Anda di halaman 1dari 15

PENUNTUT ILMU AGAMA : MISI AGENDA BUAT UMMAH

1.0 Muqaddimah:

Firman Allah Taala:


‫فلو ل نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين و لينذروا قومهم‬
‫اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون‬

Perkembangan mutakhir ini menggambarkan 'dhomir'/isi hati umat manusia amnya


dan umat Islam khususnya amat merindui dan mendambakan hadirnya sinar baru untuk
menyinari alam buat kali kedua. Teori-teori ciptaan manusia telah gagal menunaikan
janjinya untuk mengemukakan penyelesaian dan kebahagian hidup manusia
keseluruhannya.
Penawar mutlak untuk keluar dari kegelapan pekat ini hanyalah didapati di dalam
khazanah Islam tulin seperti yang diajar oleh Rasulullah. Dalam erti kata yang lain,
penyelesaiannya mestilah dikembalikan kepada penghayatan semula Islam secara syamil
dan kamil mutakamil- bermula dari pembianaan semula aqidah individu muslim,
sehinggalah kepada penegakkan Daulah Islamiah yang akan menjadi penaung umat Islam
dan pemelihara syariat Islam.
Umat Islam mestilah diajak untuk kembali kepada rahsia kekuatan ini. Cara
pemikiran mereka yang masih bercampuk-aduk dengan karat jahiliyah mesti dicantas dan
digantikan dengan kefahaman Islam yang jernih dan tidak mengelirukan. Jiwa mereka
yang masih bersalut dengan saki-baki debu keduniaan mesti disucikan dengan air
keimanan kepada Allah dan hari akhirat.
Gerakan pengislahan yang menyeluruh ini mestilah berpaksikan kepada
penguasaan ilmu Islami yang berpanjangan dari Al Quran dan As Sunnah dan dengan
wujudnya peribadi-peribadi contoh yang berkelayakan menjadi pelita ummah di segenap
ceruk desa dan bandar.
Kepentingan mereka ialah Islam dan sasaran mereka ialah membina kekuatan
ummah di tempat masing-masing dari tiga penjuru iaitu keimanan, ukhuwwah dan
kekuatan fizikal (pengorganisasian dan persenjataan).
Inilah agenda buat ummah dan inilah suatu impian yang mesti dipasakkan dalam
setiap jiwa Azhari/ah secara ikhlas dan jujur. Justeru, kekhususan ciri-ciri seorang yang
soleh/ah dan muslim/ah itu terhimpun di dalam peribadi penuntut ilmu yang berjaya
menyambung pelajarannya ke Mesir ini.
Maka, untuk membicarakan sekitar tajuk tersebut, dipersembahkan kertas kerja
yang serba kekurangan ini untuk memperkemaskan kefahaman tentang kedudukan diri
kita dalam agenda buat ummah.

2.0 Pengertian Ulama' Dan Penuntut Ilmu

2.1 Penuntut ilmu dalm erti kata yang di kehendaki di sini ialah penuntut ilmu agama.
Tegasnya mereka yang berkecimpung secara langsung dalam proses pembelajaran ilmu
yang berpaksikan Islam. Secara tidak langsung mereka ini telah menapakkan kaki di
panggkal jalan untuk menjadi seorang ulama'. Dalam erti kata yang lain, setiap penuntut
ilmu agama telah melayakkan dirinya untuk menjadi calon ulama' yang pasti akan dirujuk
oleh masyarakat.

2.2 Secara asasnya, ulama' ialah golongan yang menguasai dan memahami secara
terperinci ilmu-ilmu teras Islam serta memahami Islam sepertimana yang difahami oleh
generasi para sahabat. Prinsip asas ini dipenuhi melalui 2 tahap iaitu:
i. Memahami ilmu tersebut secara lafaz dan makna dan mesti ditashihkan di hadapn
ulama'(proses talaqqi).
Sabda Rasulullah :
‫انما العلم بالتعلم‬
ii Mampu mengeluarkan maklumat itu bila di perlukan.

Ini adalah kerana, Rasulullah tidak meninggalkan harta pusaka untuk ummatnya,
tetapi mewariskan ilmu dari sumbernya yang asasi iaitu Al Quran dan As Sunnah. Maka
yang layak memunggahnya kembali ialah ulama', kerana mereka adalah pewaris para
nabi :

‫العلماء ورثة النبياء‬


"ulama' adalah pewaris para nabi"
Suatu lagi pra-syarat asasi yang melayakkan seorang penuntut ilmu agama di iktiraf
oleh Allah sebagai ulama' ialah mereka beramal dengan ilmu yang dimiliki hasil dari rasa
gerun dan tunduk kepada Allah yang dilahirkan dari niat yang benar kerana Allah dalam
menuntut Ilmu.
Tidakkah Allah berfirman:
28 : ‫ فاطر‬- ‫اتما يخشى الله من عباده العلماء‬
" sesungguhnya, mereka yang takut kepada Allah , di kalangan hambaNya hanyalah
ulama' ".

Dikenali ualma' itu, dengan akhlak dan perangainya yang menggambarkan betapa
kenalnya ia akan Allah dan selain itu, mengenali tipu daya dunia dan musuh Islam itu
sendiri.
Sebagai ciri-ciri tambahan untuk melayakkan lagi peribadi sebagai ulama' sebenar
agar benar-benar dapat memenuhi maksud sebagai pewaris para nabi, mestilah ia mampu
menterjemahkan Islam mengikut realiti dan perkembangan semasa dalam erti kata :

i. Mengenali musuh dalam bentuknya yang moden.


ii. Tidak bersedia untuk diperalatkan oleh musuh
iii. Melaksanakan 'amal jama'ie sebagai langkah menghadapi musuh yang
bergerak secara kolektif.

Secara tidak langsungnya, mereka merupakan da'ie yang menjalankan tugas amar
maaruf nahi mungkar yang sensitif dan peka terhadap nasib ummah. Mereka tidak hanyut
dengan suasana, bahkan menjadi batu karang yang tegar menghadapi gelombang ganas
sebagai tempat umat berpaut.
Dengan pengertan ulama' tersebut, dapatlah kita memahami taarif ulama' yang
hakiki, supaya dapat di bezakan daripada mereka yang kadang-kadang di anggap ulama'
tetapi hakikatnya tidak begitu, seperti ulama' ussu', intelektual (pemikir) dan penceramah
biasa.
Juga, jelas bahawa penuntut ilmu agama memiliki potensi untuk menjadi calon
ulama' berdasarkan peluang-peluang yang terbentang di hadapannya. Namun,
penentuan, pengiktirafan serta pemilihan hakiki sebagai ulama' adalah di sisi Allah ju.
Ianya memerlukan keikhlasan, kesungguhan dan bantuan dari Allah.

3.0 Kelebihan Menunutut Ilmu Dan Kedudukan Ulama':

Syariat Islam telah mengiktiraf kedudukan ulama' di tempat yang tinggi sebagai
pemimpin umat yang wajib ditaati. Selain itu, terdapat dalil-dalil yang tidak terhitung
banyaknya bagi penuntut ilmu, khususnya ilmu agama sebagai menggambarkan mereka
adalah antara golongan yang paling banyak menerima nikmat dari Allah, yang pastinya
tidak akan lepas dari penghisaban Allah di akhirat kelak. Juga sebagai memastikan,
mereka tidak termasuk di dalam golongan yang tertipu dengan istidraj, Nauzubillah min
zalik.
Di antara ketinggian darjat dan besarnya nikmat tersebut tergambar dalam dalil-dalil
ini:

1. Perintah Allah supaya taat kepada mereka :

59 : ‫_ النساء‬ ‫يآيهاالذين آمنوا أطيعوا الله و أطيعوا السول وأولى المر منكم‬

-Ibnu Abbas dan Imam Ibnu Qayyim telah berpendapat bahawa maksud (‫أولى المر‬
) pada ayat ini ialah ahli fekah dan agama(ulama').

2. Allah mewajibkan supaya merujuk dan bertanya kepada mereka :


7 : ‫النبياء‬ : ‫فاسألوا أهل الذكر ان كنتم ل تعلمون‬

Bertanya dan merujuk kepada mereka, menggambarkan mereka layak mencari


pengertian hukum Allah dengan ilmu yang di miliki, yang berbeza dengan orang awam.
Menyandarkan urusan kepada selain mereka beerti menyerahkan urusan bukan kepadsa
ahlinya.
Maka ulama' adalah wasilah (perantaraan) manusia untuk mendapatkan penjelasan
tentang hukum Allah.

3. Allah membesarkan kedudukan mereka dengan penyaksian mereka (tanpa yang lain)
ke atas seagung-agung perkara :

‫ لاله ال هو العزبز‬, ‫شهدالله انه لاله ال هو والملئكة واولو العلم قائما بالقسط‬
18 : ‫الحكيم ــ آل عمران‬

Seagung-agung perkara secara mutlaknya adalah keesaan Allah (at-Tauhid), dan


Allah telah membariskan ahli ilmu sebagai 'naik saksi' bagi perkara tersebut bersama-
sama dirinya dan malaikat. Ini membuktikan akan kelebihan ilmu dan ulama', juga bahawa
ulama' secara pukul ratanya adalah bersifat (‫عععدول‬-‫ )عععداله‬dan makhluk menyusuli dan
mengikuti mereka (dalam penyaksian tersebut)

4. Sesungguhnya Allah menafikan persamaan taraf di antara ulama' dengan selainnya


:

9 : ‫ الزمر‬- ‫قل هل يستوى الذين يعملون والذين ل يعلمون‬


11 : ‫ المجادله‬- ‫يرفع الله الذين أمنوا منكم و الذين أوتوا العلم درجات‬

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa ulama' memiliki pengiktirafan khusus oleh


syarak.

5. Sesungguhnya mereka, golongan yang mendapat kefahaman dan pengertian dari


Allah :

‫وتلك المثال نضربها للناس و ما يعقلها ال العالمون‬

Hanya orang-orang yang benar-benar mendalam dalam ilmunya sahajalah yang


mampu memahami dan mentadabur perumpamaan yang Allah berikan di dalam Al Quran,
kerana ilmu itu sampai pengertiannya menembusi hati nurani mereka.

6. Mereka adalah (‫ ) اهل الخشية‬- golongan yang gerun kepada Allah :


‫انمايخشى الله من عبادة العلماء‬

Semakin bertambah ilmu mereka, semakintinggi darjat kegerunan mereka kepada


Allah. Ini adalah kerana ilmu itu memperkenalkan mereka lorong-lorong kepada
mengagungkan Allah, lantas takut, cinta dan mengharap hanya kepadaNya.
Ilmu yang berkat itu juga menjauhkan mereka dari hawa nafsu dan dari perkara yag
dimurkai Allah. Lantas, ilmu dan kegerunan yang di millikioleh ulama' ini, menjadikan
mereka golongan yang paling jauh dari hawa nafsu dan yang paling hampir kepada
kebenaran.
7. Sesungguhnya, ahli ilmu adalah sepeka-peka manusia terhadap kejahatan dan pintu-
pintunya :

27: ‫ النحل‬- ‫قال الذين أوتوا العلم ان الخزى اليوم و السوء على الكافرين‬

Ini menggambarkan kelebihan ahli Ilmu, bahawa mereka berkata-kata dengan


kebenaran di atas dunia dan di hari berdirinya persaksian dan kata-kata mereka diiktiraf
oleh Allah dan makhluk.
Seterusnya sebagai golongan yang mengenali kejahatan, mereka lantas mencegah
manusia daripada jatuh ke dalamnya. Firman Allah :
‫لول ينهاهم الربانيون والخبار عن قولهم الثم وأكلهم السحت لبئس ما كانوا‬
63 :‫ المائده‬- ‫يصنعون‬

Maka menjadi satu kepastian ke atas manusia untuk mentaati dan menyahut
seruan ulama' agar menjauhi maksiat dan kejahatan tersebut.

8. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris para nabi, dan mereka yang mempunyai
kelebihan ke atas manusia lain selepas nabi-nabi :

Sabda Rasulullah SAW :


‫ وان العلماء ورثة‬, ‫فضل العلم على العابد كفضل القمر ليلة البدر على سائر الكواكب‬
‫ ولكنهم ورثــوا العلــم فمــن أخــذ بحــظ‬, ‫ وان النبياء لم يورثوا دينارا ول درهما‬, ‫النبياء‬
‫وافر‬
‫ رواه أحمد‬-

9. Sesungguhnya Allah menghendaki kebaikkan ke atas mereka :


Sabda Rasulullah SAW :
‫من يرد الله به خير بفقه فى الدين‬
Maka, jika kita berada di tempat penuh dengan ulama' dan ilmu, namun tidak
bertambah ilmu di dada, takutlah kalau-kalau Allah tidak menghendaki kebaikkan ke atas
kita.

10. Menuntut ilmu mempermudahkan jalan untuk ke syurga :


Sabda Rasulullah SAW :
‫ سهل الله له طريقا الى الجنة‬- ‫من سلك طريقا يلتمس فيه علماء‬

11. Sesungguhnya manusia sangat memerlukan ulama':


Sabda Rasulullah SAW :
‫انما مثل العلماء فى الرض كمثل النجوم فى السماء يهتدى بها فى ظلمات البر‬
‫ فاذا انطمست النجوم اوشك ان تضل الهداة‬, ‫والبهر‬
‫ رواه أحمد‬-
Digambarkan ulama' dengan bintang-bintang di langit, kerana faedah-faedah
bintang
yang diceritakan di dalam Al Quran antaranya :
i. Menghiasi langit, maka ulama' merupakan penghias bumi
ii. Petunjuk manusia di dalam kegelapan, sepertimana manusia
mendapat petunjuk cahaya ilmu daripada mereka di dalam kesamaran,
kesesatan dan kebenaran.
iii. Menjadi rejaman kepada syaitan yang mencuri berita dari langit,
sepertimana ulama' menjadi rejaman kepada syaitan yang mencampur-
adukkan kebenaran dengan kesesatan yang terdiri dari ahli bid'ah, ahli
maksiat dan para penyesat.

Imam Al-Qurthubi telah meriwayatkan sebuah hadis dalam kitabnya at-Tazkirah,


yang
menyebutkan, di antara 3 golongan awal yang masuk neraka Allah dalam keadaan yang
menghinakan ialah lelaki yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dengan tidak ikhlas.
Sabda Rasulullah SAW :
‫ ورجــل تعلــم العلــم‬....‫ان اول الناس يقضى عليه يوم القيامة رجل استشهد فــاتى بــه‬
‫ تعلمت‬, ‫ فما عملت فيما ؟ قال‬, ‫وعلمه وقرأ القرأن فاتى به فعرفه نعمه فرفعها قال‬
‫ وقــرأت القــرأن ليقــال‬, ‫ عــالم‬, ‫ كذبت ولكنك تعلمت ليقال‬, ‫ قال‬.‫وقرأت فيك القرأن‬
‫هو قارىء فقد قيل ثم امر به فسحب على وجهه حتى التى فى النار‬

, ‫ ) يــا أبــا هريــرة‬, ‫ فقــال‬, ‫ثم ضرب رسول الله صلى الله عليــه و ســلم علــى ركبــتي‬
( ‫أولئك الثلثة أول خلق ) الله تسعربهم النار يوم القيامة‬

4.0 Kewajipan Penuntut Ilmu Agama (Juga Sebagai Bakal Ulama')


Istimewanya kedudukan ahli ilmu agama, kerana mereka memiliki ilmu yang
diwarisi
Dari para rasul yang berpanjangan dari wahyu Ilahi. Wahyu itu menjadi asas yang terbina
di atasnya hakikat agama Allah, yakni segala perkara 'aqidah dan syariatnya. Dan, betapa
berbezanya di antara rasul yang bergerak dengan hidayah Allah dengan penentangnya
yang tidak mendapat sebarang petunjuk. Di sinilah letaknya kelebihan ahli ilmu agama
pada zaman selepas kewafatan nabi yang terakhir.
Tugas dan kewajipan mererka adalah lebih berat, berbanding dengan
tanggungjawab manusia biasa. Ianya memerlukan pengaduan yang berterusan kepada
Allah, lebih-lebih lagi pada akhir zaman dan ketika umat Islam kehilangan khilafah yang
merupakan simbol kedaulatan Islam dan umatnya.
Kewajipan ahli ilmu agama tersenarai seperti berikut, yang saling memiliki kaitan
yang erat - yang di dalamnya tersirat agenda buat ummah yang masih belum menemui
jalan penghujungnya sehingga kini :-

1. Menjadi satu kemestian yang pertama dan utama bagi penuntut ilmu agama
untuk membetulkan niatnya ketika mula melangkah untut menuntut ilmu. Titik
permulaan yang betul, dengan pasakan niat yang lurus dan tulus kepada Allah,
pasti akan menghasilkan pengakhiran yang berkat dan diterima Allah.
Niat yang ikhlas, mestilah sentiasa diperhatikan setiap kali ingin menghadiri majlis
ilmu ataupun apabila memulakan proses pengajian. Niat yang ikhlas, terungkap dalam erti
kata berikut iaitu :
i. Untuk menjadikan ilmu sebagai wasilah kepada keredhoan Allah. Jika tidak ilmu
akan menempelak dirinya kembali.
Imam Al-Ghazali sendiri menegaskan dalam muqaddimahnya kitabnya 'Bidayatul
Hidayah' nya " seandainya niat dan maksudmu dalam mencari ilmu, kerana mencari
petunjuk, bukan hanya sekadar menerima keterangan, maka gembirakanlah hatimu.
Kerana di mana pun anda berjalan ke tempat ilmu itu, malaikat akan mengembangkan
sayapnya kepadamu, malah ikan-ikan di laut pun memohonkan pengampunan buatmu,
agar niat sucimu terkabul hendaknya"

ii. Untuk membebaskan diri dari api nerakadan melayakkan diri untuk memasuki
syurga, setelah mengenal perkara baik dan jahat.
iii. Untuk menghilangkan kejahilan diri manusia

iv. Untuk menyatakan kesyukuran di atas nikmat akal dan kesihatan badan

v. Untuk menghidupkan agamadan mengekalkan Islam dengan ilmu tersebut.

Maka, itulah dia niat-niat yang syar'ie yang mesti ditajdidkan sentiasa. Pada
Perletakkan niat itulah, titik tolaknya keberkatan ilmu yang akan berpanjangan terhadap
kehidupan masyarakat yang akan menumpang ilmu tersebut.
Sebarang niat yang tergelincir, mestilah dicantas dari awal agar tidak menemui
penghujung yang menghinakan seperti yang diperumpamakan oleh Allah di dalm Al-Quran
sebagai keldai dan anjing. Imam Al- Ghazali memberi peringatan : " ketahuilah wahai
pelajar yang sedang dahagakan ilmu pengetahuan ! janganlah sampai terjadi, menuntut
ilmu ini dengan niat untuk berbangga dan anggkuh. Jika anda bermaksud mencari ilmu
untuk berbangga dan angkuh terhadap teman sejawatmu, untuk menarik perhatian orang
lain terhadap dirimu, apalagi untuk mengumpulkan pelbagai nikmat duniawi, itu bererti
anda sedang berusaha meruntuhkan agamamu, dan menghancurkan dirimu sendiri, serta
menjual akhiratmu yang abadi itu dengan dunia yang bersifat sementara ini,
perniagaanmu akan rugi dan perdaganganmu akan bankrap."

2. Menghasilkan Ilmu (‫ )تحصل العلم‬:

Niat dan azam sahaja tidak mencukupi tanpa diikuti dengan tindakan susulan.
Penghasilan ilmu mestilah diusahakan dengan mendatangi sebarang pintu yang boleh
menambahkan ilmu yang telah sedia ada, di antaranya termasuklah :
1.‫التلقى من صدور الشيوخ‬
2.‫السؤال‬
3.‫مناقشة‬
4.‫مجالسة مع العلماء‬
5.‫أو السمع منهم‬
6.‫المطالعة و القراءة‬
7.‫خدمة العلماء‬
Semua usaha ini mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan,
kerana menyedari ilmu adalah bekalan yang ingin disalurkan kepada masyarakat. Islam
tegak berdasarkan hujjah dan kebenaran itu dikenali melalui dalil-dalilnya.
Generasi sahabat telah menitik beratkan persoalan ilmu ini dengan mengulangi
majlis ilmu, merentasi jarak yang jauh dan memakan masa yang lamauntuk sampai
kepada sumber ilmu, tidak jemu mendengar ilmu yang sama berulang-ulang dan
besungguh-sungguh pula untuk memahaminya.
Bakal ulama' mesti membelek sejarah silam terhadap kesungguhan ulama' silam
menguasai ilmu, demi memelihara kesucian Islam dan ajarannya. Keprihatinan mereka ini,
termaktub di dalam perumpamaan seorang ulama' " ‫ لم تكن نهاية‬, ‫ما لم تكن بدايته محرقة‬
‫"مشرقة‬.

3. Membina keperibadian dengan mengamalkan ilmu.


Sabda Rasulullah SAW :
‫العلم امام العمل والعمل تابعه‬
Dalam masa Islam menekankan persoalan ilmu yang terhasilkan tersebut adalah
semata-mata wasilah dan bukan matlamat - ianya adalah perantaraan untuk menyucikan
diri, membentuk akhlak dan membetulkan perangai.
Di atas makna inilah, wajib ke atas penuntut ilmu yang bakal menjadi pendaie dan
ulama' untuk memperbanyakkan amal setahap dengan banyaknya ilmu yang telah
diusahakan - kerana sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemilik ilmu,
apakah amal yang telah dilakukan berdasarkan ilmunya yang banyak itu.
Nilai ilmu adalah terletak pada pengamalannya - jika diamalkan, ianya menjadi
bekalan buat 'musafir yang panjang' dan akan membawa padah kepada tuannya, sebagai
hujjah jika tidak diamalkan.
Penuntut ilmu agama yang telah ditipu daya oleh syaitan atas nama kemuliaan ilmu
dan ketinggian darjat ahli ilmu, pasti lupa untuk mengambil pengajaran dari hadis
Rasulullah :
‫اشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لم ينفعه الله بعلمه‬
Imam syafie menyatakan :
‫ العلم ما نفع‬, ‫ليس العلم ما حفظ‬
Memang sangat celaka orang-orang yang jahil kerana enggan menuntut ilmu, tetapi
lebih celaka lagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal.
Selain itu, seorang penuntut ilmu dan ulama' menjadi sasaran niaat buruk
sesetengah manusia. Menjadi satu tabiat manusia, apabila mereka melihat cara hidup
yang menyimpang, yang dilakukan oleh seorang saja dari golongan berpendidikan agama,
nescaya mereka akan menghukum dan memburuk-burukkan kesemuanya sekaligus.
Yang dinilai bukannya peribadi yang menyeleweng itu sahaja. Mereka tidak
bertolak-ansur dengan keduduka ahli ilmu agama. Tetapi kalau orang biasa menyeleweng,
mereka akan hanya menyatakan bahawa si'pulan' itu menyeleweng atau tidak baik.
Oleh yang demikian, tanggungjawab para alim ulama' dan pelajar ilmu Islam
sungguh berat dan lebih besar dari semua golongan manusia yang lain. Selain dari akhlak
mereka menjadi bahan nilaian pukul rata manusia, akhlak tersebut juga boleh menjadi
perisai kukuh dan senjata asasi sebagai seorang pendaei yang mampu menawan hati
masyarakat sekeliling dan sekaligus menjadi contoh ikutan.
Dengan itu terhkislah segala alasan mereka untuk tidak menerima seruan dakwah,
melainkan kerana kedegilan hati terhadap isi kandung dan maudhu' dakwah tersebut.
Melalui keperibadian inilah Rasulullah memulakan dakwahnya dahulu, bahkan di kenali
sebagai Al-amin sebelu penurunan wahyu.
Menghiasi ilmu dengan mengamalkan dan berakhlak dengannya adalah
sebenarnya dimulakan dengan gerakerja yang lebih mendasar iaitulah pembersihan jiwa
yang diberikan penumpuan sepenuhnya, secara latih tubi. Tenaga yang bersungguh-
sungguh mesti ditumpahkan dalam lapangan ini, sekiranya kita ingin membawa hidayah
dan bimbingan kepada umat di desa dan di bandar. Jiwa para bakal ulama' mestilah
terlebih dahulu larut dan bersebati dengan (‫ ) مقاصد الدولة‬tujuan-tujuan yang ingin dibina
di atasnya negara Islam, yang merupakan impiannya. Maka sebagaimana (‫) مقاصد الدولة‬
itu berdasarkan "ubudiyyah lillahi wahdah", begitulah juga dirinya, harus menghayati dasar
tersebut.
Sekali lagi perlu ditegaskan, penuntut ilmu agama mesti sentiasa mengambil berat
masalh hatinya dan pengamalannya terhadap ilmu. Di antara persoalan-persoalan yang
mesti diperbetulkan dari masa ke semasa adalah khususnya:
1.‫الصلة بالله تعالى‬
2.‫الخلص‬
3.‫التواضع‬
4.‫قوة الثة بالله‬
5.‫المراقبة و الخشية الله‬
6.‫القناعة و الزهد‬
7.‫العراض عن مجالس الغو‬
8.‫العفة‬

Perlulah dikenali perbezaan di antara (‫ )العاصى المؤمن‬dengan (‫) العاصى الفاجر‬.


Runsinglah dengan perkhabaran Rasulullah :
‫من ازداد علما ولم يزدد من الله ال بعدا‬
Hati (‫ ) العاصى الفاجر‬diselaputi dosa dan rohnya telah berkarat akibat terlalu banyak
melakukan maksiat. Bersihkanlah jiwa dan beramallah dengan ilmu sebelum berlakunya
firman Allah :
‫بل ران على قلوبهم ما كانوا يكسبون‬
Maksudnya : bahkan apa yangselalu mereka usahakan itu telah menutup hati mereka :
(Al-Muthaffifin : 14 )
Ketika itu dorongan hawa nafsu dan cintakan dunia telah membutakan matahati
dan akal fikiran. Berkata Imam As-Syafie :
‫العلم نورالله و نور الله ل يهدى للعاصى‬

4. Mempertahankan dan memperjuangkan ilmu dan mendirikan daulah


Islamiah :
Imam Ghazali menyatakan :
‫ ومال اصل له فمهدوم ومال‬, ‫اعلم ان الله الشريعة اصل والملك حارس‬
‫حارس له فضائع‬

Dalam zaman ketiadaan khalifah golongan penuntut ilmu dan ulama' khasnya,
mestilah bangkit semula menunaikan kewajipan kepada masyarakat secara terus menerus
supaya mereka kembali kepada syariat. Bermula daripada masjid sehinggalah segenap
pentas dan saluran yang ada mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk
menyampaikan seruan tersebut untuk menjelaskan hakikat Islam yang sempurna dan
menyeluruh ( akidah dan syariatnya ) serta kesesatan cara pemikiran dan hidup jahiliyyah
yang diwarisi dari pihak penjajah. Penegakkan sebuah negara Islam yang tulen mestilah
dikemukakan sebagai satu penyelesaian bagi seluruh masalah yang sedang dihadapi.
Justeru, sebuah daulah Islamiah berperanan untuk :
i. Melindungi aqidah dan menjulang keesaan Allah serta kerasulan
Rasulullah.
ii. Menjunjung dan memartabatkan segenap syiar ibadat Islam.
iii. Mengawal akhlak dan mendidik rakyat yang bernaung di bawahnya
dengan tarbiyah Islamiah.
iv. Melaksanakan sistem Islam di kalangan bidang politik, ekonomi,
sosial dan undang-undang.
v. Menjalankan tugas dakwah dan jihad di dalam dan ke luar negara.

Kewajipan seruan ke arah ini adalah sebenarnya merupakan mata rantai yang
diwarisi
daripada tugas para nabi dan rasul yang diutuskan setiap kali berlaku penyelewengan dari
Islam. Firman Allah Taala :
36 : ‫ النحل‬- ‫ولقد بعثنا فى كل امة رسول أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت‬
Ini juga dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW :
‫كانت بنوا اسرائيل تسوسهم النبياء كلما هلك بنى خلفه بنى‬....
Imam Ibnu Hajar As-Aqalani telah mensyarahkan hadis ini di dalam kitab Fathul
Barinya :
‫انهم كانوا اذا ظهر فيهم فساد بعث الله لهم نبيا لهم يقيم امرهم ويزيل ما غيروا من‬
‫اهكام التورة‬.....

Setelah kewafatan Rasulullah, para ulama' dan penuntut ilmu agama pulalah yang
menggalang ganti tugas kerasulan agar tidak sunyi muka bumi ini dari suara kebenaran.
Mereka kini bukan sahaja berkewajipan mengajar manusia mengenai kebaikan tetapi juga
memberi amaran kepada ummah dan mempertakutkan mereka betapa besarnya
kemungkaran akibat tercabulnya hakimiah Allah yang mengakibatkan terbukanya pintu
kemungkaran yang lebih banyak lagi. Dengan wujudnya peribadi-peribadi yang bukan
sahaja soleh/ah, tetapi juga muslim/ah inilah menjadi benteng bagi sesebuah masyarakat
daripada ditimpa bala yang menghancurkan oleh Allah.
Kewajipan ini adalah dikongsi bersama oleh Azhari/ah kerana tiada Adam tanpa
Hawa. Namun ianya memerlukan keimana yang mendalam, pembentukkan yang rapi dan
kesabaran yang melaut (ilmu dan ukhuwwah) serta amalan yang berterusan. Dan ini
semua tidak boleh dicapai melainkan melalui penggabungan diri dengan amal jam'ie dan
wujudnya rangkaian seumpamanya di segenap penjuru dunia.

5.0 Penutup
Demikianlah besarnya agenda buat ummah yang tidak tercapai hanya di atas
kertas kerja ini sahaja. Tetapi memerlukan kesungguhan amal dan keyakinan yang penuh
terhadap Allah. Kaedah gerak kerjanya mestilah mengikut kaedah yang telah diguna-pakai
oleh Rasulullah ketika mula-mula membina generasi awalan dahulu. Iaitulah bermula dari
penegakkan Daulah Islamiyyah di dalam diri individu sehinggalah tertegaknya ia di atas
muka bumi. Namun kaedah ini mestilah benar-benar dihayati terlebih dahulu oleh
golongan penuntut agama agar mereka boleh membimbing masyarakat di tempat masing-
masing dengan kaedah tersebut. Dan proses ini mestilah bermula di alam proses
pengajian ini lagi.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada para ulama' Islam dalam
mempertahankan syariat Islam yang suci dan semoga Allah memberi hidayah kepada
golongan penuntut ilmu agama agar mereka sedar dan menjauhkan diri daripada sikap
beku dan pemalas sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam pengajian Islam dan
menjadi satu sof untuk menjadi penolong agama Allah ketika seluruh dunia sedang
menolak panduan Islam.

Disedikan oleh :
Azmil Zainal Abidin
Iskandariah
20.3 1997

Bahan Rujukan :
1. ‫) قواعد فى التعامل مع العلماء )عبد الرحمن بن معل اللويحق‬
2. ‫) مراقــى العبوديــة شــرح متــن بدايــة الهدايــة ) أبــي حامــد الغزالــى‬ dan
terjemahannya
3. ‫ يوسف القرضاوى‬/‫) أخلق الدعاة الى الله تعالى ) د‬
4. ‫ يوسف القرضاوى‬/‫ فريضة و ضرورة ) د‬- ‫الحل السلمي‬
5. ‫ صادق أمين‬/‫) الدعوة السلمية فريضه شرعية وضرورة بشرية ) د‬
Dll.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©