Anda di halaman 1dari 3

Terlibat dalam Jamaah adalah suatu perkara yang paling baik yang

pernah ana lakukan kerana di sinilah bermulanya erti kehidupan ana


yang sebenar. Diperingkat awal penglibatan memang banyak
dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi ujian yang harus
dihadapi.
Memang letih untuk terlibat aktif dan memegang beberapa amanah
berbentuk jawatan atau tugasan. Dalam hal ini memang sukar
menolak bila sahabat memerlukan khidmat dari ana. Tapi kudrat ini
terbatas, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ana bersyukur
kerana Allah menganugerahkan seorang Zaujah yang rajin dan
prihatin untuk menjaga ana.
Walaupun kerap keluar malam dan kembali ketika saat dinihari,
namun kesabarannya berjaya menyejukkan hati. Berkat dari
pembacaan dan tunjuk ajar dari orang-orang tua, bahtera yang baru
setahun jagung ini tetap utuh walaupun sesekali dipukul ombak.
Pelbagai ilmu cuba ana praktikkan bagi menjaga hubungan suami
isteri, mana yang lebih kami kongsikan mana yang kurang kami
tambahkan.
Masing-masing ada keburukkan dan keistimewaan. Dan peristiwa
DEMAM PANAS sabtu lalu benar-benar menunjukan keistimewaan
zaujah ana.
Pada Jumaat malam 22 Jun lepas, selepas sahaja mesyuarat
bulanan bersama pemuda Titiwangsa kira-kira jam 12.00 tengah
malam, ana terus menghantar seorang sahabat lama ke rumahnya di
Padang Balang. Hujan renyai-renyai baru sahaja turun. Ketika
sampai dirumah jam menunjukan masanya, 1.45 pagi. Keadaan
sekitar Taman Batu Permai masih lagi bergelap, termasuklah rumah
ana. Sejak jam 8.30 malam lagi, semua talian letrik sekitar Taman
Batu Permai terputus, entah kenapa.
Walaupun hujan semakin kuat diluar, namun bahang panas dalam
rumah amat terasa. Memang sedikit terganggu kehidupan
dibandaraya ini bila letrik tiada, kipas pun tak dapat dihidupkan.
Ketika masuk ke bilik, Kelihatan zaujah ana sedang tidur dalam
keadaan berpeluh. Ana amat memahami kerana sejak berbadan dua
ini suhu badannya memang berbeza. Lantaran itu, ana menyelakkan
sedikit kain langsir dan membuka 'sliding door' untuk membenarkan
untuk sejuk diluar menyelinap masuk ke dalam bilik.
Selepas bersihkan diri dan menyalin pakaian, ana terus tidur. Tidur
yang cukup lena diiringi oleh rintikan hujan yang kian lebat diluar.
Ketika zaujah ana kejutkan untuk bersolat subuh, memang berat nak
bangun, badan terasa lemah. Namun untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai hamba Allah, ana kuatkan juga. Selepas
solat subuh ana tidur semula. Zaujah ana kehairanan sebab petang
semalam ana bagitau dia bahawa pagi ini ada program bersama
PASTI di Cheras dan perlu keluar awal.
Zaujah ana kejutkan semula. Bila melihat ana mengigil dan
memegang dahi ana yang panas barulah dia faham. Ana kena
demam panas.
Alhamdulillah, dia tidak panik. Ana diselimutkan dengan selimut tebal
dan dibiarkan tidur sebentar. Dalam pukul 8.30 pagi, dia mengejutkan
ana lagi. Ketika ana bangun memang terasa lemah
Kelihatan bilik telah dikemas, kain baju telah dibasuh dan disidai.
Dia memimpin ana ke tandas dan terus memandikan suaminya yang
amat dicintai ini. Dia mengosok tubuh ana sambil memberikan kata-
kata semangat. "Ini adalah ujian Allah, Allah nak bagi pahala" ujar
zaujah ana.
Bila melihat kesungguhannya disaat memandikan ana, memang
terasa terharu. Inilah dia Isteri Solehah kurniaan Allah, pagi petang
tidak lupa baca Al-Quran, sentiasa memahami dan menjalankan
tanggungjawabnya pada Allah dan suami.
Selesai sahaja mandi dan lengkap berpakaian, kami ke Klinik yang
berhampiran. Doktor di klinik tersebut sedikit terkejut bila melihat
termometer yang menyukat suhu badan ana. "over 100¡í itulah yang
terkeluar dari mulutnya. Suhu badan ana lebih dari 100 darjah
Celcius. Ana diberikan satu injection dan ubat.
Sampai dirumah, zaujah ana terus menyediakan makanan berupa
bubur. Ana disuapkan, dan sepintas lalu ana terkenangkan saat
ketika zaman bujang dikampus dahulu. Seorang sahabat karib
pernah menyuapkan makanan ke mulut ana ketika ana dimasukkan
ke dalam wad di HKL. Tapi kali ini rasanya berbeza. Walaupun tekak
terasa perit untuk menelan makan dan air, berkat keikhlasan seorang
wanita yang bergelar zaujah ini segalanya mampu ana hadapi.
Walaupun cuma beberapa sudut tetapi ia cukup untuk
mengenyangkan perut ana.
Ana terpaksa batalkan dan tarik diri dari semua program sepanjang
hujung minggu ini kerana tidak terdaya. Ana hanya mampu terbaring
di atas katil merenungkan kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Dua
hari ana terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Semua kerja rumah,
zaujah ana terpaksa lakukan bersendirian.
Selalunya jika ada masa dihujung minggu ana akan membantunya
membasuh kain atau bersihkan rumah. Kali ini ana tak berdaya
langsung. Service kereta pun zaujah ana terpaksa uruskan. Inilah
dugaan Allah dan ana redha takdirNya ini.
Sesungguhnya Allah Maha Hebat dan Agung. Ia Maha Pemurah dan
Menyayangi. DiberikanNya kita penyakit tetapi dalam masa yang
sama dosa kita dihapuskan, pahala kita ditambah. Dianugerahi kita
dengan kasih sayang dan kenikmatan hidup.
Hidup suami isteri memang menarik. Kita bersahabat banyak mana
pun, tetapi dengan adanya seorang isteri yang solehah sudah cukup
untuk membuatkan kita bahagia. Berkat seorang Isteri yang selalu
mendoakan suaminya, InsyaAllah kita akan lebih maju kehadapan,
asal sahaja kita tidak lupa pada tanggungjawab.
Kehidupan ini adalah satu tanggungjawab. Sebaik sahaja kita buka
mata disubuh hari kita sudah ada tanggungjawab yang harus
dilaksanakan. Kita tidak mampu hidup bersendirian, kita perlukan
teman untuk kita meneruskan kehidupan ini.
Ana pernah hidup membujang, tetapi bila sudah berkahwin terasa
banyak kelainan. Ringan bahu dan makin bersemangat untuk
berjuang.
Kepada sahabat-sahabat yang belum berkahwin, ana nasihatkan
untuk berkahwin segera. Jika tidak mampu berkahwin 4, kahwinlah 3,
jika tak mampu, ambillah 2, jika tak mampu juga, cukuplah dengan 1.
Kahwin ini satu amanah, tetapi dengan satu amanah ini, banyak
amanah lain akan menjadi ringan dibahu kita. Terpulanglah pada kita
untuk menjaga dan menguruskannya.
Dibelakang seorang lelaki yang hebat itu, pasti ada seorang wanita
solehah yang menyokongnya. Jadi janganlah abaikan wanita yang
bernama Zaujah ini, jagalah ia sebagai mana kita menjaga rusuk-
rusuk yang ada dalam tubuh kita. Dekat dihati, menenangkan rohani.
Artikel ini sengaja ana nukilkan sebagai menterjemahkan sedikit
keindahan alam rumahtangga dan penghargaan buat Zaujah ana
yang tercinta serta zaujah para pejuang yang tabah, ikhlas dan taat
pada suami mereka di seluruh dunia ini. Teruskan kebaktian anda
pada suami, demi Allah doakan semoga mereka akan terus gagah
berjuang kerana Allah- Herman Samsudeen
ketika artikel ini ditulis, ana masih demam lagi. InsyaAllah sehari
dua akan sembuh. Semoga sahabat-sahabat dapat doakan
kesihatan ana dan keluarga agar dapat menyambung aktiviti
yang tergendala.