Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. STRATEGI PEMBUNDARAN
3. STRATEGI PEMBUNDARAN YANG BERKAITAN DENGAN KEHIDUPAN
HARIAN
4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MELIBATKAN TOPIK
PEMBUNDARAN
5. REFLEKSI
6. RUJUKAN

1. PENGENALAN

Matematik adalah salah satu daripada mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh muridmurid sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Matematik diajar seawal umur 5
tahun ketika kanak-kanak berada di Prasekolah lagi. Secara amnya, cara pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran matematik adalah berbeza daripada mata pelajaran lain. Murid
perlu mengenal sebelum mengaplikasikannya serta menguasai konsep asas matematik terlebih
dahulu seperti mengenal nombor, mengenal operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kemahiran mengira dalam mata pelajaran matematik memerlukan daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi disamping memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh. (Tengku Zawawi, 1997). Matematik sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan
harian kita kerana setiap hari dalam kehidupan kita, matematik akan sentiasa terlibat seperti
pengiraan barang-barang, pengiraan wang, menimbang barang dan sebagainya lagi. Proses
pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan tahap
pencapaian murid-murid. (NCTM, 1980). Pengetahuan dan kemahiran seseorang guru dalam
bidang matematik perlu lebih luas kerana dalam matematik, murid perlu menguasai
kemahiran dan pengetahuan agar matematik dapat diaplikasi dan dikuasai dengan berkesan
oleh murid. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pelajaran
matematik ini, guru perlu teliti dalam konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
kerana ketelitian itu penting agar murid mudah memahami dan mengaplikasi serta tidak
tersilap dalam topik yang diajarkan oleh guru. Ini kerana, dalam matematik, konsep adalah
penting sebelum memulakan sesuatu operasi. Guru juga perlu memilih kaedah dan Bahan
Bantu Belajar (BBB) yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep. Penerangan
terhadap konsep terutamanya dalam matematik tidak sesuai menggunakan cara pengajaran
tradisional yang berpusatkan guru. Penggunaan BBB akan banyak membantu guru dalam
menerangkan sesuatu konsep.
Dalam tugasan ini, saya sebagai seorang guru matematik, akan menerangkan
mengenai topik Pembundaran. Topik ini merupakan antara topik-topik di dalam matematik
yang wajib diajar kepada murid serta dipelajari oleh murid. Ini kerana, topik Anggaran
mempunyai perkaitan dalam hidup kita. Anggaran dalam membuat perbelanjaan bulanan atau
harian. Malahan, proses Anggaran ini turut terlibat dalam bidang perbankan, ekonomi,
kewangan dan pelancongan. Salah satu daripada strategi anggaran yang sangat popular ialah
pembundaran. Murid perlu diajar agar menguasai dan mengaplikasi pembundaran. Dalam
pembundaran, ada kalangan murid yang menghadapi kesukaran dalam membundarkan

sesuatu nombor yang diberi sedangkan kaedah pembundaran yang diajar adalah sangat
mudah. Namun, seperti yang saya katakan, guru perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi dalam matematik agar penggunaan ayat matematik seseorang guru itu dapat
difahami oleh murid-murid. Dalam tugasan ini juga, saya akan menerangkan konsep dan
teknik pembundaran yang mudah dan boleh diaplikasikan untuk pengajaran matematik serta
mempunyai perkaitan dengan kehidupan harian. Saya juga menyediakan satu set Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) matematik tahun 4 yang mengikut tahap keupayaan murid-murid
saya. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa bermula tahun 2014, murid-murid tahun 4
akan memulakan pembelajaran mereka berdasarkan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah
Rendah) dan dalam KSSR ini, terdapat topik-topik tertentu atau topik-topik baru yang
diperkenalkan iaitu topik-topik yang dipelajari ketika di sekolah menengah. Contohnya topik
Nisbah dan Kadaran. Oleh itu, cara penyediaan RPH berdasarkan KSSR adalah berbeza
dengan KBSR. Disamping itu, saya juga menyediakan bahan pengajaran menggunakan
PowerPoint. Bahan pengajaran ini disediakan sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) muridmurid agar mereka lebih memahami konsep dan kaedah Pembundaran disamping sebagai
strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid agar lebih fokus terhadap topik yang diajarkan.

2. STRATEGI PEMBUNDARAN

Dalam pembundaran, terdapat strategi yang digunakan oleh guru untuk memudahkan murid
memahami teknik tersebut. Malah, dalam setiap topik juga terdapat pembundaran seperti
dalam topik Perpuluhan dan Nombor Bulat. Berikut adalah beberapa strategi dalam
pembundaran.

Strategi 1

PEMBUNDARAN
KURANG 5

5 @ LEBIH

Kekalkan nombor, yang lain jadi 0

Tambah 1, yang lain jadi 0

(sebelah kanan)

(sebelah kiri)

Berdasarkan jadual di atas, pembundaran dinyatakan menggunaan arah iaitu kiri dan kanan.
Sila lihat contoh nombor di bawah yang akan dibundarkan mengikut nilai tempatnya.

Contoh 1:

Bundarkan 1 326 463 kepada ratus yang terdekat.

1. Murid perlu membaca dan memahami kehendak soalan sebelum menjawab.


2. Murid perlu mencari dan menanda atau menggaris nombor yang berada pada nilai
tempat ratus iaitu 1 326 463
3. Berdasarkan jadual di atas, murid boleh menyelesaikan soalan tersebut.
4. Lihat nombor disebelah kanan 4. Jika nilainya melebihi 5, maka no 4 menjadi 5 kerana
ditambah dengan 1 (4 + 1 = 5).
5. Nombor yang lain kekanan akan menjadi 0.
6. Jawapannya : 1 326 500

Contoh 2:

Bundarkan 1 326 463 kepada ratus ribu yang terdekat.

1. Baca dan fahami kehendak soalan


2. Mencari dan menanda nombor pada nilai tempat ratus ribu iaitu 1 326 463
3. Lihat nombor disebelah kanan 3. Jika nilainya kurang daripada 5, maka nombor 3
akan kekal tanpa ditambah dengan 1.
4. Nombor yang lain (selepas nombor 3) akan menjadi 0
5. Jawapannya : 1 300 000

Strategi 2

4
3

+1

7
BUKIT

BUNDAR

8
9

Berdasarkan rajah di atas, segitiga tersebut dinamakan dengan Bukit Bundar kerana bukit
bundar akan membantu murid memahami konsep dan cara pembundaran yang diajar oleh
guru.

Contoh 1

Bundarkan 13 579 kepada ribu yang terdekat.

1. Murid perlu menanda nilai tempat ribu, iaitu 13 579


2. Nombor di sebelah kanan 3 ialah nombor 5 iaitu terletak disebelah kanan bukit
bundar, maka nombor 3 perlu ditambah dengan 1 ( 3 + 1 = 4 )
3. Nombor berikutnya selepas 3 bertukar menjadi 0
4. Jawapannya ialah 14 000.

Contoh 2

Bundarkan 13 579 kepada puluh ribu yang terdekat.

1. Ulang langkah 1 di atas, iaitu 13 579


2. Nombor di sebelah kanan 1 ialah nombor 3 dan terletak disebelah kiri bukit bundar
serta ditambah dengan 0 (1 + 0 = 1 )

3. Nombor berikutnya selepas 1 ditukar menjadi 0


4. Jawapannya ialah 10 000

Strategi 3

7 100
11
12
13
14
15
7 160
17
18
19
7 200

Melalui susunan nombor pada rajah di atas, guru juga dapat membantu menggunakan strategi
tersebut dalam membantu murid mempelajari dan memahami topik pembundaran.

Contoh:
Bundarkan 7 160 kepada ratus terdekat.

Menggunakan rajah di atas, iaitu susunan nombor pada nilai tempat ratus, murid dapat melihat
dan mendapat jawapan kepada soalan tersebut. Jawapannya ialah 7 200.

3. STRATEGI PEMBUNDARAN YANG BERKAITAN DENGAN SITUASI


KEHIDUPAN HARIAN

Secara amnya, mata pelajaran matematik mempunyai kaitan dengan situasi dalam kehidupan
kita seharian. Bermula dari bangun tidur awal pagi yang melibatkan masa dan waktu,
sehinggalah kepada pelbagai lagi aktiviti rutin dan harian yang kita lakukan mempunyai
perkaitan dengan matematik. Adalah sangat berkesan kepada murid-murid andai seseorang
guru itu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya dengan mengaitkan situasi harian
dengan tajuk atau topik matematik yang sedang diajar. Diantara strategi-strategi pembundaran
yang melibatkan dengan situasi harian kita ialah Pembundaran dalam wang baki. Kerajaan
telah menguatkuasakan bahawa nilai baki wang syiling akan digenapkan kepada nilai yang
terdekat dengan baki wang di mana-mana sahaja tempat membeli-belah. Jika sebelum ini
wang syiling akan diberikan sepenuhnya mengikut baki yang tertera, contohnya rm27.72
sebagai baki maka pengguna akan mendapat jumlah duit yang sama. Namun kini, semua itu
telah berubah kerana penggunaan teknik pembundaran pada wang baki, contohnya rm27.72
hanya akan dikembalikan sebanyak rm27.70 sahaja. Ternyata teknik pembundaran juga
berpengaruh dan mempunyai perkaitan dalam kehidupan atau rutin harian.
Selain itu, sebagai seorang guru, pembundaran juga tidak akan pergi jauh daripada
kita, apatah lagi pekerjaan itu seorang pendidik. Ini kerana, dalam hal pengurusan
penjumlahan markah murid, guru akan menggunakan pembundaran dalam mendapatkan
markah murid-murid. Contohnya, markah murid adalah sebanyak 45.8% digenapkan menjadi
46 markah sahaja untuk menghilangkan titik perpuluhan. Pembundaran markah juga kadang
kala akan dapat membantu seseorang murid itu lulus dalam peperiksaan kerana markah yang

digenapkan. Contohnya markah lulus adalah 40% manakala murid hanya mendapat 39.6%
sahaja jadi guru akan menggenapkan markah tersebut menjadi 40% untuk membantu guru
mempercepatkan proses menanda kertas ujian atau peperiksaan.
Pembundaran juga turut terlibat dalam pengurusan perbelanjaan harian ataupun
perbelanjaan bulanan. Dalam perbelanjaan harian, biasanya kaum ibu akan membundarkan
wang belanja anak-anak mereka. Jika seseorang anak itu berbelanja sekitar RM2.50 sehari
maka jarang sekali diberikan anaknya duit sebanyak atau sejumlah itu. Si ibu akan
membundarkan duit perbelanjaan anaknya. Contohnya si ibu akan menyerahkan RM3 sebagai
wang poket perbelanjaan si anak ketika di sekolah. Begitu juga dengan perbelanjaan bulanan.
Kira-kira atau kos barangan yang telah disenaraikan akan dijumlahkan. Jarang sekali jumlah
yang dikira itu tidak akan dibundarkan. Contohnya, jika jumlah pernbelanjaan bulanan setelah
dikira, adalah RM754.80, maka perbelanjaan tersebut pasti akan dibundarkan kepada ringgit
yang terdekat iaiatu RM755 bagi mengelakkan defisit atau kekurangan duit baki. Bagi yang
bijak berbelanja maka duit baki akan menjadi duit tabungan.
Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, pembundaran juga akan terlibat
dan kadang-kala sebagai guru kita tidak pernah menyedarinya. Contohnya, jika seorang guru
itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan dan mengadakan perlawanan
memjunjung bola di kepala sejauh 50m setiap ahli kumpulan, maka guru akan membahagi
murid-murid tersebut sama rata dan jika seorang murid tidak mempunyai pasangan, maka
jumlah murid-murid akan digenapkan. Jika jumlah murid dalam satu kelas ialah 23 orang
maka guru akan menggenapkan kepada 22 orang sahaja kerana tidak cukup pasangan. Begitu
juga ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika guru ingin
mengadakan perbincangan dalam kumpulan, maka guru akan membahagi mereka setiap
kumpulan sama rata. Contohnya, ada 27 orang murid dalam satu kelas dan guru akan
membahagikan sama rata 3 kumpulan serta membundarkan jumlah murid iaitu satu kumpulan
mempunyai 9 orang ahli.

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran :

Matematik

Kelas :

Tahun 4

Tajuk :

Nombor Bulat Hingga 100 000

Standard Kandungan :

Murid dibimbing untuk :


1.4

Standard Pembelajaran :

Aplikasi sebarang nombor

Murid berupaya untuk :


(i)

Membundarkan sebarang nombor kepada puluh,


ratus, ribu dan puluh ribu yang terdekat

Objektif Pembelajaran :

Murid dapat mengetahui dan memahami konsep


pembundaran nombor mengikut nilai tempat

Masa :
FASA

60 minit
CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI

1. Persediaan
Pemerhatian dan analisis

1. Guru melakarkan sebuah susunan

1. Apakah

nombor yang bermula dengan nombor 1

gambarajah

000 dan diakhiri dengan nombor 1 010

yang cikgu
paparkan?

1 000
1 001

nombor yang

1 002

paling hampir

1 003
1 004
1 005
1 006
2. Murid diminta untuk membaca setiap
nombor mengikut urutan
3. Guru menyatakan bahawa nombor 1007
adalah paling hampir dengan nombor
1010

2. Apakah

dengan 1 007?

2. Imaginasi
Penjanaan idea dan sintesis
idea

1. Tunjukkan contoh soalan seperti


berikut:

1. Cuba jawab
soalan berikut
2. Teruskan

a). Bundarkan 1 001 kepada puluh yang

dengan soalan-

terdekat

soalan lain

b). Bundarkan 1 000 kepada ratus yang


terdekat
c). Bundarkan 1 005 kepada ribu yang terdekat

2. Bimbing murid menjawab soalan


tersebut
Contoh:

a). Bundarkan 1 001 kepada puluh yang


terdekat
- Murid menanda nilai tempat puluh iaitu 1 001
- Lihat nombor di sebelah kanan nombor
bergaris. Jika tidak melebihi 5 nilainya maka
ia perlu ditambah dengan 0 ( 0 + 0 = 0 )
- Nombor di sebelah nombor bergaris akan
bertukar menjadi 0
- Jawapannya: 1 001 kepada puluh terdekat
ialah 1 000
3. Perkembangan
Penambahbaikkan menilai

1. Murid didedahkan kepada teknik


pembundaran

1. Jawab soalan
yang diberi
dengan kaedah
pembundaran

0, 1, 2, 3, 4

5, 6, 7, 8, 9

2. Bincang samasama dan

+0

+1

semak
jawapan kamu

Contoh :
Bundarkan 10 546 kepada puluh yang terdekat
-

10 546

(4 + 1 = 5) kerana nilai 6 adalah lebih


besar atau lebih daripada 5 / nilai 6
berada disebelah kanan

2. Ulang aktiviti dengan contoh lain


3. Bincang dan semak jawapan murid

4. Tindakan
Pelaksanaan dan amalan

1. Secara berkumpulan (4 orang), setiap

berterusan

1. Bincang sama-

kumpulan diminta menyelesaikan

sama dan

soalan berikut dengan menerangkan

semak

berdasarkan contoh

jawapan kamu

Bundarkan 17 252 kepada puluh yang


terdekat

Bundarkan 22 778 kepada ratus yang

2. Bincang sama-

terdekat

sama dan

Bundarkan 29 433 kepada ribu yang

semak

terdekat

jawapan kamu

Bundarkan 81 292 kepada puluh ribu


yang terdekat

2. Jelaskan hasil dapatan setiap kumpulan


di hadapan kelas
3. Edarkan lembaran kerja
4. Murid membuat latihan dalam lembaran

3. Sila jawab
semua soalan

kerja. Galakkan murid selesaikan

yang telah

soalan dengan menggunakan contoh

diberikan

yang lain.
5. Murid yang tidak dapat menjawab
semua soalan dengan betul akan
dibimbing untuk memperoleh jawapan
yang betul.
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan tugasan yang

Pentaksiran

diberi
Terapkan sifat bekerjasama, bertanggungjawab, rajin dan bersemangat

Nilai dan Sikap

tinggi terutama sewaktu melakukan aktiviti secara berpasangan atau


berkumpulan.

Nama : ____________________

Tarikh : _____________

Bundarkan nombor yang diberi mengikut nilai tempat


Contoh:
12 548
Puluh terdekat
12 550
Ratus terdekat
12 500
Ribu terdekat
13 000
Puluh Ribu terdekat
10 000

25 268

10 045

Puluh terdekat

Puluh terdekat

Ratus terdekat

Ratus terdekat

Ribu terdekat

Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

17 241

72 592

Puluh terdekat

Puluh terdekat

Ratus terdekat

Ratus terdekat

Ribu terdekat

Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

33 330

40 329

Puluhterdekat

Puluh terdekat

Ratus terdekat

Ratus terdekat

Ribu terdekat

Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

Puluh Ribu terdekat

REFLEKSI

Suatu topik yang ingin diajar, perlu dirancang terlebih dahulu agar objektif pembelajaran
dapat dicapai serta mampu membantu murid untuk memahami konsep dan dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan harian, terutamanya dalam mata pelajaran matematik, di
mana setiap topik yang terdapat dalam mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan dengan
kehidupan harian kita. Dalam topik pembundaran, beberapa strategi dapat atau boleh
digunapakai oleh guru untuk membantu mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Strategi tersebut bukan sahaja menarik dari segi ilustrasi, malah mudah difahami sekaligus
mampu membantu murid memahami konsep pembundaran dengan mudah. Selain penggunaan
bahan-bahan yang menarik, guru juga perlu bijak dalam membuat perkaitan terhadap topik
yang dipelajari murid dengan situasi harian mereka. Cara itu ternyata lebih mampu
meningkatkan kefahaman merek terhadap topik tersebut.
Persediaan guru sebelum mengajar sesuatu topik juga sangat penting. Guru perlu
menyedia dan menyiapkan sebuah rancangan mengajar yang menarik selain mengikut garis
panduan oleh Kementerian Pendidikan. Dalam RPH tersebut, guru akan merancang langkah
demi langkah sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan. Penulisan Rancangan
Pengajaran Harian perlu memenuhi kriteria-kriteria murid yang terdapat di dalam kelas
tersebut. Malah, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan juga perlu mengikut aras
murid-murid tersebut kerana ada kalangan murid-murid yang menghadapi kesukaran
mempelajari mata pelajaran matematik kerana tidak memenuhi aras murid tersebut.
Keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran biasanya akan terletak pada objektif
pembelajaran. Secara amnya, guru akan membuat satu penanda aras dalam objektif
pembelajaraqn iaitu pada akhir pembelajaran, murid akan dapat dan melalui
objektif pembelajaran inilah guru dapat menentukan murid-murid lebih memahami atau
kurang memahhami isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga memainkan peranan dalam
membantu murid lebih memahami sesuatu konsep yang sedang dipelajari. Guru boleh
memanfaatkan teknologi sebagai BBM contohnya penggunaan power point dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran topik pembundaran ini. Power point lebih sesuai digunakan
kerana ilustrasi dan pelbagai aplikasi bunyi, gambar dan pergerakan yang dapat menarik
minat dan perhatian murid agar lebih fokus dan menumpukan perhatian untuk mempelajari
topik pembundaran ini. Walaubagaimanapun, apa pun kaedah atau strategi dan teknik yang
diguna pakai, akhirnya adalah berbalik kepada guru tersebut juga agar lebih kreatif serta

inovasi dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru perlu tahu dan
bijak menangani masalah kurang tumpuan murid agar lebih fokus terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran matematik yang berbeza daripada mata pelajaran lain.

(2, 523 patah perkataan)

RUJUKAN

Abang Khairul. (27.07.2010). Pembundaran. (Online).


http://matematikitumudah.blogspot.com/pembundaran.html (25.02.2014).

Goh Thian Hee. Et al. (2008). HBMT:3103 Teaching of Elementary Mathemathics Part III.
Kuala Lumpur. Open University Malaysia. (26.02.2014).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Rancangan Tahunan Matematik KSSR (DSKP)


Tahun 4 / 2014. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
(26.02.2014).

Ministry of Education Malaysia. (2009). Integrated Curriculum for Primary Schools


Mathematics Year 4. Kuala Lumpur. Curriculum Development Centre.
(26.02.2014).

Shum K. W., et al. (2004). Reference Text Series KBSR Year 4. Kuala Lumpur.
Pearson. (26.02.2014).

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (n.d.). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Satu Kerangka Umum. (Online). http://mujahid.tripod.com/strategi.html
(25.02.2014).

Anda mungkin juga menyukai