Anda di halaman 1dari 7

NAQIB TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BEBERAPA

PELAJARAN UNTUK DIKAJI

1. PENDAHULUAN

1.1 Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah,takwin,pengambilan


baiah,pengaliran qiadah,membuat keputusan (qarar).1

1.2 Naqib yang benar-benar bermutu jarang dapat dilahirkan dan ini bersesuaian dengan
sabda Rasulullah saw :

Naqib di dalam hadis ini ditamsilkan sebagai unta kembara 2. Naqib adalah pemimpin,
guru, murabbi dan mujahid. Dalam kertas kerja ini hanaya beberapa tugas naqib sahaja
yang akan diperbincangkan.

2. MEMELIHARA AMANAH DAKWAH.

2.1 Naqib adalah da’ie ilallah,sedangkan da’ie adalah pewaris para nabi.Allah SWT telah
menggariskan empat tugas terpenting yang wajib dilaksanakan oleh para rasul dan para
da’ie.Firman Allah SWT:
(Al Baqarah : 151) 3

Empat tugas tersebut ialah :


1) Menyampaikan dakwah kepada manusia.
2) Menggilap jiwa manusia.
3) Mengajar manusia Al-Kitab dan Al-Hikmah
4) Mengalih manusia dari kegelapan kejahilan dan kesesatan kepada sinaran
keilmuan dan petunjuk kebenaran.

2.2 Allah taala mengancam kepada sesiapa yang mengabaikan tugas yang mulia ini
dengan azab yang amat pedih.

1
Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96
2
Ibid
3
Al- Baqarah : 151
(Al-Baqarah : 159) 4

(Al-Baqarah : 78 – 79) 5

3. MEMPERKEMASKAN TANZIM USRAH

3.1 Tanzim ialah menentukan bidang-bidang tugas dan kewajipan, melantik individu-
individu pelaksana tugas tersebut serta menjangkau masa yang diperlukan oleh amal
demi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.6

3.2 Pelaksanaan tugas secara sistematik adalah wajib ke atas jamaah Islam oleh faktor-
faktor berikut :

i. Kekuatan dan kesatuan hanya lahir dari kerja-kerja yang bertanzim dan berperencanaan
(‫ ) تخطيط‬7 yang sistematik.8
ii. Allah mengisyaratkan bahawa seluruh alam ini aberjalan mengikut ketentuan-Nya
(tanzim),maka semua kerja amali berpedoman kepada isyarat tersebut,misalnya:

(Yaasin : 38 – 40)9

iii. Kejayaan semua jenis kerja samada kecil atau besar bergantung kepada tanzim.10 Oleh
itu ia adalah wajib berdasarkan kepada kaedah:

iv. Tanzim adalah asas manhaj Islami samada dalam peraturan ibadat,hubungan
masyarakat sosial, undang-undang kenegaraan, dakwah, peperangan dan sebagainya.11

4
Al- Baqarah : 159
5
Al-Maidah : 78-79
6
Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Fiqh Ad-Dakwah : 1/281
7
Takhtit ialah langkah-langkah untuk menggunakan seluruh sumber materialistik, spiritual dan
kemanusiaan melalui kaifiyyat yang terbaik serta mengurangkan bebanan kerja seminima mungkin
di dalam waktu yang sesuai demi untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Lihat Fiqh Ad-
Dakwah (Ibid).
8
Fathi Yakan, Abjadiyyat At-Tasawwur Al-Haraki Li Al-Amal Al-Islami, Hal : 12-13
9
Yasin : 38-40
10
Fathi Yakan : op. cit : Hal. 14
11
said Hawwa Al-Madkhal ila Dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimin : Hal. 170
v. Menghidupkan kembali seluruh aspek amal Islami dalam segenap sudut serta
mengembalikan khilafah dan Daulah Islamiyah menurut perencanaan yang bertanzim.12

vi. Cabaran dan tentangan terhadap Islam yang bersifat tempatan dan Antarabangsa
mewajibkan amal bertanzim.13

3.3 Jamaah Islam mestilah diarahkan kepada tanzim yang kemas dan cekap kerana
tanpanya banyak kerja yang akan tergendala dan terbengkalai. Berdasarkan kepada Sirah
Nabawiyah,Ar-Rasul yang dibantu dengan wahyu itu pun turut melaksanakan
perancangan tanzim, maka “min bab aula’ ke atas seluruh para da’ie untuk bekerja secara
bertanzim.

3.4 Keperluan-keperluan amal jama’I yang bertanzim ialah:14

1. Tanzim tertegak diatas qiadah yang bertanggungjawab dan anggota bawahan


yang saling terikat (bersatu hati)
2. Tanzim berdiri di atas kefahaman yang jelas yang menggariskan tali hubung
antara qiadah dan pihak bawahan atas asas syura yang mulzimah dan ketaatan
yang jelas.

3.5 Kesemua keperluan ini dibahagikan kepada dua bahagian :-

(A) Syarat-syarat tanzim yang baik.15

1. Memiliki qiadah yang memahami matlamat dan mengetahui wasilah-wasilah


serta mampu merencana untuk mencapai matlamat tersebut.
2. Tanzim yang berasaskan manhaj keilmuan dan tabiah yang sejahtera serta
perencanaan yang lengkap.16
3. Perlaksanaan tanzim mestilah seimbang,tetap dan utuh.

12
fathi Yakan op. cit H. 14-20 ; Said Hawwa, Akhlaqiyyat Wa Sulukiyyat : Hal. 104
13

14
Ibid, H. 21-23, said Hawwa, Al-Madkhal, loc. Cit, lihat bentuk-bentuk perencanaan musuh
antarabangsa dalam Al-Alam Islami Wa Al-Maqa’id Ad-Dauliyah, Fathi Yakan.
15
Yusuf Al-Qardawi, Aulawiyyat Al-Harakah Al-Islamiyyah Fi Al-Marhalah Al-Qadimah : Hal. 12
16
Lihat contoh pengurusan halaqah dalam Al-Qaid Al-Qudwah Ala Thariq Ad-dakwah, Mustafa
Masyhur : Hal. 128-135 dan Abjadiyat, op. cit : Hal. 179-183
4. Tanzim mampu menghimpunkan seluruh anggota di mana sahaj mereka
berada.
5. Thiqah (kepercayaan)yang mendalam antara barisan qiadah dan pihak
bawahan.
6. Setiap orang bekerja mengikut kemampuan,kebolehan,kelayakan,keupayaan
dan persediaan masing-masing .
7. Tanzim yang dikuasai oleh nizam yang mengawal perlaksanaan perkara-
perkara diatas.

(B) Sebarang teori yang hendak dikemukakan sebagai tanzim mestilah:17

1. Bersifat fitrah dan tidak mengatasi hubungan fitrah sesama muslimin.


2. Terbit dari nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadith) atau menyokongnya.
3. Berdasarkan syura pada perkara yang tiada nas( ‫) ل نص فيه‬18
4. Tidak dimasukkan kedalam tanzim kecuali setelah diuji secara praktikal.
5. Rangka tanzim mestilah disokong oleh nas atau apengalaman supaya
wujud kemantapan ( ‫ ) ثوابت‬teori tanzim.

3.6 Antara perkara yang perlu diambil perhatian naqib dalam pengurusan tanzim ialah :

1. Tanzim adalah rahsia usrah berdasarkan slogan :

‫ علنية العمل وسرية التنظيم‬19


2. Naqib boleh memanfaatkan mana-mana wasilah,teori atau teknik yang baik
demi kebaikan tanzim berdasarkan sabda Rasulullah saw:

20
‫خذوا الحكمة من اى وعاء خرجت‬
iii. Kegagalan tanzim selalu berlaku kerana individu pelaksana tanzim hanya dipilih
dari kalangan ikhwah yang berkeupayaan dari sudut keilmuan,pidato dan memberi
taujihat tanpa berkebolehan dari sudut berorganisasi.21

17
Said hawwa, Jundullah, Takhtitan : Hal. 120
18
Tiada nas bermaksud masalah-masalah ijtihadiah pada dalil-dalil yang tidak qat’iyah dalalahnya.
Lihat Nazarat Fi Risalah At-Ta’lim, Muhammad Abdullah Al-Khatib : Hal. 88
19
Fathi Yakan, Maza Ya’ni Inyima’I Lil Islam, Hal : 119 - 120
20
Fathi Yakan, Abjadiyyat op.cit. Hal : 172 - 173
21
Fathi Yakan, Musykilat Ad-Dakwah Wa Ad-Dai’yah. Hal : 74 idharu Al-Aidz Al-Haraki. Hal :
117
4. MEMELIHARA HAK-HAK SYURA.

4.1 Syura adalah rukun tanzim22 .Allah Taala mengambil perhatian berat terhadap sistem
syura sehingga dikhususkan sebuah surah yang bernama surah Asy-Syura.

4.2 Antara dalil-dalil syura :23 dan24

4.3 Antara hak-hak syura ialah :

1. Syura diserahkan kepada ahlinya.25


2. Bermesyuarat samada pada perkara-perkara yang tiada nas ( ( ‫ل نص فيه‬, kaifiyat
perlaksanaan nas atau masalah teknikal dan duniawi yang tidak bertentangan
dengan syara’.26
3. Hakim dan seluruh ahli syura haruslah berkomitmen dengan keputusan syura
berdasrkan qaul yang arjah.

i) Kata Mustafa Masyhur “Hendaklah sekeliannya beriltizam dengan apa yang


telah diputuskan. Tidak boleh urusan (syura) itu diserahkan kepada tindakan
seorang individu sahaja.27
ii) Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyatakan “Syura yang tidak iltizam kepada
para perlaksana (keputusan syura) maka ini adalah syura yang tidak bernilai
dan sia-sia”.28
iii) As-Syahid Syed Qutb menjelaskan “Andaikata syura itu bukan mulzimah
nescaya Nabi saw mampu mengelakkan jemaah Islam(ketika itu)daripada
menghadapi pengalaman pahit dimedan Uhud dengan cara Baginda
melaksanakan tektik peperangan berdasarakan mimpi tanpa perlu
bermesyuarat dengan para sahabat atau (kalau bermesyuarat) tidak
22
Said Hawwa, Durus Fi Al-‘Amal Al-Islami. Hal : 137
23
Ali Imran : 159
24
Asy-Syura : 38
25
Syarat-syarat ahli syura lihat Nidzom Asy-Syura Fi Al-Islam Wa Nuzum Ad-Dimuqratiyah Al-
Mu’asirah, Zakariah Abdul Mun’im. Ibrahim Al-Khatib. Hal : 56-66. Ma’alim Asy-Syura Fi Al-
Islam, Mahmud madi. Hal : 81-89, At-Thariq Ila Jamaah Al-Muslimin, Hussein Ali Jabir. Hal : 8-
84.
26
Zakariya Abdul Mun’im, Nidzom Asy-Syura, op. cit. Hal : 172 - 178
27
Qadhaya Asasiah ‘Ala Thariq Ad-Dakwah. Hal : 72-73.
28
Mabdak asy-Syura Fi Al-Islam. Hal : 47
mengambil pendapat yang ditarjihkan oleh jamaah atau baginda merujuk
kembali kepada pendapat Baginda . Akan tetapi Baginda akan memilih
seluruh natijah (syura) lalu melaksanakannya”.29

iv. Ijma’ ahli syura atau pendapat majoriti dikalangan mereka diambil kira segi
iltizamiahnya berdasarkan qaul yang arjih.30

i) Kata Abdul Qadir Audah “Pada hakikatnya syura tidak bermakna jika
pendapat majoriti tidak diambil kira dan wajibnya syura ke atas ummah Islam
bermaksud beriltizam dengan pendapat majoriti”.31

ii) Abdullah Nasir ‘Ulwan menjelaskan “Dari dalil-dalil yang digali dari As-
Sunnah dan tindakan para imam (yang terdahulu) jelas menyatakan bahawa
pendapat majoriti daripada kalangan ahli syura adalah murajjah dan ia ilzam
ke atas pihak minoriti dalam majlis sekalipun ia (pendapat majoriti)
bersalahan pandangan mas’ul”.32

iii) Mustafa Masyhur menyatakan “perlu diingat bahawa setelah hak syura
perbahasan (dialog)telah diberikan maka wajib beriltizam dengan pendapat
atau keputusan yang telah diputuskan oleh al-jam’ ( ‫ ) الجمع‬kerana di sana
terdapat pendapat yang bertentangan (dengan keputusan ramai) maka tidak
boleh pendapat yang menyalahi (keputusan syura itu dibangkitkan semula di
dalam saf untuk mengelakkan berlakunya kekusutan dan fitnah”.33

iv) Said Hawwa mengulas : “Sesungguhnya pendapat majoriti pada ijtihad kami
adalah mulzim34…mengikut perjalanan yang dilalui oleh harakah kita
semenjak penubuhannya ialah menyerahkan syura kepada ahlinya dan
majoriti adalah hukum pada sebarang kes yang tiada nas. Ini adalah

29
Fi Zilal Al-Quran. : 1/532
30
Ustaz Fathi Yakan berpendapat syura adalah mu’limah, lihat Mu’limah Ad-Dakwah, op. cit Hal :
176-181. Lihat juga penolakan Hussein Mohsin terhadap dakwaan Dr. Sayyid Ramadhan Al-Buti
yang menyatakan bahawa I’lamiyah syura itu berdasarkan ittifaq fyqaha’ dalam nota kaki At-Tariq
Ila Jamaah Al-Muslimin. Op.cit Hal : 90
31
At-Tasyri’ Al-Jina’iy. Hal :
32
Baina Al-‘Amal Al-fardi Wa Al-‘Amal Al-Jama’iah. Hal : 110
33
Tasa’ulat ‘Ala At-Tariq. Hal : 83
34
Durus Fi Al-‘Al Al-Islami. Op. cit. Hal : 55
peraturan asas yang dikeluarkan pada tahun 1948 diakhir hayat Hassan Al-
Banna dan beliau sempat menyaksikan apa yang kami nyatakan ini
35
….bahawasanya Ustaz Al Maududi dan selain beliau telah merujuk kembali
kepada fikrah ilzamiyah ke atas pemimpin setelah beliau condong kepada
pendapat yang lain.36 Dalam sesetengah keadaan kadangkala Ustaz Hassan
Al-Banna mengemukakan pendapat bahawa syura adalah mu’limah tetapi
berdasrkan kepada iltizam, amal dan kaedah dalam dakwah kita maka syura
adalah mulzimah.37 Setelah syura diserahkan kepada ahlinya maka
pendapat majoriti adalah mulzim dan mas’ul mestilah meluaskan daerah
(skop) syura sehingga peringkat bawahan dalam tanzim.Maka di tahap ini
(bawahan) juga pendapat majoriti adalah mulzim.38

5. PENUTUP

Sesungguhnya seseorang naqib itu sedang memikul satu tanggungjawab yang


besar. Keikhlasan hati, pengorbanan yang maksima dan terlalu berharap kepada natijah
dari kerja-kerja yang dilakukan mesti ada dalam diri naqib lantaran di akhirat kelak hanya
disoalkan mengenai tanggungjawab mereka dan bukanlah hasil dan buahnya. Naqib
mestilah menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain walaupun manusia berbuat
jahat kepadanya.
Wallahu’allam.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

35
Ibid
36
Ibid. Hal : 58
37
Al-Madkhal Ila Dakwah. Op. cit. Hal : 261
38
Jundullah Takhtitan. Op. cit Hal:44