Anda di halaman 1dari 6

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ULAMAK DALAM PEMERINTAHAN NEGARA MASA KINI

PENDAHULUAN :
Satu kenyataan yang tidak boleh ninafikan bahawa ulamak telah memainkan
peranan amat penting dalam penyebaran ,dalam mempertahankan serta memelihara
kebersihan syariat Islam dari di cemari oleh tangan manusia .Ulamak sepanjang zaman
telah menghadapi pelbagai keadaan ,pengzaliman ,penganiayaan namun dgn penuh
kegigihan dan keikhlasan dihadapi nya dgn tabah hingga berterusanlah penyebaran
agama ini.

Sejak dari zaman awalan ulamak telah menghadapi tekanna dari pihak2 tertentu
kerana tidak tahu tunduk kepada kehendak nafsu mereka .Ramai ulamaak yang dibunuh
dan di penjarakan .ada pula yang didera hingga menemui maut.
Namun semua tindakan ini tidaak pernah melemahkan semangat keimanan dan
keikhlasan para ulamak mujahidin.

Perbautaan menindas para ulamak sedikit sebanyak telah mendatangkan akibat


kepada masyrakat Islaam.Negara Islam menjadi lemah ,berpecah sesama sendiri yang
akhir njya hampair keselurahan negara Islam dijajah oleh musuh luar Islam.
Walaupun telah merdeka namun terbelenggu dari segi fikiran budaya dan ekonomi.
Ini dapat kita saksikan dgn jelads di seluruh dunia Islam hingga tidak terdapat satu pun
negara orang Islam yang boleh di contohi untuk dijadikan model.

ULAMAK DI MALAYSIA

Sebelum Kemerdekaan .
Kedudukan ulamak di sisi masyarakat sebelum merdeka adalah kukuh .Ulamak
dipandang sebagai guru dan pemimpin .Kewibaan ulamak pada masa itu tidak di
pertikaikan lagi .Kata ulamak sebagai hikmah.Ulamak adalah tempat orang melayu
bergantung dan bernaung .Keilmuan Ulamak pada ketika itu mendalam dan diakui.

Era Kemerdekaan
Semangat kemerdekaan dan gerakan tuntuan kemerdekaan di malaysia tiada
siapa yang boleh ,menafikan bahaawa ia di dorong oleh para Ulamak.Beberapa tahun

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

sebelum Malaya mencapai kemerdekaan ,ramai pejuang yang terdiri dari Ulamk telah
dipenjara dan di seksa oleh Penjajah.
Ulamak mempunyai pendirian yang teguh dan wajar di hormati dan disanjung oleh
masyarakat .Mereka tegas dan berpendirian tetap.

Selepas Merdeka .
Setelah kemerdekaan dicapai keadaan telah beransur berubah apabila falsafah
negara diasaskan kepada kemewahan.
Falsafah pendidikan hanya menuju ke arah mencapai kebendaan ,kewibaan
Ulamak beransur menurun.Ini di tambah lagi apabila Ulamak tidak daapt menyelesaikan
sesuatu masaalah dengan cepat sedangkan gerakan kemajuan tidak dapat
menunggu.Ulamak sendiri tidak bersatu pendapat sehingga masaalah kecil menjadi
pertikaian yang lama.Keadaan bertambah buruk apabila golongan Ulamak berpecah
sambil tuduh menuduh antara satu sama lain. Sebilangan Ulamak telah melibatkan diri
dalam kancah politik kepartian.
Hasil dari fenomena ini runtuh lah nilai budaya yang baik,timbul pula gejala-gajala
buruk yang membawa keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat Malaysia khususnya
orang-orang Melayu.

Kengahirahan pada mengejar kemewahan dengan falsafah penndidikan menuju


kearah itu kemudiannya melahirkan genarasi yang kekosongan jiwa .
Kekosongan ini telah dirasakan dan kekurangan ini telah menimbulakn kesedaran
bahawa ianya perlu diisi.

KEDUDUKAN ULAMAK DALAM PEMERINTAHAN


i.Almarhum tunku Abd Rahman Putra Al-Haj
Semasa perintahan beliau,Ulamak masih dihormati oleh masyarakat walaupun
tidak semua nasihat didengar dan diterima pakai dalam pemerintahan

Ii Allahyarham Tun Abd Razak dan Allahyarham Tun Husien On.


Semasa perintahan beliau berdua golongan agama telah mendapat sedikit
pembelaan.jawtan Qadhi yang asalnya dari kategori D dinaikkan pada kategori A.

iii.Permerintahan Datok Sri Dr Mahathir Mohammad .


Islam telah mengalami perkembangan yang agak pesat semasa perintahan beliau
denagn tertubuhnya bank Islam ,Universiti Islam dan kauter perbankkan cara
Islam.Namun Ulamak tidak di nilai sebagai tenaga utama pembangunan negara bahkan

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

lebih dilihat sebagai halangan kepada aktiviti-aktiviti dan program-program mungkar yang
dianjurkan .Masyarakat dimomokkan dengan kecaman dan cemuhan terhdap
Ulamak.penafsiran semual tentang siapakah Ulamak cuba diketengahkan kepada
masyarakat .Akibatnya hilang rasa hormat masyarakat kepada Ulamak.

SIAPAKAH SEBENARNYA ULAMAK.


Ulamak adalah dari perkataan (alim) Masyarakat nusantara Melayu mengenali
Ulamk sebagai orang yang ahli tentang agama Islam. Pengertian dan nama Ulamak
diambil dari firman Allah SWT maksudnya `Sesungguhnya orang yang takut akan Allah
dikalangan hambaNya adalah dari kalangan Ulamak. Hadis pula menyebut maksudnya
sesungguhnya Allah tidak mencabut Ilmu dari dada ulamaknya tapi mencabut dengan
cara mematikan Ulamak.

PERANAN ULAMAK.
Sememang nya tidak dapat dinafikan Ulamak memainkan beberapa peranan
penting antaranya :

i.Pewaris Nabi.
Ini dapat dijelaskan oleh beberapa hadis Rasulullah SAW Ulamak itu pewaris para
nabi maksudnya ulamak itu adalah penerang bumi dan pengganti tugas para Rasul dan
mereka juga pewarisKu dan pewaris para nabi.

Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan harta atau pun wang ringgit namun
dua perkara penting yang diamanahkan kepada pewaris-pewarisnya adalah seperti
terkandung didalam khutbah haji wida' Maksudnya:
Wahai sekelian manusia sesungguhnay syaitan sudah putas asa agar diri nya disemabah
dia tas muka bumi ini.tetapi dia redha apabila ditaati dengan engkau mengerjakan
amalan-amalan yang hina,maka berwaspadalah terhadap urusan agama mu.Renugilah
kata-kaat ku ini kerana sesungguhnya aku sudah menyampaikannya.aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara selama aman kamu berpegang dengan nya nescaya kamu
tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Adapun ciri-ciri Ulamak pewaris nabi adalah seperti berikut:


a)Ulamak Al-Quran dan sunanh Rasul dan mengamalkannya.
b)Ulamak yang berprinsip teguh pegangannya dan tidak takut.
c)Ulamak yang tidak menjual agamanya.
Seminar Ulamak anjuran YADIM di kota bharu 1992 merumuskan

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ulamak ialah oaring yang mempunyai ciri-ciri berikut :


a)Berkebolehan dalam bidang agama Islam .
b) dapat memahami kitab-kitab agama yang muktabar
c)Dapat mengajar denagn kaedah yang seesuai.
d)Beramal deangan ilmunya denagn penuh takwa dan beriman .
e)Pemegang amanah Allah .
Hadis Nabi menjelaskan maksudnya:
`Ulamak adalah pemegang amanah Allah keatas hamba-hambanya.’
Hadis hassan riwayat Ibnu Asakir dan Qhudaie.
Dalam hadis yang lain pula Rasululllah SAW menyebutkan
Maksudnya: `Sesungguhnya perumpamaan Ulamak di atas muka bumi ini seperti
bintang-bintang diatas langit yang menjadi panduan dalam kegelapan di darat mahupun
di lautan
Hadis Hassan riwayat Al Ajuri dari Anas ‘

3.Pemimpin ummat .
Didalam memimpin Umat Ulamk berperanan sebagai

a) Daie, Waiz, Mursyid ,Muballigh.


B) Pemimpin rohani yang meliputi akidah, syariat dan akhlak
c) Pemelihara amanah Allah
d) Pebimbing Umat

Berkata Imam Al- Gazali maksudnya :


Sesungguhnya kerosakan rakyat disebab kan kerosakan pemerintah dan kerosakan
pemerintah disebabkan oleh kerosakan ulamak nya ,jika tidak para Qadhi dan Ulamak
yang jahat nescaya sedikit kerosakan pemerintah .
Sabda Rasulullah SAW:
Para Ulamak adalah pemegak amanah para Rasul selama mana tidak di
pengaruhi oleh pemerintah dan tidak haloba dengan dunia, apabila mereka sudah di
pengaruhi pemerintah dan haloba dengan dunia ,berwaspadalah kerana mereka telah
mengkhianati Rasul .
Hadis hasan diriwayatkan oleh Al- Baihaqi.
Sabda baginda lagi:
maksudnya:
Aku ingatkan kamu untuk berlindung dengan Allah dari kepimpinan orang bodoh. Ditanya
apakah itu kepimpinan orang yang bodoh? Pemimpim-pemimpin yang datang selepas

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

aku,tidak amhu mengambil petunjuk ku dan melaksanakan sunnah ku maka barang siapa
yang membenarkan pembohonagn mereka dan menolong kezaliman ,bukanlah mereka
dari golonganku dan aku bukan dari mereka dan mereka tidak akan dapat mendekati
telaga ku,tetapi barang siapa yang tidak membenarkan pembohongna dan tidak men
olong kezaliman mereka,mereka adalah golongan ku dan aku dari golongan mereka dan
mereka akan ,mendekati telaga ku .
Hadis riwayat An-Nasaie,At-timizi dan Al-Hakim.
Sabda Nabi lagi maksudnya:
"Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan hak di hadapan pemnerintah yang zalim"
hadis riwayat Ibnu Majjah.
Sabda baginda lagi maksudnya Dua golongan dari umatku apabila mereka ini baik maka
baik jugalah manusia yang lain dan jika golongan ini rosak,rosaklah juga manusia yang
lain iaitu golongan umara'dan fuqaha'.Di dalam riwayat yang lain : Dua golongan apa bila
baik,baik juga masyarakat dan jika golongan ini rosak maka rosak juga masyarakat iaitu
ulamak dan juga fuqaha'.
Peribahasa arab mengatakan,
Agama yang disokong olleh pemerintah itu akan kuat dan pemerintah yang beragama itu
akan kekal.
Ulamak berfungsi dalam pengurusan negara.
Didalam Islam tidak ada pemisah antara kekuasaan dan agama .Tegasnya
kekuasaan sewajibnya diasakamn atas asas agama iaitu melaksanakan ajaran
Islam.Tonggak kekuatan umat dan kejayan nya adalah berasaskan muafakat dan
perpaduan.Manakala usaha mmemaju dan menterjemah tuntutan dan nilai Islam dalam
kehidupan seharain adalah tugas semua pihak termasuk ahli politik,pentadbir,ahli
korporat,ahli sains,ahli perniagaan dan lain-lain.Jesteru itu adalah penting bg Ulama'
bergabung denagn semua pihak .Pendapat dan pandangan Ulama' hendaklah didengar
dan di jadikan rujukan demi mennyediakan suasana hidup yang bersih dari maksiat dan
unsure-unsur negatif.
CADANGAN:

1.Umat Isalm hendaklah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujud kan


pelapis sebagai persediaan menghadapi cabaran masa akan datang.
2.Ulamak mestilah bersatu tenaga bagi mengemabalikan kehormatan dan kewibawaan
mereka.
3.Setiap Ulamak hendakalh meraikan adab-adab percambahan fikiran

HAK CIPTA TERPELIHARA

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©