Anda di halaman 1dari 6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

MEMBINA KEKUATAN DAN KETAHANAN ANGGOTA MELALUI


PENGHAYATAN RISALAH TA’ALIM (PERANAN QIADAH)

1.Hassan al-Banna: Pengasas teori Amal Islami


Pembentukan manusia perlukan kepada manhaj. Manusia hari ini terutamanya
orang –orang yang tidak mengenali Islammasih tercari-cari manhaj untuk membentuk
manusia. Ramai para pemikircuba membentangkan manhaj mereka ,hasilnya lahirlah
pelbagai teori tentang pembentukan .Kita umat Islam sebenarnya tidak perlu lagi terpinga-
pinga mencari manhaj kerana manhaj kita sudah ada ,bahkan sudah jelas iaitu Al-Quran
dan as-Sunnah.1Apa yang perlu kita memikirkan bagaiman untuk memahami dan
memanfaatkan manhaj ini dalam kehidupan terutama didalam pembentukan manusia,
masyarakat dan negara.
Sabda Rasulullah :

‫كتاب الله‬:‫تركت فيكم أمرين لن تضلو بعد ما ان تمسكتم بهما‬


‫وسنة نبيه‬
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu
berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Sunnah”

Dulu ketika umat Islam terdedah dengan ancaman Muktazilah,Jabariah,Murjiah dan


sebagainya yang cuba merosakkan pemikairan dan aqidah muslimin p[ar aulama’ Islam
dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaahtelah mengeluar teori aqidahThahawiyah,Aqidah
Wasitiyya,Fiqhul Akhbar dan sifat 20 yang menjadi benjadi benteng kepad ummat
daripada serangan golongan-golongan sesat tadi.Teori-teori ini bukanlah satu ideology
baru yang direka-reka oleh ulama’ tetapi ia adalah hasil pemahaman terhadap manhaj
aqidah yang telah sedia ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
Di zaman mutaakhirin ini iaitu zaman ketiadaan khalifah Islamiyah, umat Islam
terddah kepada ancaman lebih besar dan lebih global.Serangan musuh datang dari
segenap penjuru untuk melumpuhkan jiwa dan tubuh umat Islam dengan menjauhkan
mereka daripada Islam.Natijahnya,pada hari ini kita melihat bukan sahaja aspek maddie
umat seperti ekonomi.pemerintahn dan sebagainya yang di koyak-rabakkan oleholeh
musuh tetapi dari aspek rohani (aqal,jiwa dan hati sanubari)yang merupakan aspek
terpenting bagi manusia.

1
‫ كيف نتعا مل مع القرأن‬Syeikh Mohd Ghazali

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Umat Islam di zaman mutaakhirin ini perlu dibangunkan semula. Mereka mesti
diajak untuk kembali semula kepada Islamyang merupakan kekuatan asla mereka .Imam
Malik menyatakan :

‫ليصلح أمر هذه المة ال بما صلح به اولها‬


Usaha untuk membangunkan semula uamt ini tidak akan menjadi kenyataan
sekiranya “amal Islami “ tidak digerakkan dan para ‘amilin (pekerja Islam) tidak
dibentuk.Sepatutnya semua ini ditangani oleh pemerintah Islam (khalifah)kerana ia adalh
penaung bagi umat Islam .Tetapi oleh kerana system pemerintah Islam (system
khalifah)juga diranapkan oleh musuh, maka menyebabkan umat Islam memerlukan
kepada satu institusi yang lain walaupun hanya bersifat sementarauntuk menggerakan
amal Islami dan menjalankan usaha membentuk para pekerja Islam.
Dalam keadaan inilah Allah Taala dengan rahmatnya telah mengutuskan seorang
mujadid iaitu Hasan Al-Banna yang telah menubuhkan Jamaah Ikhwan Muslimin dan
meletakan amal Islami semasa dan jiga teori pembentuksn para amilin Islam.Kedudukan
Imam al-Banna sebagai pengasas teori amal Islami semasa, memang diakui oleh para
ulama’ diantaranya ialah Syeikh Mohd Ghazalidan Syeikh Said Hawa menyatakan :2
‫حسن الينا واضع نظريات وحده هوالمرشح لطرح نظريات‬
‫العمل السلمي المعاصر‬
‫فأنه يكاد يكون‬..............‫العمل السلمي المعاصر‬

Teori-teori pergerakan dan pembentukan yang diasaskan oleh Imam Al-Banna ini
bukanlah satu ideology baru yetapi ia adalah hasil penelitian dan pemahaman terhadap
manhajn pergerakan dam pembentukan yang ada di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

2.Risalah Ta’alim
Di antara hasil peninggalan terpenting Imam al-Banna menurut Syeikh Said Hawa
ialah Risalah Ta’alim.Kandungan buku tersebut terdiri daripada dua bahagian:
Rukun Bai’ah
Kewajipan-kewajipan para pekerja Islam

2
Rujuk ‫ في آفاقا لتعاليم‬m.s 11(bab pertama)

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sasaran Risalah Ta’alim


Di dalam muqadimah kitab Risalah Ta’alim ini Imam Hassan menyatakan bahawa
risalah ini ditujukan khusus kepada para mujahid yang beriman dengan ketinggian dan
kesucian dakwah mereka dan berazam bersungguh-sungguh untuk hidup dengannya
serta mati di jalannya.

Kepentingan Risalah Ta’alim3


Mengenai kedudukan Risalah Ta’alim ini, Syeikh Said Hawa menyatakan :
‫أن رسالة التعاليمهذه ل تخرج عن كونهاصفحات قليلة جدا ولكنها‬
‫ انها‬:‫رسمت معالين الطريق للجيال الكثيرةبل اننا لنبالغ اذا قلنا‬
‫رسمت معالمالطريق المة السلمية نحو النصرو فيما بعد النصر الي‬
‫آماد‬

Mengenai rukun bai’ah pula beliau mengatakan :


Menurut Syeikh Abdullah Khatib: Risalh Ta’alim membentangkan kepada para pekerja

Islam ‫السليمة‬ ‫البداية‬ yang amat diperlukan dalam amal Islami dimana menurut
beliau “Bidayah Salimah” ini bukan hanya tertumpu kepada interaksi secarasempuna
secara sebab-sebab dan tawakal secara mutlak kepada Allah Tuhan yang mincipta sebab-
sebab itu tetapi juga meliputi:
Penentuan terhadap hadaf-hadaf
Penentuan terhadap cirri-ciri peribadi muslim yang diperlukan untuk
menggerakan amal Islami pada hari ini.4
Begitujuga Risalah Ta’alim menggariskan usul-usul atau asas-asas yang amat diperlukan
untuk membentuk kefahaman yang betul,jelas dan tulin terhadap Islam

3.Membina penghayatan terhadap Risalah TA’alim


a)Penghayatan pemimpin terhadap rukun bai’a
Kekuatan dan ketahanan persatuan lebih banyak bergantung kepada pemimpuin
daripada anak buah kerana pemimpin adalah teraju sedangkan anak buah metupakan
yang diterajui.Kalau hendak di ibaratkan pada pokok maka pemimpin adalah akar dan
para ahli sebagai cabang atau ranting yang bergantung kepada kesuburan dan ketahanan
akar.Dengan sebabitulah yang dibajai ialah akar bukan ranting/cabang.

3
Rujuk ‫في اآفاق التعاليم‬
4
‫ نظرياتفي رسالة التعاليم‬Mohd Abdullah Khatib danMohd Abdul Halim Hamid, m.s 9-10

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Untuk melahirkan persatuan yang betul-betul mantap yang mempunyai unsure-


unsur ‫ الطيبة‬. Klaimah ini terdapat dalam banyak tempatdi dalam Al-Quran di antaranya
ialah ayat::
‫الم تر كيف ضرب الله مثل كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها‬
‫ثابت وفرعها في السماء تؤتي أكلها كل حين باذن ربها‬
‫ويضرب اللهالمثا للناسلعلهم يتذكرون‬

“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah kalimah baik seperti sebatang pokok yang
baik seperti sebatang pohon yang baik,pokoknya tetap di bumi sedang cabangnya
menjulang di langit.Menghasilkan buahnya tiap-tiapwaktu dengan izin Tuhanya.Allah
memberikan beberapa contoh kepada manusia mudah-mudahan mereka mendapat
peringatan “
(Ibrahim :24,25)

Dengan kewujudan ‫ القيادة الطيبة‬ini, institusi kepimpinan akan kukuh dan


mampu mengeluarkan ahli yang cemerlang dan memberi manfaat untuk dakwahIslam
pada setiap masa.
Bagaiman hendak mewujudkan ‫ القيادة الطيبة‬ini? Iaitu melalui penghayatan
rukunbai’ah tadi dengan di tambah pula dengan penghayatan terhadap kewajipan-
kewajipan pekerja Islam yang merupan pentafsiran kepada rukun bai’ah.Penghayatan
barisan kepimpiann merupakan langkah awal yang perlu ditekankan bersungguh-
sungguhndalam usahamembina penghayatan yang lebih menyeluruh di kalangan para
ahli. Para ulama’ kita sering menyebut kata-kata hikmah ‫ فاقد الشيء ل يعطي‬.
Mafhim kata-kataini dalam konteks perbicaraan kita ini apabila pemimpin tidak ada
penghayatan maka bagaimana iahendak membina penghayatan di klanagan anak buah.
Perbuatan amalan yang menjadi tauladan sebenar lebih mendatangkan kesan
daripada ucapan dan ceramah yang berapi-api. Hakikat ini ditunjukan kepada kita oleh
sirah Nabi sendiri.Apabila peminpin menghayati rukun bai’ah dan menterjemahkannyan
kedalam perbuatan dan amalanyan makaini lebih baik lagi daripada ia berceramah berapi-
api menerangkan tentang rukun bai’ah ini kemundianya ia sendiritidak menghayati
apatahlagi melanggarinya.

“Jiwa-jiwa yang ingin mengemukankan Isla manusia mestilah menjadikan syariat


Allah seolah-olah melata di atas muka bumi dan sanggup mengambil azimat. Mereka

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

hendaklah menjadi cermi9n yang bersinar-sinar yang memantulkan hakikat agama ini
(meliputi usul dan cabangnya). Begitu jugfa mereka mesti menjadikan agama yang
mereka seru ini manhaj yang mereka laungkan supaya manusia melauinya sebagai darah
daging mereka sebdiri”
(Ucpan Dr, Abdullah Azam)

b) Membina penghayatan dikalangan ahli

Pemimpin yang berjay ialah yang berupaya mengajak ahli untuk sama-sama
menyakini dan menghayati doktrin yang diputuskan oleh barisan kepimpinann.Begitujuga
doktrin yang berjaya ialah doktrin yang berupaya mendapat perhatian semua ahli dan
bukan barisan pimpinan sahaja.
Dengan sebab itulah Imam al-Banna menyatakan diawal rukun ‫ السلم كما‬:‫الفهم‬

‫( نفهمه أن تفهم‬hendakla kamu fahami Islam seperti mana kami pemimpin


memahaminya) Mafhum daripada kata-kata Imam al-Banna ini ialah: “Marilah kita
membina kesatuan fahaman mengenai Islam “

Kesatuan fahaman dan fikrah adalah sesuatu yang penting bagi mana-mana
masyarakat besar atau kecil seperti persatuan. Jemaahdan sebagainya kerana ia boleh
membawa kepada ikatan pemikiran ‫ الترابط العقل‬yang merupakan asas terpenting
bagi kewujudan masyarakat sebelum asas-asas yang lainnya.Dalam Al-Quran Allah
memerintahkan kita supaya bersatu dalam usaha melaksanakan Ad-Din:
‫أن أقيمواالدين ولتتفرقوا فيه‬

“Hendaklah mendaulatkan agama dan janganlah berbantah padanya”


Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa kesatuan yang paling asas ialah
kesatuaan fikrah sebelum kesatuan yang lain. Bagaimana kita hendak membina
penghayatan di kalangan ahli?

Mengenai uslub kita semua telah maklum kepelbagaianya. Jadi tidak perlu kita
menguraikan dengan panjang lebar di dalam kertas ini..Persoalan yang paling penting
ialah : Adakah kita telah bersedia untuk mrngorbankan segala asset yang ada pada kita
untuk menjalnkan usaha mambina penghayatan Risalah TA’alim dan doktrin-doktrin
persatuan yang lainya dikalangan ahli.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Mungkin secara umumnya kita boleh meletakan bahawa asset yang ada pada kita
meliputi 3 iaitu harta, masadan diri (tenaga). Di sini kita boleh membuat persoalan untuk
menilai sejauhmanakah usaha kita untukmembina penghayatan di kalangan ahli.
Berapa banyakkah harta yang telah kita korbankan?
Sejauhmanakah tenaga yang telah kita berikan ?
Sejauhmanakah kita telah mewakafkan diri kita untuk dakwah?

Dengan terjawabnya soalan ini kita boleh mengagak sama ada kita ini berada di kaki jalan,
pertengahannya atau hampir ke destinasi.

4.Penutup
Semoga kertas yang sederhana ini berjaya di manfaatkan untuk kejayaan dunia
dan akhirat.

*Disediakan oleh: Ahmad Adnan Fadzil

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©