Anda di halaman 1dari 6

PARADIGMA BARU MASJID

Khutbah Pertama

‫ وأشهد أن ال اله‬, ‫الحمدهلل الذى أنعم علينا بنعمة الإليمان والإلسالم وبين لنا طريقتهما وهو مكتوب فى القرءآن‬
‫ على‬+
‫ارك‬++‫لم وب‬++‫لى وس‬++‫ اللهم ص‬, ‫ محمدا عبده ورسوله‬+
‫ واشهد أن سيدنا وحبيبنا‬, ‫اال اهلل وحده ال شريك له‬
‫ و إياي بتقوى اهلل‬+
‫ أوصيكم‬,‫ وعلى آله وأصحابه أولى الفضل والعز قإن أما بعد فيما عباد اهلل‬+
‫سيدنامحمد‬

Saudara kaum Muslimin yang berbahagia,

Umat Mukminin yang bertaqwa kepada Allah. Bertaqwa dalam erti kata yang
sebenar, yang memenuhi maksud sebagai hamba Allah SWT. Bukan sebaliknya, taqwa
yang hanya pada pengakuan lidah tetapi jauh di lubuk hati tertanam sifat yang tidak ikhlas
ke arah itu, tidak ikhlas terhadap Allah Taala dan tidak ikhlas terhadap Islam dan segala
tuntutannya.

Sesungguhnya telah banyak kurnian Allah SWT yang telah kita nikmati, maka
sudah sepatutlah bagi kita untuk selalu mensyukuri dengan syukur yang sebenar. Iaitu
dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, serta
berkeupayaan untuk meningkatkan Syariat Islam dengan memakmurkan masjid dalam
rangka meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Masjid adalah tempat sujudnya insan yang bertaqwa kepada Allah dan ini juga
simbol perpaduan seluruh umat Islam, di mana sahaja tempat yang mempunyai masjid
bererti di situ wujudnya orang-orang yang bertaqwa dan bersaudara. Penampilan kita dan
isi masjid akan mencerminkan darjat hubungan antara manusia dengan Allah SWT dan
antara manusia dengan manusia. Sabda Rasullullah saw:

‫أحب البالد الى اهلل مساجدها أو كما قال‬

Yang bermaksud : “Tempat yang paling dikasihi oleh Allah di sesuatu negeri atau qaryah
itu ialah masjid-masjidNya”.
Pada umumnya wajah masjid akan bergantung kepada taraf iman manusia.
Semakin tinggi keimanan, maka semakin makmurlah masjid, sebaliknya semakin rendah
iman maka semakin sucilah masjid itu.Dapatlah dikatakan bahawa aktiviti dan penampilan
masjid merupakan satu alat pengukur yang dapat memberi petujuk apakah umat manusia
itu dalam keadaan beriman yang tebal atau nipis. Firman Allah Taala:

‫ ببعض لهدمت صوا مع وبيع وصلوت ومسجد يذكر فيها كثيرا ولينصرن اهلل من‬+
‫ولو ال دفع اهلل الناس بعضهم‬
‫ينصره إن اهلل لقوي عزيز‬

Yang bermaksud : “Dan kalaulah tidak mendorong sesetengah manusia menentang


pencerobohan manusia yang lain, nescaya diruntuhkan tempat pertapaan segala gereja-
gereja kaum Nasrani dan tempat sembahyang kaum Yahudi dan juga masjid-masjid yang
sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya. Dan sesungguhnya Allah akan
menolong sesiapa yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha
Berkuasa”.

Kaum Muslimin yang berbahagia,

Alhamdulillah masjid di negara kita semakin berkembang jumlahnya, serta mutu


bangunannya bertambah cantik. Ada masjid yang mewah dan meriah serta makmur, ada
juga yang mewah tetapi sunyi sepi. Ada pula yang dhaif bangunannya tetapi aktif dengan
berbagai-bagai kegiatan dan ada yang kecil terpencil serta lemah kegiatannya.
Masalahnya sekarang, ialah sejauh manakah masjid-masjid itu telah digunakan sesuai
dengan ketentuan yang digariskan oleh syariat, iaitu sebagai tempat ibadat, tempat
menuntut ilmu, tempat berdakwah dan sebagainya lagi. Sejauh manakah kita telah
memakmurkan masjid sesuai dengan ketentuan Allah dan Sunnah Rasulullah, iaitu
menjadikan masjid sebagai pusat pertemuan dan pencetus rasa tanggungjawab umat
Islam menepati keperluan-keperluan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

Masjid Al-Ahram di Mekah Al-Mukarramah, masjid Al-Aqsa di Bait Al-Muqaddis


dan masjid An-Nabawi di Madinah AL-Munawwarah. Ketiga-tiga buah masjid ini telah
mengalami pembaikan dan pembesaran bangunannya dari masa ke semasa tanpa
menjejaskan kedudukannya sebagai pusat peribadatan, pusat kebudayaan, pusat
pengembangan ilmu dan pusat pembinaan ummah dengan usaha-usaha fardhu kifayah
seperti di bidang eknomi dan perusahaan-perusahaan yang mencerminkan idola
masyarakat Islam yang menjunjung Al-Quran. Firman Allah Taala yang berbunyi:

‫ األخر وأقام الصلوة ةءاتى الزكوة ولم يخشى إال اهلل فعسى أوئك أن يكونوا‬+
‫إنما يعمر مسجد اهلل من ءامن واليوم‬
) 18: ‫(سورة التوبة‬...‫من المهتدين‬

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang suka memakmurkan masjid


hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan orang yang tidak takut selain daripada Allah.
Mudah-mudahan itulah orang-orang yang akan mendapat petunjuk Ilahi”.

Kaum Muslimin yang berbahagia, di zaman kegemilangana Islam, umat Islam telah
berhasil menjadikan masjid sebagai markaz perlaksanaan hubungan antara manusia
dengan Allah SWT (Ibadat) dan hubungan manusia dengan manusia (Muamalat). Situasi
itu berlangsung sejak abad ke-6 Masihi hingga ke abad 13 Masihi iaitu selama tujuh abad,
sehingga kita masih dapat menyaksikan peninggalan sejarah umat Islam yang lalu itu
mampu melampaui batas ruang dan waktu hingga kini.

Umat Islam ketika itu benar-benar telah mengamalkan ibadat dan muamalat atau
dalam kata lain fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sekaligus tanpa terpisah atau dipisahkan.
Iaitu ibadat yang mengatur hubungan manusia dengan manusia (kemasyarakatan). kesan
daripada itu, mereka mampu mewujudkan keselamatan dan kesejahteraan bagi seluruh
umat manusia.

Sejak abad ke-14 Masihi, kita menyaksikan pergeseran peranan masjid, iaitu
masjid berubah wajah hanya menjadi tempat ibadat fardhu semata-mata, sedangkan
muamalatnya lepas terkeluar dari masjid, hal-hal fardhu kifayah tidak diuruskan di masjid
lagi. Kenyataan ini berlangsung terus sehingga secara sedar atau tidak sedar, inilah masa
kemunduran umat Islam, yang mengakibatkan sempitnya peranan masjid hinga ke abad
ini. Keadaan ini ditokok tambah dengan prilaku sesetengah umat Islam sendiri, apabila
berada di masjid bertuhankan Allah SWT dan kalau di luar masjid pula bertuhankan harta,
wanita, pangkat dan kuasa.
Kerana harta ia korbankan halal dan haram, kerana wanita ia lupa daratan tidak
nampak tuhan, kerana pangkat dan kuasa ia menolak kebenaran Islam, padahal inilah
sebenarnya punca keruntuhan seseorang.

Oleh kerana itu kita harus mengembalikan peranan masjid secara utuh ke arah satu
paradigma satu baru, iaitu sebagai tempat ibadat dan muamalat yang berpedoman
kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalam AL-Quran banyak sekali kandungan ayat-ayat
tenteng ibadat, muamalat, kemasyarakatan, ekonomi, pengadilan, hubungan si kaya
dengan si miskin dan lain-lain. Dengan demikian kesungguhan untuk mengembalikan
peranan masjid dengan suatu paradigma baru amatlah penting. Fahaman yang keliru
terhadap Islam dan bagaimana mengembalikan peranan masjid haruslah dilurus dan
dibetulkan sehingga msajid kembali berperanan dalam mengemabangkan nilai-nilai
ukhrawi dan duniawi yang Islami dan mampu pula berperanan sebagai pengendali
perubahan sosial, budaya masyarakat sesuai dengan peredaran masa dan zaman.

Kaum Muslimin yang berbahgia, apabila kegiatan fardhu kifayah tidak bertolak dari
roh masjid, maka akan kedapatan beberapa penyelewengan yang menyimapang dari
landasan Islam, tersimpang dari naungan Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW, di mana
akhirnya umat Islam telah dipengaruhi oleh sistem dan cara muamalat yang tidak secocok
dengan Islam.

Akibat tidak adanya roh dan budaya masjid dalam jiwa masyarakat Islam, maka
muncullah beraneka penyakit kemanusiaan yang kronik dan sukar untuk diselesaikan
seperti budaya penyalahgunaan dadah, budaya jenayah berat, budaya penyalahgunaan
kuasa dan korupsi, budaya lepak dan pesta maksiat dan kebelakangan ini kita
berhadapan pula dengan suatu budaya baru yang semakin serius dan meresahkan
masyarakat iaitu budaya penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa yang
dipelopori oleh manusia-manusia yang zalim dan ganas. Tidak ada alternatif lain yang
lebih berkesan untuk mengatasi gejala-gejala ini selain daripada kembali kepada Islam
dan kembali memakmurkan roh dan budaya masjid di dalam masyarakat.

Khutbah kedua
‫ من‬,‫ا‬++‫ أنفسنا ومن سيئات اعمالن‬+
‫ باهلل من شرور‬+
‫ ونعوذ‬,‫الحمدهلل نحمده ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونستغفره‬
.‫ ومن يصلل فال هادي له‬,‫يهداهلل فال مضل له‬

‫الم عليه وعلى‬++‫الة والس‬++‫ والص‬,‫وله‬++‫ وأشهد أن محمدا عبده ورس‬,‫أشهد أن ال إله إال اهلل وحده ال شريك له‬
.‫آلهوأصحابه والتابعين لهم إلى يوم الدين‬

,‫أما بعد‬

.‫ فقد فاز المتقون‬,‫أيها اإلخوة المؤمنون والمؤمنات ! أوصيكم وإياي بتقوى اهلل‬

‫ من صلى علي‬:‫ وقال الرسول‬.‫ يأيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما‬,‫إن اهلل ومالئكته يصلون على النبى‬
.‫مرة صلى اهلل عليه بها عشرا‬

Kaum Muslimin yang dihormati,

umat Islam hari ini tidak kurang jumlah besarnya di seluruh dunia, jumlah yang
memang boleh mendatangkan kegerunan bagi pihak musuh, lebih-lebih lagi dengan
kebangkitan umat Islam di beberapa negara di seluruh dunia.

Tetapi oleh kerana kita tidak bersatu padu dalam erti kata yang sebenar, maka
jadilah umat Islam umat yang lemah dan serba serbi kekurangan. Kita hanya biasa
bersatu pada satu-satu ketika sahaja, tidak sepanjang masa. Kepentigan diri telah
bertapak dan menetap di hati kita, yang kaya dengan kemewahannya, sedang yang
miskin terus-menerus dengan deritanya. Perpaduan kita bermusim hanya terletak di bibir
tidak menyerap ke lubuk hati.

Kita hanya dapat bernasyid dan berpantun mengenai perpaduan-perpaduan, tetapi


tidak mempraktikkan dalam kehidupan sehari-harian. Oleh itu, bersempena dengan hari
Jumaat yang mulia ini, marilah kita ambil iktibar dan membetulkan diri dan masyarakat kita
dengan mengukuhkan perpaduan kita serta menguatkan keimanan kita, kerana iman yang
kuat dan teguh menjadi faktor terpenting untuk membina perpaduan, bergading bahu dan
bersatu hati untuk mencari jalan keluar.
‫‪Kepada Allah jua dipohonkan taufiq dan hidayahNya, Amin.‬‬

‫‪+‬‬
‫‪ +‬بكندا يغ دفرت‪++‬وان أك‪++‬وغ توانكو‬
‫اللهم ءامنا فى أوطاننا ووفق أئمتنا ووالة أمورنا ال سيما ملكنا سري فادوكا‬
‫‪ +‬من قام مقامه ‪.‬‬
‫‪ +‬توانكو عبدالرحمن‪ ,‬ووفق‬
‫جعفر إبن المرحوم‬

‫‪ +‬األحياء منهم واألموات‪ ,‬ربنا اغفرلنا واإلخواننا الذين‬


‫اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات‪ ,‬والمؤمنين والمؤمنات‪,‬‬
‫سبقونا باإليمان‪ ,‬وال تجعلنا فى قلوبنا غال للذين آمنوا‪ ,‬ربنا إنك رءوف رحيم‪ .‬ربنا ال تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا‬
‫‪ +‬لنكونن من الخاس‪++‬رين‪ .‬ربنا ءاتنا‬
‫من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب‪ .‬ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا‬
‫فى الدنيا حسنة و قنا عذاب النار‪.‬‬

‫‪+‬‬
‫‪ +‬والبغى‪ ,‬يعظكم‬
‫‪+‬ار‬
‫‪+‬اء والمنك‪+‬‬
‫‪ +‬باللعدل واإلحسان‪ ,‬وإيتاء ذى القربى‪ ,‬وينهى عن الفحش‪+‬‬
‫عباد اهلل! إن اهلل يأمركم‬
‫‪+‬بر‪,‬‬
‫‪ +‬ولذكراهلل أك‪+‬‬
‫‪+‬له يعطيكم‪,‬‬
‫‪ +‬على نعمه يزدكم‪ ,‬واسألوه من فض‪+‬‬
‫لعلكم تذكرون‪ .‬فاذكروا اهلل يذكركم‪ ,‬واشكروا‬
‫واهلل يعلم ما تصنعون‪.‬‬

‫‪HAK CIPTA TERPELIHARA‬‬


‫‪TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,‬‬
‫‪MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN‬‬
‫‪ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA.‬‬ ‫‪MENCETAK SEMULA DAN‬‬
‫‪MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN‬‬
‫‪DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.‬‬

‫‪©MANHAL PMRAM 2000‬‬

Anda mungkin juga menyukai