Anda di halaman 1dari 2

Jika Aku Seorang Islam, Aku takkan biarkan saudaraku

menderita, Aku tahu Allah menuntut bantu-membantu.


Jika Aku Seorang Islam, Seorang Islam yang sejati,
Akan kudirikan tiang agama, Akan kuteguhkan
bumbungnya,
Akan kubantu insan lain meneguhkan tiang agama
mereka...
Jika Aku Seorang Islam, Aku takkan biarkan saudaraku
terpesong, Akan aku haramkan mereka berbuat dosa,
Akan aku bantu mereka menadah pahala...
Jika Aku Seorang Islam, Aku harus berani bersuara,
Aku tak harus diam sahaja, Melihat kemungkaran di
mata... Jika Aku Seorang Islam,
Akan kulitup benang di kepalaku,
Akan kusembunyi auratku, Dan akan kujaga maruahku...
Zaman ini, Sudah nyanyuk, Maksiat di mana-mana,
Islam hanya pada nama, Aurat ditayang, Maruah
melayang...
Zaman ini, Zaman nafsu serakah, Umat Islam lemah,
Si kafir berdekah-dekah, Bodohnya umat Islam itu,

Kerana mengakui dirinya Islam, Tetapi berbuat


mungkar...
Jika Aku Seorang Islam,
Aku akan tega menjalani saat-saat akhir ini,
Sejarah pupus hampir berulang,
Malam tidak semestinya diganti siang,
Bangunlah umat, Masih belum terlambat,
Sebelum Kalam hilang isinya,
Sebelum bola api sejengkal jauhnya,
Sebelum pintu langit tidak lagi dibuka...
Jika Aku Seorang Islam, Aku akan bertaubat,
Sementara mempunyai masa, Sebelum turun Nabi Isa,
Agar aku dapat bersamanya,
Mempertahankan agama, Hingga sampai suatu hari,
Bola api itu terbit dari tempat ia terbenam,
Debu beterbangan bagaikan malam, Hidup terancam,
Tiada henti dilanda bencana alam....
Jika Aku Seorang Islam, Atau masih seorang Islam,
Aku akan mengikuti nasihat sajak ini,
Agar aku menjadi seorang Islam,
Yang sekurang-kurangnya, Islam Sebenar...
Masih belum Terlambat untuk bertaubat.. Masih ada
masa...

Asslamualaikum
berdakwah merupakan suatusua benda yang wajib pada zaman ini kerana
tiadanya
tiadan khalifah islam di muka bumi ini,jadi sebarkanlah
sebarkan risalah ini yang
merupakan salah satu daripada cara untuk berdakwah dan agar terlepas
terle
tanggungjawab kita apabila berhadapan dengan
den RAJA segala RAJA pada
hari yang tiada tinggal
ting sedikit pun amalan kecuali dihisab olehNYA

Back