Anda di halaman 1dari 6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

PERSEDIAAN PARA DAI’E SERTA CIRI-CRINYA

PENDAHULUAN
Tugas dakwah adalah suatu tugas yang berat dan susah. Bukan semua orang yang
dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan cemerlang. Dengan kata lain tugas ini
hanyalah dapat dipikul oleh mereka yang benar-benar mempunyai sifat-sifat keikhlasan,
pengorbanan yang tinggi dan sebagainya daripada ciri-ciri yang melayakkan kearah itu.

TAKRIF DAI’
Rasulullah merupakan Dai’ yang pertama setelah Allah s.w.t.menjadikan Islam itu
sebagai Addin untuk menjaga kehidupan manusia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat
sebagai mana firman Allah s.w.t.

( Al-ahzab 45-46 )

Dengan kata lain bahawa tugas dakwah ini juga merupakan tugas para Nabi dan
Rasul, maka oleh itu Allah SWT telah mengutuskan mereka ini kepada setiap umat
manusia sebagaimana firman Allah s.w.t.

( Al-a’raf 59 )

dan firman Nya lagi dalam surah Hud ayat 50 :

Akhirnya dengan kewafatan rasul-rasul tersebut maka tugas dakwah ini adalah
dengan secara tidak langsung akan tertanggung di atas bahu setiap diri yang mengaku

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

mereka itu muslim, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pelajar agama sebagaimana
firman Allah s.w.t.
( Al imran 115 )

PERSEDIAAN PARA DAI’

Seterusnya amatlah penting para dai’ mempunyai persediaan yang lengkap dan
tersusun supaya ia dapat menjalankan tugas tersebut dengan baik dan berkesan. Itu
adalah tanpa persediaan yang cukup dan bersistem amatlah dikhuatiri dan ditakuti
bahawa Dai’ tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas dakwahnya dengan baik dan
sempurna. Bahkan ia akan kecundang di tengah perjalanan.

Sehubungan dengan itu Dr Abd Karim Zaidan di dalam kitabnya Usul Al Dakwah
telah menggariskan tiga perkara asas untuk menjamin seseorang itu berjaya menghadapi
cabaran serta ranjau yang akan dilaluinya. Persediaan tersebut ialah :
i. Kefahaman yang sebenar
ii. Keimanan yang teguh
iii. Hubungan yang kuat dengan Allah

Seterusnya seorang Dai’ itu juga perlu mengetahui segala perancangan dan tipu
daya yang dilakukan oleh mereka yang cuba menghancurkan Islam serta meleburkan
umatnya sama sekali.

Di samping keperluan-keperluan di atas, aspek-aspek pertarbiyahan secara amali


juga sepatutnya ditekankan kepada para Dai’ supaya mereka ini dapat membiasakan diri
sebelum terjun kebidang dakwah yang lebih besar dan mencabar. Ini adalah kerana suatu
perjuangan yang amat besar adalah mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan dengan
hanya teori semata-mata tanpa disertakan dengan latihan praktikal.

CIRI-CIRI AKHLAK DAI’ YANG SEBENAR

1. BENAR

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

Seseorang Dai’ itu perlulah bersifat benar di dalam menjalankan tugas-tugas


amal maaruf nahi mungkar sesuai dengan firman Allah s.w.t.

( At taubah 119 )

2. SABAR

Sabar adalah merupakan salah satu senjata yang utama bagi seseorang Dai’
yang hendak menyampaikan risalah yang maha suci ini. Ini kerana seseorang Dai’
tersebut akan menghadapi berbagai rintangan dan halangan semasa melakukan kerja
dakwah tersebut, sesuai dengan firman Allah s.w.t.

( al-baqarah 45 )

3. KASIHAN BELAS

Seseorang Dai’ perlu mempunyai hati dan jiwa yang penuh dengan sifat-sifat
kasih sayang kepada manusia yang diserunya. Seterusnya tanda-tanda kasih
sayang tersebut dapat dilihat. Apabila seseorang Dai’ mengajak dan menyeru manusia
dengan cara baik dan lemah lembut walaupun pada peringkat permulaannya ia ditentang,
sehubungan dengan ini Allah s.w.t. telah berfirman:

( al- a’raf 61-62 )

4. MERENDAH DIRI

Seseorang Dai’ amatlah memerlukan sifat tawaddu’ ini lebih-lebih lagi semasa

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

mereka menjalankan tugas menyebarkan risalah Islam yang maha agung .Ini
adalah kerana sudah menjadi tabiat semulajadi manusia bahawa mereka tidak suka
mendengar kata-kata yang kesat dan mempersendakan, walaupun kata-kata tersebut
mengandungi kebenarannya.

5. PERSAUDARAAN KERANA ALLAH

Al-ukhuwwah yang dimaksudkan di sini ialah persaudaraan yang sebenar mengikut


kaca mata Al-Quran dan sunnah.Ini adalah kerana tidak dapat dinafikan bahawa dengan
eratnya ukhuwwah dapat menjamin keperluan ummah, kesatuan saf dan akhirnya boleh
membawa kepada kejayaan. Para Dai’ hendaklah berganding bahu sesama mereka di
salam menyeberkan risalah Islam yang syumul ini.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda di dalam sebuah hadisnya untuk
mengingatkan betapa pentingnya dan perlunya persaudaraan Islam di dalam kehidupan
seharian para Dai’.

6. MALU

Yang dimaksudkan dengan Al-haya’ di sini ialah bahawa malu dari melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT, bukannya malu
seseorang Dai’ tersebut dari mencari keaiban orang lain, menunduk pandangan, tidak
mengangkat suara dari yang sepatutnya yang diperlukan dan berbagai-bagai lagi
melakukan sifat-sifat yang mazmumah.

7. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA HARAM DAN SYUBHAT

Para Dai’ perlu berhati-hati dan menjaga dirinya agar tidak terjatuh ke dalam
perkara-perkara haram dan syubhat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Rasulnya SAW, sebagaimana Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadisNya

8. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Seseorang Dai’ juga perlulah mengekangkan hawa nafsu dengan cara menahan

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

pandangannya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan


RasulNya SAW. Ini adalah kerana bersumberkan pandanganlah yang boleh menimbulkan
berbagai penyakit yang boleh menjejaskan dan memudaratkan pemikiran para Dai’,
sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 30:

9. MENJAGA LIDAH

Adalah menjadi suatu perkara yang sepatutnya bagi para Dai’ bahawa mereka
janganlah menggunakan lidah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT itu dengan menutur
dan memperkatakan perkara yang tidak berfaedah. Ini adalah kerana segala apa yang
diperkatakan oleh lidah itu ianya akan disoal dan dikira dihadapan mahkamah Allah SWT
di hari akhirat kelak.

10. MUHASABAH DAN MURAQABAH

Adalah suatu perkara yang penting bagi seorang Dai’ bahawa mereka hendaklah
sentiasa menghisab di atas segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah dilakukan
olehnya samada yang tidak sengaja lebih-lebih lagi yang disengajakan. Para Dai’ juga
perlulah mentajdidkan taubat dan memperbanyakkan istighfar pada setiap masa dan
ketika.

PENUTUP

Sesuai dengan ini marilah sama kita memperlengkapkan diri dengan segala
keperluan-keperluan dan tuntutan-tuntutan tersebut semoga kita semua dapat
menjalankan tugas menyeru manusia ke arah mentauhidkan Allah ini dengan
berkesannya. Seterusnya juga marilah sama-sama kita memberi saham dan sumbangan
ke arah kebangkitan Islam di abad ini sehinggalah Nur Islam ini dapat menguasai seluruh
dunia ini.

Sekian ,wassalam

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM ‫؛‬

MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

Anda mungkin juga menyukai