Anda di halaman 1dari 2

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-

tiba datang Nabi Muhammad s.a.w. kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu
semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan
tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan
terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• · Asap • · Gerhana di timur


• · Dajjal • · Gerhana di barat
• · Binatang melata di bumi • · Gerhana di jazirah Arab
• · Terbitnya matahari sebelah • · Keluarnya api dari kota Yaman
barat menghalau manusia
• · Turunnya Nabi Isa a.s. • ke tempat pengiringan mereka.
• · Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi
Adam a.s. sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara
yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di
antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila
orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema,
sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar
dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah
dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.
Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa a.s.dan cincin Nabi Sulaiman
a.s.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka
akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat
itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah org kafir'.
Turunnya Nabi Isa. a.s. di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh
dajjal. Kemudian Nabi Isa a.s. akan menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu
golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di
belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila
keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air
laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga
dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba,
banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan
bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya
akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya
dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi
dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu
ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali
kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa
perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,belajar lain daripada agama, orang
lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari
orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan
aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamat."