Anda di halaman 1dari 7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

ULAMA DAN UMARA’ KESENJANGAN YANG HARUS DIBASMI

1.0 MUQADIMAH

Tiada seorang pun dari kalangan umat islam yang berfikiran waras menafikan
bahawa Rasulullah saw dalam satu model yang telah melaksanakan pentadbirannya
berdasarkan syariat ilahi. Rahmat yang di bawa oleh Rasulullah saw bukan sekadar
dinikmati oleh manusia bahkan dunia dan alam sejagat ini juga telah dilimpahi oleh rakmat
baginda.

- Surah Anbiya’ :ayat 107

2.0 MENGAPA TIMBULNYA PERSOALAN ULAMA’ DAN UMARA’

Menyingkap kembali sejarah dizaman berlakunya pertelagahan di antara umat


Islam dalam menentukan dan memilih pemerintah di mana berlakunya bibit perpecahan di
kalangan umat Islam dan lahirnya puak-puak yang cuba merebut jawatan khalifah itu,
Ekoran dari tragedi ini dengan ketamakan dan kerakusan untuk merebut jawatan khalifah
itu, akhirnya kemenangan telah berpihak kepada Muawiyah. Hasilnya, beliau bukan
sahaja menjadi khalifah bahkan telah menukar dan merubah konsep kenegaraan yang
telah diasaskan oleh baginda Rasulullah saw

Sistem yang berlaku pada zaman Muawiyah itu telah mengubah struktur
pentadbiran yang berorentasikan pemisahan di antara ulama dan umara’ dan realitinya
dapat dibuktikan hingga ke hari ini. Begitu juga keadaannya berlaku pada zaman
Renaissence dalam abad yang ke 15 M, di mana pemisahan di antara gereja dan
pemerintahan. Inilah yang telah diterima pakai oleh umat Islam khasnya dan manusia
amnya sejak berabad-abad lamanya.

3.0 TANGGUNGJAWAB PARA ULAMA’.


1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pendidikan barat yang telah ditinggalkan oleh imperialis barat memaksa ulama’ hari
ini supaya lebih efektif dalam menangani masalah ini. Para ulama’ tidak terlepas dari
tanggungjawab ini kerana di bahu merekalah terpikulnya tugas membela agama dan umat
Islam. Malangnya, hasil dari suasana pemerintahan yang jahil telah mengakibatkan ulama’
telah berani memisahkan ajaran agama dengan pentadbiran. Pemerintah yang jahil ini
juga telah melabelkan ulama’ sebagai penyekat kemajuan. Sikap celupar sesetengah
ulama’ yang menyatakan pemisahan antara ulama’ dan umara’ ini telah mengakibatkan
seluruh umat Islam dewasa ini lupa dan langsung tidak kenal apakah ulama’ dan umara’
secara hakiki.

3.2 TUGAS ULAMA’ DEWASA KINI.

Islam sering kali menyeru kepada golongan para ulama’ supaya bangkit
menyedarkan umat Islam dan berperanan dalam menghidupkan kembali roh Islam agar
ianya kembali bersinar di sejagat ini. Tidak ketinggalan juga menerangkan kepada
seluruh umat Islam yang masih jahil tentang hakikat Islam itu bahkan semakin
menyimpang jauh dari sifat keinsanan.

Abdullah bin Mas’ud mengemukakan ciri-ciri ulama’ warasatul anbia dalam kata-katanya:
‫ يعرن بليلة إذا الناس نائمون ونهاره إذا الناس‬،‫ينبغى لصاحب القرآن أ‬
‫مستيقظون وببكائه إذا الناس يضحكون وبصحته إذا الناس يخوضون إذا‬
‫الناس يفرحون‬
Ulama’ memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi agama, ini tidak
bermakna bahawa ulama’ itu tidak berperanan dalam sebuah pentadbiran. Sebenarnya
ulama’lah yang menjadi tunggak dalam menangani serta menentang segala bentuk
penyelewengan yang berlaku di dalam sesebuah pentadbiran ulama’ juga berperanan
dalam menyusun serta menggubal sesuatu undang-undang atau peraturan mengikut
susur galur yang telah ditetapkan oleh Islam sebagai contoh, Raja Mesir Hadiri Ismail
telah meminta kerjasama ulama’ al Azhar supaya menyusun dan mengubal undang-
undang Islam secara lengkap mengikut pandangan dan aliran mazhab empat. Tugas-
tugas penyatuan dan penggubalan ini hendaklah dicipta bersesuain dengan hukum asal
yang berkaitan dengan mu’amalat, munakahat, ibadat dan jenayah. Kesemua tugas ini

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
sebenarnya adalah tanggungjawab ulama’ dan tugas ulama’lah yang memastikan ianya
terlaksana. Oleh itu, ulama’ dan umara’ tidak boleh duduk semeja bagi mengatasi
permasalahan ini.

4.0 SEBAB TIMBULNYA KESENJANGAN.

Segala kesalahan tidak semestinya terpikul di sebelah pihak, dengan kata lain
hanya ulama’ sahaja yang harus dipersalahkan. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah
ulama’ yang mendapat didikan songsang dari barat yang mencetuskan fikrah baru yang
berdasarkan destinasi berteraskan materialistik. Tetapi harus juga dilihat pada
pemerintahan dan umara’ itu sendiri. Kebanyakan realiti yang berlaku dewasa
membuktikan bahawa ulama’ tidak lagi sepakat dalam menangani permasalahan ummah
hinggakan mereka sanggup bertelagah sesama sendiri. Jurang perbezaan dan
perjuangan ulama’ yang beteraskan sumber material dengan ulama’ yang beteraskan al
Quran dan as Sunnah amat ketara di samping umara’ yang semakin hari semakin gelincir
dari landasan Islam telah mengakibatkman berlakunya kesenjangan.

‫ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬:


"‫"إذا عظمة أمتى دينارا ودرهاما نزعت منها هبة السلم‬
Ancaman dunia yang bersifat sementara telah menyebabkan ulama’ kini hilang
semangat dan ruh perjuangan yang hakiki. Ulama’ kini tidak bangun dan masih lena
dengan dunia tidak lagi berjihad bahkan mereka meletakkan ketaqwaan mereka pada
sesama makhluk bukan lagi dengan khalik.
‫ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬:
"‫إنما طاعة فى معروف‬.‫"ل طاعة لمخلوق فى معصية الخالق‬
Oleh itu ulama’ di akhir zaman ini semakin rakus dengan keduniaan telah tidak
mengambil hirau tentang masalah ummah. Sehingga ulama’ kini telah terjadi fitnah
dikalangan mereka sendiri.

5.0 KELEMAHAN UMARA’.

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Westinasi yang diasaskan oleh barat terus menyerang semua peringkat tidak kira
dari kalangan masyarakat hinggalah ke peringkat atasan atau lebih jelasnya
pemerintahan.
Minda ini terus berkembang dan membiak bukan sekadar di sesebuah negara
bahkan meliputi seluruh dunia kini. Golongan umara’ seakan di brainwash oleh barat demi
kepentingan mereka .Umara’ ketika ini seumpama boneka yang dimainkan seterusnya
menjadikan barat sebagai kiblat dunia.

- Surah Al-Isra’ : ayat 16 -

Umara’ telah ditekan dengan tekanan dari pelbagai sudut akibat terlalu
mengharapkan bantuan luarnya khususnya golongan kuffar barat sebagaimana yang
berlaku pada banyak negara Islam pada hari ini dan umara’ itu juga ditambah dengan rasa
gusar dan bimbang dengan kehilangan kuasa mereka sehingga sanggup menjadi ejen
pemusnah umat seagama. Yang paling keji dalam perlakuan umara’ kini ialah tidak
meletakkan Al Quran dan as Sunnah sebagai dasar pemerintahan mereka bahkan
merekalah yang menjadi kepala atau tunjang yang menentang syariat dan undang-undang
Allah swt.

Abdul Kadir A’udah pernah berkata:

“Wahai ketua negara! Letakkan Islam itu di atas segala sesuatu. Jadikanlah
Islam undang-undang untuk diri kamu. Di atas dasar hukumnya dirikanlah negara Islam.
“Wahai umara’! Kamu akan menemui ajal. Sesudah itu kamu akan menemui
dua perkara samada syurga dan neraka. Janganlah kamu tamak kebesaran kekuasaan
dan jangan kamu bergantung pada nama,pangkat kebesaran dan kekuasaan kerana
semua itu menjatuhkan umat Islam dari kedudukan yang tinggi.

5.1 SIKAP DAN PERIBADI ULAMA’ DAN UMARA’ KINI

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Secara kasarnya bolehlah dibahagikan sifat dan peribadi kedua-dua peranan di
atas kepada dua:

a) kepentingan diri sendiri.

b) Kedunian dan kebendaan.

5.1.1 Kepentingan diri sendiri.

Sememangnya kini ulama’ dan umara’ telah dipisahkan dengan jurang kepentingan
diri masing-masing sehinggakan ulama’ dan umara’ membawa haluan masing-masing.
Ulama’ yang mementingkan diri mereka tanpa rasa belas kasihan membiarkan hanya
melihat sahaja segala kerosakan dan penyelewengan berlaku dengan luasnya di dalam
sebuah pemerintahan . Mereka hanya memejamkan mata atas segala kemungkaran dan
kejahilan pemerintah menjalankan pemerintahan. Seolah-olah mereka ini diumpamakan
sebagai melepaskan batuk di tangga.

Tidak ketinggalan juga pihak umara’ yang semakin hari semakin lupa asal
kedudukan mereka. Mereka semakin rakus memamah dan mencengkam dunia ini demi
kepentingan diri dan material. Masalah dikalangan rakyat dan nasihat dari ulama’ yang
cintakan kedamaian tidak pernah diendahkan bahkan merekalah menjadi penentang
utama segala syariat Allah dan hukum-hakamnya.

5.1.2 Keduniaan dan kebendaan.

Dunia yang penuh dengan segala macam keindahan yang bersifat sementara telah
menjadi sebahagian dari matlamat sesetengah ulama’ kini bukan sekadar merebutkan
harta dan kemewahan dunia tetapi sanggup menghalalkan cara yang diharamkan oleh
Allah demi memenuhi dan mendapatkan habuan keduniaan. Mereka sanggup
mengatakan riba’itu boleh dan halal sehinggalah mereka di antara orang yang paling
banyak menggunakan sistem yang keji ini.

Lain pula dengan hal umara’ yang sememangnya sentiasa berusaha dan bekerja
demi mencapai keindahan dunia ini Harta yang melimpah itu di tambah dan di tambah
seolah-olah tidak puas dengan kesenangan yang mereka dapati.
5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

6.0 SITUASI ULAMA’ DAN UMARA’ KINI.

Keadaan ulama’ dan umara’ di zaman mutakhir ini telah terpesong jauh dari garisan
sebenar dan landasan yang hakiki yang telah di bina oleh baginda Rasulullah saw
.Kesenjangan ini harus di basmi segera. Namun siapakah yang layak untuk mengatasi
permasalahan ini selain dari ulama’ dan umara’ itu sendiri. Tidak boleh tidak para ulama’
yang cintakn akhirat dan zuhudkan dunia dewasa ini bangun menangani penyelewengan
ini terus membiak.Begitu juga di kalangan umara’ yang tawadhuk kepada Allah yang perlu
mengubah dan menggubal kembali sistem pemerintahannya berdasarkan Al Quran dan
As Sunnah.

7.0 PENUTUP.

Sebagai penutupnya marilah kita kembali meneliti hakikat sebenar peranan dan tugas
serta tanggungjawab ulama’ dan umara’ itu. Sudah semestinya, ulama’ dan umara’ tidak
boleh dipisahkan. Tugas yang begitu berat menghendaki pengetahuan yang begitu
banyak tentang Islam samada dari kalangan ulama’ dan umara’ adakah boleh dilepaskan
kepada orang-orang yang tidak mengenali Islam?Barangkali masing-masing dikalangan
kita.

Tinggal lagi adakah ulama’ Islam di zaman moden ini mampu bersaing dengan
tokoh-tokoh secular dalam pentadbiran?Dan adakah umara’ zaman kini sanggup
mengenepikan sikap peribadi mereka dan kembali menyusun struktur pentadbirannya
berlandaskan syariat dan hukum-hakam Allah?Ulama’ dan Umara’ bukan sahaja mampu
untuk memimpin umat Islam,malah dapat mentadbir alam ini yang semakin menuju
kemusnahan hasil dari tangan-tangan dan kerakusan jahiliah sehingga tertegaknya syariat
Allah demi kedamaian dan keselamatan dunia dan akhirat.Semoga terpancarlah
Rahmatan lila’lamin.

"‫"وما أرسلناك إل رحمة للعالمين‬

‫والله أعلم‬

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Disediakan dan dibentangkan oleh;

Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zhaighu,


Fakulti Syariah Islamiah,
Universiti Al Azhar,
Cairo Egypt.

Rujukan :

1. Al-Quran Al-karim
2. Sahih Bukhari
3. Al-Mawardi,Al-Hakam Al-Sultaniah Wal Wilayah Ad Diniah
4. Abdul Kadir “Audah,Al Islam Wal A’udha’na As Siasah.
5. Ibnu Kahldun,Muqaddimah Ibnu Khaldun,jilid 1

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000