah menjadi ketua negara dan bagindalah yang merancang
dasar-dasar negara berlandaskan hukum Allah Taala dan Ketetapannya. Kaedah sulbah di
bina untuk menguatkan negara iaitu membina masjid, mempersaudarakan Muhajirin dan
Ansar dengan ikatan saudara seaqidah yang kukuh dan memeterai perjanjian dengan
kaum Yahudi di Madinah. Tiga asas awal yang diletakkan oleh baginda ini adalah untuk
mengukuhkan negara Madinah yang baru terbina .
Selepas itu mukminin telah dibenarkan berperang mempertahankan diri dan
seterusnya berperang dengan sesiapa yang menjadi penghalang kepada dakwah.
Keadaan ini terus berlaku sehingglah empayar islam luas dan akhirnya baginda wafat
setelah sempurna menjalankan amanah Allah dengan sebaik-baiknya.

PENGAJARAN UMUM BUAT UMMAT INI.

Sirah perjalanan hidup Rasulullah sewajarnya malah wajib dijadikan ikutan ummat
islam seluruhnya . Jejak-jejak risalah harus dikaji dan direnungi dengan penuh keinsafan
dan kesedaran untuk kembali meneruskan perjuangan suci menegakkan addin ini. Sejarah
hijrah Rasulullah yang disorot dalam bentuk umum ini hanyalah sebagai pencetus rasa dan
motivasi ke arah boleh mengenali peribadi Rasulullah dan golongan yang bersama baginda
di abad pertama Islam. Apatah lagi sebagai golongan yang memikul beban yang
mendalami agama, kita perlu hadir dalam sirah perjuangan rasul biarpun hanya bayangan
seterusnya menjadikan ianya kenyataan buat kali kedua.
Dunia Islam sedang bergolak tanpa di ketahi bila sudahnya sedang kita memandang
segalanya tanpa sebarang rasa dan usaha . Sejarah hijrah hanya kita ukirkan di lembaran
kertas dan bicara. Maka hari ini sewajarnyalah kita melontar segala rutin warisan itu jaun
dari hidup ini .Marilah… kita membina generasi islam yang baru seperti yang telah di ajar
oleh Rasulullah dan titik mula pembinaan generasi itu tentunya bermula dari kita.
Bersamalah kita membakar semangat dan pengorbanan di dalam diri dengan
mengambil Al-Quran sebagai panduan , Sunnah sebagai ikutan. Jadikanlah diri kita cermin
kepatuhan Al-Quran dan Sunnah yang berjalan di muka bumi ini .Seharusnya kita berhijrah
dari sebarang kepincangan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih
baik dan seterusnya yang terbaik. Segala sifat negatif kita gantikan dengan sifat positif,
yang suka berprasangka diubah menjadi sebaliknya yang malas diubah menjadi rajin, yang
tidak ikhlas diubah kepada keikhlasan yang suci dan lain-lain.Ingatlah bahawa berpegang
dengan aqidah dan akhlak islamlah, persaudaraan islam dapat dicapai sebagaimana yang
disaksikan di dalam sejarah,

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Namun kesakitan dan goncangan perasaan perlu dirasai sebelum merasai


kemanisan selepas alam hijrah. Inilah dugaan yang mesti sedia ditempuhi oleh muslim
demi menguji iman , menghapus dosa dan menaikkan tarafnya di sisi Allah . Berpantang
hijrah tanpa menderita kepedihan dan ingatlah semua bentuk dan rentetan ujian tu
memang di rancang oleh Allah kerana beban kemenangan yang menanti terlalu besar dan
hanya dapat dipikul oleh mereka yang telah melalui hijrah .

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai