Anda di halaman 1dari 3

Projek Pustaka Alaf Baru Manhal PMRAM

ULAMA’ BERWAWASAN PENGGERAK UMMAH

1. MUQADIMAH

Dunia Islam pada abad-abad mutakhir ini rata-rata sedang dilanda oleh gejala
riddah. Demikianlah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa tokoh Islam masa kini
seperti Al-Marhum Ustaz Said Hawa dan Abu Hassan An-Nadawi. Dalam pembuktiannya
terhadap kewujudan gejala tersebut Ustaz Said Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri
riddah yang terdapat dalam kehidupan masyarakat di dunia Islam kini .Antaranya
termasuk sifat mentaati golongan yang tidak senang dengan ajaran Allah ,tidak mahu
melaksanakan hukum-hukum Allah, tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah
apabila berlaku pertikaian di kalangan mereka. Selain dari itu beliau juaga berhujah telah
berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah.Semebntara itu Abu Hassan Ali an-
Nadawi pula membuktikannya dengan gejala penyerapan falsafah abrat yang bersifat
ilhad ke dalam masyarakat Islam. Keadaan tersebut berlaku dengan berleluasa ditengah-
tengah kelemahan ummah Islam. Umat Islam kini yang di sifatkan sebagai generasi
paling buruk dalam sejarah

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami keadaan yang gawat dan genting
yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menanggani masalah ini .Situasi kini
yang penuh dengan tipu helah ,sepak terajang dan taktik jahat musuh menghendaki
bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus
keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkin umtuk
sama-sama hanyut dan lari sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Menyedari hakikat inilah, maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil untuk
memperlengkapkan diri kita selaku perlajar Al-Azhar, sebagai da’ie dan tempat rujuk
masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan
lebih berkesan apabila terjun di arena dakwah nanti.Antara persiapan terpenting ialah
persiapan di sudut keilmuan dan perorganisasian.

2. PERSIAPAN KEILMUAN

1.Keutamaan ilmu dan ulama’

1
Projek Pustaka Alaf Baru Manhal PMRAM

Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslumah menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW:
‫طلب العلم فريضة علي كل مسلم‬

Hakikat Islam dari prinsip dasar hinggalah ke rantingnya bukanlah hanya tatacara peribadi
yang berpindah-pindah dari nenek moyang terus turun-temurun atau jampi yang
disebarkan secara perasaan ragu-ragu, tetapi ia adalah hakikat yang bersumberkan Al-
Quran dan as-Sunnah yang tidak mampu difahami kecuali oleh para ulama’ dan cerdik
pandai yang memiliki ilmu yang matang dalam memahami sesuatu yang benar.
Islam adalah agama ilmu dan agama akal. Kerana itu sebelum Islam
membebankan pengikut-prngikutnya dengan sesuatu perintah atau larangan terlebih
dahulu Islam mewajibkan mereka supaya berilmu dan mendalami urusan tersebut supaya
perbuatan itu bersesuian dengan kebenaran dan kemaslahatan .
Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan jelas menunjukan bahawa Islam begitu
menekankan kepada kalam, tulis-menulis dan baca-membaca. Islam menggangap
bahawa agama tidak akan mendapat tempat yang baik apabila orang-orang Islam sendiri
tidak mengetahui pengetahuaan (ilmu) yang matang dan fikiran yang sihat. Pengetahuan
bagi Islam ibarat roh (nyawa) bagi tubuh manusisa.
Sebab itulah Allah SWT mwemuliakan para ulama’, Firman Allah Taala:

‫يرفع الله الذينآمنواو منكم الذين أوتوا العلم درجات قل هل يستوي الذين ل يعلمون‬

“Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan menuntut ilmu, katakanlah adaklah
sama diantara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu”

Sabda Rasulullah:

‫فقيه واحد أشد على الشيطان من الف عابد‬

2. Niat dan Ilmu


Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat yang ikhlas adalah mesti
dalam menuntut ilmu. Sebab ia adalah pokok bagi setiap amal sebagaimana yang telah di
sabdakan oleh Rasulullah SAW:
‫انما العمال بالنيات‬
Jika dilihat perbandingan di antara ilmu dan amal, maka kita akan mengatakan
bahawa ilmulah yang lebih utama. Sebab tanpa ilmu bagaimana mungkin kita boleh

2
Projek Pustaka Alaf Baru Manhal PMRAM

beramal. Jadi kiranya amat membutuhkan niat yang ikhlas maka apatah lagi dengan
menuntut ilmu. Beliau juga menegaskan bahawa “

“ Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu


bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia, sijil dan pangkat, tetapi hendaklah di niatkan
kerana mencari redha Allah dan hari Akhirat, menghapusan kejahilan dalam dirinya dan
menghdupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam.Sebab
kekalnya keagungan Islam hanyalah melaui ilmu pengetahuaan. Sabda Rasulullah:

‫من طلب العلم ليجازي به العلمأ ليمازي به السفهأ أو يصرف به وجوه الناس اليه‬
‫ادخله النار‬

Pembentang :Ustaz Mohd Aidil Adha Tahir


Tarikh : 6 Julai 1998
Tempat : Dewan Kuliah Dirasat Islamiah Arabiah Universiti Al-Azhar Iskandariah