Anda di halaman 1dari 12

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

KE ARAH PENYEMPURNAAN METHODOLOGI


PENGURUSAN DAKWAH

MUQADDIMAH

Methodologi atau kaedah pengurusan dakwah adalah dua perkara yang penting
yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh para daie’. Dakwah yang mempunyai method
dan tuju sasar serta pengurusan yang cemerlang merupakan wasilah untuk mencapai
matlamat yang dirancang.

Kita sering melihat ramai pendokong gerakan Islam yang gugur dari medan juang
mereka. Di antara faktor-faktornya ialah kelemahan mereka merealisasikan method
dakwah dan juga pengurusan yang tidak bijak. Oleh kerana itu marilah kita renungi
sepotong ayat Al Quran berhubung hal itu.

‫إن الله يحب الذي يقاتلون في سبيله صفا كأنه بنيان مرصوص‬

(4 : ‫) الصف‬
Oleh kerana itu, berdasarkan kepada ayat di atas jelas kepada kita betapa
pentingnya “Jundullah” serta “Qiadahnya” mempunyai sikap keprihatinan terhadap jemaah
yang didokong.

1.0 BAGAIMANA MELAHIRKAN METHODOLOGI DAKWAH DAN


WASILAHNYA

Methodologi beRerti kaedah atao formula dimana ianya satu ilmu yang berkait
dengan kaedah menyampaikan dakwah. Manakala wasilah ialah sesuatu yang boleh
membantu daie’ untuk mencapai matlamat dakwah apabila bersemuka dengan mad’u.

1.1 SUMBER-SUMBER METHOD DAKWAH

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

i) AL QURAN AL KARIM
Di dalam Al quran menagndungi banyak uslub atau method dakwah dan juga
wasilah menyampaikannya. Rasulullah saw telah diceritakan oleh Allah swt akan
perjuangan para anbiya’ dan rasul-rasul sebelumnya yang telah menjalankan kegiatan
dakwahnya kepada ummatnya sehingga terpaksa berhadapan dengan penderitaan dan
ancaman musuh.

Allah swt menceritakan kisah perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi
Muhammad saw adalah agar kita mengambil pengajaran dan intifadah-intifadah yang
perlu diterapkan ke dalam diri. Sehubungan hal ini, Allah swt menyatakan di dalam Al
Quran :

‫وكل نقص عليك من أنباء الرسول ما تثبت بههه فههؤادك وجههاءك فههي هههذه‬
‫الحق وموعظة وذكرى للمؤمنين‬
(120 : ‫)هود‬
Dari apa yang diceritakan oleh Allah swt di dalam Al Quran, semoga kisah-kisah
ummat terdahulu menjadi petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang berakal waras
selaku jundullah yang tidak mengenal erti keperitan perjuangan sehingga menitiskan
darah yang terakhir yang bakal menjadi saksi di mahkamah Allah swt.

ii) AS-SUNNAH NABAWIAH

Sesungguhnya Sunnah Nabi dan sirah perjuangannya sama ada ketika baginda
berada di Mekah atau di Madinah juga merupakan qudwah hasanah yang sayugianya
dijadikan method dakwah para daie’ di sepanjang zaman atau di mana-mana pelusuk
dunia mereka berada berdasarkan zuruf tertentu. Tugas berdakwah memerlukan
kebijaksanaan seperti yang diterangkan di awal perbicaraan kita, sehubungan dengan ini,
Allah swt mendedahkan di dalam Al Quran :

‫ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هههى أحسههن إن‬
‫ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بلمهتدين‬

(125 : ‫)النحل‬

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

iii) SIRAH SALAFUS SOLEH

Di dalam sirah golongan salaf yang terdiri daripada ulama’ besar serta golongan
mukmin, kita melihat banyak perkara pokok dan penting di dalam selok belok dakwah. Di
sana terdapat berbagai-bagai pengajaran yang menjadi contoh kepada daie’ untuk diambil
intipati method dakwah yang mereka ketengahkan di mana golongan salaf ini, merupakan
orang yang paling mengetahui di sudut hukum syara’ dan juga fiqhud dakwah dallah.

iv) ISTAMBATH HUKUM DARI ULAMA’ FEQAH

Para fuqaha’ telah mengistimbathkan hukum syara’ daripada dalil syara’, contohnya
hukum-hukum yang berhubung dengan tugas berdakwah adalah seumpama Amar ma’ruf
dan Nahi mungkar. Maka kita wajib mempelajari dan mempraktikkan segala method
dakwah yang telah dikaji dan direalisasikan oleh mereka, seumpama kita melakukan
ibadah kepada Allah swt seperti berzikir, berpuasa dan juga bermuamalat atau sesuatu
yang berkait dengannya.

v) MELALUI PENGALAMAN DAN EKSPERIMEN

Pengalaman daie’ menyebarkan risalah Islam merupakan eksperimen atau


percubaan dan uji kaji yang penting dimana ia mampu berhadapan dengan ujian
ketahanan mental dan pengorbanan jasad sehingga menggadaikan nyawa di tangan
musuh.

Untuk mencapai target dakwah, kita hendaklah memiliki persediaan-persediaan


rohani dan jasmani. Kini fahamlah kita betapa bukan sahaja pentingnya kekuatan jasad
dan roh tetapi kekuatan dan kecanggihan peralatan menentang musuh perlu diberi
perhatian sewajarnya. Kalau di zaman Rasullulah saw jundullah berperang menggunakan
kuda dan pedang tetapi pada zaman moden kini, kita perlu menggunakan kereta kebal,
jet, peluru scud dan senjata-senjata lebih canggih dan terkini menjadi bekalan utama.

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Akan tetapi, kita perlu faham kemenangan Islam bukanlah berpunca dari
persediaan canggih atau tentera yang ramai, sebaliknya keimanan yang mantap adalah
resepi utama untuk menentukan menang kalahnya Islam selain persediaan yang
disebutkan di atas.

Demikian juga dengan disiplin. Kisah kekalahan tentera muslimin di dalam


peperangan Uhud menjadi pengajaran kepada kita betapa pentingnya disiplin dan
kepatuhan kepada ketua. Punca kekalahan peperangan tersebut adalah tidak patuh
kepada ketua di mana Rasulullah saw ketika itu selaku ketua perang. Ringkasnya disiplin
sangat penting dalam semua aspek.

1.2 METHODOLOGI MENYAMPAIKAN DAKWAH

Method seruan dakwah adalah banyak. Antara yang dapat di kemuka disini ialah
seperti berikut :

Daei’ hendaklah mengenal punca penyakt dan ubatnya.

Daei’ adalah seumpama doktor kepada pesakit yang bertugas merawat


pesakitnya dari menderita kesakitan seterusnya menyembuhkan penyakit dengan
izin Allah swt. Demikianlah daei’ mempunyai satu wazifah yang besar sebagaimana
doktor, dimana daei’ berperanan mengubat penyakit hati manusia. Hati manusia
yang sentiasa kotor dengan maksiat dan kemungkaran. Hati yang melantik nafsu
sebagai tuhannya. Hati yang sentiasa diarah kufur dari mentaati Allah swt. Bertitik
tolak dari situ, para daei’ sewajarnya mengetahui penyakit yang dijangkiti virus
dimana ianya menguasai hati dan diri manusia itu. Sementalahan itu kita hendaklah
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menangani jangkitan virus agar mad’u
tidak dihinggapi penyakit yang lebih serius.

Apakah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit tersebut ?


Jawapannya tidak lain hanyalah keimanan kepada Allah swt. Iman dan aqidah
kukuh dan jitu merupakan suntikan paling ampuh dan berkesan untuk
menghindarkan jangkitan virus yang mana syaitan menjadi telunjuknya bagi

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mengkufuru Allah swt. Demikianlah ubat para nabi dan rasul kepada kaum mereka.
Sebagai contoh sejenis ubat yang digunakan oleh Nabi Nuh a.s :

‫يا قوم اعبدوا الله ما لكم من اله غيره إني أخاف عليكم عذاب يوم عظيم‬

(59 : ‫)العرف‬

Di antara lain method dakwah ialah dengan cara hikamh seperti mana
firman Allah swt :

‫ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحس‬

(125 : ‫)النحل‬

Kaedah hikamt disini hendaklah digunakan berpandukan zuruf dan kadar


yang sesuai dilaksanakan oleh daei’ di satu-satu tempat atau mad’u sendiri.
Adakalanya kita perlu menggunakan teknik secara kasar atau lembut dan
adakalanya perlu dengan cara menakut-nakutkan atau menggembirakan mad’u.

Andaikata mad’u tersebut golongan kuffar yang menentang Islam, maka


hendaklah kita memerangi mereka. Sehubungan ini Allah swt menyatakan kepada
Rasulullah saw :

‫وجاهدكم به جهادا كبيرا‬

Memberi nasihat dan pengajaran yang baik

Method yang paling besar kesannya di dalam berdakwah ialah memberi


nasihat yang baik. Daei’ perlu meluahkan kata-kata yang enak dan menyenangkan
hati mad’u apabila mendengarnya. Ianya bertambah lembut untuk menerima
dakwah.

Seorang ulama’ yang bernama Dr. Abdul Rauf Syalbi. Menyentuh hal ini
dalam bukunya berjudul “Dakwah Islamiyyah”. Tabiat kata-kata yang lembut dan

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

sopan yang masuk ke lubuk hati mad’u bioleh mententeramkan jiwa yang hangat,
boleh menyentuh perasaan dengan kelembutan ayat-ayat yang digunakan dan juga
boleh menghidupkan hati dan menolak kearah perasaan roh dakwah serta mampu
menyuburkan daya fikir yang matang ekoran ketenagan hati.

1.3 WASILAH-WASILAH DAKWAH

Setelah kita membicarakan berhubung dengan methodologi dakwah fillah, maka


disana perlu disusuli dengan wasilah-wasilahnya di mana di antara method atau uslub dan
wasilah mempunyai kaitan rapat umpama isi dengan kuku.

Antara wasilah dakwah yang terpenting adalah seperti berikut :

• Seruan dengan lisan


• Seruan dengan amalan

Pertama : Seruan dengan lisan

Seruan dakwah melalui kata-kata adalah asal penyampaian mesej dakwah ilallah.
Oleh itu asal kalamullah adalah perintah menuntut ilmu dengan membaca sepertimana
firmanNya :

‫إقرأ بإسم ربك الذى خلق خلق النسان من علق إقرأ وربك الكرام الذى علم بالقلم علم النسان ما‬
‫لم يعل‬

(4-1 : ‫)العلق‬

Bukan sahaja Rasulullah saw diperintah oleh Allah swt menyampaikan dakwah
melalui kata-kata, tetapi rasul-rasul sebelumnya juga turut diperintah berbuat demikian
misalnya nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan sebagainya. Inilah wasilah asa Berdakwah melalui
lisan mempunyai banyak kategori . Antaranya ialah :

i) Melalui Khutbah .

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ini adalah bentuk yang paling baik di dalam menyebarkan daawah sekiranya kita
memperlengkapkan khutbah yang kaitan dengan kehidupan masyarakat dengan
mengambil nas-nas atau amanat-amanat yang terkandung di dalam Al-quran , hadis ,
sirah sahabat-sahabat dan auliya’ Allah serta para solihin.

ii) Bentuk perbincangan dan perbahasan diantara satu dengan lain .

Istilah perbincangan atau perbahasan lazimnya melibatkan dua orang atau dua
kumpulan tertentu dimana kedua kumpulan tersebut mengutarakan hujjah masing-
masing .Oleh itu diantara wasilah daawah adalah seperti dinyatakan itu

Rasul-rasul melakukan aktiviti daawah adalah secara yang sedemikian ,


perbincangan dan perbahasan diantara puak muslimin dan kuffar . Contohnya pernah
dilakukan oleh Nabi Hud bersama kaumnya , Nabi Solih bersama kaumnya dan lain-lain
nabi turut tidak ketinggalan menggunakan wasilah demikian .
Rasulullah s.a.w juga disuatu ketika pernah berbahas dengan penduduk makkah .

Kedua : Seruan dengan amalan .

Wasilah berdakwah melalui anggota. Sebagai mencegah kemungkaran dan


menegakkan yang maaruf . Ini adalah peringkat daawah yang sewajibnya dimalkan oleh
para duat berdasarkan kemampuan dan mengikut kesesuaian .

1.4 PENGURUSAN DAKWAH .

Duat yang menjadi penyokong gerakan islam sewajarnya mengendalikan


perancangan dan pengurusan dakwah .

Pengurusan ditaarifkan sebagai proses merancang , menyusun , mengawal dan


memimpin sebuah organisasi untuk mencapai matlamt yang ditetapkan .Daripada taarifan
ini kita dapat melihat pengurusan dakwah merangkumi pelbagai aktiviti dan penyusunan
segala sumber organisasi ,termasuklah tenaga manusia .Titik permulaan aktiviti
pengurusan ialah perancangan .Tanpa perancangan ,sesuatu perkara itu tidak dapat
diuruskan dengan baik .

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

PERKARA-PERKARA YANG PERLU SEBELUM MERANCANG :

i) DISIPLIN :

Untuk melihat perancangan dapat dihasilkan dengan baik ,seharusnya duat


mendisiplinkan diri dan bersikap sabar .Lazimnya orang-orang yang gopohdan kucar-kacir
dengan kerjanyan tidak dapat melakukan perancangannya dengan baik .disiplan sangat
penting terutamanya pada peringkat perlaksanaan .

ii) MASA :

Masa yang diperuntukkan kepada proses merancang mempengaruhi sesuatu


perancangan .Duat memerukan masa secukupnya untuk mengkaji dan menganalsis
maklumat dan keadaan yang dihadapi oleh dakwah sebelum membuat sebarang rumusan
mengenai matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang ingin diambil .Sekiranya masa
yang diberikan terlalu sedikit ,besar kemungkinan perancangan yang dirumuskan akan
berdasarkan andaian-andaian serta kefahaman realiti dakwah yang kurang tepat .

iii) MAKLUMAT :

Perancangan perlu penganalisaan maklumat kerana maklumat yang kita gunakan


akan mempengaruhi kualiti perancangan kita .Maklumat yang dianalisis itu seharusnya
tepat dan terkini .Pada ketika yang sama ,jumlah maklumat yang dapat kita perolehi akan
bergantung kepada masa yang diberi kepada kita untuk mencari maklumat berkenaan
.kadang –kala dalam situasi yang terdesak kita terarah maembuat keputusan dengan
cepat dan dengan itu keputusan itu akan lebih banyak bergantung kepada andaian-
andaian ataupun pengalaman-pengalaman yang lalu .

ii) PERMASALAHAN DAN PERANCANGAN DAKWAH .

Setiap gerak-kerja yang akan dilakukan biasanyan dihantui oleh permasalahan –


permasalahan hatta didalam merancang kegiatan dan hala tuju daawah itu sendiri pun
tidak lari daripada masalah-masalah yang mana meskipun kecil tetap dengan sebab
situasi yang tertentu boleh membantutkan atau menjejaskan perancangan yang di buat.

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Di sini kita akan membincangkan masalah-masalah yang mungkin wujud dalam


perancagan daawah .Secara amnya ,boleh dikategorikan kepada empat masalah utama :

i) KELEMAHAN DALAM PERANCANGAN .

Kelemahan dalam perancangan lazim bermula kerana ketiadaan landasan yang


jelas dalam perangan yang dibuat . Oleh sebab itu ,usaha perancangan lebih tertumpu
kepada urusan semasa dan perancangan jangka panjang kurang diberi perhatian .segala
aktiviti yang dirumuskan tertumpu kepada memenuhi keperluan kini di sini tanpa
pengurusan yang jelas daam konteks jangka panjang .
Di antara lain sifat perancangan yang lemah ialah apabila perancangan itu terlalu umun
sehingga ahli-ahli tidak dapat melihat apakah peranan mereka .

ii) KELEMAHAN DALAM PERLAKSANAAN .

Kelemahan perlaksanaan adalah di antara kelemahan paling utama yang lazim dan
cepat menyebabkan sesuatu perancangan itu gagal .kerap berlaku kelemahan
perlaksanaan berpunca dari masalah komunikasi .kelemahan dalam komunikasi wujud
sama ada dalam bentuk ketiadaan komunikasi atau komunikasi yang tidak berkesan
.Masalah tiada komunikasi yang berkesan ialah perkara yang rutin berlaku di dalam apa-
apa pertubuhan .

Pemimpin sebuah organisasi barangkali acapkali mengadakan mesyuarat dan


membuat berbagai resolusi .Namun ahli-ahli tidak mengetahui langsung mengenainya
.Adakala ,mereka ditaklifkan melakukan sesuaetu tidak turut mendapat maklumat yang
sewajarnya .Akhirnya perancangan berkenaan tidak terlaksana .

iii)KELEMAHAN DALAM PENGAWALAN .

Pengawalan yang efektifadalah penting kerana ia dapat membantu kita memastikan


segala yang dilaksanakan melahirkan natijah seperti yang dirancang dahulu .

Diantara faktor utama kegagalan pengawalan ialah kesibukan yang keterlaluan


dikalagan mereka yang bertanggungjawab untuk merancang .Perkara ini merupakan
masalah besar apabila gerakan islam mula membesar dan mempelbagaikan ruang

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

penglibatan .masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan sebuah badan yang


bertanggungjawab untuk melakukan pengauditan prestasi .

Peranan utama badan ini ialah untuk membantu kerja-kerja perlaksanaan dan
seterusnya mengawal perjalanan jawatankuasa di organisasi dan di peringkat kawasan
atau daerah .

iv) KELEMAHAN DALAM PENYELARASAN .

Aktiviti perlaksan dan pengawalan mestilah diselaraskan yang mana kedua-dua


gerakkerja tersebut merujuk kearah kerja menyusun dan mengatur kerja buat dengan
harmonis . Diantara lain ,kaedah terpenting ialah dengan mewujudkan polisi-polisi dan
peraturan-peraturan serta mengaddakan mekanisma penyerasan umpamanya majlis-
majlis perbincagan dan pengawasan .

Satu masalah utama dalam penyelrasan ialah kelemahan komunikasi seperti yang
di bincangkan sebelun ini .,dimana kelemahan ini melibatkan komponan-komponan dalam
organisasi .Tidak sedikit berlaku masalah penyelarasan muncul di satu bahagian apabila
sesuatu jawatan kuasa menjalankan tugas mereka atau tidak melakukannya menurut
yang dijadualkan .

1.5 KECEMERLANGAN DALAM KONTEKS PENGURUSAN DAKWAH.

Dalam konteks pengurusan organisasi dakwah atau gerakan islam kecemerlagan


pengurusan dilihat dari tiga aspek :

Keupayaan organisasi melahirkan suasana pngabdian kepada Allah di kalagan ahli .

Tujuan asa penubuhan jamaah islam adalah untuk mengajar manusia agar
mengabdikan diri kepada Allah swt .Matlamat ini merupaka satu asa dalam apa jua kerja-
kerja islam .

Di sudut organisasi dakwah ,konsep ini membawa makna bahawa organisasiitu


mestilah berperanan sebagai sebuah wadah yang memudahkan usaha ahli-ahli untuk

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

memberikan dakwah .Peranan yang sedemikianlah yang membantu duat menghayati


pengabdian kepada Allah swt .

Pertubuhan dan pencapaian matlamat kerja :

Sesungguhnya matlamat organisasi seharusnya menekan aspek perkembagan


.Manakala perkembagan organisasi dakwah hendaklah diukur dari sudut pertambahan ahli
,aktiviti pengaruh dalam masyarakat dan sejauh mana risalah yang di bawa oleh
organisasi itu kian tersebar ke dalam masyarakat .

iii)Organisasi dakwah sayugianya mampu membin\mbing dan mengarah usaha-usaha


ahli-ahli secara optimum. Inilah hakikat kerja berorganisasi ,menyatukan ahli-ahlinya dan
menguruskan usaha-ausaha yang kolektif dan efektif .Hal ini penting diberi perhatian
kerana dakwah sentiasa dijalankan dengan sumber yang terhad .Sebarang sumber
terutamam tenaga manusia yang empat kerat ,hendaklah digembelikan secarac optimum.
Pengabaian tenaga dan potensi ahli-ahli adalah suatu pembazran kepada umat islam itu
sendiri .

1.6 PENUTUP

Berdasarkan realiti kemelut ummah hari ini di mana kefasadan, kefasikan dan
kekufuran melanda manusia alpa. Maka para duatsekelian sewajibnya memahami fiqhu
dakwah ilallah dengan terperinci dan memerlukan methodology serta penrurusan yang
secemerlang mungkin seperti yang dibicarakan. Andaikata kita gagal memenuhi tuntutan
fiqhu dakwah tersebut kemanakah ummah akan dihanyutkan oleh tangan-tangan gatal
yahudi dan nasrani.

Sekian Wassalam.

Al Faqir Al Haqir Akhukum Fillah,


Bachtiar Abdul Halim
24011994 1281414
Al Azhar Universiti

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

12