Anda di halaman 1dari 2

Rasullah SAW bersabda : " Jauhilah kamu

daripada sifat takbur. Sesungguhnya sifat takbur itu


akan membawa keburukan dan keburukan itu akan
membawa ke neraka" (HR Bukhari dan Muslim)
Takbur merupakan satu penyakit hati, oleh itu kita
sebagai umat Islam hendaklah berusaha
menghapuskan sifat ini.
Mari kita renungkan panduan yang diberikan oleh
Hujahtul Islam Imam al-Ghazali dalam usaha kita
mengikis sifat takabur dalam diri
1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah
mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak belum dibebani oleh
dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula


anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita
kerana lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia


lebih mulia kerana banyak ilmunya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana


berbuat dosa kerana kejahilan mereka sedangkan kita berbuat dosa
dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia.


Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa
tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir
selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai