Anda di halaman 1dari 12

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

KEFAHAMAN , KESEDARAN, TUNTUTAN DAN PRAKTIKAL

1.0 MUQADDIMAH

Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah menganugerahkan


kepada kita nikmat Iman dan Islam sekaligus menjadikan kita tergolong di dalam
golongan ummat Muhammad s.a.w . Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Rasullullah s.a.w pembawa cahaya kebenaran, penghulu segala rasul
a’laihimusssolatuwassalam, pemimpin kepada setiap para pendakwah ila Allah.
Seterusnya selawat daan salam jua dipersembahkan ke atas kaum keluarga baginda
,para sahabat ,para tabi’in seterusnya kepada seluruh muslimin daan muslimat sehingga
ke hari Qiamat.
Sesungguhnya kertas kerja yang serba ringkas daan disediakan oleh seorang
haamba yang dhaif di dalam segalanya, tambahan pula disiap serta diselenggarakan
dalam kesempatan waktu yang tergesa-gesa, sudah semestinyalah tidak dapat
memenuhi segala kesempurnaannya, begitu juga tidak dapat memuaskan selera
pembaca dan pengkaji.
Namun dengan I’nayah Allah, meskipun menyedari betapa kerdilnya diri dan ilmu di
hadapan Allah s.w.t dapat jua sebuah kertas kerja dengan temanya yang penting ini
disiapkan untuk dipersembahkan buat tatapan bersama untuk kita mengamati, mengkaji,
memahami seterusnya dipraktikkan segala pengamatan, pengkajian dan pemahaman itu
di dalam segenap gerak-geri dan perlakuan hidup kita sesuai dengan pengucapan dan
tuntutannya . Akhirnyadengan penuh harapan saya meminta dan menyeru kepada semua
pihak agar dapat merealisasikannya di dalam memeliti perjalanan dakwah yang kita
dokongi bersama sehingga agama suci ini dihayati dan dikembalikan kepada keagungan
serta keunggulannya.
Semoga pengorbanan kita di dalam amal-islami yang kita lakukan ini akan dikira di
sisi Allah s.w.t sebagai bekalan kebaikan untuk dibawa bersama di hari bertemu
denganNya di akhirat kelak. Amiiin.

1.1 KEFAHAMAN:

‫ بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم‬: ‫عن عمر رضى الله عنه قال‬
‫ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض ثيا ب شديد سواد شعر ل يرى عليه أثر‬

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫السفر ول يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبى صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه‬
‫ يا محمد أخبرني عن الإسلم فقال صلى‬: ‫إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذيه فقال‬
‫ السلم أن تشهد أن ل إله إل الله و أن محمدا رسول الله وتقيم‬: ‫الله عليه وسلم‬
‫الصلة وتؤتى الزكوة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيل … إلى آخر‬
‫الحديث‬
(‫)رواه مسليم‬

Melalui hadis ini, tanpa sebarang keraguan jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa
rukun islam itu lima. Kalimah Syahadatain ‫ ل إللله إل الللله و أن محمللد رسللول الللله‬pula adalah
merupakan rukunnya yang pertama , kedua: mendirikaan sembahyang, ketiga:
mengeluarkan zakat, keempaat: berpuasa di bulan Ramadhan dan kelima: mengerjakan
haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syara’.

“ Inilah rukun Islam yang lima, yang dengannya menjadikan seseorang manusia itu
beragama Islam. Malah terpeliharalah ia dari kemurkaan Allah andai kata ditunaikan
rukunnya itu dengan cara yang sebaiknya serta dilaksanakan pula hokum-hukum yang
bertalian dengan syaria’tnya.”

1.2 Mengucap dua kalimah syahadah

Ia menjadi syarat bagi orang kafir yang hendak memeluk agama Islam. Tetapi bagi anak-
anak orang Islam tidak disyariatkan mengucap dua kalimah syahadah untuk dijalankan
hukum-hukum Islam di dunia ini walaupun mereka belum pernah mengucap sebelumnya.

Syarat-syarat pengakuan lisan itu seperti berikut:

1. Hendaklah dengan perkataan ‫ أشهد‬atau terjemahan yang memberi erti yang sama
dengannya
2. Hendaklah didahulukan ‫أشهد‬ ‫ أن ل إله إل الله‬aripada ‫أشهد أن محمدا‬
‫رسول الله‬
Hendaklah bersambung berturut-turut di antara dua kalimah itu.

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jika orang yang hendak memeluk agama islam itu dari golongan yang mengiktiqad
bahawa perutusan Muhammad s.a.w itu khas untuk bangsa Arab sahaja, maka hendaklah
ia mengaku bahawa Muhammad s.a.w itu diutuskan untuk sekelian manusia. Begitu juga
jika ia dari golongan yang mengiktiqad bahawa alam ini qadim, maka wajiblah pula ia
mengaku bahawa alam ini baharu. Begitulah seterusnya .

Mengucap dua kalimah syahadah tidak semestinya diucapkan dalam Bahasa Arab
sahaja, malah ianya sah diucapkan dalam apa bahasa, sekalipun orang itu pandai dalam
Bahasa Arab. Orang yang mengucap dua kalimah syahadah tanpa ada kemahuan dan
kepatuhan di hati, maka ianya dikira kafir di sisi Allah s.w.t, tetapi mikmin di sisi
masyarakat Islam. Segala kira bicara dengannya hendaklah dibuat selaku orang Islam
kecuali dapat dilihat tanda-tanda kekafirannya , seperti menyembah berhala, menghina
al-Quran dan sebagainya.

1.3 Perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mukmin mengetahui batas-batas dan


perkara-perkara yang membatalkan syahadah @ iman itu sendiri. Boleh jadi hakikat iman
telah wujud dalam diri seseorang, tetapi dengan tidak disedarinya beliau telah dari
pengertian iman yang sebenar dan termasuk dalam lingkungan kufur, kerana melakukan
sesuatu yang menghapuskan iman.

Iman adalah satu hakikat yang bersifat kulliyah yang tidak dapat dipisah-pisahkan.
Sehubungan dengan ini Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran;
‫أقتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون ببعض فما جزآء من يفعل ذلك منكم إل خزي في‬
‫الحياة الدنيا ويوم القيامة يردون إلى أشد العذاب وما الله بغافل عما تعملون‬
(Surah Al-Baqarah : 85)

Dan di dalam surah an-nisaa. Pula Allah S.A.W berfirman.


‫والذين آمنوا بالله ورسله ولم يفرقوا بين أحد منهم أولللللئك سوف يؤتيهم أجورهم‬
‫وكان الله غفورا رحيما يسألك أهل الكتاب أن تنزل عليهم كتابا من السماء فقد سألوا‬
‫موسى أكبر من ذلك فقالوا أرنا الله جهرة فأخذتهم الصاعقة بظلمهم ثم اتخذوا العجل‬
‫من بعد ما جآءتهم البيتات فعفونا عن ذلك وأتينا موسى سلطانا مبينا‬

(Surah An-Nisa’:152, 154)

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Nas-nas ini jelas menunjukan bahawa iman dan kepatuhan itu haruslah
menyeluruh. Sekalipun kedua-dua ayat ini berkenaan orang yahudi, tetapi pengajarannya
adalah umum. Ayat di dalam surah al- Baqarah ini menyentuh tentang amal , manakala
ayat dalam surah an-Nisaa, itu menerangkan tentang iktiqad.

Dengan mengemukakan dalil-dalil di atas, jelaslah kepada setiap mukmin tentang


hakikat iman yang bersifat menyeluruh itu. Menjadi kewajipanlah ke atas mereka
memelihara diri dan iman agar tidak tergelincir. Secara ringkasnya di sini diperturunkan
beberapa perkara yang dengannya menyebabkan seseorang menjadi kufur @ terkeluar
dari islamnya

Pertama: Menentang Syariaat Allah.


Firman Allah s.t.w
‫إن الحكم إل لله يقص الحق وهو خير الفاصلين‬

(Surah Al-An,aam:57)
Maksudnya; Menetap hukum itu hanyalah hak Allah, Dia menerangkan yang sebenarnya
dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik.
‫أل له الخلق والمر‬
(Surah Al-A,raaf : 54)

Maksudnya; ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah.

Sewaktu Allah mensyariatkan undang –undang untuk manusia menerusi Rasulnya.


Allah s.w.t telah mengetahui segala sesuatu yang dapat membawa kebaikan dan
keburukan kepada manusia. Ini bermakna sebarang penentangan terhadap syariat Allah
s.w.t . bererti menentang Allah yang telah menciptakanya.

Dengan ini jelaslah bahawa menginkari, menentang, menghina peraturan-


peraturan Allah s.w.t bererti menolak ketetapan dan perbuatan Allah secara
keseluruhanya, sekali gus itu adalah kekufuran.

Tetapi penentangan dari seorang yang jahil tidak mengeluarkan belia dari landasan
Islam, kecuali beliau masih berdegil setelah memahaminya. Sebagai kesimpulan ,

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

pegangan bagi setiap muslim dalam hal seperti ini ialah meredhai segala peraturan Allah
s.w.t. Kata mereka dalam hal ini ialah ‫سمعنا وأطعنا‬
Kedua; Menghukum dengan yang lain dari hukum Allah s.w.t
_
Kalimat ‫ لإله إل الله‬itu membawa pengertian bahawa tiada yang ditaati secara mutlak
melainkan Allah s.w.t. ianya akan batal dengan seseoarang itu engkar kepada pemerintah
Allah, menghukum dengan hukum-hukum yang lain : Allah S.W.T berfirman :
‫ومن لم يحكم بما أنزل الله فأؤللئك هم الكافرون‬
(urah Al-Maidah : 44)

Timbullah persoalan, apakah dianggap kafirorang-orang yang menghukum


dengan hukuman yang lain dari hukuman Allah S.W.T ? Ada tiga gambaran yang dapat
menjawab soalan ini; iaitu:

Beliau berbangga menghukum dengan hukuman yang lain serta mengakui bahawa
hukuman beliau lebih baik dari hukuman Allah. Menurut ijmak ulamak, orang ini
melakukan kekufuran.
Beliau menghukum dengan hukuman yang lain dan percaya bahawa hukumannya
sedarjat dengan hukuman Allah s.w.t. beliau telah melakukan kekufuran juga kerana
menyamakan Allah dengan mekhluknya.
Beliau meyakini hukum-hukum Allah s.w.t. dan percaya bahawa mencanggahinya adalah
berdosa, tetapi masih menghukum dengan hukuman yang lain, kerana mengikut hawa
nafsu beliau. Menurut Ibnu Abbas r.a. beliau termasuk dalam golongan kufur yang kurang
dari kufur, yakni tidak terkeluar dari Islam.

Ketiga: Berkerjasama dan menolong musuh-musuh Islam.

Syariat islam menggalakkan kesatuan dan tolong-menolong sesama muslim.


Setiap umat Islam itu mementingkan persaudaraan dan kasih sayang seperti
sembahyang berjemaah, zakat, haji dan lainnya. Ini bermakna sebarang usaha untuk
memecahkan perpaduan, kadang kala membawa kepada kekufuran dan kadang kala
kepada kemaksiatan.
Dalam pengertian ini, dapat difahami bahwa menjadikan musuh Allah sebagai
penolong itu, bermakna mereka menyokong kita dan menyokong mereka. Firman Allah
SWT

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫ياأيهل الذين أمنوا لتتخذوا اليهود والنصرى أوليا ء بعضهم أولياءبعض ومن يتولهم منكم‬
‫فإنه منهم ان الله ل يهدى قوم الظالمين‬

_
(Surah Al-Maidah: 51)

Berdalilkan kepada firman Allah SWT dalam ayat ini jelas tegahan serta larangan Allah
menjadikan orang Yahudi dan Nasara sebagai teman bekerjasama dan tolong-menolong.
Orang Islam yang mengambilorang-orang Yahudi dan Nasara sebagai teman
dihukumkan tergolong dalam orang-orang Yahudi dan Nasara .Golongan ini dinamakan
oleh Allah s.w.t. sebagai zalim kerana meletakkan kepimpinan itu pada yang lain dari
Allah s.w.t. ,Rasulnya dan orang-orang yang beriman. Segala bentuk wilayah
(kepimpinan)yang diberikan kepada musuh Islam, sama ada kasih sayang, sokongan @
bantuan adalah dilarang dan dikecam. Sesiapa yang membantu musuh Islam bermakna
telah keluar dari ketumbukan Islam dan termasuk dalam ketumbukan orang kafir.

Keempat: Mempersekutukan Allah s.w.t.(syirik)

Firman Allah s.w.t.:


‫انه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأوية النار وما للظالمين من أنصار‬

Kelima: Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun
membenarkan fahaman mereka, dengan demikian ia telah kafir.

Keenam: Memperolok-olokkan terhadap sesuatu dari ajaran Rasullullah s.a.w.ataupun


terhadap pahala mahupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama, maka ia
menjadi kafir kerana Allah telah berfirman:
‫قل إيا الله وإياته ورسوله كنتم تستهزءون ل تعتزوا فقد كفرتم بعد ايمانكم‬

Ketujuh: Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah(murtad) atau dari hal-hal yang
menjadi syarat mutlak sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan
ajarannya, kerana Allah berfiman ;

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫ومن أظلم ممن ذكر بأيات ربه ثم أعرض عنها انا من المجرمين منتقمين‬

Dan ia berfirman:
‫والذين كفروا عما أنذروا معرضون‬

Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tak ada bezanya dalam hukum, antara
yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupunyaang
kerana takut terkecuali yang dipaksa. Semoga Allah melindungi kita dari hal-hal yang
mendatangkan kemurkaanNya dan kepedihan siksaNya.

2.0 KESEDARAN

‫ عريلان ولباسه التقوى وزيلنتله الحياء وثمرته‬: ‫قال صلى الله عليه وسلم اليمان‬
‫ إن الملئكة لتلضع لجنحتها لطالب العلم رضاء‬: ‫الطم وقال صلى الله عليه وسلم‬
‫بما يصنع‬
Apabila kita mengamati benar-benar kedua-dua hadis di atas, sedarlah kita bahawa
faktor ilmu adalah teramat penting bagi menimbulkan kesedaran tentang hakikat siapakah
kita dihadapan Allah s.w.t.

Penjelasan Rasullullah s.a.w bahawa para malaikat membentang dan membukakan


sayap mereka bagi melindungi orang-orang yang menuntut ilmu sebagai tanda keredhaan
mereka terhadap apa yang dilakukan oleh penuntut-penuntut ilmu, tidak lain dan tidak
bukan adalah kerana dengan menuntut ilmu itu, seseorang mukmin akan mengenal
dirinya sendiri. Apabila seorang mukmin itu sedar siapakah dirinya yang sebenar, maka
sampailah kita ke peringkat apa yang disebut oleh ulama’
‫من عرف نفسه فقد عرف ربه‬
Maksudnya : “Sesiapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya.”

Lantaran kepentingan ilmu di dalam menimbulkan kesedaran tauhid, maka perlu


ditegaskan bahawa sumber ilmu itu mestilaah berasaskan ajaran wahyu yang di
dalamnya berakar-umbi segala ilmu dan cabang-cabangnya. Ilmu yang berasaskaan
wahyu inilah diumpamakan dalam al-Quran sebagai cahaya (Nur) yang bukan sahaja
menyinari hati sanubari pemiliknya bahkan seluruh alam.

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Hasil serta natijah kesedaran mukmin tentang siapakah dirinya yang diketahui melalui
kajian ilmu tadi, menjadi pendorong kepada mukmin untuk melaksanakan segala tuntutan
Tuhannya secara pratikal sebagai pengakuan terhadap sifatnya yang merupakan seorang
hamba di hadapan penciptanya Allah Azzawajalla.

3.0 TUNTUTAN DAN PRATIKAL


‫ أبغض العباد إلى الله من كان ثوبه خيرا من عمله أن‬: ‫قال صلى الله عليه وسلم‬
‫تكون ثيابه ثياب النبياء وعمله عمل الجبارين‬1

Maksudnya: “Orang yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t ialah orang yang pakaiannya
adalah baik dari amalannya, yang mana pakaiannya adalah pakaian nabi-nabi dan
amalannya adalah amalan pembesar-pembesar yang angkuh.”

Hadis ini benar-benar memberi pengajaran kepada setiap orang Islam yang ingin
menurut jejak langkah Rasullullah s.a.w., iaitu pengajaran yang dilahirkan dari keimanan
di dalam hati, yang menjadi aqidah yang bersebati, yang timbul daripada amalan-amalan
yang sebenar.
Sesungguhnya lidah yang tidak bertulang itu amatmudah untuk berkata, bercakap
dan berucap. Begitulah juga dengan anggota-anggota manusia yang senang digerakkan ;
anggota-anggota ini terlalu mudah untuk melakukan sesuatu. Hendaklah diingatkan
bahawa amalan-amalan Islam itu mestilaah dengaan keimanan.
Oleh kerana itu, adalah menjadi satu hikmah yang besar dan menjadi pengajaran yang
perlu diambil tahu oleh kita, di mana apabila allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran,
firmannya ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Allah s.w.t. berfirman:

‫إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات‬ 2

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh”

Dalam firman ini Allah s.w.t. tidak menyebut: “ Wahai orang-orang yang beriman”
sahaja, dan Allah s.w.t. juga tidak menyebut: “Wahai orang-orang yang beramal” sahaja,
tetapi disertakan “ iman dan amal”, di mana iman dan amal adalah merupakan dua
perkara yang bersebati yang tidak boleh dipisahkan di dalam menghayati Islam dan di
dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.
1
Riwayat Ad-Dailami
2
Surah Al-Bayyinah : 7

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Atas dasar inilah maka para ulamak Islam telah menyertakan iman dengan beberapa
pengertian tetapi yang ditetapkan oleh ulamak hadis dan fiqh adalah lebih tegas lagi
lengkap.Mereka berpendapat bahawa Iman ialah:-
Kesimpulan ta’arif (pengertian) ini menegaskan bahawa iman adalah tercipta
paduan antara tiga perkara, iaitu kepercayaan hati, pengakuan lidah dan ‘amal dengan
anggota.

Dengan demikian, nyatalah bahawa orang-orang yang beriman hendaklah ia


menjadi orang yang ber’amal, kerana ‘amalnya membuktikan keimanan. Kalau tidak,
maka imannya semata-mata perasaan dan cita-cita belaka yang menyenagkan hatinya,
bahawa dia seorang yang beriman dan berharap akan mendapat kurnian Tuhan,
sebagaimana dikatakan oleh Hassan al-Basri:
‫ من قال‬،‫ ولللللكنه ما وقر في القلب وصدقه العمل‬،‫ليس اليمان بالتحلى ول التمنى‬
‫ ومن قال حسنا وعمل صالحا رفعه العمل‬،‫حسنا وعمل غير صالح رد الله على قوله‬

3.2 Antara tuntutan-tuntutan iman

1- Berjihad Pada Jalan Allah


Firman Allah S.W.T :
‫الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله والذين كفرا يقاتلون في سبيل الطاغوت‬3
Firman Allah lagi ,
…‫يا أيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم بأموالكم وأنفسكم‬
‫إلى آخر الية‬4

2- Merubah kemungkaran.
‫ سمعت رسول الله صلى الله عليه‬: ‫عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قال‬
‫وسلم يقول من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم‬
‫يستطع فبليانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف اليمان‬ 5

‫ ما منعك إذا‬: ‫ إن الله تعالى يقول للعبد يوم القيامة‬: ‫قال صلى الله عليه وسلم‬
‫ إياى كنت أحق أن‬:‫ فيقول‬،‫ رب خشية الناس‬: ‫رأيت المنكر إن ل تغيره ؟ فيقول‬
‫تخشى‬
3
Surah An-Nisa’ : 76
4
Surah As-Soff : 14
5
Riwayat Muslim

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

3- Istighfar@ memohon keampunan:

Istighfar @memohon keampunan kepada Allah s.w.t. di atas dosa-dosa yang


telah lalu. Menurut firman Allah s.w.t.
‫واستغفروا ربكم ثم توبوا إليه إن ربي رحيم ودود‬6

Istighfar adalah dengan lidah, dan taubat adalah dengan menjauhkan hati dan
anggota dari mengerjakan dosa. Kedua-duanya Istighfar dan taubat, ialah bekerjasama
dalam satu haluan dan cita-cita untuk mendapat keampunan.

Dan pernah Rasullullah s.a.w. mengajar kepada Sayyidina Abu Bakar untuk dibaca
dalam istighfar iaitu:
‫اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ول يغفر الذنوب إل أنت فاغفر لي مغفرة من‬
‫عندك فارحمني إنك أنت الغفور الرحيم‬

4- ‘Amal jama’ie

Berkerjasama untuk menegakkan ajaran Islam itu merupakan tugas


keagamaan.Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam dan kewjipan ini tidak dapat
dilaksanakan tanpa membentuk JAMA’AH (organisasi).Oleh yang demikian membentuk
JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib.

Dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. begitu banyak perintah supaya
kaum Muslimin bersatu,tolong-menolong dan tegak dalam satu barisan.Antara ayat-ayat
al-Quran dan Hadis yang berhubung dengan tuntutan tersebut
‫ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويامرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأوللئلك‬
‫هم المفلحون‬7
‫كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر وتؤمنون بالله‬8
‫وتعاونوا على البر والتقوى‬9
PENUTUP:

6
Surah Hud : 90
7
Surah Ali Imran : 104
8
Surah Ali Imran : 110
9
Surah AL-Maidah : 2

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Marilah sama-sama kita menuju ke arah penghayatan tuntutan keimanan ini


dengan mengikhlaskan niat semat-mata menuntut keredhaan di sisi-Nya.Sesungguhnya
generasi kita,ialah generasi yang muncul ditengah-tengah kesedaran dan kebangkitan
Islam.Pergunakan peluang masa yang subur ini untuk mengisi arus kebangkitan semula
Islam di abad kita agar Islam kembali berkuasa dan seterusnya mencorakkan dunia ini
dengan segala peraturan-peraturan yang murni.
Akhir sekali,sementara kita belum terlajak, sama-sam alah kita melaksanakan jihad
fisabilillah agar apabila telah sampai di alam yang lebih kekal,mudah-mudahan insya-
Allah kita tidak akan menyesal seribu sesalan yang memang tiada gunanya.
،‫بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإاكم باليات والذكر الحكيم‬
‫وتلقبل منكم تلوته إنه هو السميع العليم‬
‫أقول قول هذا وأستغفرو الل لي ولكم ولسىئر المسلمين والمسلما ت والمؤمنين‬
‫والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم‬

Amin

Sumber rujukan:
1) Al-Quran & terjemahannya
2) Hadis 40- Susunan Imam Mahyuddin Abu Zakaria Yahya Bin Sharif An-Nawawi
3) ‫ المملكة العربيللة‬-‫ الرياض‬- ‫ الرئاسة العامة لإدارت البحوث العلمية والفتاء والدعوة والرشاد‬،‫دليل الحاج والمعتمر‬
‫السعودية‬
4) ‫عبد الكريم زيدان‬/‫ د‬- ‫أصول الدعوة‬
5) ‫ فتحى يكن‬-‫كيف ندعو إلى السلم‬
6) ‫الشهيد عبد الله عزام‬/ ‫ د‬- ‫العقيدة وأثرها في بناء الجيل‬
7) Islam, Cabaran dan Isu Semasa Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia K.L.1996
8) Pelajaran Tauhid Tingkatan 6 Haji Nik Mohd Mohyideen Musa Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia K.L.1983
9) Dari Mimbar Masjid Rusila “Iman dan Amal” Tuan Guru Haji Abdul Hadi B. Haji Awang
10) Risalah Usrah Pustaka Salam

Disediakan oleh : Abu Iman HJ. Subri bin Mohd. Arshad


Fakulti : Usuluddin
Jabatan : Dakwah dan Kebudayaan Islam
Universiti : Al-Azhar, Kaherah

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Diterbitkan oleh : Pak Long com. Penang Student House, Cairo.

12