Anda di halaman 1dari 5

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM

PEMBANGUNAN DAKWAH MENERUSI AKTIVITI


KEBUDAYAAN DI MALAYSIA.

Budaya dan Kebudayaan adalah suatu yang luhur.Manusia dalam melangsungkan


hidupnya dan meneruskan perjuangan menghadapi peredaran zaman adalah sesuai
dengan tuntutan tatacara budaya.Budaya yang berkenaan membentuk dan
menentukan halacara manusia dalam prosesnya menuju kepada suatu arah
kehidupan yang saling bergantung,berkomunikasi,berinteraksi dan bersosial di antatra
satu sama lain.Kerana itulah selagi man menerruskan hidupnya,selama itulah
manusia berbudaya.

Dakwah tidak akan mengecilkan erti budaya dan kebudayaan dan sama sekali tidak akan
mengambul risiko untuk menghentikanmanusia dari berbudaya.Namun demikian
dakwah juga tidak akan membiarkan kebudayaan itu ditentukan oleh nilai-nilai primitif
dan syirik.

Persidangan dan pertemuan di kalangan para ulama’dan penggerak Islsam di akhir tahun
70-an dan 80-an sering mendesak supaya kerajaan mewujudkan stesen TV dan radio
untuk program agama secara berasingan.Resolusi demi resolusi di keluarkan.Alasan
mereka stesen yang ada tidak mampu menerbitkan program-program agama atau
yang sering dikatakan tidak mempunyai nilai-nilai yang dapat diterima oleh
agama.Mereka tidak pernah bertanya tentang tenaga manusia pakar yang mampu
merancang program yang mereka kehendaki dan harga perbelanjaan yang diperlukan
bagi setiap program.

Ini membuktikan kesedaran umum masyarakat tentang pentingnya peranan radio dan TV
sebagai mekanisma moden yang amat berkesan pengaruh budaya yang dibawanya
kepada minda dan sikap masyarakat.
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Hari ini mekanisma itu sudah berkembang kepada komputer dan internet dan sudah
menjadi alat informasi dan komunikasi yang bertambah canggih dari masa ke semasa
dan amat penting bagi pembangunan manusia.Perkembangan ini sudah tentu
membudayakan umat Islam kepada suatu nilai baru yang amat
mengkagumkan.Tatacara hidup umat manusia termasuk umat Islam sendiri sudah
terungkai oleh budaya baru yang berkenaan.

Sekurang-kurangnya ada tiga golongan pendakwah yang mengambil sikap berbeza dalam
menghadapi perkembangan ini.Pertama ,mereka menolak secara total dan melihatnya
dengan penuh jijik.Sikap seumpama ini menandakan kejumudan dan kedangkalan
yang nyata dan tidak mungkin dapat menyelesaikan sebarang
masalah.Bahkan akan menyebabkan terjadinya kekalutan jiwa dan boleh mencetuskan
kesan yang lebih dasyat kepada perkembangan minda dan fizikal ummah.Pada akhirnya
akan terasing daripada dunia sejagat,sedangkan kamajuan itu berkembang juga.

Golongan kedua hanya menjadi penonton kepada perkembangan yang ada dan tidak
mempunyai strategi bersaing untuk menguasai perkembangan itu..Sikap seumpama ini
juga akan memnyebabkan umat Islam terus menerus menjadi golongan pengguna
(consumer)dan penumpang kasih kepada orang lain.Dari aspek yang lain pula,sikap ini
menjadi beban kepada matlamat pembangunan,terutama dalam menghadapi cabaran
abad ke 21.

Golongan ketiga adalah golongan yang mengambil faedah dan ikut serta secara aktif
dalam perubahan ini.Mereka melihat dakwah dari perspektif yang luas dan
menyeluruh.Mereka mengambil sikap bahawa dakwah mesti dalam arus perdana dan
tidak boleh mengecilkan perkembangan minda manusia dan kelahiran kebudayaan kesan
daripada perkembangan itu.Mereka sama sekali tidak akan mengambil risiko untuk
menghentikan manusia daripada berbudaya.

Golongan ketiga ini sentiasa bersedia untuk memastikan bahawa perubahan kebudayaan
kesan daripada kemajuan teknologi komunikasi dan imformasi moden tidak akan
menghilangkan apa-apa jua nilai murni dan sentiasa bersedia untuk menentang pengaruh
bobrok yang melandaa budaya manusia sejagat.Sebaliknya kemajuan tersebut
dipergunakan sepenuhnya bagi pencapaian matlamat dakwah,iaitu pembangunan
jiwa,mental dan sikap,walaupun mekanisma yang berkenaan tidak ciptaan umat Islam.
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Ketika Islam mula berkembang di rantau Asia Tenggara ini,pelbagai ragam seni budaya
rakyat telah dimanfaatkan oleh para pendakwah untuk memperkenalkan Islam kepada
penduduk tempatan.perkembangan sedemikian menjadi lebih menarik apabila proses
islamisasi itu terus mendapat sambutan dari sebahagian penduduk dan menerima
tentangan oleh sebilangan yang lain..

Sejarah telah mencatitkan tentang penyebaran Islam di Tanah Jawa.Antara lainnya adalah
kerana peranan sembilan wali yang terkenal dengan panggilan Wali Songo atau Wali
Sanga yang telah mengeksploit seni budaya rakyat Jawa seadanya.

Wayang kulit adalah antara seni rakyat yang menjadi alat penghibur kepada
rakyat.Sembilan Wali telah menjadikan seni budaya wayang kulit sebagai wadah
penyebaran Islam.Ciri-ciri yang sedia ada dalam budaya wayang kulit diubah suai untuk
menyalurkan ajaran Islamdan kesannya sangat besar.

Kumpulan-kumpulan bangsawan di zaman sebelum perang juga turut mengambbil


peranan ini.Mereka mempersembahkan cerita-cerita berunsur Islam yang diceduk
daripada hikayat-hikayat yang sarat dengan nilai-nilai keislaman,seperti Hikayat Siti
Zubaidah,Hikayat Perang Sabil,Hikayat Mohamad Hanafiah,Jatuhnya Konstantinopal dan
lain-lain.

Hari ini seni budaya masih menjadisantapan umum.Terpulanglah samada hendak


menamakannya santapan rohani atau santapan jiwa.Yang jelas budaya itu adalah suatu
yang luhur dan indah.Dan itulah yang sangat-sangat diperlukan oleh manusia.

Seni hiburan moden atau lebih umum ialah kebudayaan moden,biar bagaimanapun tidak
terlepas dari kejerrnihan dan kejahilan ini,bergantung kepada bagaimana pendakwah dan
penggerak agama menanganinya.Keterbukaan minda dalam sebuah globe dunia yang
menjadi lebih sempit dan tanpa sempadan ini membuatkan manusia tidak lagi duduk di
bawah tempurung.Semua itu harus dihadapi dengan penuh berani.Kerana itulah Dakwah
tidak boleh memejamkan mata terhadap gejala tersebut.Sebaliknya harus diterima dan
ditatang dengan caraa berperanan ke arah pembentukan nilai positif.
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Kemajuan teknologi komunikasi dan imformasi menghidang dan mendedahkan kepada


manusiaseribu satu warna seni dan budaya.perrbauran antara kuning,biru,hitam dan putih
membuatkan golongan yang lemah menjadi lain dan hilang arah.Sedangkan semua ini
adalah hakikat yang nyata dan yang tidak boleh ditolak.

Rasanya tidak munasabah sekiranya masih ada di kalangan pendakwahyang mengambil


sikap sekadar eskapism di tengah-tengah arus pembangunan dan perrcambahan
kebudayaan baru kesan dari kemajuan terkini.Kerana ini akan mengakibatkan budaya
Islam akan kecundang atau paling tidak terkebelakang ketika bertembung dengan
pengaruh kebudayaan asing yang memiliki dan memanfaatkan segala kemudahan untuk
berkembang dan menular.

Dan paling amat tidak munasabah dan amat bodoh mereka yang tidak bersedia dan
mengangkat seni budaya rakyat sebagai wadah untuk manyalurkan dakwah,kemudian
menghukumnya pula haram.Mengapa tidak Mak Yong,Wayang Kulit,Dikir
Barat,Rodat,Bangsawan,ghazal dan sebagainya itu dibina landasan baru dan memulih-
corakkan nilai negatif kepada nilai-nilai positif berasaskan kepada kejahilan dan kemurnian
budaya bagi kebaikan berrsama.

Bagi pencapaian tujuan itu agenda dakwah memerlukan satu mekanisma yang drastik dan
pragmatik ke arah pembentukan nilai yang mampu berfungsi sebagai alat pembinaan
masyarakatdalam erti kata yang seluas-luasnya.

Kemudahan penyiaran yang diprasangkakan sebagai punca utama kepada kekecuhan


dan kekalutan budaya,sebaliknya dapat digunakan sebagai alat untuk menjernihkan
budaya .Slot-slot TV tanahair masih kekosongan untuk dipenuhi oleh program-program
yang mengajak kepada ma’ruf.Tetapi malangnya tidak ramai yang mengambil kesempatan
ini yang menyebabkan kekosongan itu terpaksa diisi oleh prrogram asing.

Dalam konteks inilah aktiviti dakwah wajar menyelam dan menghayati aktiviti kebudayaan
yang ada berasaskan kepada fenomena semasa.Dengan kata lain aktiviti dakwah tidak
boleh lari dari kenyataan yang ada.
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Oleh:Dato’Dusuki Hj.Ahmad
Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©