Anda di halaman 1dari 5

Gangguan emosi perlu ditangani

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.

KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalangan murid
sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan terhadap kesihatan
mental individu terbabit.
Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untuk meningkatkan
usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-murid dan warga sekolah.
Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang prihatin bagaimana
untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang menunjukkan kecenderungan membunuh diri atau
pun yang mengalami kemurungan.
Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalah serius dan
perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat
dielakkan.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di
kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13%
pada 1996.
Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011, Majlis Penasihat
Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan
memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah
sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status kesihatan mental muridmurid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka yang dikenalpasti
mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak
kesihatan mental (mental health coping skills).
Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali lebih dekat
tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan
aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah.
Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk membimbing dan
membantu pelajar untuk menguruskan stres.
Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan
kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.
Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut, namun anak-anak tahu
harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka.
Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu
peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan
mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah tersebut.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3BlE
m7dkp
Utusan Melayu (M) Bhd

Tekanan Emosi di Kalangan Kanak-kanak


Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap
menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam
tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal
berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada
kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang
tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering
menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi
keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.
Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang lelaki yang
dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap.
Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya
seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang.
Tidurnya tidak lagi nyenyak , tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup
kencang. Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini
adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya.
Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran
mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua
berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi
halangan akademik itu dengan jayanya.
Dalam satu kes lain pila , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik
kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalau . Apabila diperiksa , kesihatannya
didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , saya
diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak
mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering
kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya ditadika.
Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak
selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah
dan sedang berura -ura untuk berpisah.
Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga
akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan
menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini
dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya
kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status
emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi
dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.

Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap
sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk
menyusu dan tidak subur.
Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di
klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan
mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu
saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering
meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan
rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada
itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih nyenyak tidurnya dan
menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih
memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.
Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh
berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan
oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak
yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak
bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik
rambut dan sebaginya.
Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang
selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda
seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang
penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit
berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci.
Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus
diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh
sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.
Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di
sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri
kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak
yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan
mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.
Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak
memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa
memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan
perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak
lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan
program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang
sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri
kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program
yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia
dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.
Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning
disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak
lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur
khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk
mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.
Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.
Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup.
Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan
orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri.
Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka
dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa
kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut
mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh
itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk
membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai
perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku
dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka
berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka
sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah
gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah ,
kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang
tidak menyenangkan.
Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan
peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan
akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering
mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah
memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak
mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar ,
semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu
dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu
didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ?
Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang
lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari
peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka ,

pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah , mengukuh atau menghilangkan


sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya.
Dikalangan orang dewasa ,ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan
dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat
memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik.Keupayaan
berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat
kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau
mengurangkan tekanan emosi. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar
apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya
didalam bidangnya.
Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah
dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.
Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh
tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak
mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak
yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.
Apabila anak ini dinilai , prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang
sebaya dengannya. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi , prestasi
akademiknya mungkin akan lebih baik. Tetapi , kerana program intervensi bagi
membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan , prestasinya tahun
demi tahun semakin merosot. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya. Dia akan mudah
berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran.
Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan
mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Dia
memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia
dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi.
Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah
laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat
langsung dalam hal -hal sekolah.
Kesimpulan
Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang
ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami
dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.
Kadangkala, keluhan dikalangan kanak -kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya
segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum
perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak -kanak itu.

Anda mungkin juga menyukai