Anda di halaman 1dari 26

PENINGKATAN DAKWAH DI KALANGAN PELAJAR AZHAR,

CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

MUKADDIMAH.
Assalamualaikum wrth.bth.

Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam yang tidak menjadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat menyembah-Nya. Firman Allah Taala:
"‫"وما خلقت الجن والنس إل ليعبدون‬: ‫قال الله تعالى‬

Tajuk yang akan kita bincangkan malam ini adalah merupakan satu tajuk yang
sangat luas,dan rasanya di luar kemampuan saya untuk menghuraikan dengan begitu
berkesan kepada saudara sekalian. Namun begitu, Insya-Allah saya akan cuba sedaya
upaya saya untuk menggantikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tajuk ini,
mudah-mudahan kita semua akan dapat mengambil sedikit sebanyak istifadah
daripadanya.

Persediaan yang perlu bagi seorang pendakwah.


Sebelum melangkah lebih jauh elok rasanya diterangkan disini beberapa
persediaan atau persiapan yang perlu ada pada diri seorang pendakwah,yang akan
membantunya berjuang di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri. Di antara
persediaan-persediaan yang perlu itu ialah :

1. MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG KUAT DENGAN ALLAH SWT.

Dengan mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah maka pertolongan


dan bantuan daripada Allah akan senang datang kepadanya.Tetapi sekiranya hubungan
dengan-Nya tidak kuat, maka seseorang pendakwah itu akan mudah hanyut ketika ia terjun
ke dalam masyarakat umum kerana memang sudah menjadi sunnah dakwah bahawa
seseorang pendakwah di jalan Allah akan sentiasa terdedah kepada mehnah yang hebat
daripada orang-orang yang benci kepada islam.Firman Allah taala dalam surah Al-
Baqarah:ayat 214
‫"أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا مسسن قبلكسسم مسسستهم‬: ‫قال تعالى‬
‫البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والين آمنوا معه متى نصر الله إل أن نصسسر‬
.(214 ‫الله قريب" –)البقرة أية‬
Ertinya : Adakah kamu kira bahawa kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan
datang mala petaka (ujian) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang-orang yang
sebelum daripada kamu? Mereka itu ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang
bersangatan dan mereka di dalam ketakutan sehingga berkata rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya: Bilakah akan tibanya pertolongan Allah? Ketahuilah bahawasanya
pertolongan Allah itu hampir akan tiba.

Diantara perkara-perkara yang dapat membawa seseorang itu mempunyai


hubungan yang kuat dengan Allah ialah:

A – Melakukan sembahyang
Menjaga sembahyang fardhu di awal waktu dan juga secara
berjemaah.Manakala sembahyang secara berjemaah pula akan di berikan pahala 25 kali
ganda atau 27 kali ganda oleh Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:
.‫صلة الجماعة أفضل من صلة الفذ بخمسة وعشرين درجة‬
Dan juga hadis Rasulullah saw:
‫أثقل الصلة على المنافقين صلة العشاء وصلة الفجر ولو يعلمون ما فيهما لتوهما ولو‬
.‫حبوا‬
Ertinya : Sembahyang yang paling berat ke atas orang munafiq ialah sembahyang Isyak
dan sembahyang Subuh.Jikalau mereka mengetahui ganjaran yang akan terdapat pada
keduanya nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak.
Begitu juga seseorang pendakwah mestilah berusaha melakukan sebanyak
mungkin dan secara beristiqamah,sembahyang-sembahynag sunat untuk menghampirkan
dirinya dengan Allah swt kerana qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw yang begitu
banyak melakukan sembahyang-sembahyang sunat sehingga bengkak-bengkak
kakinya.Pendakwah yang lena di malam hari umpama telur masin yang terpengaruh
dengan masinnya air garam walaupun di luarnya merupakan kulit yang keras.

B – Berzikir kepada Allah.


Khususnya mengamalkan zikir al-ma’thurat yang merupakan zikir mu’tabar dari
Rasulullah saw dan mengamalkannya di waktu pagi dan petang.
‫ أن ناسا من أصحابى رسول الله صلى الله عليه وسلم‬:‫عن أبى در رضى الله عنه أيضا‬
‫يصلون كمسسا نصسسلى ويصسسومون‬،‫ يا رسول الله ذهب أهل الدثور بالجور‬: (‫قالوا للنبي)ص‬
: ‫ أوليس قد جعل اللسسه لكسسم مسسا تصسسدقون؟‬:‫ قال‬.‫كما نصوم ويتصدقون بفضول أموالهم‬
‫وكسسل تحليلسسة‬،‫وكسسل تحميسسدة صسسدقة‬،‫أن لكم بكسسل تسسسبيحة صسسدقة وكسسل تكسسبيروة صسسدقة‬
‫أيأتى أحدنا‬:‫قالوا‬.‫ونهى عن المنكر صدقة وفى بضع صدقة‬،‫وأمر بالمعروف صدقة‬،‫صدقة‬
‫ أرأيتم لو وضعها فى حرام أكسسن عليسسه وزر؟فكسسذلك إذا‬:‫شهوته ويكون له فيها اجر؟ قال‬
.‫وضعها فى الحلل كان لما أجر‬
Ertinya : Bahawa sekumpulan manusia daripada sahabat-sahabat Rasulullah telah
berkata kepada Rasulullah :Wahai telah berpergian orang-orang yang banyak harta dengn
pahala yang banyak mereka bersembahyang sebagaimana kami bersembahyang,berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan bersedekah dengan kelebihan harta mereka .Sabda
Rasulullah saw:”Tidakkah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah?
Sesungguhnya bagi kamu pada setiap tasbih pahala sedekah,setiap tahmid pahala
sedekah,setiap tahlil pahala sedekah,menyeru kepada amar makruf pahala
sedekah,mencegah mungkar pahala sedekah Kata mereka : “Wahai Rasulullah,adakah
mendatangi salah seorang dari kami syahwatnya dapat pahala? Sabda nabi: “Apa
pendapat kamu kalau sekiranya ia meletakkan pada tempat haram adakah ia berdosa ?
Begitulah juga sekiranya ia meletakkannya pada tempat halal.Maka baginya pahala.

C – Melakukan puasa
Abu A’la Al-Maududi berkata : “Bukanlah yang dimaksudkan disini ialah puasa di
bulan Ramadhan tetapi yang dimaksudkan disini ialah puasa sunat kerana puasa di bulan
ramadhan merupakan fardhu yang ditetapkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam.Firman
Allah swt:
‫"يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم‬: ‫قال الله تعالى‬
"‫لعلكم تتقون‬
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman,telah difardhukan keatas kamu puasa
sebagaimana yang telah difardhukan keatas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan
kamu di kalangan orang yang bertakwa.
Perut yang sentiasa penuh diisi dengan makanan akan menyebabkan hatinya mati.

D – Membanyakkan membaca Al-Quran.


Firman Allah taala:
(20 ‫"فاقرأوا ما تيسر من القرآن" – )سورة المزمل أية‬: ‫قال الله تعالى‬
Ertinya : Dan bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Bacalah akan Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan
datang memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari qiamat”.
Begitu juga Rasulullah saw pernah mengibaratkan bahawa rumah yang tidak
pernah di baca surah Al-Baqarah padanya, bahawa rumah itu laksana sebuah kubur”.

E – Memberikan sedekah.
Seseorang yang banyak bersedekah akan lebih di kasihi oleh Allah swt.Bersedekah
itu adalah samada secara bersembunyi atau terang-terangan.
‫سبعة يظلمهم الله فى ظلسسه يسسوم ل‬: ‫عن أبى هريرة رضي الله عنه عن النبي )ص( قال‬
‫ المام العادل وشباب نشاء بعبادة اللسسه ورجسسل قلبسسه معلسسق فسسى المسسساجد‬:‫ظل إل ظله‬
‫ورجلن تحابا فى الله اجتماعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة دات منصسسب وجمسسال‬
‫ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى ل تعلسم يمينسه مسا تنفسق شسماله‬،‫فقال إنى أخاف الله‬
.‫ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه‬
Ertinya : Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada
perlindungan melainkan perlindungan-Nya iaitu: Imam yang adil,pemuda yang hidupnya
beribadat kepada Allah,lelaki yang hatinya terikat dengan masjid,dua orang lelaki yang
berkasih sayang kerana Allah samada mereka bertemu atau berpisah,lelaki yang diajak
oleh perempuan mempunyai kemuliaan dan kecantikan (untuk melakukan maksiat maka
dia berkata bahawa aku takutkan Allah),lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah
maka ia menyembunyikannya sehingga tak tahu tangan kanannya apa yang dibelanjakan
oleh tangan kirinya dan lelaki yang mengingati(berzikir) kepada Allah dalam keadaan sunyi-
sunyian sehingga mengalir air matanya.

2. KEIMANAN YANG KUAT


Iman yang kuat sangat penting untuk membantu seseorang pendakwah di
dalam menjalankan misinya yang sangat bahaya itu.Dengan iman yang kuat seseorang
pendakwah tidak akan takut kepada sebarang ancaman makhluk melainkan hanya takut
kepada Allah semata-mata kepada Allah swt. Firman Allah Taala:
‫"يجاهدون فى سبيل الله ول يخافون لومة لئم" – )سورة المائدة أية‬: ‫قال الله تعالى‬
(54
Ertinya : Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cercaan orang-orang yang
mencerca.
3. BERSEDIA MENERIMA UJIAN DARIPADA ALLAH SWT.
Seseorang pendakwah yang bercita-cita untuk terjun di dalam medan
dakwah ini mestilah mempunyai tekad dan azam di dalam dirinya bahawa ia sedia
menerima sebarang ujian daripada Allah dalam apa bentuk sekalipun,kerana memang
sunnah dakwah dari dulu hingga sekarang bahawa para pendakwah di jalan yang lurus
akan sentiasa di tentang oleh musuh-musuh Allah di muka bumi ini.Firman Allah swt:
‫"ولنبلونكم بشيء مسسن الخسسوف والجسسوع ونقسسص مسسن المسسوال والنفسسس‬: ‫قال الله تعالى‬
(155 ‫والثمرات وبشر الصابرين" –)سورة البقرة أية‬
Ertinya : Demi sesungguhnya akan kami uji kamu dengan sesuatu (cubaan) iaitu
ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta,manusia dan buah-buahan.Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar.(atas cabaran ini)

4. BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN SEBARANG TUGAS.


Sebagai seorang pendakwah mestilah tertanam dalamdirinya perasaan
sanggup berjuang dan mewakafkan dirinya hanya semata-mata kepada Allah
swt.Seseorang pendakwah juga mestilah sanggup untuk menjalankan sebarang tugas yang
di berikan oleh mas’ul atau pimpinan jamaah.Ia mesti sanggup menerima tugas yang
rendah meskipun ia memiliki kelulusan yang tinggi.Segala arahan mas’ul dan pimpinan
jamaah mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas kepada Allah
swt.Firman Allah taala:
‫"وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسسسوله والمؤمنسسون وسسستردون إلسسى‬: ‫قال الله تعالى‬
"‫عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون‬
(105 ‫)سورة التوبة أية‬
Ertinya : Katakanlah :Bekerjalah kamu,nanti Allah akan melihat pekerjaanmu,serta
rasulnya dan orang-orang yang beriman.Nanti kamu akan dikembalikan kepada yang
mengetahui yang ghaib dan yang hadhir,lalu dikhabarkannya kepadamu apa-apa yang
telah kamu kerjakan.

5. MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN .


Seseorang pendakwah mestilah berusaha untuk memperlengkapkan dirinya
dengan ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin,terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan ilmu-ilmu agama Islam itu sendiri, kerana denga keluasan ilmu yang dimiliki
seseorang pendakwah akan lebih mudah untuk menjalankan tugasnya. Tanpa ilmu yang
tinggi seseorang pendakwah akan menghadapi berbagai-bagai masalah dan kesulitan
apabila terjun di dalam masyarakat nanti. Dan dibimbangi mereka akan menjadi golongan
yang gugur dari jalan dakwah.(‫) المتساقطون عن طريق الدعوة‬
Firman Allah swt:
(28 ‫"إنما يخشى الله من عباده العلماء" – )سورة فاطر أية‬: ‫قال الله تعال‬
Ertinya : Hanya yang takut kepada Allah ialah ulamak-ulamak diantara hamba-hambanya.

6. MENJAGA PERIBADINYA BERSESUAIAN DENGAN AJARAN AL-QURAN


Seseorang pendakwah semestinya menjaga kemuliaan peribadinya di mana
saja ia berada kerana setiap perbuatannya akan sentiasa menjadi perhatian masyarakat
ramai. Begitu juga kita lihat Rasulullah saw merupakan seorang yang sangat tinggi
akhlaknya. Pada suatu ketika , Saidatina ‘Aisyah pernah di tanya oleh sahabat akan akhlak
Rasulullah. Maka di jawab oleh beliau bahawa Rasulullah saw sebagai tempat ikutan yang
paling mulia.Firman Allah taala :
‫"لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجسسو اللسسه واليسسوم‬: ‫قال الله تعالى‬
(21 ‫الخر وذكر الله كثيرا" –)سورة الحزاب أية‬
Ertinya : Sesungguhnya pada Rasulullah (Muhammad)ada ikutan yang baik bagimu.Iaitu
bagi orang-orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari kemudian serta ia banyak
mengingati Allah.

7. BERSEDIA UNTUK MENYERU KE ARAH KEBENARAN


Seseorang pendakwah mestilah bersedia untuk menyeru manusia kepada
kebenaran kerana itu adalah tuntutan Islam.Sabda Rasulullah saw:
‫قل الحق ولو كان مرا‬
Dan juga firman Allah taala:
‫"ادع إلى سبيل ربك بالحكمسسة والموعظسسة الحسسسنة وجسسادلهم بسسالتى هسسى‬:‫قال الله تعالى‬
: ‫ ) سورة النحسسل‬- "‫إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين‬. ‫أحسن‬
( 125
Ertinya : Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan
pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang
terbaik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalan-Nya
dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
8. MEMPUNYAI KEROHANIAN YANG TINGGI
Bersesuaian dengan tugas pendakwah yang sangat berat itu maka kebersihan
rohaninya sangatlah perlu. Seseorang yang mempunyai kebersihan rohani yang tinggi
bolehlah kita ibaratkan sebuah ‘besi berani’ yang besar yang mana ia akan dapat menarik.

PERSIAPAN PARA DAI”E

1.0 MUQADDIMAH

Dunia Islam pada abad–abad mutakhir ini rata-rata telah dilanda oleh gejala riddah.
.Demikianlah kesimpulan yang dibuat oleh beberapa orang tokoh Islam masa kini seperti
Sa’id Hawa dan Abu’l Hassan Aliyy an-Nadwi.Dalam pembuktiannya terhadap kewujudan
gejala tersebut, Said Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri riddah yang terdapat dalam
kehidupan masyarakat dunia Islam kini.Antaranya termasuklah sifat mentaati golongan yang
tidak senang dengan ajaran Allah (1), tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah ( 2 ),
tidak rela dan tidak senang dengan hukum Allah tetapi sebaliknya rela berhakim dengan
taghut ( 3 ) , tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah apabila berlaku pertikaian di
kalangan mereka dan sikap beriman hanya kepada sebahagian yang lain ( 5 ) . Selain dari
itu beliau juga menghujah bahawa telah berlaku perkara-perkara yang membatalkan
syahadah ( 6 ) .
Sementara itu Abu’l Hasan Aliyy an-Nadwi pula membuktikannya dengan gejala
penyerapan falsafah barat yang bersifat ilhad ke dalam masyarakat Islam.Keadaan yang
tersebut berlaku dengan berleluasa di tengah-tengah kelemahan ummat Islam kini yang
disifatkan sebagai generasi paling buruk dalam sejarah .
Ternyata bahawa ummat Islam kini mengalami keadaan yang gawat dan genting yang
memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini.Situasi kini yang penuh
tipu helah ,sepak terajang dan taktik-taktik jahat musuh-musuh Islam menghendaki bahawa
hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan
ini ,kemudian membangunkannya kembali dengan manhaj Islam.Para da’ie yang kurang
persiapan sebaliknya mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum
matlamat suci yang ingin di perjuangkannya tercapai .Peristiwa dan sejarah telah membuktikan
bahawa fenomena ini telah dan sedang berlaku .
1 . Surah Muhammad : 25 – 26
2 . Surah al- Maidah : 44
3 . Surah an-Nisa’ : 59 – 60
4 . Surah an – Nisa’ : 64
5 . Surah al – Baqarah : 84 – 85
6 . Lihat buku Ila’l – Islam in jadid , halaman 171- 190

Menyedari perkara ini dan sebagai sebuah gerakan yang mempunyai


perancangan ,maka usaha-usaha yang gigih perlulah diambil untuk memperlengkapkan para
da’ie dan bakal-bakal da’ie dengan bekalan-bekalan yang perlu dengan semaksima mungkin
supaya mereka nanti dapat berperanan dengan lebih berkesan apabila menerjunkan diri di
arena dakwah.

2.0: PERSIAPAN DA’IE


Persiapan –persiapan yang harus diambil kira oleh para da’ie boleh digolongkan kepada
3
bahagian utama :
1.Persiapan mentalnya.
2.Persiapan ilmiahnya
3.Kaifiat dan adab dakwahnya
Dalam bahagian-bahagian berikutnya akan dibincangkan ketiga-tiga bahagian ini
dengan lebih meluas dan mendalam..:
2.1 Persiapan Mental
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan mereka tidak di perintahkan melainkan untuk menyembah-Nya dengan tulus
ikhlas,
beragama kerana-Nya semata dengan menjauhi kesesatan.” ( Al – Bayyinah ) : 5

2.1.1: Keperibadian Islam


Pembinaan keperibadian Islam perlu diberi perhatian lebih dahulu daripada kerja-kerja
lain .Ini adalah kerana keperibadian Islam merupakan batu asas dalam struktur gerakan
Islam.Para pendakwah tidak dapat memainkan peranannya selagi mana keperibadian
mereka tidak sempurna .Di antara ciri-ciri keperibadian Islam ialah:
a. Mentaliti Islam
Mentaliti Islam ialah teras keperibadian Islam .Ia adalah merupakan potensi pemikiran
dan penggambaran Islam yang betul tentang kosmos (cakerawala), manusia dan kehidupan.
Seseorang yang mempunyai mentaliti Islam ialah seorang yang menundukkan segala idea,
pendapat dan hukum kepada penilaian Islam agar ianya menjadi kaedah pemikiran yang
mencerminkan peribadinya.
Mentaliti Islam ialah menggabungkan segala-galanya menerusi Islam dan mengeluarkan
hukum terhadap segala perkara dengan kaca mata Islam , ia melihat Islam sebagai
penyelesaian kepada problem dan teraju bagi segala perkara.Kelemahan para da’ie sekarang
ialah kesamaran dalam memahami dan menggambarkan Islam sebagai satu isme dan
perjuangan Islam sebagai satu method dan cara bekerja.

Faktor-faktor untuk pembentukan mentaliti Islam antaranya :


1. Kefahaman yang betul terhadap Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menimbulkan
garis-garis asasi bagi kehidupan insan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
2. Kesedaran yang penuh terhadap matlamat idea Islam sebagai suatu yang mengawal
akhlak, yang menjadi motif terhadap kerja dan menjadikan tingkah laku manusia terikat
dan selaras dengan kedudukannya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
3.Pencakupan yang sepenuhnya terhadap aspek-aspek dalam Islam, tanpa membataskan
penumpuan kepada aspek-aspek tertentu yang mana akan membawa kepada
penyelewengan yang merbahaya.

b. Kejiwaan Islam
Kejiwaan Islam adalah refleksi yang dapat dirasa dari jalinan idea Islam dan
penghayatan idea tersebut dalam diri seseorang da’ie ,tidak cukup hanya dengan mengetahui
teori-teori dan pandai melaung-laungkan sahaja.,tetapi tidak ada usaha yang gigih untuk
menjelmakannya dalam dirinya. Dari satu segi dakwah melalui contoh tauladan adalah lebih
berkesan daripada laungan kata-kata sahaja .Allah menyelar sikap orang-orang yang
memisahkan di antara dua bahagian itu.
Firman Allah taala bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman ,mengapakah kamu
menyatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan ?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa
kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan” .
( As-Shaff:2-30 )
c. Ketenangan dan keseimbangan jiwa.
Di dalam menghadapi ranjau dan ragam dakwah adalah penting sekali bagi para
da’ie mempunyai kemampuan untuk memelihara keseimbangan jiwanya dan mampu pula
berusaha memulihkan ketenangan itu apabila keadaannya terganggu .Di dalam hal ini sirah
Rasulullah saw telah banyak memberi pengajaran kepada kita .Bayangkanlah ketenangan
Rasulullah ketika mana dakwahnya ditolak di Thoif dan kemudian dihujani pula oleh ejekan
dan lemparan batu yang menyebabkan darah percikan dari luka-luka di badannya.Ketika
datang tawaran dari Jibril untuk menghapuskan kaum yang biadap itu maka apa yang
terdengar dari mulutnya ialah: “Wahai Tuhanku,berilah hidayah kepada kaumku itu lantaran
mereka tidak mengetahui”.Suara jiwa baginda tenang dan seimbang .
Suara jiwa itu juga kedengaran dari kata-kata yang berapi-rapi keluar dari mulut
Rasulullah , waktu beliau menjawab pertanyaan pamannya Abu Talib yang menyampaikan
ultimatun pembesar-pembesar quraish:wallahi ma taraktuf. “Demi Allah sekali-kali aku tidak
akan tinggalkan tugas ini sampai perjuangan ini di menangkan oleh Allah atau aku hancur
didalamnya”.
Dalam satu peristiwa yang iaitu di waktu beliau dan umat muslimin mencapai
kemenangan gilang gemilang,sebagai penutup perjuangan hampir seperempat abad
lamanya terus menerus.Bukan kesombongan atau haus kekuasaan dan perasaan membalas
dendam yang meliputi hatinya,akan tetapi rasa syukur kepada ilahi dan maaf atas mereka
yang telah tunduk kepada kebenaran.Dirasakannya bahawa pada hakikatnya yang menang
ialah kalamatullahi’ulya bukan dirinya sendiri.
d. Jiwa merdeka dan ananiah.
Penyakit ananiah adalah lawan pertama yang harus di hadapi oleh setiap da’ie
yang benar-benar ingatkan matlamat dakwah menjadi kenyataan.Haruslah disedari bahawa
bahaya-bahaya yang ada pada diri da’ie itu sendiri serta penyelewengan-penyelewengan yang
dilakukan adalah lebih besar daripada tipu daya pihak lawan dan konspirasi orang-orang yang
tidak senang dengan islam.Para da’ie adalah dalam keadaan selamat selagi ia bersih dari
keaiban-keaiban dan penyakit-penyakit diri sendiri.Saidina Umar Ibnu Al-Khattab r.a pernah
berkata:
“Jadilah kamu orang-orang yang lebih berwaspada terhadap pekerjaan-
pekerjaan maksiat daripada kewaspadaan mu terhadap musuh.Sesungguhnya dosa-dosa
tentera islam itu lebih aku bimbangi daripad musuh-musuh mereka.Dan sesungguhnya umat
islam itu mendapat pertolongan Allah lantaran kemaksiatan yang dilakukan oleh musuh
mereka.Ketahuilah sesungguhnya kamu sentiasa di awasi oleh malaikat-malaikat Allah yang
mengiringi kamu sepanjang perjalanan kamu.Oleh itu janganlah kamu mengerjakan perkara-
perkara yang dimurkai Allah,sedang kamu berjihad pada jalan-Nya”.
Diantara bentuk-bentuk ananiah ialah putus asa dalam kesulitan, takbur dalam
kemenangan, hubbul mal (ingin kaya), hubbul jah (ingin pangkat dan kekayaan), riya’,ujub
ingin dilihat dan dipuji orang. Akibat ananiah antaranya ialah berteras keluar, menjual
tampang, berpantang rujuk, menghela surut, walaupun sudah nyata keliru fatwa, tajammul,
ingin menjadi kesayangan kepada orang yang berkuasa, yang akhirnya jadilah da’ie itu orang
yang hilang harga diri, lidah kaku dan berhati kecut.

Bagaimana tuntutan ilahi membimbing para rasul dalam hal ini.


Nabi Nuh dalam usahanya untuk membanteras kesan dari pengikut kerana upahan
dan mempersona dengan kuasa ghaib, menegaskan :
“Aku tidak mengatakan bahawa pada sisiku ada perbendaharaan Allah dan bahawa
aku mengetahui hal-hal ghaib dan aku tidak berkata bahawa aku ini malaikat”.(Surah
Hud:31)
Rasulullah saw ketika menghadapi kaum Quraish dalam lingkungan keluarganya
menegaskan :
“Wahai kaum Quraish,sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku supaya memberi
peringatan kepada anggota-anggota kaumku yang berdekatan dan sesungguhnya aku tidak
mempunyai kekuasaan apa-apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk
menentukan apa untuk memberi manfaat kepadamu dan tidak untuk menentukan nasibmu di
akhirat,melainkan supaya kamu berkata tidak ada tuhan melainkan Allah”.
Oleh itu orang yang menurut panggilan itu adalah ia semata-mata kerana menerima
kebenaran bukan kerana di dorong oleh harapan untuk memperolehi keuntungan dan bukan
kerana terpesona oleh kegagahan dan kemenangan kedudukan.

2.2 Persiapan Ilmiah.

2.2.1 Ilmu pengetahuan yang luas.


a- Berilmu pengetahuan sebelum perlaksanaan.
Berilmu pengetahuan adalah perlu sebelum bertindak dan berbuat
sesuatu.Kesungguhan
sahaja adalah tidak berguna tanpa ilmu yang cukup.Seorang da’ie haruslah
berpandangan luas dan mengetahui apa yang ia perkatan.Tanpa ilmu
pengetahuan,kemudharatan mungkin lebih banyak dari kebaikan.Oleh itu adalah menjadi
kewajipan para da’ie untuk memperdalamkan ilmu pengetahuannya yang berdasarkan
dari Al-Quran,sunnah dan syara’.Para da’ie harus merasa cenderung untuk manambah
dan memperkembangkan ilmu pengetahuannya sebaik mungkin.

b- Keutamaan ilmu pengetahuan.


“Allah meningkatkan orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang
yang
diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al
Mujadalah:11)

“Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan kecuali dia dan malaikat dan orang-
orang yang diberikan ilmu pengetahuan untuk menegakkan keadilan, tiada tuhan kecuali
dia yang maha pengasih lagi bijaksana”. (Al-
Imran:18)

“Orang-orang yang berilmu pengetahuan di mintakan ampun untuk mereka oleh orang-
orang yang ada di langit dan dipermukaan bumi dan Allah serta para malaikat-Nya
mengucapkan selawat atas orang-orang yang mengajarkan ilmunya kepada orang ramai”.
(Al-Hadis)

c- Ilmu pengetahuan yang luas


Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini dengan ilmu pengetahuan yang dapat
menyampaikan manusia kepada kesempurnaan hari akhiratnya,yang dapat menggugah
hati sehingga manusia terdorong untuk memperbuatnya sekalipun ia merasa asing
hidupnya di dunia ini kerana melaksanakan ajaran agama.Ilmu yang menyebabkan
manusia merasakan dirinya dekat dengan kepergiannya dari dunia yang fana ini.Menuju
satu perjalanan yang panjang yang tidak akan kembali untuk kedua kalinya.

d- Ilmu pengetahuan yang luas kerana memperhatikan Al-Quran.


Allah swt selalu memrintahkan kepada umat manusia agar memikirkan dan
memperhatikan isi Al-Quran selain daripa membacanya.
“Inilah Kitab yang kami dorongkan kepada engkau lagi berkat,supaya memperhatikan
ayat-
ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”.(As-Shaad:29)
“Tidakkah mereka memperhatikan Al-Quran ini bahkan hati mereka terkunci iaitu
tertutup”.(Surah Muhammad:26)
Selalu memperhatikan Al-Quran adalah penting bagi para da’ie untuk
memperkukuhkan
pengenalannya kepada penciptanya untuk ia membezakan jalan Allah dan jalan syaitan,untuk
memperingatkannya tentang hari akhirat.

e- Pokok-pokok ilmu pengetahuan yang luas.


i – Pengetahuan para da’ie terhadap tujuan ilmu pengetahuan serta peranannya dalam
hidup umat manusia.
ii – Memilih kehidupan akhirat serta menyingkirkan tipuan dunia.

2.2.2 Tafaqquh fiddin


Seorang pembawa risalah harus memahami benar-benar risalah yang hendak
diteruskannya, mengetahui isi dan bidangnya,sari pati dan jiwanya,merasakan dinamik
yang terkandung di dalamnya.Maka barulah risalah itu benar-benar hidup dan
menghidupkannya.
Bertanya Rasulullah saw kepada Muaz Bin Jabal di saat dia akan berangkat ke
Yaman untuk memangku jawatan gabenor disana.
Rasulullah: Dengan apakah kamu meletakkan sesuatu hukum apabila orang
menghadapkan sesuatu masalah kepadamu?
Muaz : Dengan kitab Allah.
Rasulullah : Kalau kamu tidak menemuinya?
Muaz : Dengan sunnahmu (Al-Hadis).
Rasulullah : Kalau kamu tidak meperolehinya pula?
Muaz : Saya akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah : Segala puji bagi Allah yang memberi taufiq kepada utusan rasul-Nya dengan
apa yang telah diredhainya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
2.2.3. Tafaqquh fin-Nas
Oleh kerana risalah ini untuk manusia,maka adalah logis bagi para da’ie
untuk memahami fitrah manusia itu ,sifat-sifatnya,alam fikirannya dan alam perasaan
masyarakat yang dihadapinya.
Pengetahuan di bidang ilmu jua,kehidupan manusia sebagai individu dan sebarang
makhluk ijtima’ banyak menolong para da’ie dalam tugasnya.Faktor luaran seperti suasana,
adat tradisi, taraf penghidupan dan taraf kecerdasan banyak mempengaruhi kemampuan
untuk mencernakan dakwah.

2.2.4 Bahasa Al-Quran.


Bagi orang yang tafakkuh fiddin, adalah menjadi satu keperluan untuk menguasai
bahasa Al-Quran walaupun secara pasif, supaya dapat menggali isi dan menangkan jiwa
risalah itu sendiri. Selain daripada bahasa Al-Quran, bahasa Arab ialah bahasa kebudayaan,
satu bahasa pemangku kecerdasan dan kunci segala ilmu pengetahuan yang kaya raya.
Bahasa arab juga ialah bahasa persatuan kaum muslimin yang tidak dapat dicari ganti.

2.2.5 bahasa pengantar.


Bahasa pengantar ialah bahasa umat yang sedang dituturi.Bahasa pengantar
yang tersusun rapi merupakan jambatan yang akan membuka hati dan menggerak rasa individu
yang dipanggil. Rasulullah saw sendiri pernah menyuruh beberapa orang sahabat supaya
mempelajari bahasa Ibrani dan mempergunakannya dengan lancar dalam pergaulan sehari-hari
dengan penduduk asli.
Unsur-unsur pengetahuan umum yang kita sebut di atas dinamakan ilmu adat,
termasuk di dalamnya ilmu jiwa, ilmu bumi dan penduduknya, antropologi, sejarah ilmu
masyarakat, politik dan perbandingan agama. Ilmu-ilmu ini dapat membantu da’ie dalam
merencanakan isi, cara dan siasat dakwah yang lebih tepat untuk sesuatu waktu dan
keadaan terutama dalam menghadapi golongan intelek.
Para sahabat di zaman Rasulullah saw dan sesudahnya sendiri mempunyai
pengetahuan dasar dalam beberapa ilmu yang disebut di atas. Walaupun ilmu-ilmu itu tidak
mereka pelajari di kuliah seperti sekarang tetapi Al-Quran sendiri lengkap dengan berbagai-
bagai ilmu. Saidina Ali dan Saidina Umar adalah ahli dalam ilmu jiwa, mereka adalah
murabbi, pendidik. Saidina Abu Bakar r.a adalah seorang ahli ilmu masyarakat, seorang
yang mengetahui nassabat yakni yang paling faham tentang hal ehwal, sejarah, tabiat dan
sifat orang-orang Arab.
2.3 Kaifiat dan adab dakwah
2.3.1 : Hikmah
“Dan serulah kepada jalan Tuhanku dengan hikmah ,dan nasihat-nasihat yang baik ,dan
bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik,sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui
siapa yang sesat dari jalan-Nya ,dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin”.
(Al-Nahl:125)
a. Hikmah dalam erti mengenal golongan
Syeikh Muhammad Abdul menyimpulkan dari ayat Al-Quran di atas bahawa
dalam garis besarnya,umat yang dihadapi oleh para da’ie dapat di bahagi kepada tiga
golongan yang masing-msingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:
1. Golongan cendikiawan – yang cinta kebenaran dan dapat berfikir secara kritis,cepat
dan dapat menangkap erti persoalan.Mereka ini harus dipanggil dengan hikmah iaitu
dengan alasan-alasan,dengan dalil dan hujah yang dapat di terima oleh kekuatan akal
mereka.
2. Golongan awam – iaitu orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritis
dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi.Mereka ini
harus dipanggil dengan ‘mau’izahtun hasanah’ dengan anjuran dan didikan yang baik-
baik dan mudah di fahami.
3. Golongan yang tingkat kecerdasannya terletak di antara dua golongan di atas
,belum dapat dicapai dengan hikmah, akan tetapi tidak sesuai pula bila dilayani seperti
golongan awam, mereka suka membahas sesuatu, tetapi dalam keadaan tertentu tidak
sanggup mendalam benar. Mereka ini dipanggil dengan “mujadalah billati hiya ahsan”
iaitu dengan bertukar fikiran, guna mendorong supaya berfikir secara sihat.

b. Hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus
diam.
Contohnya ialah peristiwa di mana Rasulullah saw menjemput kaum keluarganya
yang hampir ke majlis makan di rumahnya untuk menyampaikan seruan Islam. Dalam
majlis pertama rancangan Rasulullah terganggu kerana dipatahkan oleh pamannya Abu
Lahab. Rasulullah tidak berkata apa-apa pada malam itu sebaliknya baginda menjemput
untuk majlis kedua pula di mana baginda menyampaikan dakwahnya dan mencapai
kemenangan moral.

c. Hikmah dalam mengadakan konteks pemikiran dan mencari titik permulaan sebagai
tempat bertolak untuk maju secara sistematik
Sudah menjadi tabiat manusia umumnya, sukar untuk menerima pemikiran baru
yang dirasakan asing sama sekali. Seseorang lebih mudah memberikan minat dan
perhatian kepada sesuatu yang telah sedia ada dalam fikiran dan perasaannya. Oleh itu
para dai’e perlu mengadakan kontak dengan alam fikiran mereka yang dihadapinya
supaya dakwahnya lebih berkesan, menjangkau apa yang ada dalam fikiran mereka,
berusaha membangkitkan minat dan seterusnya menggerakkan daya fikirnya.
Khutbatul wada’ memberikan contoh yang amat tepat dan indah sekali bagaimana
Rasulullah memperolehi titik pertemuan dan kontak jiwa dengan umat ramai yang
dihadapinya .Contoh lain ialah kata-kata utusan Rasulullah yang diutus kepada raja-raja
dan kaisar-kaisar untuk menyeru Islam.Tatkala kaisar Najashi bertanya kepada Jaafar bin
Abi Talib yang memimpin rombongan Muhajirin ke Habsah , “Apakah ada padamu
sesuatu yang dibawakan Muhammad kepada Allah?”
Lalu Jaafar dengan tepat memilih surah Maryam yang menceritakan tentang
pembersihan Maryam dan Isa dari tuduhan orang-orang Yahudi.Kaisar Najashi yang
beragama kristian itu menangis mendengarnya ,lantas berkata , “Sesungguhnya ini
adalah apa yang dibawakan oleh Isa, datang dari sumber yang satu”.

d. Hikmah tidak melepaskan shibghah


Dalam kita mengatur mencari kontek pemikiran ,haruslah berhati-hati dari
tashabuh iaitu menyerupai pendirian dengan orang yang dihadapi .Kelak akibat dan
kaedah akan menjadi kabur dan samar .Tashabbuh juga boleh menyebabkan hilangnya
shibghah, iaitu corak keperibadian Islam dan martabat peribadi Islam dan martabat
peribadi dai’e itu sendiri .
“Shibghah Allah ,dan siapa lagi yang dapat memberi shibghah lebih baik daripada Allah,
dan Dialah yang kami sembah”.

e. Memilih dan menyusun kata yang tepat


“Wahai orang-orang yang beriman ,bertaqwalah kepada Allah ,dan berkatalah dengan
kata –kata yang tepat”.
(Al-Ahzab:70)
Qaulan sadidan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah kata yang lurus (tidak
berbelit-belit), kata yang benar,keluar dari hati yang suci bersih dan diucapkan sebegitu
rupa sehingga tepat mengenai sasaran mengetuk pintu akal orang yang dihadapi.Contoh
kata-kata qaulan sadidan dapat kita perhatikan pada ayat Quran mengenai arak dan judi
dan pengharamannya .Satu lagi contoh ialah kata-kata Nabi Musa ketika mengadap
Fir’aun untuk mengajaknya kepada agama Allah .

f. Hikmah dalam cara perpisahan


“Berteguh hatilah kamu tentang apa-apa yang mereka katakan dan berpisahlah kamu
dengan perpisahan yang baik”.
(Al-Muzzamil:10)
Apabila dakwah telah menghadapi jalan buntu ,di mana anjuran dan kata-katanya
ternyata akan membuang tenaga dan waktu dengan sia-sia ,maka hendaklah diakhiri
dengan perpisahan dengan kata-kata qaulan balighan ,kata-kata yang menjangkau lubuk
hati dan kata-kata yang hajrun jamil.

g. Hikmah dalam erti Usrah hasanah dan lisanul hal


Uswah hasanah - contoh tauladan yang baik .Peristiwa yang paling baik untuk kita
jadikan perhatian ialah contoh tauladan dari Rasulullah sendiri .Ketika tiba di Madinah
nabi mendirikan masjid pertamanya iaitu di Quba’.Dalam pembinaan itu Nabi serta sekali
mengangkat batu-batu yang berat untuk pembinaan masjid itu.Ini menjadi semangat
kepada para sahabat lain untuk sama-sama menjayakan pembinaan masjid itu.
Lisanul hal – bahasa keadaan,tanpa suara .Umratul khada’adalah contoh terbaik yang
boleh kita perhatikan .Pada masa umratul khada’ummat Muslimin tidak membuat
sebaran penyeruan kepada Islam.Mereka datang untuk beribadat .Tetapi sebaliknya
tingkah laku mereka di sana yang masuk dalam barisan yang teratur rapi ,serba putih
memakai pakaian umrah sambil menyerukan taliyyah serentak berirama ,keluar dari
lubuk hati ‘abidin penuh keimanan dan taqwa, dengan wajah yang bersinar-sinar dan
adab yang penuh sopan telah berjaya menawan hati sebilangan pemimpin Quraisy yang
memerhatikan mereka.

2.3.2:Mawaddah fil-qubra (jambatan rasa)


“Maka adalah sebahagian dari rahmat Allah kepadamu bahawa engkau bersikap
lemah lembut terhadap mereka, dan sekiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis
tentulah mereka akan lari dari kelilingmu, sebab itu maafkanlah kesalahan mereka dan
mohonlah ampun untuk mereka”.
(Ali Imran:159)
Selain kefasihan lidah dan bahasa yang menarik ,seorang da’ie perlu mempunyai
hubungan rasa dengan orang yang dipanggilnya .Ianya merupakan pancaran kalbu yang
hanya bisa wujud dari rasa cinta kepada ummat yang dipanggilnya.Rasa sedih
mengenangkan nasib mereka bila mereka terasa dalam kesesatan dan rasa cinta kepada
risalah al-Khaliq ar-Rahim.

BAKSIS /’88
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GENERASI PELAPIS DAN PERMASALAHAN KEPIMPINAN

‫الحمششد للششه رب العششالمين وبششه نسششتعين والصششلة واالسششلم علششى أشششرف‬


‫المرسلين وخاتم االنبيين سشيدنا محمشد وعلششى ألشه وأصششحابه االطششاهرين‬
:‫أما بعد‬.‫الطيبين والتابعين لهم بإحسان الى يوم الدين‬

1.0 MUKADDIMAH

1.1 Menginsafi kecanggihan masa hadapan,sewajarnya kita memperkuatkan


tekad dan azam

untuk mempersiapkan generasi akan datang dari pelbagai dimensi khususnya kepimpinan
berorganisasi.Kesepaduan di dalam kepemimpinan adalah merupakan suatu perkara yang
penting untuk terus menggerakkan putaran sejarah kebangkitan Islam(IslamicResurgence)
dan merealisasikan kesinambungan rantaian perjuangan yang serius bagi
memasyarakatkan Islam dalam erti kata ‘Nizamul Hayat Syamilah Wa Kamilah’ .Peranan
dan misi penting ini mestilah ditangani oleh ummat Islam seluruhnya ,terutamanya oleh
generasi pelapis yang bakal mewarisi teraju kepemimpinan dengan mewujudkan usaha
yang bersungguh–sungguh terarah serta mampu memberikan momentum historis kepada
era kebangkitan Islam seluruhnya.

1.2 Namun begitu,kita sedang di dilemakan dengan suatu fenomena kronik yang
berkaitan dengan generasi pewaris ini iaitu permasalahan kepemimpinan dan pengganti di
dalam organisasi. Kertas kerja yang ringkas ini ,akan membincangkan secara umum
fenomena di atas menurut perspektif permasalahan dan jalan penyelesaiannya .Kita
menyedari bahawa persoalan
ini perlu di prihatinkan kerana ia melibatkan soal survival ummah dan kita sebagai
generasi pelajar yang merupakan juru bicara dan ejen perubahan kepada masyarakat
tidak harus selama–lamanya menjadi pelakon tambahan kepada perubahan-perubahan
yang berlaku di dunia dewasa ini, tetapi mestilah menjadi pelakon utama ,penulis skrip
dan sutradara di dalam mencorak dan menerajui tamadun dunia selaras dengan perintah
Allah SWT:
‫ولتكن منكم أمة يدعون الششى الخيرويششأمرون بششالمعروف وينهششون‬
(104: ‫عن المنكر وأولئك هم المفلحون )ال عمران‬

2.0 DEFINASI GENERASI PELAPIS


2.1 Takrif Umum
Generasi pelapis (‫ )جبل الناشىء‬ditakrifkan sebagai orang yang lahir pada waktu yang
lebih kurang sama iaitu suatu angkatan baru yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan
yang ditinggalkan oleh generasi yang lalu.

3.0 KEPEMIMPINAN DAN PEWARIS KHILAFAH


3.1 Kepemimpinan menurut perspektif Islam
Firman Allah SWT:
‫وإذ قال ربك للملئكة إنى جاعل فى الرض خليفة‬
30: ‫))البقرة‬

i) Kamus Dewan,DBP 1970


Ayat di atas menjelaskan mengenai tugas kepemimpinan yang diamanahkan kepada
manusia ke arah melaksanakan tuntutan ‫ المر بالمعروف والنهششى عششن المنكششر‬dan
membawa manusia kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

3.2 Kepemimpinan (Khilafah) seperti mana yang ditakrifkan oleh para ulamak ialah:
‫خلفة عن الرسول الله صلى الله عليه والسلم فى إقامة الدين‬
‫وسياسة الدنيا به‬
Maksudnya :Menggolong ganti (mengambil alih kepemimpinan )daripada Rasulullah
saw untuk menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan manhaj agama .

3.3 Ibn Khaldun mendefinasikan kepimpinan sebagai :”Subtitutes for the law giver
(Muhamad) in as much as it server ,like him to preserve the religion to exercise
(political)
leadership of the world”.
Tegasnya, kepemimpinan adalah merupakan suatu amanah besar yang dimandatkan
oleh Allah SWT kepada manusia dan ia bukanlah suatu kancah untuk mendapatkan
singgahsana kemegahan pangkat (prestij) dan mengumpul harta kekayaan .Jika lingkaran
syaitan ini berlaku maka akan berlangsunglah amalan teori Machievelli(The end justufice
to the means)yang kacau bilau di segi matlamat,apatah lagi di segi pelaksanaanya.Justeru
itu ,kepemimpinan mestilah difahami sebagai suatu amanah Allah SWT bagi
melaksanakan perintah-perintahnya yang dibina berdasarkan kepada ketaqwaan
,keikhlasan serta mempunyai misi dan visi.

4.0 PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN DAN PENYELESAIANNYA


4.1 Kelemahan Sudut Tarbiah
Bidang tarbiah di dalam sesuatu harakah (yang lemah ) tidak diberikan perhatian
yang utama berbanding dengan bidang-bidang lain seperti pentadbiran , penyusunan dan
politik . Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup pemimpin –pemimpin dan
pentadbir-pentadbir harakah yang mengabaikan urusan-urusan tarbiah samada daripada
segi teori atau amali . Akibatnya , tindakan dan cara mu’amalah (perhubungan ) mereka
jauh sekali daripada akhlak Islam iaitu yang tidak mempunyai uzubah ar-ruhaniyah
(kesedaran rohani) .
Suasana seperti ini seringkali menimbulkan ketegangan dan kepekaan (sensitif ) . Ini
sungguh berlainan dengan suasana yang telah melalui Tarbiah dengan zikrullah dan
riqabatullah (pengawasan Allah ) . Logika yang mengatakan bahawa beberapa anggota
didalam gerakan tidak perlu kepada Tarbiah atau sudah melewati peringkat Tarbiah
hendaklah di tolak . Logika ini adalah bertentangan sama sekali dengan Islam dan falsafah
pendidikannya,iaitu falsafah yang menganggapkan seseorang itu sentiasa diuji dalam
dakwahnya dan sentiasa diuji dalam agamanya.
Firman Allah swt :
‫ ولقشد فتنشا‬. ‫"أحسب النشاس أن يشتركوا أن يقولشوا آمنششا وهششم ل يفتنشون‬
‫الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمششن الكششاذبين" )سششورة‬
. (‫الفتح‬

Justeru itu , anggota harakah samada mereka terdiri daripada barisan pimpinan
(Qiyadah ) atau barisan pejuang (Jundiyyah ) mestilah mengikuti tarbiah,biar betapa sibuk
atau dalam apa jua keadaan sekalipun,hatta di dalam keadaan dakwah yang menghadapi
suasana penuh kemelut dengan pelbagai permasalahannya,tarbiah hendaklah perlu diberi
perhatian utama,sebab keperluan manusia kepada ri’ayah , pengawasan diri dan kepada
mengingati Allah (Tazkir ) adalah lebih diperlukan di dalam menghadapi suasana-suasana
seperti itu .

4.2 Tidak Meletakkan Seseorang di Tempat Yang Sesuai


Perkara ini terus menerus berlaku menyebabkan kegagalan tugas serta
menyebabkan kerugian para pekerja dakwah.Sesuatu harakah yang sedar dan matang
ialah harakah yang mengetahui keupayaan anggotanya ,kecenderungan dan keupayaan
mereka ,serta juga mengetahui titik-titik kekuatan dan kelemahan mereka.Berdasarkan
faktor-faktor ini ,harakah hendaklah memilih dan memberikan tugas kepada seseorang
anggotanya itu mengikut apa yang sesuai dengan kebolehan,kecenderungan,tabie dan
kedudukannya.
Apabila sesuatu kerja yang dilaksanakan oleh sesuatu harakah tidak mengikut
kaedah dan dasar yang dipelajari serta tidak mengikut perencanaan –perencanaan dan
manhaj yangdikhaskan…dan apabila tidak diketahui apa tugas yang patut dilakukan hari
ini dan apa pula yang patut ditangguhkan untuk dilakukan pada besok hari…dan apabila
tidak dapat dibezakan mana yang penting dan mana yang lebih penting serta tidak dapat
diketahui urutan dan agenda kerja-kerja ,maka kecacatan akan berlaku.Harakah hanyalah
memenuhkan ruang dengan ‘nama’ dan bukannya memenuhkan dengan orang-orang
yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan.
Ini merupakan suatu penyerahan kuasa kepada orang yang bukan pada ahlinya dan
apabila kuasa harakah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya ,maka tunggulah
saat kemusnahan dan kehancurannya .Sabda Rasulullah saw:
"‫ الحديث أو كما قال‬." ‫إذ ا وسد المر الى غير أهله فانتظر الساعة‬
Oleh itu ,sesuatu harakah mestilah menyusun unsur-unsur tenaganya menurut
pengkhususan masing-masing seperti ada kumpulan yang menguruskan soal tarbiah
,ada kumpulan yang menguruskan soal pentadbiran ,ada kumpulan yang menguruskan
soal harta dan ekonomi,ada kumpulan yang menguruskan soal riyadah dan demikianlah
seterusnya di dalam bidang-bidang yang lain.

4.3 Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera


Ini berlaku kerana persoalan-persoalan itu adalah rumit .Memang menjadi perkara
biasa bagi sesuatu harakah mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan dan
adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakah itu menggunakan cara atau prosedur
yang tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut.Kajian-kajian menunjukkan bahawa
kelemahan di dalam menyelesaikan masalah adalah disebabkan oleh:
a.Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang mungkin tidak mempunyai kemampuan
untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
b.Kelemahan pentadbiran yang memberikan ruang kepada kemunculan masalah di
dalamlujnah–lujnah ,tetapi tidak memberikan kuasa menyelesaikan kepada pihak yang
bertanggungjawab ke atas lujnah itu.
c.Barangkali kerana terlalu besar dan luasnya program sehingga pihak pimpinan tidak
dapatmenyempurnakan keperluan-keperluan kerja (Amal) yang berbagai-bagai itu..Hanya
lujnah-lujnah yang bertugas untuk itu sahaja yang mempunyai keupayaan dan kepakaran
yang boleh mengawasinya.
Penghujungnya membawa kepada natijah yang sama iaitu pertambahan masalah. Oleh
itu, penyegeraan di dalam menyelesaikan masalah yang timbul akan memberikan
keuntungan kepada harakah. Ia membebaskan harakah daripada menghabiskan masa
dan tenaga menyelesaikan masalah dalaman.

4.4 Pertikaian Dalaman


Ini merupakan penyakit harakah yang paling bahaya dan menjadi faktor pemusnah
dan Peruntuh di dalam kepimpinan berharakah.
Di suatu pihak, pertikaian ini meracuni suasana dan di suatu pihak yang lain ia
merosakkan perhubungan di antara anggota. Selain daripada itu, menimbulkan suasana
pertengkaran dan pertikaian mulut sehingga memberhentikan tugas dan kerja dan akhir
sekali ia akan melemahkan dakwah dan menarik campur tangan pengaruh luar.
Sebab-sebab berlakunya pertikaian dalaman:
a)Kadangkala kerana kelemahan pimpinan,iaitu pihak pimpinan tidak berjaya
menguasai barisan dan tidak dapat mengeluarkan keputusan pemutus.
b)Kadangkala kerana campur tangan daripada kuasa luar dan bertujuan untuk
menimbulkan fitnah.
c)Kadangkala kerana ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan
khususnya jawatan di dalam harakah dan pentadbiran.
d)Adakalanya kerana tidak beriltizam (komitmen)dengan dasar harakah
,kaedah dan prinsipnya ,tidak mahu mengikut keputusan yang diambil oleh lujnah-lujnah
harakah, malahan mahu menonjolkan diri sendiri .
e)Kadangkala kerana tidak ada kerja atau program ,sedangkan kerja atau
program itu menggerakkan ahli untuk bersungguh-sungguh berjihad untuk harakah.
Di zaman Rasulullah saw ,gejala yang pernah timbul ialah pertikaian di Madinah di antara
puak Al Aus dan Khazraj yang dirangsangkan oleh orang-orang Yahudi yang diketuai oleh
Samad Ibn Qis .Daripada peristiwa ini turunlah ayat Al-Quran :
‫يا أيها الذين أمنوا إن تطيعوا فريقا من الذين اوتوا الكتاب يرووكششم بعششد‬
"‫إلى قوله تعالى "وأولئك لهم عذاب عظيم‬..………… ‫إيمانكم كافرين‬
(105-100:‫)ال عمران‬
4.5 Pemimpin Tidak Layak .
Kelemahan pimpinan ini berlaku kerana beberapa faktor :
a)Kelemahan berlaku kerana kurangnya kemampuan berfikir .Sekiranya kepimpinan
tidak dapat memenuhi kehendak atau dahagakan pemikiran ahli .Adakalanya kepimpinan
hanya berupaya di sudut pemikiran sahaja ,tetapi lemah di dalam sudut–sudut yanng lain.
b)Kadangkala kelemahan itu disebabkan oleh kelemahan mentadbir,di mana
kepimpinan tidak menggunakan kebijaksanaan dan kemampuannya untuk mentadbir dan
menggunakan kaedah serta asas-asas pentadbiran yang perlu.Hal ini menyebabkan
kerosakan program dan menimbulkan permasalahan kepada harakah yang membawa
kepada perpecahan dan kemusnahan.

5.0 KEPERLUAN GENERASI KEPIMPINAN


5.1 Proses mendidik dan membimbing setiap lapisan kepimpinan mesti sentiasa di
segarkan.Oleh itu penguasaan setiap pemimpin dimana sahaja mereka ditugaskan
kepada kerja yang diamanahkan.Penguasaan ini sama sahaja denga penguasaan di
bidang dakwah,sepertimana yang pernah di ungkapkan oleh Fathi Yakan :
“Kemampuan para pendakwah untuk menarik orang ramai dan
memperkembangkan mereka,sekalipun mereka itu terdiri daripada berbagai bentuk
mentaliti,kecenderungan ,status dan ilmu pengetahuan yang tidak sama”.
5.2 Keikhlasan sahaja tidak memadai sekiranya kepempinan itu tidak bijaksana dan
pintar menghadapi fitnah dan serangan politik yang bertujuan untuk memusnahkan
perjuangan.Cukup banyak catatan sejarah yang kita baca,menunjukkan pemimpin-
pemimpin gerakan islam sentiasa menjadi mangsa tipu helah musuh.Seringkali kekuatan
empayar pengaruhnya dieksploit bagi menentang penjajah dan usaha mencapai
kemerdekaan,tetapi apabila kemenangan berada di ambang,gerakan islam di pukul mati
dan pemimpin-pemimpin mereka di penjarakan sehingga ada yang dibunuh.Episod ini
mesti ditamatkan dan imej kepimpinan gerakan islam mesti dipulihkan. Mereka bukan
sahaja arif tentang ilmu-ilmu agama tetapi cekap dan boleh menguasai hingga tahap
maksima pentadbiran politik sesebuah wilayah yang telah diamanahkan.

6.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN

6.1 Al-Farabi telah menyenaraikan sifat-sfat tertentu bagi seorang pemimpin,sejak


daripada lahirnya usia muda belia dan dewasa iaitu enam perkara:
1. Seorang yang arif dan bijaksana
2. Seorang yang mengerti dan memelihara undang-undang dan peraturan-
peraturan yang telah ditadbir atau dijalankan oleh para pemimpin terdahulu
daripadanya.
3. Orang yang tajam pemikirannya yang mampu berfikir dan mengeluarkan
hukum atau ijtihad yang tidak terkeluar daripada undang-undang dan
peraturan,juga tidak bersalahan daripada apa yang dilakukan oleh pemimpin-
pemimpin terdahulu.
4. Orang yang sentiasa memerhatikan dengan serius akan kepentingan
rakyat,urusan-urusan dan kejadian-kejadian yang berlaku serta suka
memperbaiki perkara yang berhubungan dengan kemaslahatan rakyat dan
negara.
5. Orang yang mahu mengambil petunjuk pada peraturan-peraturan yang
terdahulu dengan menurut contoh-contoh teladan yang dilaksanakan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu.
6. Orang yang teguh iaitu kuat dan bertenaga serta sentiasa berwaspada di
dalam menghadapi soal-soal pertahanan dan peperangan.Dia juga perlu
menyediakan alat kelengkapan peperangan yang mencukupi dengan cara
membuka perusahaan penting membuat senjata terutama sekali senjata-senjata
penting.
6.2 Bagaimanapun syarat-syarat lain harus mendahului,antaranya ialah sempurna tubuh
badan bertenaga dan berkemampuan,baik tingkah laku dan kefahamannya,bijaksana dan
cerdik ,minat dengan ilmu pengetahuan dan sentiasa memperdalaminya ,cintakan
kebenaran,berjiwa besar dan berhemah tinggi dan lain-lain lagi.

6.3 Usaha melahirkan kepimpinan yang baik ini harus bermula daripada peringkat awal
dan mesti diberikan keutamaan oleh gerakan islam.Amat malang sekiranya majoriti rakyat
bersedia memberi sokongan tetapi ia terhalang kerana merosotnya mutu kepimpinan yang
ditampilkan oleh gerakan islam kepada umum.Justeru itu,agenda pembinan dan
perkaderan ini mesti dipertingkatkan selaras dengan zaman moden yang padat dengan
segala kecanggihannya.Hanya dengan kepimpinan yang mantap ,tahan uji,mampu
membimbing masyarakat,sedia berkorban,berlapang dada serta mengutamakan
kepentingan islam dan ummah melebihi kepentingan yang lain,maka kepimpinan
berharakah seperti ini akan dapat di arahkan kepada kemenangan dan apabila telah
berjaya ia dapat dipertahankan dan dikembangkan.Insya-allah.
Firman Allah taala :
‫الذين إن مكناهم فى الرض أقاموا الصلة وأتوتا الزكاة‬: ‫قال الله تعالى‬
.‫وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة المور‬
(14 ‫)سورة الحج أية‬

7.0 PENUTUP
7.1 Umat islam mempunyai khazanah panduan,teladan dan tradisi kepimpinan yang
cukup bagi menghasilkan pimpinan yang syumul(sempurna).Ciri-ciri kepimpinan
Rasulullah saw sudah cukup sebagai uswatul hasanah,model teladan yang sebaik-
baiknya.Terserahlah kepada umat islam sendiri memanfaatkannya di dalam rangka
membina kepimpinan yang cukup bertenaga bagi menghadapi cabaran zaman
ini,pimpinan yang berkualiti al-qa’idul –murabbi(pemimpin-pendidik)
pimpinan yang mempunyai vision,berpandangan jauh dan luas serta dapat membaca dan
menganalisa suasana zaman dan lingkungannya,dapat membina dan menggerakkan
seluruh potensi dan tenaga umat secara terarah menuju pengisian era pembangunan
islam(‫)الصحوة السلمية‬
7.2 Insya-Allah umat islam tidak akan ketandusan pimpinan kerana Allah taala berjanji
untuk menampilkan pemimpin-pemimpin mujaddid daripada abad ke abad.Janji Ilahi ini
telah disampaikan lewat sabda Rasulullah saw:
‫إن الله يبعث لهذه المة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها‬
‫وبالله التوفيق والهداية والسلم عليكم ورحمة الله وبركاته‬
Disediakan oleh:
Muhd Luthffi Ameer bin Abdullah
Jabatan Dakwah Dan Thaqafah Islamiah
Fakulti usuluddin
Universiti Al-Azhar As-Syarif
Kaherah
Egypt.
Jumaat 11 September 1992

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©