Anda di halaman 1dari 7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TARBIAH DAN HARAKIAH SUATU KESINAMBUNGAN

1.0 MUQADDIMAH

Firman Allah SWT dalam surah As-Soff, ayat 14:

Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin


telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan tenaga untuk
mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-
Quran dan Sunnah. Tetapi amat malang sekali, jalan dan cara yang
berbeza untuk merealisasikannya gagal untuk mencapai matlamat
hakiki harakah Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek
tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan
golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi
meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai


asas binaan daulah Islamiah dan tanzim haraki untuk bakal pendokong dakwah
yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.

Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang


teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada tinggalah pengikut mereka tanpa
panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus
perjuangan .

Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian


berdasarkan matlamat dan cara yang sahih demi meneruskan risalah Ilahi sebagai
satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

‫) الحدي‬ ‫من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم‬ )

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

0.2 DEFINASI
TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama
fitrah manusia, dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan)
atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang
lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.
Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian
diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang
bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.
HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-
anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang
disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah
Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai
matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT
3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:
a)Matlamat khusus
-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :


-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
‫)وما خلقت الجن والنس ال ليعبدون ) الذاريات‬

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar


‫كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله )ال‬
11 ‫عمران‬ )

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya


‫وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا )البقرة‬
142 )

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini


‫وقا تلوهم حتي ل تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير )ال‬
39 ‫نفال‬ )

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi
matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 CIRI-CIRI
4.1 Antara ciri-ciri khusus tarbiyah Islamiyah :

a) Ketuhanan ‫الر با نية‬

b) Sempurna dan lengkap ‫الكا مل والشمول‬

c) Positif dan membangun ‫ال يجا بية و البناء‬

d) Kesenderhanaan dan keseimbangan ‫العتدال والتوازن‬

e) Persaudaraan dan jamaah ‫ال خوة والجما عة‬

4.2 Ciri-ciri Harakah Islamiyah terbahagi kepada :

a) Ciri-ciri prinsip:
-Gerakan Rabbani
-Gerakan yang tersendiri
Gerakan pembawa kemajuan
-Gerakan yang syumul
-Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

b)Ciri-ciri haraki antaranya:


-Beransur-ansur dalam semua peringkat gerakan
-Peringkat dakwah:
a)Taa`rif
b)Takwim
c)Tanfiz
-Mengutamakan kerja dari propaganda
-Nafas yang panjang
-Uzlah nafsiah bukan jasadiah
-Matlamat tidak menghalalkan cara

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

5.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH HARAKIYAH


a)Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang
mampu mengubah masyarakat , membentuk petugas-petugas dakwah dan wasilah
untuk mencapai cita-cita dan harapan
b)Terdapat manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan
yang terang dari sumber yang jelas bersifat syumul dan mempunyai kaedah-kaedah
pendekatan yang berbagai ditegakkan diatas falsafah kefahaman yang jelas dan diceduk
terus daripada ajaran Islam yang tulen.
c)Suasana jamaie' yang positif yang dibina oleh jamaah dimana setiap anggota
cuba su\edaya upaya utuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulin.
d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman ( khibrah )
e) Wujud sebolangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam
melaksanakan tugas mereka.
f) Kepelbagaian wasilah : fardhi / jamaie' , teori / amali , aqli / a'tifi , positif dan
negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi akan lahirlah satu ketermadunan yang bersifat
Rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman,
kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat dismping menjaga
kehormatan manusia.

Rasulullah S.A.W telah meramalkan mehnah yang dihadapi oleh para mukmin,
daei dan mujahidin fisabilillah dalam hadis yang bermaksud :
"Orang mukmin sentiasa berada didalam lima dugaan yang susah :
1) Mukmin yang dengk kepadanya
2) Munafik yang benci kepadanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

6.0 TARBIYAH HARAKIYAH MADRASAH RASULULLAH S.A.W

Teras kepada pembinaan tarbiyah harakiah yang dibentuk oleh Rasulullah S .A.W
adalah Al-Quran . Maka lahirlah satu generasi yang dinamakan generasi Al -Quran .
Generasi ini adalah generasi yang unggul, Al- Quran adalah panduan , perjalanan hidup

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dan gerak -geri mereka.

Perjuangan Rasulullah S.A.W telah diasakan melalui madrarah baginda tersendiri


dan telah berjaya menanamkan kekuatan aqidah dijiwa para sahabat .

A ntara penekanan penting dalam madrasah baginda S.A.W :


• Pembentukan sebuah gerakan demi mempertahankan kesucian aqidah
• Membebaskan manusia daripada sebarang perhambaan dengan melancarkan
dakwah .
• Berjuang untuk merebut kekuasaan dari golongan kuffar.

6.1 Ciri- ciri generasi Al-Quran


a) Kekutan aqidah
b) Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip
c) Berkasih sayang sesama mukmin
d) Mengdokong sepenuhnyan dakwah dan jihad
e) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

Setiap mukmin hendaklah menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh dan
sember inspirasi di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam .
Sabda Rasulullah S.A.W ‫اصحا بي اما نة لمتي‬

Dalam kita mencontohi jejak langkah mereka untuk menjadi satu umat yang
berpegang teguh dengan Al-Quran , ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh umat
Islam pada masa kini :
a) Sikap para sahabat terhadap AL-Quran
b) Perdekatan yang seimbang didalam memahami dan melaksanakan
tuntutan Al-Quran
c) Membebaskan diri daripada sebarang unsur jahiliyah .

7.0 TRIBULASI DALAM PERJUANGAN

42:‫لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة )التوبة‬ )

Dalam meniti liku-liku dan lurah perjuangan ,disanalah memerlukan tuntutan amaliah
tarbiyah harakiyah menangkis segala cabaran dan dugaan dengan kekentalan iman dan

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

amal yang berterusan.

8.0 DAI'E RABBANI: UKURAN KESINAMBUNGAN

Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah kebenaran
bahawa tarbiah harakiah suatu kesinambungan yang memberikan saham terbesar dalam
perjuangan.
Tarbiah harakiyah yang berjaya ialah yang melahirkan dai'e Rabbani yang dibekali
dengan tuntutan amaliah yang menjamin pembentukan individu muslim sebagai tulang
belakang kepada amal Islami.

Antara kesan tarbiah harakiah dalam menghadapi cabaran dakwah:

a) Sabar dan tetap dengan seruannya.

‫وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما اصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا‬
‫والله يحب الصابرين‬
(146 :‫) ال عمران‬

b) Bertambah yakin dengan kebenaran seruanNya dan dengan pertolongan Allah S.W.T
daalm surah Ali Imran ayat 173:

‫الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنا ال ونعم الوكيل‬

d) Mendapat anugerah syahid daripada Allah S.W.Tdalam surah Ali Imran ayat 143:

‫وتلك اليام نداولها بين الناس وليعلم ال الذين امنوا ويتخذ منكم شهداء وال ل يحب الظالمين‬

9.0 PENUTUP

‫يا ايها الذين امنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي ال بقوم يحبهم ويحبونه اذلة علي المؤمنين اعزة علي الكافرين يجاهدون في سبيل ال ول‬
‫يخافون لومة ليم‬

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan


persediaan yang sempurna disudut mental, spritual dan persediaan disudut haraki adalah
satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat .

Tarbiyah Harakiyah satu kesinambungan merealisasikan Firman Allah S.W.T :

‫انا ارسلنا ك شا هدا ومبشرا ونذيرا لتؤ منوا با بلله وتعزروه وتوقروه وتسبحوهبكرة واصيل‬
98 ‫) الفتح‬ )

Sabda Rasulullah S.A.W :


‫انت علي تغرة السلم فل يؤ نتين من قبلك‬

Dengan terlaksananya amaliah tarbiyah harakiyah ini maka tercetuslah madrasah


dai`e Rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali
Ummah di atas muka bumi ini .

Disusun semula oleh :


Al Faqirah Ilallah,
FIRDAUS UMAIR

Rujukan :

1) Al -Quran
2) Sunnah Annabawiah
3) ‫ما ذا يعني انتمائي للسلم فتحي يكن‬
4) ‫الطريق الى جماعة المسلمين حسن محمد على جابر‬

5) ‫اولويات الحركة السلمية الدكتور يوسف القرضاوي‬


6) Kitab Doktor Ali Abdul Halim Mahmud
‫وسائل التربية عند الخوان المسلمين‬
‫التربية السلمية ومدرسة حسن البنا‬
7)Tarbiah Ruhiyyah kearah pembentukan Dai'e Rabbani (kertas kerja)
8)Tarbiyyah Ruhiyyah dan kesannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah
(kertas kerja)
9) Bagtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah- Fathi Yakan
10) Risalah Usrah Jilid 1