Anda di halaman 1dari 7

1

RESOLUSI KONVENSYEN GERAKAN ISLAM AGENDA 2000

Berdasarkan ucaputama, pembentangan kertas-kertas kerja dan perbincangan


yang diadakan dalam Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000 di Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya pada 6-7hb. Rejab 1420h. Bersamaan 16 dan 17hb. October
1999, maka para peserta dan pimpinan konvensyen merumuskan bahawa :

I. MASYARAKAT MADANI

Keperihatinan utama gerakan Islam dalam menangani agenda alaf baru ialah untuk
mewujudkan " Masyarakat Madani" yang menjunjung tinggi nilai-nilai tamadun,
kemanusiaan dan kesajahteraan rakyat; seperti mana yang diperintahkan oleh Allah
dalam al-Quran (al-Baqarah : 128,143, Ali Imran: 110) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Matlamat ini selaras dengan apa yang dianjurkan oleh para leluhur silam seperti Ibn
Khaldun, al-Farabi, Ibn Miskawaih dan ahli fikir ternama masa kini ; baik muslim maupun
dari dari kalangan non muslim.

Antara takrif yang diajukan mengenai masyarakat Madani ialah : " Sistem sosial
yang subur, berasaskan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat; masyarakat yang mendorong daya usaha
serta inisiatif, baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi; sistem sosial yang
cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang.

Prinsip asas Masyarakat Madani ialah sistem keyakinan ( Aqidah) yang


berteraskan Islam seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia pasal (3) dan
prinsip Khilafah. Prinsip-prinsip yang unggul ini bersifat global, mementingkan ukhrawi
dan kehidupan duniawi ; merangkum seluruh kepentingan manusia tanpa diskriminasi;
baik kerana bahasa, warna kulit ataupun keturunan bangsa. Dasar yang membebaskan
manusia dari kongkongan benda dan keangkohan diri dengan tunduk dan patuh kepada
titah Allah .
2

Ciri masyarakat Madani ialah masyarakat yang membudayakan ukhuwwah, rasa


persaudaraan dan kasih sayang; baik kepada orang Islam maupun kepada yang bukan
Islam, saling membantu untuk kebaikan, kebenaran dan keadilan. Ia menegaskan amalan
berkerjasama untuk mewujudkan kesejahteraa untuk semua, bagaikan aur dengan tebing.
Ia masyarakat yang melaksanakan tuntutan amr makruf dan nahi mungkar, berlapang
dada untuk mendengar pendapat orang lain dan teguran yang konstruktif. Ia masyarakat
yang membangun akhlak dan menggilap kemurnian jiwa, mendaulatkan keadilan dan
budaya Syura, memajukan negara dalam dimensi keruhanian, kemanusiaan dan
kebendaan atas landasan taqwa dan 'ubudiah kepada Allah s.w.t.

Pendidikan dalam Masyarakat Madani adalah bersifat Rabbani, berdasarkan sistem


pendidikan yang seimbang, menyeluruh, mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli untuk
meraih kebistarian dan kebijaksanaan untuk semua lapisan rakyat.

Tanggungjawab merealisasikan Masyarakat Madani dan membuat perubahan


adalah terletak ke atas bahu pemerintah dan segenap lapisan rakyat; muslim dan non
muslim. Hal ini sejajar dengan tangungjawab membela serta mengangkat maruah agama,
bangsa dan negara . Oleh itu setiap individu , harakah Islamiah, badan-badan bukan
kerajaan dan parti politik yang prihatin hendaklah berusaha menyedarkan rakyat tentang
kewajiban "Islah"; merubah sistem hidup dan kepimpinan negara dan jentera
pemerintahan demi mencapai cita-cita murni tersebut.

II KEPIMPINAN

Bahawa para pimpinan harakah Islam masa depan perlu meningkatkan kualiti
kepimpinan mereka dengan memiliki keupayaan berikut:
 Syafafiah Ruhiah dengan mendekatkan diri secara lebih intim dan
berterusan kepada Allah melalui program tazkiah ruhaniah seperti
yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
 Keupayaan merumus visi dan misi harakah.
 Keupayaan untuk menyorot, memantau dan mengurus sumber.
 Keupayaan menggembeling dan memilih anasir harakah yang
komited dengan visi dan misi harakah.
3

 Keupayaan siasah dalam erti kata luas, mengamalkan budaya


kerjasama diperingkat dalaman dan luaran.
 Keupayaan berkomunikasi, menanggapi, mendengar dan bertindak secara
wajar dan bersifat proaktif.
 Keupayaan entepreneurship serta mampu melihat masa depan dengan
membentuk peluang dan perubahan yang diingini bagi diri dan harakah.

III GERAKAN ISLAM/ HARAKAH ISLAMIYYAH

Gerakan Islam masa hadapan ialah gerakan yang dinamik, berbudaya syura,
responsif terhadap perkembangan sekitar memahami isu nasional dan internasional,
efektif, mempunyai daya reengineering sebagai suatu proses interaksi terbuka dan
networking, serta mengadaptasikan "viable system” dalam pengurusan.

Gerakan Islam mesti memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan program


internet melalui perancangan dan penggunaan secara optimum dari segi utiliti dan kos.

Gerakan Islam bistari direalisasikan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip


pengurusan bercirikan viable-system dengan dasar variety engineering, organisasi yang
recursive, gerak kerja yang autopoiesis, sistem pengurusan yang bersifat autopoietic,
penjanaan potensi yang berterusan dan hemeostasis dalam konteks mengekalkan
kelangsungan gerakan yang dinamik dan futuristik.

IV. PENGUASAAN HARAKAH TERHADAP TEKNOLOG MAKLUMAT (IT)


DALAM PENYIARAN GLOBAL

Memandangkan era siber dan teknologi digital dengan segala produknya yang
mutakhir telah memudahkan pengaliran maklumat terkini, kertas-kertas kerja, dapatan
penyelidikan, pekej perisian, data dan maklumat sosial, berita, persoalan agama, isu
semasa, majalah dan lain-lain perkara yang negatif maka harakah Islamiah perlu
meningkatkan keupayaan dan kemahiran pemimpin dan ahli-ahli mereka untuk
menyaingi kehadiran unsur-unsur negatif berkenaan dalam halaman web melalui
peningkatan bilangan tapak web Islam, aspek kualiti, kuantiti, pengemaskinian,
4

kepelbagaian khidmat; merangkun rujukan muktabar, soal jawab, penyelesaian masalah


faraid, zakat dan lain-lain secara on-line. Kehadiran virtual atau maya bagi Madrasah
Ulama, mufti, imam, pendakwah, masjid , harakah dan sebagainya perlu dilipatgandakan
bilangannya demi menyibarluaskan nilai ajaran Islam secara global.

Harakah dan Gerakan Islam perlu membuat anjakan pradigma dalam menyusun
logistik kerja-kerja dakwah sesuai dengan perkembangan pesat era informasi kini di
samping memanfaatkan keupayaan kemunikasi any where, every where melalui
penggunaan aplikasi IT yang tercanggih demi melampaui segala bentuk ranjau halangan
yang didirikan oleh golongan tirani ; baik di dalam maupun di luar negara.

V. CABARAN TERHADAP HARAKAH ISLAMIAH

Perkembangan dunia yang pesat membawa berbagai cabaran terhadap gerakan


Islam. Persoalan survival, keupayaan mencerap kemahiran teknologi terkini dan
kedudukan gerakan Islam itu sendiri, termasuk perubahan kuasa dunia dari Bi-polar
kepada Unipolar, perlumbaan kuasa besar menguasai natural resources dunia, sikap
double standard dan prejudis kuasa barat, pendekatan politik dual containment dan
akhirnya penggunaan IT sebagai wahana penaklukan , ekonomi , politik, sosial dan
budaya umumnya merupakan cabaran terkini yang sungguh mencemaskan.

Anggapan kuasa Barat bahawa gerakan Islam tidak sesuai dengan proses
demokrasi adalah anggapan yang meleset dan tidak benar. Gerakan Islam sentiasa
relevent dengan proses pemulihan sistem syura atau demokrasi. Ia sentiasa dinamis dan
boleh tolerate dan hidup bersama dengan berbagai budaya dan bangsa sepertimana yang
telah dibuktikan dalam realiti sejarah.

Apapun polisi yang diambil pakai oleh Barat dan sekutunya mengenai masa depan
gerakan Islam dalam proses pendemokrasian , mereka wajar meneliti dan melihat kepada
gerakan Islam dengan penuh toleransi dalam memahami kebangkitan mereka. Setiap
keputusan politik yang diambil oleh rakyat secara demokrasi yang sihat dalam mana-mana
negara umat Islam perlulah diterima dan diperakui oleh setiap kuasa Barat yang
berkepentingan.
5

Sikap kuasa Barat yang inconsistence dan double standard dalam menentukan
sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi
di negara-negara berkenaan bukan sahaja mencabul prinsip mereka sendiri tetapi juga
amat mempengaruhi hubungan masa depan dan amalan toleransi antara gerakan Islam
dengan barat dan sekutu-sekutu mereka pada masa hadapan.

Kuasa Barat perlu serta mustahak membuka kembali ruang perbincangan antara
mereka dengan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia agar sifat saling faham-memahami
antara satu sama lain dapat dipupuk dan kerjasama membangun tamadun manusia baru
yang lebih saksama dapat dirintis demi mengukuhkan keamanan dan kedamaian
penduduk dunia dalam era-era yang akan datang.

VI AGENDA MAHASISWA

Pergerakan mahasiswa Alaf Baru hendaklah memperkasa agenda melahirkan


mahasiswa yang menjunjung maruah manusia terpelajar, berkhidmat untuk agama,
negara dan bangsa, tanpa mengharapkan ganjaran material yang segera.

Gerakan mereka wajib meneruskan mata rantai perjuangan leluhur silam, menjauhi
kebatilan, memiliki keterbukaan pemikiran, mempelopori perubahan disamping berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip perjuangan.

VII. WANITA

Agenda wanita 2000 ialah melengkapkan diri mereka dari segi rohani, jasmani dan
ilmu bagi membina kekuatan jatidiri mereka demi menghadapi alaf baru yang mencabar

Berjuang untuk mengembalikan hak-hak mereka yang telah dianugerahkan oleh


Islam dengan menjadikan al Quran dan As Sunnah sebagai landasan pergerakan mereka

Mempastikan pelaksanaan hukum dan undang-undang di lakukan secara yang


lebih baik melalui pendaulatan sistem dan undang-undang syariah, pengiktirafan kepada
hakim syarie dan kakitangan mahkamah syariah dan berkerja keras untuk mempastikan
6

mereka menduduki martabat yang setanding dengan hakim dan kakitangan mahkamah
sivil.

Gerakan Wanita Islam Alaf Baru wajar meningkatkan semangat sukarela dengan
melibatkan diri secara lebih aktif dalam usaha dakwah, ekonomi, politik dan sosial.

VIII. HAK ASASI DAN PERLEMBAGAAN

Penganalisaan terhadap hak asasi dan maruah kemanusiaan di dalam majoriti


masyarakat Islam di Nusantara membawa kepada kesimpulan bahawa penyalahgunaan
kuasa dan kekayaan disamping kepatuhan institusi-institusi utama dalam
masyarakat yang cenderung memihak kepada kepentingan kumpulan elit yang
berkuasa adalah penyebab kepada pencabulan dan hakisan hak asasi, maruah
kemanusiaan dan keadilan sosial. Oleh itu peranan Harakah Islamiyyah adalah untuk
menimbulkan kesedaran masyarakat dengan mengajak mereka agar sama-sama
membanteras penyimpangan berkenaan melalui tindakan politik dan undang-undang yang
berkesan.

Dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang Malaysia kini, gerakan Islam


perlu mengambil peluang mendidik masyarakat, termasuk yang bukan Islam, supaya
dengan itu mereka boleh turut menyumbang dalam proses perubahan terhadap
peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang memudahkan berlakunya kezaliman.

Jentera-jentera kepolisian, pilihanraya, mahkamah, media massa perlu dibersihkan


dari anasir-anasir yang tidak setia kepada rakyat dan nilai-nilai kemanusiaan malah
sebaliknya lebih mementingkan muslihat elit yang berkuasa dan berharta.

IX. AGENDA KOPERASI ISLAM

Gerakan Koperasi Islam perlu mengusahakan gabungan strategik dan perkongsian


bijak melalui jaringan organisasi koperasi yang intergrated dan tidak hanya terbatas pada
peringkat gerakan Islam dalam negeri , malahan juga merangkumi gerakan koperasi Islam
peringkat antarabangsa.
7

Koperasi Islam dan Muslimin dalam segala bentuk, nama dan label perlu
mempertingkatkan kekuatan ekonomi 'Harakah Islamiyyah' secara keseluruhan melalui
projek ekonomi bersama yang diasaskan di setiap peringkat dan mempertingkatkan daya
tahan, daya juang dan daya saing gerakan Islam dalam menghadapi cabaran abad yang
akan datang.

X. ISU KEMANUSIAAN SEMASA

Menyedari bahawa kredibiliti sebuah kerajaan serta segala institusinya amat


bergantung kepada prinsip kebenaran Al-Haq dan keadilan Al-Adl serta kemuliaan insan -
Karamah Insaniyyah atau kehurmatan setiap warganya dijamin dan dipelihara dengan
tegas tanpa kompromi, maka Konvesyen Gerakan Islam Agenda 2000 mendesak pihak
kerajaan menyelesaikan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim berdasarkan prinsip-prinsip ini,
yang mana hak beliau untuk dibebaskan dengan ikat jamin harus diberi. Keselamatan
nyawa beliau mesti dipelihara, keseluruhan sistem perundangan dan kehakiman mesti
benar-benar adil dan saksama dan sebarang kenyataan yang mengaibkan beliau dan
mangsa-mangsa yang lain mesti dihentikan segera tanpa kecuali.

Sekretariat Konvensyen
Gerakan Islam Agenda 2000
Tarikh : 16-17 Oktober 1999

Anda mungkin juga menyukai